Wednesday, March 24, 2010

you are officially my idol;

Sekarang ni aku tengah cuba mendisiplinkan diri. Kalau boleh, dalam sehari aku taknak masa aku online lebih dari 2 jam setengah. Tapi kalau macam baru dapat case ke nak cari maklumat untuk objektif semua aku kena tolak ansur sikit la en, hehe.

Hmph hmph. Sebenarnya nak cerita tentang satu kisah benar.

Tentang seorang rakan yang baru-baru ni dah menjadi idol aku untuk study. Terima kasih, ya sahabat. Thanks sebab awak rajin sangaaat sampai saya cemburu lepas tu sampai saya pun nak jadi macam awak! :)

Dia orang biasa-biasa. Result exam pun pada mulanya biasa-biasa. Biasa macam saya jugak. Nothing extraordinary about her. Oh, dulu aku pernah annoyed dengan tingkah dia. Ini aku cakap jujur. Kau tengok. Macam mana sekarang orang yang aku pernah jeling (dalam hati saja saya jeling, ngahaha) terus menjadi idola aku...

I don't hesitate to admit because I don't see why I should be ashamed with that fact.

Semuanya bermula bila dia couple dengan lelaki tu. Lelaki tu orangnya rajin, pergi kuliah yang sama sampai dua tiga kali hanya untuk fahamkan satu-satu tajuk yang dia tak faham... Selalu gunakan waktu Tutorial Availability untuk cari mana-mana doctor untuk tanyakan soalan, stay back dari pagi sampai petang di library. Dalam rumah pun berkurung dalam bilik study.

Kau tak rasa lelaki macam ni macam.... (isi tempat kosong sendiri) sangat?
.
.

Hari tu aku tanyakan pada dia (idola aku, hehe). Apa inspirasi dia, apa penggerak dia untuk pergi praktikal yang sama sampai tiga kali sedangkan aku kalau dah pergi sekali tu dah kira cukup baik dah. T__T See? Kitorang beza macam langit dan bumi boleh tak?

Dia nyatakan tiga perkara pada aku.

Pertama. Lelaki tu. Kau ingat ada girlfriend yang sanggup tengok boyfriend dia cemerlang dan terbilang tapi dia sendiri below average? Dalam mimpi. Sebab tu dia kata, dalam hati dia determined, apa ilmu yang lelaki tu dapat, dia kena dapat jugak! Kalau lelaki tu boleh dapat result cemerlang, kenapa dia tak? Kira macam tu lah yang dia cakap pada aku.

Bagi aku, aku tak berapa setuju sangat part yang ini. Betul, aku cemburu sebab dia ada penggerak untuk dia berjaya, orang yang dia sandarkan target dia tapi aku tak rasa orang tu semestinya kena lelaki. Kan? :) Tapi baguslah yang diorang ni couple dan membawak ke arah kebaikan dalam pelajaran tapi yang hak lain tu....

Em, no comment. Aku bukan siapa-siapa untuk pertikaikan pilihan dia. :)

Kedua. Ibu bapa. Bila dia ingat jerih payah wang ringgit yang parents dia laburkan untuk dia, dia kata dia terus insaf, dan taknak hampakan parents dia lagi. Alhamdulillah. :')

Aku suka yang ini sebab memang yang ini dalam senarai pertama aku. Cukup-cukuplah apa yang aku buat masa zaman upper form aku dulu, aku sikit pun tak ada hati nak ulang balik. Aku dah tak nak hancurkan harapan aku terhadap diri sendiri dan kecewakan ayahanda dan emak lagi... Cukuplah yang sekali tu.

Ketiga. Merendah diri. Bukan kau pergi merendahkan diri dengan berdiri kat sebelah orang yang tinggi. Oh well, you know what I mean. Tak bongkak la senang cakap. Biar orang puji kita melambung-lambung bak belon udara panas kat Putrajaya tu (saya jeles sebenarnya T__T), be modest.

Huuu, setuju bangat! InsyaAllah, aku nak pastikan sifat mahmudah yang satu ni masih kekal dalam diri aku. Tak payah nak takabbur sana sini. Selain dapat benci dari orang lain, ilmu kau pun tak ke mana. Nak ke?

Untuk semua ni, I want to say thanks to her for everything, walaupun tak banyak tapi bagi saya, motivasi yang awak bagi ni kira macam a new vibes for me to excel in my studies, insyaAllah. Semoga awak pun terus cemerlang, ilmu bertambah, dan makin rajin dalam kejar ilmu dunia dan akhirat. :)

Thanks, sahabat!

No comments: