Wednesday, March 17, 2010

when everything went dark.

Tak ada kena mengena dengan black out atau kejadian siang bertukar jadi malam. :) Cuma sesuatu yang aku ingin kongsikan dalam keadaan aku sekarang.

Wahai pemilik nyawaku, betapa lemah diriku ini,
Berat ujian dariMu... kupasrahkan semua padaMu..
Tuhan, baruku sedar, indah nikmat sihat itu..
Tak pandai aku bersyukur, kini kuharapkan cintaMu..

Dah namanya manusia, bila sihat bersibukan sana sini tak ingat dunia, tapi bila diuji sedikit oleh Allah Taala, baru lah nak mengagau kisahkan diri. Barulah nak bersyukur yang dulu kau pernah sihat, kau dah pernah ceria... Maka bagaimana kau boleh katakan diri kau tu orang yang beriman?

Maaf kalau kau terasa tapi aku tak tujukan ini pada siapa-siapa melainkan kepada diri sendiri. :'(

Entah kenapa sejak semalam, aku ingatkan diserang gastrik. Rupanya lebih teruk dan lebih hebat daripada tu. Dengan diarrhea, constant vomitting sampai tengah malam tadi aku bangun dua tiga kali merangkak ke bilik air, Ya Tuhan.. Sakit yang tak dapat nak aku gambarkan dengan kata-kata.

Syukur aku masih larat untuk bangun menunaikan solat fardhu walaupun tak berapa nak stabil. Rasa macam dunia nak tunggang terbalik sebab aku punya small intestine ke large intestine ke stomach entah yang macam kena pulas macam kain buruk nak kena sidai. Apsal lah buruknya perumpamaan aku. Tak indah langsung! T__T

Tuhan... kuatkan aku. Lindungiku dari putus asa,
Jika aku harus mati, pertemukan aku denganMu...

Sungguh, sesiapa pun pasti takut akan kematian. Dan macam melampau pulak la kalau sakit yang aku rasa ni akan membawa kepada kematian tapi takdir Allah, kita takkan tahu, kan? :) Untuk itu, aku mohon agar Allah kuatkan semangat aku untuk terus berjuang dijalan-Nya, insyaAllah.

Kurangkanlah kesakitan yang aku rasakan pada ketika ini, Ya Allah. Sesungguhnya pada Engkau lah tempat aku bermohon hajat. :)

Kata-kata cinta terucap indah,
Mengalir berzikir di kidung doaku..
Sakit yang aku rasa biar jadi penawar dosaku...

Tapi jika sakit yang aku rasakan ini dapat mengurangkan azabku di akhirat kelak, aku redha dengan qada' dan ketentuanMu...

"Bagaimana kamu boleh mendakwa dirimu sudah beriman sedangkan Allah belum lagi mengujimu?"

Syafakillah, ya habibi. :')

10 comments:

fawani said...

nuha, sabar yer.
n get well soon! take care! :)

twinkle twinkle said...

get well soon ;)

Nurulhana2000 said...

Nuha, gi la klinik minta tolong syifa atau housemates teman. Macam kena food poisoining je ni.. salah makan masa culture night tu ke?

syarifah radiah ibrahim said...

shafakillah.
take care!

:)

Anonymous said...

Salam Nuha, ini auntie Ida, mama Hani. Sedih pula auntie dengar rintihan Nuha tu. Pasti sedih berjauhan dengan ibu tatkala dalam kesakitan begitu. Tak dapat auntie bayangkan jika Hani sakit macam tu, harap rakan serumah prihatin dan mengambil berat antara satu sama lain.

Doa auntie semuga Nuha dah kembali sihat semula....

Wassalam.

nhmnrh said...

fawani

thankyouuuuu ! :)

nhmnrh said...

twinkle²

syukraaaaan! :')

nhmnrh said...

umi

huhu, agaknya kottt. hehe.

nhmnrh said...

kak radiah

kamsahamnidaaaaa ! :')

nhmnrh said...

auntie ida

awwww, thankyou sangaaaaat aunty, i really appreciate it, :') insyaAllah, hani kat sini sihat jee, hihi.