Wednesday, March 31, 2010

i thank Allah. :)

Beberapa hari ni aku memang berusaha keras untuk log in ke Blogger.com tapi ilek. Ilek maksud dia aku tak dapat nak log in mentengok dashboard, apetah lagi nak luahkan perasaan aku yang sangat kusut lagi tak tersusun.

Ni kalau bakal suami tengok ni memang la... (tetiba aku en, haha abaikan).

Anyway.

Seronok aku tengok 'someone' tu dah berubah ke arah kebaikan. Tahniah, dear. Semoga terus istiqamah dalam beribadah dan berjuang untuk mempertahankan langkah yang dah awak ambik. InsyaAllah, kita doakan awak dari belakang. :)

Waktu aku akan tiba, insyaAllah. Doakan ya? :)

Untuk teman yang seorang lagi, tetapkan hati... Macam yang awak kata pada kita. Keputusan tu memang berat, memang payah, proses tu nanti memang akan sakit, melepaskan orang yang kita sayang memang jerih.

Hati akan jadi kusut, benteng air mata mungkin saja akan runtuh.

Setiap langkah yang awak ambik untuk ke arah jalan kebaikan, memang akan ada 1000 halangan di setiap ceruk. Kadang-kadang kanan ada duri, kiri ada paku, depan ada ular.

Kita bercakap ikut pengalaman.
Tapi insyaAllah, rasa yang awak akan rasa lepas tu memang lebih manis. :)

Sebab cinta awak hanya untuk Allah Taala. Hati akan lebih ringan, rasa kosong... Rasa bersih. Sebab awak tahu, jodoh tu di tangan Dia, maka tak ada apa yang patut dirisaukan, dikhuatirkan. Kan teman?

Kita pun tengah mencuba nak buang rasa cemburu tu. Like I said to you just now. Tapi sekurang-kurangnya kita dah ambik langkah pertama.

Awak pun dah bukak langkah, so I don't think there's gonna be any problem. Cuma part nak karang ayat tu maybe payah sikit heh?

Ihsan dari blog sis Nurussalwa.

Hmph. Semoga iman kita teguh ya, teman? :)

Untuk kamu kamu yang tak mengerti,
ini entri sebuah penghijrahan seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Penciptanya. Doakan agar hati kami tetap kuat untuk mengatur langkah, insyaAllah.

P/s:
Bercinta selepas kahwin macam sangat manis lah. xD

4 comments:

manna_salwa said...

betul.. kene doa bnyk2 la.. mintak yg baik2 utk bakal teman hidup kita.. <3 :-)

Nurulhana2000 said...

Selalulah berdoa sayang, "Ya Allah, berilah aku cinta kepadaMu, cinta kepada orang2 yg mencintaiMu dan cinta kepada amal yang mendekatkan diriku kepada cintaMu."

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

amin.. mudah2an..

nhmnrh said...

manna salwa

heee insyaAllah, terima kasih, kak! :)

umi

insyaAllah, hihi. ♥

aisumi chan

thankyouuuu ! :)