Saturday, February 13, 2010

diari ke Cairo 2.

Assalamualaikum wbt, :)

10 Februari; 10.30 pagi.

'Yaaaaay dah sampai Cairo!!' Aku menjerit, tapi dalam hati lah. Hehe. Dari tempat bas turunkan kitorang, Naim dengan Farhan bawak kitorang berjalan kaki untuk pergi ke stesen Metro (train bawah tanah lebih kurang macam Subway). Kalau engkau pernah tengok filem Ayat-Ayat Cinta, engkau dah boleh agak lah train dia macam mana masa scene Fahri tolong wartawan Amerika tu.
*some of the pictures are credited to Syifa*

Jalan nak ke Metro tu adalah sangat sesak! Aku rasa aku tak perlu ulang kot kepadatan Cairo ni macam mana. Hmph. Oh well, yang pasti aku sangatlah teruja nak naik Metro masa tu untuk pergi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah. Tapi aku tak dapat nak klasifikasikan teruja tu dalam kategori apa. Gembira kah? Rindu kah? Erk. Apasal rindu? Hahaha. xD

Daripada stesen yang kitorang naik, ada lah dalam 15 minit untuk sampai ke destinasi seterusnya, El-Dokki. Sepanjang perjalanan tak payah tanyalah nervous aku macam mana. Memang tahap hyper! Sebab Kak Azyy kata kes 'raba-meraba' oleh Pak Arab ni dah banyak student Malaysia yang kena. Alhamdulillah, aku bebas daripada segala jenis anasir jahat yang ada. :)

10 Februari; 11.05 pagi.

Sampai dekat El-Dokki. Aku, Syifa, Husna dan Bella berpusu main tolak-tolak untuk keluar daripada train tersebut. Tak sampai lima saat aku menapak keluar, aku dengar Chitah menjerit. Serentak kitorang semua pandang dia. Aku tanya kenapa, tapi tak ada jawapan. Rupa-rupanya...

Separuh daripada badan Naim tersepit pada pintu train Metro tu. Astargfirullah hal'azim. Aku yang sebagai sepupu tengok pun ternganga, lagikan lah Syifa adik Naim. Nak berhenti kot jantung dia. Nasib baik lah ada few Egyptian people yang baik hati tolong tolakkan pintu train tu biar terbuka supaya Naim dan Farhan boleh keluar.

The truth is, sampai sekarang bila aku kenang balik kejadian tu aku mesti gelak gilagila punya! HAHAHA. xD Kesian dengan Naim tu memang lah but I can't help to laugh. Tanya lah sesiapa housemate aku, diorang mesti cakap benda yang sama punya.

Masa nak masukkan tiket dalam palang untuk masuk ni, Syifa tertinggal tiket train dia dan bersungguh-sungguh Naim ingatkan adik dia supaya jaga tiket baik-baik. Sekali kau tau apa yang terjadi? Tup tup, masa nak keluar dari stesen Metro tu, TIKET NAIM PULAK YANG HILANG!

Pak Arab ni kau tau je lah macam mana sistem taknak kalah dia. Daah.. bertelagah diorang kat tepi tu hah. Farhan takyah cakap lah. Dia bertikam lidah dengan Pak Arab tu dengan hebatnya. :D Siap tolak-tolak badan Pak Arab tu. Fuyyoo, kan? xD Naim suruh Farhan beli tiket lain untuk dia, Farhan pulak suruh Naim lompat je palang tu.

Sudahnya, Naim kena bawak pergi bilik security. Lepas tu macam mana? Aduuhaai, aku nak cerita pun jadi segan ending benda ni. Hahah. Naim jumpa balik tiket dia dalam beg galas! Dia tak search dalam-dalam. -.-" Aku tak terkata apa lah, kan. Kalau Syifa dia kata nak ketuk-ketuk abang dia yang sorang ni. HAHAHAHA.

Aku rasalah kan... muka Naim dah tebal sepuluh inci nak mengadap kitorang berlima. Hihi.

10 Februari; 11.50 pagi.

Kedutaan Besar Malaysia Kaherah. Akhirnya sampai jugak aku kat sini. *Senyum lebar. Hati rasa best sebab akhirnya dapat tengok tulisan Bahasa Malaysia, dapat tengok poster negeri Sabah, Pahang dan negeri lain macam Selangor-ku, heheh. Masuk je bangunan tu, Naim kasi kitorang borang untuk diisi semua dan kena serahkan dekat pegawai yang bertugas.

Aku tak taulah apa tujuan pegawai tu suruh kitorang berlima stay dekat pejabat dia sedangkan orang lain semua kena tunggu dekat luar. :D Encik pegawai ataupun ustaz tu mula-mula aku ingat dia kerek gila lah but oh boy I was wrong! Mana lah aku tak kata kerek kalau dia cakap macam ni.

"Awak semua ni ada berapa orang? Tiga?" tanya beliau.
"Err. Tak. Ada lima orang." jawab aku. (Masa tu Syifa dan Chitah pergi tandas)
"Lima orang. Orang-orang kenal?"

*Lama jugak la kitorang diam sebab aku macam... apebenda ustaz ni tanya soalan ni?

"Kenal ke tak?"
"Kenaaal." aku dan Husna jawab sekali.
"Orang-orang tu macam mana? Ada sayap ke? Bergerak ke?"
"Er....."
"Ye lah, orang bandar kan. Mana nak tau."

*Aku senyum tapi dalam hati... APEKAAAA?

"Kaki orang-orang berapa?"
"Dua." Aku jawab dengan confident sekali. Memang yakin betullah jawapan tu betul.
"DUA??" ustaz pandang aku macam nak terkeluar mata dia.
"Ehhh.... Satu! Satu! Sebab kaki dia batang je kan?" aku menggelabah betulkan jawapan.
"Ye lah, orang bandar kan. Mana nak tau."

T__________________________T

Akan bersambung, insyaAllah...

2 comments:

Nurulhana2000 said...

Apasal lak ustaz tu tanya pasal orang-orang? Nak buat lawak kot?
Next time Nua tanyalah Dato Duta ada? Dia kawan arwah Datuk saya.

nhmnrh said...

umi

ha ah.. sngaja nk test ktorg.
dekat student al azhar dia tnya hukum tajwid la... siap ajar lagi.
lepas tu tnya maksud nama kitorang, nama ayah..
apa yg paling ktorg suka dalam dunia. -.-"

okay nnti lain kali pergi nua tanya, heheh.