Tuesday, March 2, 2010

topik wajib bila berborak.

Aku rasa duduk oversea ni bahaya.
Lagi-lagi tempat aku menghabiskan 9 bulan setahun sekarang ni.
Pengaruh datang mengimpit aku dari depan belakang kanan dan kiri.
Hari-hari, tanpa henti.
Dugaan, dugaan ! Huh huh.

Kalau aku tak ada 'cushion protection', mungkin dah lama aku hanyut dibawak dek arus ni hah. Hmph. Risau tak risau tak? Siapa yang kisahkan aku mesti tak senang duduk sekarang. Emak masih steady kah di tanah air? Hehe. :)

Anakanda (ececeh) sihat walafiat saja di sini. Harap bonda dan ayahanda serta kaum keluarga juga sihat-sihat hendaknya. Hambik. Karangan terus keluar melencong daripada topik sebenar aku. -.-; Mintak sorry, aku memang macam ni.

Dugaan paling besar dalam segala jenis dugaan, ialah bila ada topik kahwin. Ye, kahwin. Nampak macam kecik je dan macam bukan masalah pun kan? Tapi engkau tahukah berapa ramai gadis-gadis di sini (di Mansoura ni maksud aku) yang menggelupur tiap hari? Kau takkan percaya, beb!

Aku tahu sebab aku rasa aku pun macam nak tergelincir 'Join The Club' je. HAHAHAHA. Aku rasa ni salah hormon. 100% pasti. Semua pun salah hormon. :p Oyya, kenapa orang asyik kaitkan kahwin dengan gatal je? Macam 'Eiii, kau dah menggatal nak berlaki ye'. Kenapa heh ada komen macam tu? Musykil kejap aku. *Menggaru dagu.

Hmph hmph apa lagi yeh?

Ohh dah ingat. Topik kahwin kat sini macam pisang goreng panas. Laku habis. Lagi-lagi bila ada senior-senior perempuan yang nak kahwin ke, mengandung ke kan, hah... memang lah. Depan mata aku sendiri, memang ramai yang menggelupur kot. Langsung tak boleh study tak boleh tidur. :p

Yang ini tak boleh deny, sebab aku pun join sekali. T_____T Err, part menggelupur saja. Study aku masih konsisten, tidur aku masih lena. Hehe. Tiba-tiba terpengaruh. Percayalah cakap aku ni, betuuuul. Bahawasanya aku terpengaruh.

I'm innocent~ *Bak kata Afiq Alias. :p

Prinsip aku masih kekal macam dulu, insyaAllah. :) Pelajaran masih menjadi keutamaan, keluarga masih didahulukan dan kejayaan masih menjadi impian. Selagi semua yang aku angankan belum menjadi kenyataan, er... faham-faham lah sendiri. Hihi.

Apa prinsip aku berkaitan kahwin ni, biar aku simpan sendiri sebab macam personal kot? Hmph. Nanti ada hati yang tertoreh dek prinsip aku ke, siapa tahu. Kan? Yang penting kat sini, aku terpengaruh biasanya sekejap je. Lepas tu dah waras balik dah, haha.

P/s: Agak-agak la kan, antara housemate kesayangan aku semua ni, siapa yang dipinang dulu ya? HAHAHHA. Soalan aku tak boleh blah! Surely aku kena hempuk kejap lagi ni. HAHAHAH. Dahlah, salam. :)

2 comments:

Nurulhana2000 said...

Biasalah Nua..you could blame the hormone but it is actually you who should take control of your emotion and action.

I was once in your shoes masa kat US dulu...housemate beriya nak kahwin tapi takde calon especially bila tengok kawan or senior kahwin... menggelupur nak kahwin juga ... beristighfar aje umi tengok..tergelak pun ada...but my life principle had always been firm then.. walau ramai yg merayu ..dan frust sebab cinta tak bersambut...ececeh..

Bottom line is we must know our priorities and goals in life. Be firm with ourselves for we know that we are so precious and only the chosen one could own our hearts ..in my case abah lah kan .. Alhamdulillah..untung abah kan.. hehehe.. Allah knows best what is the best for us so always seek for HIS help and guidance.

Qu said...

nuha, bulls eye, skrg ni makin ramaaaiii org cakap pasal kahwin. haih haha