Saturday, April 24, 2010

for those who felt the same,

Bila jadi anak perantau, benda pertama yang kita tak boleh nak elak, syndrome merindukan keluarga, rumah, anak kucing, katil, bantal, dan biar aku bagitau. Even minor things are included. Every. Single. Things.

Benda yang sebelum ni kau pandang sebelah mata jadi penting.
Macam udara.
Tahu tak, aku dah rindu nak hirup udara Malaysia?
Huh huh. :)

Lagi contoh aku rindu nak nampak rakyat Malaysia di kaki lima jalan raya. Benda nampak simple, nampak remeh. Tapi dia bagi impak yang besar untuk orang-orang yang keluar dari zon hidup dia selama ni.

Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Lebih baik di negara sendiri. Serius, dulu kecik-kecik aku tak faham. Bukan ke emas lebih berharga? Kalau macam tu duduk je lah kat negara orang. Dapat jugak jadi kaya. Kena batu apa dapat? Sakit, ada lah.

Budak-budak. Apa yang superficial, itu lah yang aku rasa terbaik. Hahah. Sekarang dah faham dah. Biaq pi lah turun emas ka, intan ka, aku tetap nak rindu kena hujan batu. :) Paling rindu bau rumput lepas hujan renyai-renyai (tetiba).

God, it was so refreshing! Rinduuuu.

Lepas tu bila jadi anak perantau ni, kau akan belajar hargai apa yang kau ada. Macam tak kisahlah apa-apa pun, kau mesti tau nak value and appreciate. Penat bertahan untuk jadi kuat, dah berapa kali dah bila call emak je, mesti laju air mata ni turun. Aku tak pernah mintak, tak pernah paksa.

Dia turun sendiri. Mungkin air mata ni tau, aku perlukan sikit kekuatan untuk bangun balik. Kadang-kadang, after you've had a good nice cry, kau akan rasa lega. Macam separuh dari beban kau hilang.

And you'll move on with your life. As usual, like always. Macam sebelum turunnya air mata tadi. Macam waktu kau tahankan segala jenis perasaan, dan pendam dalam-dalam. Cuma better. :)

Hei, menangis bukan tanda aku lemah atau aku dah bagi tanda mengalah. *sengih*

Dulu kan, bila baca novel Melayu, baca heroin novel tu yang belajar overseas, duduk luar negara, aku jadi teruja. Selalu bayangkan, agak-agak, aku ada peluang tak nak merasa keluar dari Malaysia? Asyik-asyik dalam negara je, boringnya!

Alhamdulillah, Tuhan bagi aku kesempatan, bagi aku rasa. Macam mana bila duduk negara orang ni, kau akan rindu nak dengar tukang penyampai berita membebel dalam Bahasa Melayu. Macam mana drama, iklan kat TV berbahasa Melayu. Serius, kau akan rindu.

Serindunya aku nak mentengok Cerekarama tiap malam Sabtu dengan keluarga. Lepas tu sama-sama geram kalau cerekarama sambung lepas Nightline. Tunggu punya tunggu, sekali dah sipi nak pukul 12.30pagi, aku tertidur. Esoknya bangun merungut-rungut tak tahu ending cerita.

Huuu, nostalgik habis.

Just for you record, remember this, never say that you are never gonna miss anything about Malaysia when you get the chance to go abroad. Be it the food, the people, the air, the surroundings, because I can assure you that you will, my dear, you will miss them.

Unless if you are heartless, then I can't do anything about it, hahah. Just kidding. :p

P/s: Two months and I-am-too-lazy-to-count-and-check-the-calendar weeks left until I can finally be back home.

4 comments:

Nurulhana2000 said...

Rindu itu rahmat sayang. Semua yang Nuha lalui sekarang adalah proses mematangkan diri, pemikiran dan tingkahlaku. Bersyukur selalu kerana Allah telah mengurniakan satu ruang rindu dalam hati dan pemikiran kita untuk kita rasai kemanisannya. Take care of yourself and be good to others ok.

hafiza suraya said...

bersyukurlah menjadi anak perantau kerana anda dpt mengutip bermacam pengalaman berbanding org yg study kat m'sia ni.~rindu...serindu-rindunya...hehehe..sesuai utk nuha skg ni...heehe.

rindu itu indah! =)

hawa mahirah said...

Salam nuha~
ya Allah.. same here..!!!
rindu Malaysia awi2..

T_T but what to do..

Madiha Mahfoz said...

hm..Allah x kan mbebani hambanya mlbihi kemampuan.akak mmg sorg yg tabah!!
sgt bminat tuk mrasai feeling duk d oversea.huhu