Tuesday, April 20, 2010

i don't fancy sparkling things.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, mood dah kembali cemerlang. Thank you, Allah kerna Engkau dah mentenangkan hati aku yang menggelupur ni. No more war, hihi. :) InsyaAllah, lepas ni keadaan pulih macam biasa.

Apa yang pulih?
Macam nak cerita tapi macam nak biar dia jadi rahsia.
Okay dah, fikir lain kali.

Ada benda lagi penting nak cerita ni.
Lai lai lai. *sekepoh nyonya jual ikan tepi kali HAHHAHA macam ada.

Sekarang majoriti budak batch aku tengah sibuk nak mencari rumah sewa yang baru untuk tahun depan. Oh, silap. Bulan 10 tahun ni.

Setiap ceruk tempat aku pergi kuliah, isu mencari rumah dengan tiket flight memang tak boleh lari. Sekarang itu topik paling 'hot' dan 'in' untuk mengeratkan silaturrahim. Orang yang selama ni tak pernah bertegur sapa walaupun selalu bertentang mata tiba-tiba jadi ramah. Aku suka.

Eh, aku tak perli. :) See? I smiled.
Antara soalan-soalan common;

"Awak dah cari rumah dah?" atau "Rumah cari sendiri eh ketuk satu-satu blok?" atau "Ehhh, rumah awak yang pagar oren-oren hijau tu ke? Yang depan restoran kedai runcit tu?" atau "Hahahaha, dah pergi dah rumah tu. Okay la tapi bilik kecik. Tapi mama dia baik en?" atau "Rumah awak syari' (jalan) apa?" atau "Rumah awak berapa bilik? Besar tak? Mana besar? Bilik PBL ni ke bilik awak?" atau "Harga dia berapa? Ohh okaylah harga standard."

*Mintak sorry, ini semua dialog rekaan untuk hiburan tanpa niat nak menyakiti sesiapa. Tapi serius, majoriti soalan kat atas tu aku yang tanya, hahaha. :p

Aku rasa, aku, Syifa, Chitah dan Echa antara orang yang masih boleh tenang. Kot. Belum desperate nak berumah lagi. Hahaha, apa punya ayat ni. -.- Err, maaf. Aku tarik balik ayat tersebut.

Sebab silap-silap hari bulan, memang langsung tak berumah (mintak simpang malaikat 44, nauzzubillah min zalik) ataupun sekejap lagi akan berasa desperate. T___T

Anyways.

Tadi aku menjenguk sebuah rumah atas cadangan seorang rakan merangkap housemate. Saja la pergi tengok rumah tersebut, mana tau berkenan di hati walaupun belum desperate (ceh ayat masih tak nak kalah).

Rumah tu? Aku suka. Sangat. Tapi tak memenuhi beberapa kriteria macam bilik tak berapa nak besar. Lepas tu ada tiga bilik tapi satu bilik jadi stor maka sekarang cuma tinggal dua bilik. Aku dengan Syifa masing-masing nak satu bilik.

Satu kenyataan.
Echa dengan Chitah tak boleh campak merata.
Dengan segala perasaan yang ada, terpaksalah melepaskan rumah berpendingin hawa lagi ber-chandelier lagi ber-tv lagi ber-bath tub tersebut.

Aku nak jugak tebarkan (dah macam buat roti canai okay teringat dulu semua adik-beradik belajar tebar roti canai dalam bilik air guna baju macam Wahid Senario T___T) beberapa gambar di tempat kejadian tadi.

Yang tengah, tuan punya rumah (atau lebih mesra dipanggil 'Mama'). Kanan sekali; Ustaz Halim. Pengantara terbaik made in Indonesia. Wah, sesedap hati aku melabel ustaz Halim. Saya lagi mohon maaf ya ustaz.
Master bedroom yang boleh tahan siap ber-air conditioner. Fell in love with it tapi tak ada rezeki nak melabuhkan hidup di sini. Hualaweh ayat aku. Kalau bilik ni bernyawa dan baca ayat aku, surely dia menitiskan air mata terharu. Harapaaaaan.

*Penggandaan 'a' menunjukkan sesuatu yang takkan jadi kenyataan. -.-

Okkay aku malas dah. Kata nak beberapa tapi aku bagi dua. Mohon ampun. Banyak lagi nota lecture yang aku kena cover menjelang final ni. Alasan. Tapi macam boleh pakai. Tu lah, aku dulu dah pernah berangan nak jadi lawyer.

Err, ada kena mengena? *shrugging.

2 comments:

manna_salwa said...

salam,
seronok jgk baca pengalaman mencari ilmu di negara org ni..
cari rumah pon bley jd kisah menarik..
:)
can't wait 4 my turn to fly..
all the best dgn final yg bakal dtg ye nuha..^_^

Nurulhana2000 said...

Teruskan pencarian Nuha. Moga dapat rumah idaman hati. Sewa standard tu berapa sebulan?