Thursday, February 18, 2010

"thanks" to you.

Assalamualaikum wbt.

Pernah tak bila kau bangun awal pagi (bagi kategori aku, kena tambah 'la sangat' hehe), kau macam dah bayangkan OKAY HARI NI NAK BUAT NI, NAK BUAT NI DENGAN BUAT TU. Dan dalam kepala kau serius hari ni kena selesaikan jugak by hook or by crook sebab kau tengah rajin. Sekali... apa yang jadi sangatlah jauh panggang dari api. Entah-entah ayam yang nak dipanggang pun dah terkedek-kedek lari. Haih.

Aku ingatkan hari ni hari yang baik lagi lancar serta bergaya. Cuma macam biasa, kau hanya boleh menjadi planner terhebat dalam dunia, tapi semua akan terpulang pada Allah untuk katakan 'Kun fayakun'. Maka hancurlah segala rancangan aku. Bukan setakat hancur, dah berderai habis jatuh ke tanah tanpa kerelaan.

Malang sekali. T________T
Eiiiiiiii, aku tikam-tikam jugak PakCik Hisyam ni karaaaang.
Ya, aku tengah sangat geram !
Siapa berani defend Hisyam ni aku karate-do dia bermati-matian!
*Walaupun aku tak reti sebenarnya nak karate orang tapi tak apa, aku cuba.

Semuanya "terima kasih" (with blood, hambik) kepada Encik Hisyam dekat Gam'ah punya Syu'un Tullab tu! Kalau tak sebab dia lari bila kitorang tanya, dan tak halau kitorang daripada bilik dia, dah lama dah masalah ni selesai. Tak pasal-pasal otak aku berperang nak menjawab dengan ayahanda.

Eiiiiiiii, kalau aku dapat kau kaaaaaan. Aku soal kau macam polis pencen! Geram aku ni tau, geram! Grrr. >:( Dan sekarang ni apa? Future aku pulak jadi cagaran dia? Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ! *Sumpah kalau boleh jerit macam ni sekarang dan kalau aku tak tahu malu, dah lama aku buat dah.

P/s: For the time being, I wanna get my spirit straight and soul stand still. Jangan jatuh-jatuh lagi dah. This upcoming semester determines my future! Cuti yang tinggal sisa ni aku nak main betul-betul supaya bila semester 2 start ni nanti aku hanya perlu fokus untuk study!

Ganbatte ne, Nuha chan!

1 comment:

Nurulhana2000 said...

Nua, umi dah bercakap dg en zam, siap ngadu lagi pasal ust ridzuan tu. 2/3 ni ada org gmn datang nak siasat katanya. Ha gunakan kesempatan ini untuk mengadu sepuas-puasnya dan pastikan Nua buat surat rasmi, pastu amik semua tandatangan kawan2 dan serahkan pada orang tu nanti.