Friday, February 26, 2010

being an imperfect.

Assalamualaikum wbt.

Lumrah hidup, kadang-kadang apa yang kita rancang memang tak boleh jadi kenyataan tanpa izin Allah Taala. Untuk kali ni, aku redha. Walaupun aku mengaku, hati aku macam kena carik-carik ke apetah jadi kain perca (woh, kain perca lama dah tak jumpa). Gila simbolik lah.

Rasa macam sangat personal untuk aku cerita apa yang dah terjadi. Tapi bila fikir balik memang sangat kelakar sebab aku tiba-tiba aku jadi sangat spontaneous dan boleh jadi sangat naif. Oii gila lah. Lepas tu kadang-kadang rasa sangat geram. Dengan diri sendiri lah, aku yang salah takkan nak geram dengan orang lain... *Ayat berbaur sedih di situ.

Mungkin ada hikmah apa yang dah jadi tadi... Tapi sampai sekarang ni aku tak jumpa lagi hikmah dia apa. T__T Sebenarnya ini kes nak mensedapkan hati sendiri. *Menangis lagi. Err, tak. Hati memang tengah berwalang tapi tak menangis. Masih steady saja di sini.

Cuma aku rasa bersalah. :( Rancangan yang diatur secara rapi sampai bermesyuarat rumah semua bagai... Dihancurkan oleh yours truly dalam sekelip mata. Engkau dapat rasa kah macam mana punya bersalahnya aku? Mesti tak, kan? Sebab engkau bukan di tempat aku (dah mula emo, hukhuk)

Housemate aku sekaliannya, mintak sorry. :( Mintak sorry banyak-banyak. Lepas ni kalau nak plan apa-apa, sila jauhkan aku daripada rancangan korang.........

*Bercadang nak stay up untuk study balik Lecture 1 pagi tadi, insyaAllah. :)

No comments: