Monday, March 29, 2010

i wish for the star to fall down.

Untuk orang yang dedikasikan catatan hari-harinya pada blog seperti aku, bila tak dapat nak mencari masa untuk menulis, aku memang akan menggelupur. Macam beberapa hari ni. Rasa ada yang tak kena. Rasa ada yang tak terluah. Rasa sempit, rasa sesak. Hah, teruk en? -.-"

Beberapa hari ni hidup aku macam tak teratur sikit. Fine. Banyak. Aku asyik main kejar-kejar dengan masa dan sampai sekarang, aku tengah keliling kerusi lari-lari dengan masa macam loving sangat dengan dia. Tapi sekuat mana pun larian aku, masih tak terkejar...

So many things to do, yet so little time.
Rasa 24jam yang Allah Taala berikan macam tak cukup. :(

Semester 2 ni boleh kira berapa kali aku merambu, berapa kali aku ke bilik housemate lain untuk berkongsi cerita, berapa kali aku tekan folder 'movie' dalam laptop ni. Memang kurang daripada lima. Bukan nak riak tapi aku sebenarnya nak cakap yang aku saaaaangaaaat tak bermasa. Macam timeless gle.

Sometimes I do love the feeling of being occupied with stuffs.
Tapi kadang-kadang tu aku rasa tak bernafas!
Macam nak hembus nafas pun rasa membazir masa. Kesian en? T_____T

Lagi lah dengan mid semester exam 6hb april ni lagiilah aku mengagau tak ingat dunia. Setiap kali aku gelak atau happy je, mesti aku terdiam dengan penuh rasa bersalah masa tu sebab rasa aku tak patut happy dalam keadaan yang aku kena fokus dan gigih study untuk exam yang ada 200 soalan MCQ dalam masa 2 jam.

Personally, aku rasa pentadbiran gam'ah sangat 'gila' sebab nak masukkan semua benda dalam midsem kitorang ni. Upper limb nya, pharmaco, patho, micro, objectives cases, lectures, student presentation lagi... pergh. Semua tu darab dengan lima sebab ada lima case masuk dalam midsem ni.

Setiap kali aku ingatkan diri aku dengan fact ni, memang rasa nak guling-guling atas katil lepas tu gam diri sendiri kat meja study.

Hmph. Tengok, sekarang aku rasa bersalah pulak sebab update blog ni. Haih. Okkay lah aku nak pergi perjumpaan group untuk presentation esok (T___T) lepas tu practical, lepas tu lecture Pharmaco. Huh Huh.

Assalamualaikum. :)

2 comments:

pu3iman said...

salam...

miss creative blogger... awk dpt award... sila ambik di blog ini
http://pu3synabella.blogspot.com/2010/03/thx-miss-cutie-cat.html

Nurulhana2000 said...

Chaiyok Nuha! My prayers would always be with you dear.