Sunday, February 28, 2010

malam, jangan biar siang.

Tiba-tiba aku berasa sangat nostalgia hari ni. Sepanjang hari pun fikiran aku macam dok teringat cerita-cerita lama. Oh well, tempat jatuh lagikan dikenang... inikan pula sejarah silam, ewwah! *Aku macam nak gelak tapi tak pe lah, tahan dulu. :p

Cerita zaman aku berbaju putih berkain biru dulu. :') Sumpah aku rindu.

Persekitaran waktu tu, orang-orang yang masih ada dalam hidup aku masa tu, keriangan, kebebasan, kerajinan, kemalasan... Jatuh bangun aku, semua lah. Semua pun aku rindu. Yang paling penting, aku rindu untuk rasa apa yang pernah aku rasa.

Malam, jangan biar siang.
Biar alam ini kelam.
Biarkan ia sepi.
Sepertiku.

Err, itu kata-kata puisi. Bukan kata-kata aku, hehe. Sebenarnya aku tak sepi pun, serius! Masih gagah di sini ditemani buku-buku Anatomy yang lebih tebal daripada kamus. Alat tulis yang bewarna warni, iPod merah kesayangan... Tengok. Siapa kata aku sepi? Hah, siapa, siapa? *Kening kening.

I did sound lonely am I..? -.-; NOT.
Selagi Allah Taala ada bersama aku, aku takkan berasa sepi, insyaAllah. :)

Kawan-kawan yang pernah ada dalam dunia aku, aku rindukan korang sangat-sangat ! Tak kira lah jiran aku masa still duduk kat Klang dulu ke, kawan tadika Abim tadika Bunga Raya tadika Masjid Negeri ke, rakan sekolah kebangsaan sekolah agama ke, sahabat sekolah niners sekolah sains muar ke, semua pun aku rindu.

Ye, ada banyak kuiz personaliti cakap aku seorang yang sangat menghargai persahabatan. Aku setuju sebab aku tahu, aku memang jenis yang akan cherish friendship tu until when when (Haha?). Tapi kerana rakan juga aku boleh jadi cemburu, kerana kawan juga aku boleh sakit hati dan kerana sahabat juga aku boleh pentingkan diri.

Twisted much? Heh.

Aku ada ramai kawan. Macam engkau jugak lah. Tapi yang rapat dengan aku, aku boleh kira dengan jari. Sebab aku sangat choosy. Sebab tu kalau kau kenal aku, dunia aku hanya dengan kawan yang ituuuu saja. Mana pergi pun dia. Masalah semua pun cerita dengan dia. Rahsia besar aku pun hanya mereka yang tahu.

Dan beruntunglah mereka yang hidup dalam dunia aku kerna sesungguhnya aku sangat sayangkan korang. Heeee. :)

Sebenarnya aku nak cakap yang aku rindukan mereka-mereka ini. Rakan-rakan yang aku akan pegang sampai tua, insyaAllah. :')

1. Nabihah Mohd Hashim.
*Biee, bila awak nak datang Mansoura lagiii? Alex tak jauh pun sayang oi. :p
2. Zahidah Hamizah Mohd Hamidy
*Zaaaaaah, kita rindu awak sangat-sangat!!! :'( Tsk.
3. Hazira Syazana.
4. Rabiatul Adawiyah.
5. Nurul Amani.
6. Anis Nafisah.
7. Qistina Zulkifli.
8. Nurfathin Farhana.

Koraaaang, sila tunggu kita balik Malaysia nanti, boleh meronggeng bersama lagi heh. Sumpah rindu waktu kita kongsi keriangan Raya '09 dulu.

With lots of love ,

4 comments:

s y i e r a said...

weee .
sonoknye .
kt egypt lak tuh .
medical bagaiii (:

Nurulhana2000 said...

4 bulan je lagi syg..pastu boleh balik cuti!

nhmnrh said...

syiera

heee. insyaAllah, u pun blh brjaya jugak. :)

nhmnrh said...

umi

huhuhuuh yeaaaah lagi 4 bulan!! :D