Saturday, February 27, 2010

kalau bulan bisa menangis.

Hati aku dah tak berwalangan lagi. Atau dalam bahasa biasa -- 'Aku dah tak sedih dan kecewa'. Hehe. See? Betapa macam moleknya Bahasa Melayu kita boleh pakai double meaning semua bagai. Okay tak ada kena mengena. -.-;

Sambutan Maulidur Rasul di Gam'ah semalam serius sangat best dan engkau tergolong dalam orang yang rugi secara sangat kalau tak pergi. Aku 100% pasti. Pengisian dia 'HUALLAWEYH'. Err, you know what I mean. ;) Memandangkan aku antara mahasiswi yang lambat menjelmakan diri, (tak da niat pun nak lambat, sila percaya budak comel ni, :p) anak tangga Kamaluddin Hall menjadi tempat aku bersemayam.

Ada satu slot sambutan semalam yang buat hati aku tersentuh dengan mendalam. Saat tu, aku macam membagi hati aku disentuh dan tahniah kerna berjaya mensentuh hati aku. Hambik la kau semua kata apitan pun aku guna, HAHAHAHA. Tapi macam comel eh. Tersentuh, disentuh, mensentuh. Semua pun hati aku rasa.

Slot tu mentunjuk satu video bertajuk 'Lau Kana Bainana'. Atau kalau kita translate dia menjadi-- Kalau Rasulullah ada antara kita. Tajuk je dah gempak en? :) Untuk itu, aku minta anda semua pinjamkan sekejap 7 minit anda dan tengok apa kandungan video ni. 7 minit, tak lama pun kan? Harap anda dapat meluangkan masa. :)

Memang banyak hati yang tersentuh mentengok video ni. Air mata aku sendiri hampir turun, dan hati jadi sebak. :') Hati aku hati kaca, memang la cepat tersentuh. -.-; Hati engkau jugak pasti tersentuh, insyaAllah.



Kalau entum..., apa agaknya yang entum akan katakan pada Rasulullah kalau Baginda ada di sebelah entum sekarang? Akan menangis kah entum? Atau Baginda yang akan menitiskan air mata melihat keadaan umatnya di akhir zaman ini...?

Wallahu a'lam.

No comments: