Friday, March 12, 2010

daripada Dia kita datang...

...dan kepada Dia juga lah kita kembali.

*Pergi Tak Kembali by Rabbani melatari entri aku kali ni*

Pagi aku di Mesir ni digemparkan dengan berita seorang pelajar perubatan University Tanta yang meninggal dunia di Alexandria pagi tadi, Ahmad Sarhan... Innalillahiwainnalillahirrajiunn. Terima kasih buat Mira Uttika yang membagitau tentang berita ni di belog dia kalau tidak aku memang takkan tau.

Asal sebenar kejadian macam bukan patut aku yang ceritakan kerna aku sama sekali tak kenal dengan arwah Ahmad Sarhan tersebut. Cumanya dah nama pun kitorang sama-sama belajar di Bumi Kinanah nih walaupun berlainan University, aku turut menumpang sedih sebab perjuangan arwah untuk menjadi seorang doktor tak tercapai....

:'(

Rasa macam tak percaya. Umur arwah baru 19 tahun, dan Allah sudah mengambil semula apa yang menjadi kepunyaanNya sejak azali lagi. Ye, janji Allah tu sentiasa benar dan mati itu adalah pasti.

Tadi aku dan Syifa' sempat mentengok profile Facebook arwah sebelum di-delete oleh ahli keluarga beliau. Wall arwah penuh dengan ucapan daripada rakan-rakan rapat dan seperjuangannya... Rasa sebak. Ada seorang rakan arwah ni (rakan rapat lah aku agak), setiap dua minit dia akan post setiap memori yang dia pernah ada dengan arwah.

Contoh bila arwah suka pergi bilik dia tanya soalan pasal pelajaran semua, tapi end up arwah yang mengajar kawan dia ni. Lepas tu impian arwah yang nak meneroka bumi Mesir ni semua bagai....

Macam Ya Allah, mesti susah untuk dia terima yang kawan selama ni dia dok gelak ketawa belajar sama-sama, sekali bila bangun tidur tau-tau arwah dah pergi tinggalkan dunia untuk selamanya. Tanpa apa-apa clue! Aku yang tak ada kaitan pun boleh terketar-ketar, inikan orang yang kenal dia luar dalam.

Dahlah arwah meninggal di Mesir, family semua di Malaysia, memang haru lah. Tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata macam mana agaknya perasaan keluarga arwah di tanah air. Tabah kah? Meraung kah? Redha kah? Menyesal kah? Mesti semua bercampur aduk.

Hmph.

Cuba lah kau bayangkan. Contoh hari ni kita tengok blog orang tu, comment comment dengan dia, baca entri dia, tiba-tiba dapat tau dia meninggal... Apa lah agaknya yang akan terjadi kepada blog dia? Masih akan ada yang baca kah sedangkan writer nya sudah pergi menemui Penciptanya? :( Nasib baik lah family arwah tahu password akaun Fb arwah, boleh lah delete. Bagi yang family dia tak tahu tu...?
Al-Fatihah untuk arwah Ahmad Sarhan. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan dicucuri dengan rahmat Allah Taala, insyaAllah. :')

P/s: Nak mintak kepada semua Mansourians, kalau boleh sedekahkanlah surah Yassin atau sekurang-kurangnya Al-Fatihah untuk sahabat kita ni, terima kasih. :)

8 comments:

NadNod said...

what happen? sedih bace entry mira uttika ngn entry akk ni. al-fatihah~

Nurulhana2000 said...

Semoga kematiannya mendapat pahala syahid dunia kerana meninggal sewaktu menuntut ilmu....Amin.

redbirdfe said...

sarhan is one of my friend. he's my bff's friend...kjp je kenal dia..terkejut sgt bila dpt tahu...

nhmnrh said...

nadnod

huhu. nk ckp mcm mana eh? mmg sedih la... yg pastinya dia meninggal dgn cara yg sangat tragis. :(

nhmnrh said...

umi

Amiiin, insyaAllah. :)

nhmnrh said...

iqa

kan kan? terkejut btuuuuul. :(

fawani said...

innalillah. semalam pun terbaca mira uttika punya blog tentang ni. smoga roh arwah dicucuri rahmat Allah SWT.

amar said...

arwah ni junior klasmate aku..die tkejut gk r ble dgr brite ni..arwah u mane?aku dgr die mninggal kt alex..