Thursday, December 31, 2009

selamat pagi, cinta.

Picture credit to TaQi Cronoz.

Assalamualaikum wbt. :)

Ye, SELAMAT PAGI, CINTA. Oh, awak dah bangun dah? Awalnya awak bangun kenapa awal sangat nii? Ke awak tak tidur langsung dari malam tadi? Kenapa tak tidur dan kenapa tak bagitau saya yang awak tak tidur? Saya baru nak kejut awak tau. xD Apetah aku merepek nih sila jangan layan. Haha. Ini nama dia syndrome berkasihan dengan diri sendiri, excuse me.

Er. No, I'm still sane, thank you for asking in your heart. Aku cuma tengah bermonolong dalaman dengan diri sendiri. Dan "CINTA" dalam ayat tu jugak aku tak maksudkan my hearth-throb whatsoever. Ucapan Selamat Pagi Cinta was more beyond that you could ever imagine. :)

Semua ni adalah sesuatu tentang diri aku.
Yang orang lain takkan mengerti. Yang engkau takkan faham.
Sebenarnya aku tulis semua ni untuk Tahun Baru 2010 yang akan tiba esok, hihi.

Andd for this coming new year;
I NEED A FRESH START.
About everything, apparently. And pronto. Oiy mismo.
Dah tak boleh tunggu-tunggu lagi dah.

Hari-hari aku determined untuk buat sesuatu perubahan dalam hidup aku. A small change, would do. Macam sekarang ni. Tiap-tiap malam aku akan berskipping dekat ruang tamu rumah ni hah untuk menguatkan pericardium of my heart. :) Usaha akan berterusan, insyaAllah. Tolong sama doakan.

Anyway, apa azam untuk tahun baru? (ini benda normal kena tanya bila masuk Tahun Baru, apa kata korang tanya aku nak kahwin bila? HAHAHA :p)

Hmph. For the time being, my answer will be; I WANT TO BE A NERD! Cakaplah apa engkau nak cakap. EWW, JADI NERD ADALAH SANGAT LAME. VERY UNCOOL RESOLUTION. Or whatsoever. I do not care and I do not give it a damn. Mind your own life, thank you. :)

Azam tahun lepas banyak yang berderai jatuh ke tanah. T_T Haih. Takpe takpe, tahun 2010 ni aku akan isi dengan scene yang bermakna dan membagi 'kick' supaya takkan ada perkataan MENYESAL dalam buku baru aku. Amiin, insyaAllah. Itu azam nombor dua. Nombor satu ada kat paragraph atas ni hah.

Whatever it takes for success
, I shall do it. And if being a nerd can lead me to success, I'll be a nerd then. Decision has been made and I'm proud to say that IT's FINAL.

3. Be a great muslimah doctor-to-be, insyaAllah.
4. Takkan sesekali ponteng kuliah walau ribut pasir menghentam Mansoura (aku tengah perli Mansoura sekarang. Bandar Mansoura sila terasa, HAHAHA. Gilo).
5. Big girl don't cry. :') Especially bila kena attack dengan family-sick. Heh.
6. Kurangkan pembelanjaan, tingkatkan pembelajaran. (Ye, lagi sekali ini crucial).
7. Istiqamah dalam study.
8. Always keep in mind that "I WILL". Not "I WANT TO".
9. Be a better Nuha Muneerah Binti Abd. Hakim, perhaps? :) Teeheehee.
10. Banyakkan sifat mahmudah, insyaAllah.

So far, aku rasa azam aku adalah sangat realistik, tak ada stok nak pergi langit capai awan petik bintang ke apa. Thus, I will try my very best untuk 'tick' kan semua azam ni dan corakkan duaribusepuluh aku sebaik mungkin. OhGilaTakSabar nak bukak buku baru. :D

Terima kasih 2009 untuk semua pengajaran yang you bagi pada I. You are one of the greatest teacher I ever had! I relakan you pergi sebab isi you penuh dengan kesakitan (walaupun banyak yang manis, dont worry) bagi I. I redha kita clash, 2009. I rela.... HAHA. Geli okay cakap macam ni tapi serius, thankyou so much to 2009 for all the memories~ :')

P/s: Selamat Pagi Cinta = This is a WAKE UP CALL for Nuha Muneerah, mayday mayday. xD

nhmnrh, 10:41 pm,
Mansoura.

Tuesday, December 29, 2009

kerana aku seorang gadis.

Assalamualaikum wbt. :)

Artikel ini aku dapatkan dari nota seseorang. Harap dia tak kesah bila aku buat keputusan untuk kongsikan dengan anda semua, hihi. Hmph. Pernah terfikir kenapa perempuan selalu menangis? Pernah terfikir kenapa ramai lelaki cepat tersentuh dengan air mata seorang perempuan? Aku tak pernah fikirkan secara detail cuma kadang-kadang terlintas tu ada la.

So to those yang selalu fikirkan persoalan ni sampai nak putus dah semua rambut habis gugur, baik engkau diam-diam di situ dan baca ini. :) You might learn something from it (like me).

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.

Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti.

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?
Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.

Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

Indah, kan? Aku ada terbaca satu kata pujangga. Tak berapa pasti sangat susunan ayat ni aku cuma tulis ikut yang aku ingat dan faham saja hoh.

