Friday, February 12, 2010

diari ke Cairo 1.

Assalamualaikum wbt, :)

Sebelum mulakan cerita, biar aku bagitau yang entri ni aku tulis untuk aku simpan. Maksud dia, untuk aku baca balik suatu hari nanti yang tak tahu bila. Yang aku tahu, aku kena simpan memori ni. :)

10 Februari; 5.58 pagi

Aku terjaga dan terus capai handphone yang ada dekat tepi telinga. Apsal kah dia ada di situ? Bukan malam tadi aku letak atas meja? Hei, ini bukan masa nak bersoal jawab! -.-" Whaaaaat? Dah nak dekat pukul 6 dan aku sorang je yang tak mandi lagi? Damn damn damn. Dahlah kena pergi Syari' Syaima tunggu trenco pukul 6.30 pagi. Aku tengok Syifa baru habis bersolat, jadi lega.

Haish. Patutnya aku dah bangun pukul 5 pagi lagi tapi disebabkan malam sebelumnya aku tidur lambat *siapa suruh, padan muka aku (T__T), mata tertutup balik sampai 58 minit! Aku mandi, bersiap dah 6.20 pagi. Tak sempat sarapan, tak sempat menggosok, aku terus pakai stoking, siapkan barang, 6.40 pagi aku dah siap. By that time, Naim dah call tanya kitorang kat mana...

Syifa yang awalnya nak pakai selendang yang baru beli terus tak jadi, dia tukar tudung bawal. Oh well, kalau dah namanya perempuan, engkau tahulah gaya bersiapnya macam mana. Tudung terkelepet tergelembung sana sini kena alter biar cun! Hahaha. Kalau tak nama aku bukan perempuan, lah. Kan kan kan?

10 Februari; 6.50 pagi

Aku, Syifa dan Husna mula menapak ke Syari' Syaima yang lebih kurang 6-7 minit berjalan kaki dari rumah. Bella dan Chitah keluar lambat sikit dari rumah atas sebab-sebab peribadi (Ape aku merepek neh?). Memandangkan ini first time aku pakai sneakers yang baru beli, kaki agak sakit lah padahal baru beberapa tapak je keluar dari rumah. Pilihan yang salah neh tapi disebabkan nak control cun, aku menapak dengan gagahnya jugak.

Dalam hati; 'Habislah aku.......', with tears.

Lagi beberapa langkah nak sampai tempat tunggu trenco, mata aku dah terbeliak. Pergh, boleh tahan ramai Malaysian students yang nak pergi Cairo neh. Frankly speaking, aku ada terkejut sikit bila nampak 'seseorang' tersebut... Hahahah. Eleeeh, macam tak biasa pulak!

10 Februari; 7.20 pagi

Mati-mati aku ingat kitorang pergi Cairo neh dengan trenco. -.-" Nasib baiklah naik trenco ni cuma untuk pergi ke stesen bas dekat Dirasat sana tu. Aku ni memang tau, suka bayangkan benda secara hiperbola! Dah sampai stesen bas, Naim tolong pergi belikan tiket guna duit dia dulu. Kitorang bayar lepas tu lah tapi.

Dan selepas tu, bermulalah perjalanan kitorang untuk ke Cairo. :D Aku duduk sebelah Husna, Chitah duduk dengan Bella, Syifa dengan Naim, Farhan sorang-sorang. Perjalanan Mansoura ke Cairo ambil masa dalam dua jam lebih nak dekat tiga jam. Aku yang jarang dan tak suka tidur siang boleh terlentok separa nyenyak di tempat kejadian, HAHA.

Ini semua kes sebab tak cukup tidur dan untuk mengelakkan kelaparan bermaharajalela! Aku agak teruja bila sampai ke Cairo sebabnya kali pertama dan terakhir aku pijak bumi Cairo ialah... hari pertama aku sampai ke Mesir ni dulu. 30 September 2009.

Akan bersambung, InsyaAllah...