Monday, February 22, 2010

pada suatu hari...

Assalamualaikum wbt.

P/s: Fuhh, penat gle aku letak tajuk skema ni. xD

Hasrat aku kedondong eh, kecundang lagi sekali. Apesal tah tiba-tiba kedondong. -.-" HAHAHA. Semalam kononnya determined hari ni nak bangun awal lepas Subuh dalam pukul 7 lebih atau 8 pagi macam tu. Sekali hambik kau. Celik mata je dah pukul 10.15 whattheheck laa? Apesal aku ni dah set jam sampai tiga pun aku tak pernah reti nak bangun jugaaaak?!

Syndrome ape aku ada niiii.

Rasa macam sayupsayup je bunyi loceng lagu Wedding Dress by Tae Yang tu padahal handphone kat tepi telinga aku kot ! Aku sangat kasihan, bukan? T_______T HAHAHAHAHAHA. *Aku gelakkan diri sendiri. Kau janganlah gelakkan aku. :p

Rancangan asal nak pergi Gam'ah ambik result pukul 9 lebih atau 10 tepat (KONONNYA). Disebabkan aku macam dah terlajak gle tak reti bangun, pukul 11 lebih nak dekat pukul 12 macam tu baru gerak pergi Gam'ah. Nasib baik lah tak ramai sangat orang en. Bolehlah aku bersenang-lenang mengusha result orang lain berkali-kali, hehe.

Result macam biasa, orang Syu'un Tullab pergi tampal kat cermin divider tu secara; TENGOK LAH RESULT KAU YANG MACAM APA NI AKU TAMPAL DENGAN BANGGANYA KAT SINI. -.-" Aku je kot yang bersangka buruk heh? Hahahaha. Tak lah.

Nama kau nak main sorok-sorok macam zaman sekolah rendah menengah dulu memang tak adalah. 'Ehhh result awak berapa?' si polan bertanya. Engkau menjawab, '87% je... Awak?'. 'Em. Rahsia. Tak naklah, kita punya teruuuk.' si polan membalas. Kan ada kan orang macam ni? No offense yea tapi bukankah perangai kau ni macam 'haram' sikit? Fine la, tu hak kau nak simpan markah kau pun. I have no argument regarding that. :)

Memandangkan Gam'ah dengan terrornya telah pergi tampal result macam tu, keberangkalian engkau untuk sorok result adalah SIFAR, sekian terima kasih. Unless kalau kau tak bayar yuran lagi lah. Only then markah kau takkan ditunjuk. Pros and cons berlegar di situ ye.

Sebenarnya aku pun tak tahu kenapa aku membebel banyak macam ni sebab tujuan aku just nak cakap yang aku dah tahu result final semester 1 aku tengah hari tadi. Alhamdullilah, aku lulus dan tak payah nak repeat paper bagai. :D Thank you, ya Allah ! Kalau keputusan yang engkau beri ni memang keputusan yang terbaik untuk aku, aku redha dan pasrah sepasrahnya. :)

Mulai sekarang, aku dah boleh start concentrate untuk semester 2 yang akan mula insyaAllah pada hari Rabu atau Khamis ni kalau aku tak silap. Organ-organ dalam badan aku ni dah menggelegak (?) mintak digunakan all out. Sumpah aku tak sabar. xD Dua minggu tak pegang buku otak aku dah nak berkarat kot, haih haih. I missed attending lectures, PBL and stuff. Paling rindu nak buat case, haha.

Weird, no?

2 comments:

Hidayah Baik said...

yeah, my result pu baru keluar tadi, AND I PASSED TOO YEAHH! ALHAMDULILLAH hee and congrats to you ;)

nhmnrh said...

waaahhh congrats to you too!! ;)terror terror. heeeeeee.