Wednesday, March 24, 2010

i should just stop.

Sebelum mencakar apa-apa yang penting, saya nak ucapkan banyak banyak 'ThankYou' dekat kamu kamu dan kamu yang membagi respon yang baik tentang surat saya untuk bakal suami yang belum saya temui dan entah berada kat mana... *Kenapa macam ada nada sedih kat situ? Lepas tu macam bunyi hilang suami pun ada hah.

Hayyok, tak tahu! Hihi.
Anyway, ini untuk Bieyto.

Tadi jantung saya berdegup lagi. Okay maknanya masih hidup lagi, Alhamdulillah. :) HAHA, aku menggoreng ayat nii. Apa kau ingat jantung berdegup tanda masih hidup saja kah? Jantung aku berdegup sebab sakit. Sakit apa? Sakit hati. :( Apa punya perasaan niii aku nak buang dia jauh jauh. Shoh shohh.

Ini kisah dia dan dia lagi...
Mesti bosan kan? Macam ada iras-iras aku bosan dengar lecture Growth Chart tadi. Sebab pertama bosan mungkin sebab aku mengantuk. Okay aku salah di situ. Lepas tu bila aku dah tertidur dengan agak lama tu, bukak je mata, doktor tu masih lagi terangkan slide yang sama! T____T See? Bosan kan bosan kan?

Huii, tak baiknya aku habis semua ilmu keluar kang. Huhu, taknaaaaaak. :( Mintak sorry, doctor.

Err, sebenarnya bukan ke nak cakap pasal si dia dan si dia? -.-" Haih, aku tak boleh lah macam ni. Mana boleh setiap kali dengar pasal dia pun aku nak post entry macam ni hadoi hadoi. Apa yang ada pada awak hah sampai saya kena buat entry special pulak? Cakap sikit. >:(

Okay banyak istimewa dia. -.-"

Awaaaak, boleh tak kalau jangan cakap pasal dia? Boleh tak kita cakap pasal benda lain? Saya suka dengar nama dia tapi bila nama dia dikaitkan dengan cerita awak, dia jadi tak best. Sebab nanti saya mesti bermuram durja secara kilat lepas tu melayan perasaan sorang-sorang lepas tu nota banyak terbengkalai lepas tu saya post entry macam ni !

Boleh demam 40 hari 40 malam saya kalau setiap hari pun macam ni. Awak kan kawan saya. Jangan cakap lagi eh? Diaaaam je. Duduk situ diam diam. Buat kerja awak. Boleh tak macam tu, awak? Boleh tak? Saya merayu ni. :( Okay semua pun bukan salah awak. T__T

ITHINKISHOULDJUSTSTOP. And I mean it.

Sebelum aku rayu benda bukan-bukan dan cari pasal dengan dunia aku, baik aku berhenti.
Dahlah sayang, berhenti.
Saya kata berhenti.
Berhenti.
Jangan seksa diri sendiri macam ni.....

No comments: