Saturday, March 6, 2010

like any other day.

Nasib baik hari ni kuliah cuma satu pukul 8.30pagi tadi... Hehehe *Gelak nakal.

Tenaga aku in these few days memang macam telah diserap-serap. Err, tipu je sebenarnya-- tak buat apa pun cuma entah kenapa dia jadi longlai. Siapakah dia?

Premis 1: Dia jadi tak berapa nak longlai.
Premis 2: Dia tu badan aku.
Conclusion: Badan aku jadi longlai yang tak longlai sangat.
Fahamkah? HAHHAHA. Tiba-tiba rindu Mod Math; masuk Medical School dah tak ada sangat belajar Matematik pecah otak kira-kira semua macam dulu. -.-; Ape aku merepek di siang hari neh mentang-mentang objektif semua dah siap (habis riak takabbur semua bertebaran di udara T__T).

Kelmarin; 4 March

Ada jamuan blok dengan semua ahli imarah blok D dekat Ridz Cafe di hujung jalan nak ke Syari' Jihan sana. Wahah, detail gle! :D Aku dan ahli beyt macam yang biasa, Mahmud tu tengah beremosi bagi ucapan semua bagai, kitorang baru terhegeh-hegeh membawak badan ni ke dalam restoran. Muka aku takyah cakap la kan kalau boleh tanggal sekejap sorok dalam poket baju dah lama aku buat dah, HAHAHAH (with tears).

Lauk Nasi Ayam dia macam biasa, tip top walaupun I've tasted better one before. ;) Ayam dia dah pandai potong separuh OhhhPandaiYehh dulu first time aku datang ayam gila besar gedabak sekarang dah tinggal separuh huh gila tak aci.

Dan malamnya after weeks and weeks of planning, kitorang berjaya jugak nak buat surprise birthday party for our beloved kakak SC; Kak Azyy. :D Hari tu kalau ada sesiapa yang happens to read my 'emo' entry, sebenarnya aku telah pergi mengantoikan rancangan kitorang untuk surprisekan kak Azyy T_____T HAHAHHA.

Sekarang ni kesalahan aku dah tertebus, hoyeah hoyeah. :D Lakonan yours truly dengan echa untuk bergaduh sakan macam hubungan ahli beyt kitorang ni dah retak menanti belah sangatlah menjadi sampaikan Kak Azyy dah gelabah sakan nak call Kak Yana semua. -.-; Akhirnya bila kitorang bawak keluar kek Baron (kek mana lagiiii?), Kak Azyy menangis, haha. Comel. xD

Our acting was supposed to be recorded siap ada hidden camera lagi tapi due to some technical problems such as MEMORY CARD FULL (!!!!!), tak terakam pun lakonan mantap kitorang tuh, haih haih. Bukan exaggeration, mintak lalu.

And that night Kak Azyy sleepover rumah kitorang. :)

Semalam; 5 March

Lepas subuh aku tidur balik lepas tu bangun balik mandi untuk pergi Dirasat for the SC Mega. Nampaknya kena tunggu Jumaat minggu depan baru boleh makan Nasi Lemak, hmph hmph. :)

To cut short everything, aku bersyukur sangat yang aku ambik keputusan untuk pergi aktiviti yang dikelolakan oleh Perubatan Cawangan Mansurah (PCM) ni sebab serius aku dah jumpa permata yang selama ni aku cari, insyaAllah.

Slot "gelapkan dewan-sorang pegang satu roti pino - tutup mata - bayangkan anda sorang diri tanpa suami anak isteri harta dan keluarga - hanya ada roti pino untuk jumpa Tuhan - kalau perbuatan yang kakak SC cakap ada kita buat macam mengumpat tinggal solat semua kena cubit roti dan makan - kalau kita menipu Tuhan tahu" memang membagi impak pada diri aku.

Air mata aku mengalir tapi tak deras macam Husna yang dah tersedu-sedan di sebelah aku. :'( I envied her for that. Alhamdulillah, lepas slot tu aku rasa jiwa hati dan roh aku macam dah dibersihkan, insyaAllah. Hati aku dah kembali sihat tak sakit lagi dah. :D

Tapi bila kakak-kakak SC sekaliannya tunjukkan satu video klip ini pada aku, sumpah aku memang tak boleh tahan rasa sedih rasa berdosa tu lagi dah... aku terus tersandar dekat dinding dan air mata aku mengalir, mengalir dan mengalir tanpa dapat aku seka.

Aku macam ikut sama merintih dengan lirik lagu. Dan percayalah, setiap kali aku dengar lagu ni, mata aku akan berair dan berkaca-kaca secara automatik. :') Sekarang ni pun dah rasa sebak sebab aku sedang mencakar ni sambil bersoundtrack-kan lagu tersebut.


Penangan yang sangat hebat, aku rasa untuk kita-kita ni, hamba-Nya yang lemah dan sentiasa perlukan bantuan daripada Allah Taala. :) Ambillah masa 4 minit 29 minit ni untuk hayati setiap lirik lagu ni dan insyaAllah, engkau akan rasa apa yang aku rasakan semalam. :)

Dan duhai pemilik nyawa dan pembolak balik hatiku, aku mohon Engkau berikan aku kekuatan untuk istiqamah dalam perubahan ini, insyaAllah. :') Sesungguhnya tanpaMu aku lemah dan tak berdaya... Allah, jangan tinggalkan aku lagi.

3 comments:

Nurulhana2000 said...

Alhamdulillah.. seronok umi baca entry ni. Semoga Nuha sentiasa dalam redha Allah selalu.

syifa hanifuddin said...

nuha nangis??hahhah...kite setitik pon x terkeluar....ape yg penting isi kandungan dalam program tu...bukan berapa banyak kite nangis....pape pon same2lah kite istiqamah dalam melakukan ibadah...amin....

sugar2 kapas strawberry said...

da mcm hlovate da..hihi
salute u dear ;)