Tuesday, January 19, 2010

aku cuma ingin menulis #3

Assalamualaikum wbt.

Fine. Aku tau aku kata aku akan cuba untuk tak blog tentang apa-apa sampai habis Final Sem Exam nanti tapi hari ni dia jadi exception. Sebab sumpah... Aku ada banyak benda nak mengadu, ada banyak benda nak cakap, ada banyak benda nak cerita tapi tak tahu pada siapa aku patut buat semua ni sebab serius, aku tengah ada dalam waktu-waktu kritikal aku as a medic student.

So, sesiapa yang rasa nak skip entri ni taknak baca pun tak pe, sebab aku cuma nak rasa comfort dari luahkan perasaan aku kat sini, tak ada niat lain.

Anyway.

Sekarang tinggal 10 hari je lagi before final. Aku memang dah terbakar dah kat sini dek bahang nak berperang akhir Januari ni. Dan Alhamdulillah, aku macam dah jadi Nuha yang baru. Yang macam boleh sacrifice ape je untuk kejayaan aku. Masa, duit, tenaga, emosi, you name it. Aku dah tahu dah sekarang yang sacrifice dan success tu memang tak boleh lari jauh. Macam irama dan lagu. Ecehwah.

Zaman untuk aku ada dalam comfort zone; macam dah tinggalkan aku sikit demi sikit. Ada dalam dunia medic dan engkau nak hidup dalam keselesaan? You must be utterly crazy ! Andd you must be having some kind of hallucinations. *Bak kata Dr. Omar Baraka, haha. Gle tak boleh blah. xD

Sekarang ni hari hari kot aku pergi library university tu dari awal pagi sampai lepas Asar just untuk study. Memang pulun non stop la. Gle punya restless and exhausted sampai otak pun dah rasa tepu sebab bayangkan la, aku keluar rumah pukul 8 pagi lebih, balik rumah pukul 4 lebih nak dekat Maghrib. Kalau boleh balik tu aku nak tidur je tapi tak boleh, sebab kang kalau terlebih tidur lagi la esok momentum aku nak study non stop tujuh jam kat library tu jadi arang.

Serius aku takut apa-apa jadi macam over stressed ke. Migraine datang attack aku ke sebab aku bukan boleh ada dalam situasi under pressure macam ni.

Sumpah aku penat saaangaaaat. :'(

Tapi aku tahu it was for a good cause. Macam aku cakap tadi, sacrifice dengan success saling kait rapat. It takes you to lose something to gain something. Or so I've heard. Tak pe, aku nak pulun sehabis baik untuk final kali ni dan aku nak push diri aku sampai titisan limit terakhir (wow) supaya aku tak menyesal bila dapat tahu result nanti sebab aku tau, aku dah bagi yang terbaik, InsyaAllah.

And oh, I will definitely reward myself lepas habis final yang ada empat paper ni. Ganbatte ne, Nuha chan ! ♥ Winter break are waiting for you, hihi.

P/s: Sebenarnya ada banyak lagi benda aku nak mengadu dalam kepala aku ni selain daripada exam exam exam (-.-") tapi... kena sambung study balik weh ! Bismillahirrahmanirrahim. :)

6.55pm, Mansoura.

8 comments:

Qu said...

nuhaaa, good luck okay for your final!!! :D :D :D

Anonymous said...

nuha, good luck..u can do it..treat yourself with something after your final ye..now just concentrate.. :) insyallah..

krina

violetless said...

gudluck dik nuha!!

Nurulhana2000 said...

Chaiyok Nuha! Don't forget to feed yourself during lunch...study needs energy k.

nhmnrh said...

qu

THANK YOU ! :')
jeles gle awak dh habis ! haha.

nhmnrh said...

kak krina

insyaAllah, i will, hehe.

nhmnrh said...

violetless

terima kaseyyy :D

nhmnrh said...

umi

hehhehehe, thankyou mi !
loveyou xxx