Monday, March 1, 2010

kenal siapa dia dulu.

Aku sedar, aku memang suka 'judge' seseorang sebelum aku kenal dia.
And that's one of my flaw. Aku tahu semua tu.

Sebab tu bagi aku, first impression adalah sangat penting. Tak mustahil untuk orang lain judge aku jugak ye tak? Heh. Hidup ni macam roda. Pi mai pi mai tang tu jugak. Kita tak boleh nak lari. What you give you get back. Karma. That's what life is all about.
*For me, at least. This is just a personal opinion. Feel free to object. :)

Kalau orang yang pertama kali jumpa aku, dia akan kata aku pendiam, tak reti bergaul, bajet (?). Tapi tapi tapi kaaan, kalau dah kenal aku, you'll know that I am a little bit far from those sayings. Tapi aku mengaku yang aku ni perahsia orangnya...

Apa dia?
Orang yang ada blog bukan orang yang perahsia?
Hah? Mana kau dapat hipotesis tak boleh pakai tu?
Aku sudah cakap banyak kali, bukan?
YOU ONLY SEE WHAT I CHOOSE TO SHOW YOU. :)

Back to the real topic. Kadang-kadang kalau kau rasa kau tak sukakan seseorang pada sekali pandang kerna perangai dia yang tak semenggah, bencikan perangai dia saja, jangan lah kau terus membenci dia. Sebab perangai boleh diubah, kan? Dan mana tahu... entah-entah kau boleh bersahabat baik dengan dia.

Macam aku. Heeee.
*Not that kitorang dah kamceng ke apa, tapi bila dia pilih untuk duduk di sebelah aku dan melambai pada aku bila bertembung, aku dah tak berasa jelik dan rasa macam dia tengah berpura baik. Haih. Aku ni bunyi macam tengah paranoid ke trauma tah. -.-;*

Tapi kalau kau dah membenci dia, apa lagi pilihan yang tinggal untuk kau perbaiki perasaan kau pada dia? Takkan ada, kan? Melainkan kalau kau sanggup ketepikan rasa benci tu dan gantikan dengan perasaan 'Oh aku nak kenal dia dulu lah lepas tu baru aku nilai dia balik'. Tapi... berapa ramai yang sanggup sebenarnya?

Anyway. Of course lah ada jugak kejadian macam aku ingatkan dia baiiiik gle dan sopan santun dan alim but it turned out yang dia tikam aku dari belakang. Manusia, kan? What do you expect? Rambut sama hitam, hati lain-lain.

Memang tak boleh nak buat apa. Tapi lantaklah dengan orang lain. Yang penting, cerminkan diri kita dulu sebelum nak menilai orang sesuka hati macam aku. *Aku sebenarnya dah lama nak beli cermin panjang tapi kat Egypt ni macam susah nak cari. Hmph. :(

HHAHAHAHHA. Jangan layan aku. :p I am maybe not the right person to say this, tapi macam tajuk blog aku, ini apa yang aku ingin nasihatkan pada Nuha Muneerah yang esok. Biar dia ingat sikit, haha.

Pengajaran kat sini; kau kenal lah dia dulu, tengok lenggok jalan, perhatikan gaya bercakap, dengarkan apa butir perkataan yang dia keluarkan, faham luar dan dalam dia, only then kau boleh judge dia tanpa rasa bersalah sebab semua bukti untuk kau jauhkan diri daripada dia dah terbentang depan mata. Bukan kau dengar soh seh orang sana sini dan terus decide 'Oh perempuan ni memang jahanam'.

Jangan.

2 comments:

syarifah radiah ibrahim said...

setujuuuuu,
do not judge a book by its cover.
^_~

Nurulhana2000 said...

Kadang2 dalam hidup kita tak payah pun 'judge' orang. Accept people without condition. Hargai orang 'just the way they are' ... baru boleh get along dg ramai kawan.. Ok sayang.