Tuesday, February 23, 2010

bila nak matang ni?

Assalamualaikum wbt.

Dulu kan, aku serius segan kalau orang cakap aku matang. Rasa macam 'Alaaaa ape nii aku remaja lagi la taknak cepat matangg.' lebih kurang macam tu perasaan aku. Ye lah, masa tu aku baru 13 tahun, baru nak merasa zaman remaja aku, tup tup orang kata aku dah matang. T___T Kelihatan sangat sedih, bukan? Tak ada lah sedih sangat sebenarnya, heh.

Ada orang kata cara aku bercakap dan apa yang aku cakap tu matang. Tak tahu la pulak tang mana yang matang tu tapi diorang kata memang matang lah. Ape kau cakap ni Nuha? Okay okay ma'lish. Aku rasa aku bercakap macam gadis 13 tahun yang normal. Tak ada lah pulak aku bercakap macam Tokoh Pemimpin Mithali ke apa. Sebab tu aku pelik.

Lepas tu masa aku Tingkatan 2, aku ada lah bergaduh mulut main-main dengan sorang lelaki yang-aku-nak-rahsiakan-nama-dia-demi-kepentingan-bersama (eceh) ni. Setiap kali aku jumpa dia memang ada je lah bahan kitorang nak bertekak. Sampaikan dalam kelas aku bukan dengar apa yang cikgu ajar, tapi berfikir dengan gigihnya apa lagi benda aku boleh attack si polan ni.

Sengal sangat kan aku dulu? -.-" HAHAHAHAHAH.

Haiya, apetah aku cakap ni nak cerita benda lain, jadi benda lain. Perenggan atas macam sangat membazir tapi tak perlu lah aku nak mendelete beliau... Biarkan saja dia melukut di tepi gantang (?). HAHA. Aku sebenarnya nak cakap, aku yang penuh gigih fikir benda nak attack si polan, si polan boleh simply kata; 'Kau matured! Kau matured!'.

Oh well, aku yang berhati kaca ni dah tentulah bersakit hati. T_____T

Dulu kalau boleh aku taknak jadi matang awal sangat. Orang kata tak fun, yo! Lagi-lagi bila mentengok Japanese Drama yang banyak kisah pasal waktu sekolah diorang yang penuh enthusiasm, aku jadi cemburu. Semangat diorang untuk 'You'll Never Walk Alone' tu sangat tinggi. *Aku tak ada niat nak masuk bab kelab bola sepak sekarang, tumpang lalu.

Tapi itu dulu lah.

Sekarang di usia aku yang nak masuk 19 tahun ni (masih ceria muda remaja jangan risau, hehe), aku sendiri yang mencari kematangan tu. Bukan setakat kematangan untuk bersuara, tapi matang dalam buat keputusan, matang dalam menilai baik buruk, matang bergaul, matang berbudi dan segalanya lah yang boleh define siapa Nuha Muneerah pada hari ini. :)

P/s: Aku tak tahu nak explain macam mana tapi aku sedar yang aku tengah berubah secara perlahan. Alhamdulillah.


3 comments:

Nurulhana2000 said...

Wisdom comes with maturity and vice versa. The more mature you are (especially in your thinking and action), the wiser you would become insyaAllah. May the force be with you and may Allah bless you dear.

aNoZ said...

org kata, sy x matang. padahal dah tua dah. 21 taun dah ni. hehe.. tp x kn la setiap masa nk matang. kena main2 gak. kan? hehe

shadah..♥ said...

aku pun belum matang lgi...
secara mental aku...
hahaha