Thursday, February 11, 2010

my dearly beloved Mansoura.

*Sungai Nil di Mansoura-ku.*

Assalamualaikum wbt, :)

Serius aku tengah bersyukur sangat sekarang sebab dah kembali ke pangkuan Mansoura yang indah permai lagi dicintai sepenuh hati. Tak, betul ni. Lagi bersyukur bila ingat balik yang hidup aku sebagai student Medic aku habiskan di bumi Mansoura dan bukan tempat lain yang aku taknak sebut namanya. Eleh, poyo la aku neh, HAHAHHA.

*No offense to those who lived in Cairo, Alex, Tanta and what nots. :)

Aku rasa macam dah lama gle tinggalkan Mansoura padahal... tak sampai dua hari kot aku pergi ke Cairo tu. -.-" Betul lah apa Kak Azyy kata hari tu, 'Ramai yang pergi Cairo cakap diorang bersyukur sangaaaat dah balik Mansoura.' Sekarang aku faham kenapa. Teramat faham, kot. Ada nada faham yang mendalam di situ. T__T

Cairo sumpah sangat sibuk! Kau bayangkanlah, rakyat Egypt kat Cairo SAHAJA dah 25juta orang. Seluruh rakyat Malaysia "sekelepek" (bak kata Syifa) dekat Cairo tuh. Tak ke gila punya padat mampat dan sendat? HAHA. Setiap kali melintas jalan dan terdedah kepada udara Cairo, jantung aku tak pernah berhenti berdegup secara kencang! Semua macam sangat mentakutkan perasaan.

Untuk tu, aku nak cakap TERIMA KASIH SEBANYAKNYA dekat Naim, (abang Syifa) dan kawan beliau, Farhan yang sudi nak melayan karenah anak dara lima orang ni hah. Disebabkan ada dua orang lelaki yang kacak dan baik hati (promote, promote :p) ni lah aku boleh bersenang-lenang mengekor mana saja diorang pergi tanpa perlu fikir arah tuju dan pengangkutan semua. :')

Alhamdulillah, kitorang tak pergi Cairo ni sendiri. Kalau taak..., aku tak tahu Nuha akan ada rupa Nuha lagi kah atau sudah berupa orang lain. -.-" Ohh, kau gelak ehh? *Merajuk lembut (semua orang boleh pengsan sekarang).

Agaknya kalau lain kali kau bagi aku 1000Genih untuk melancong ke Cairo sendiri pun aku boleh dengan bangganya tutup mata buat-buat tak nampak duit tu sebab sumpah kalau tak ada yang expert, jangan mimpi nak pergi bersendirian berhad lah.

Trip ke Cairo bersama housemates sekaliannya akan aku ceritakan di lain entri sebab sekarang sangat penat kot? Farhan pun dah asyik dibuai mimpi dekat kamar dia yang syahdu tu, HAHAHAH. :p Aku taknak tidur tapi nak sambung tengok Gokusen 3. >:)

Till then, salam.

3 comments:

syazana zahidah said...

alahai bestnyaa :D

nhmnrh said...

best best! :D

Nurulhana2000 said...

Dah bertambah matang dah anak umi ni, dah pandai menilai (berfikir aras tinggi)...tapi Alex kan Nuha blm pergi lagi, so blm boleh buat perbandingan la kan...