Perempuan dijadikan daripada tulang rusuk lelaki, di mana dekat pada tangannya untuk dilindungi dan dekat pada hatinya untuk disayangi. Bukan daripada kepala untuk dijungjung dan bukan juga daripada kaki untuk dipijak-pijak.

:)
nhmnrh, 3.30pm,
Mansoura.

Sunday, December 27, 2009

aku cuma ingin menulis #2.

Assalamualaikum wbt. :)

Rindu la sama kamu. *ditujukan kepada Bieyto si blog kacak, hihi. Hari-hari aku bukak kot blog ni tapi setiap kali tu jugaklah aku cuma mampu pandang butang tab New Post tu. Hallamak, sedihnya bunyi. T__T Bukan aku kerek berlagak taknak update ke apa tapi sumpah, masa tak pernah bagi izin laluan Yang Berhormat (pergh, bajet tengah berdebat macam dulu-dulu kau ye?).

Err, mintak sorry entri tergendala boleh tahan lama sebab one of my housemates fainted in front of the door malam tadi. Situasi sangat cemas. Sort of. Mula-mula ingatkan dia migraine ke, sakit perut ke apa, sekali... rupanya sebab penangan suntikan ubat Mesir. -.-" Gila kuat side effect ubat tu sampaikan my housemate tak sempat nak balik rumah dia dah terhuyung hayang nasib baik ada kakak angkatku yang baik hati, Kak Azyy. ♥

I AM NOT EXAGGERATING AT ANY POINT, thank you.

Hmph. Where are we tadi? Oh ya, sebenarnya nak cakap yang beberapa hari ini pandang je butang New Post tu sebab dah dapat case baru pasal Gastrointestinal Tract yang macam gilaaaaa susah serabut kepala otak semua sampai nak update blog pun hati otak dah cramp. T__T

Oh well, apa-apa pun semua bahan untuk case sudah siap, weee. Kau ingat kalau tak habis case aku nak update blog? Haram, tak.

Oyya, malam tadi dah berjaya membuat Surprised Birthday Party (not a party, to be truth) my beloved cousin, Syifa. Memang agak teruklah dia dikerjakan sampai tahap nak menangis dah sebab kena marah dengan kitorang, huhu. Mintak sorry. Sekali bila kitorang nyanyi lagu Happy Birthday je dia menjerit terus masuk bilik jerit MALUUUU MALUUUUU! hahah. xD

Semoga panjang umur dan murah rezeki ye, sepupu! ;) Sila matured, eceh. Love you, xox.

Sebenarnya otak dah sangat blank sekarang sebab baru bangun dari pengsan. Like seriously. Entah macam mana jalan balik rumah pun aku tak da tau. Haih, ajaib ajaib! Thanks to my cousin sebab papahkan, hehehe. Bangun-bangun tengok ada atas katil mana lah aku tak terkejut, kan. Haiyyoh.

Em em. Okaaaylah. Nak study untuk Pbl session esok!

Thursday, December 24, 2009

once again, i blew it.

Assalamualikum wbt. :)
You are my sunshine, my only sunshine,
You make me happy, when skies are gray,
You'll never know dear, how much I LOVE YOU,
Please don't take my sunshine away...

Kenapa bila aku dah nak hampir capai impian dan target aku, dengan sewenangnya aku pergi musnahkan balik? Sumpah sekarang rasa nak pergi lari laju-laju lepas tu langgar dinding biar badan melantun balik ke tanah. T__T. Well, aku macam biasa. Over drama biar gempak buatnya tidak. HAHAHAH. *Malu. Tapi serius niiii. Seriuuuuusss! (See how serious I am now?)

Aku dah blend, dah boleh melawak semua dengan dia tapi I blew it. Just like that. Apa masalah aku ni sebenarnya someone tolong bagitau!? Kalau 'ter' aku boleh maafkan diri sendiri tau tapi ini dah banyak kali dah weh dari dulu lagi zaman aku sekolah, aku pun dah tak tau nak cakap apa dah. Masalahnya kat sini, aku sengaja tau. SE. NGA. JA.

Agaknya aku ni jenis yang tak boleh tengok diri sendiri happy. (APEKAH?) Lepas tu kerja nak test test orang je mahu tak kena kat aku balik kan. Tapi sumpah tak nak end up jadi macam ni tak naaaak.

Kenapa dia dah jadi lain lepas malam tu? Sebab malam tu aku jeling dia ke so dia ingat aku benci dia? Ke sebab malam tu aku tenung dia non-stop sampai dia kena menyorok belakang kawan dia? Kenapa dia dah lain? Kenapaaaa? Kenapa bila nak sesuatu dia dah tak tanya aku? Kenapa dia mintak kat orang lain? Kan selalu dia tanya aku? Kenapa weh kenapaa?

I am not jealous, thank you very much.

Cuma aku terasa! Ni bila aku bertentang mata dengan dia pun dia dah tak senyum dah, pandang aku pun tak nak, nasib baik tadi dia tegur aku kat kedai tu kalau taaaak... mesti dah makin hebat spekulasi yang aku buat tentang perubahan drastik 240 darjah dia ni.

Wehhh, aku nak senyuman kau baliiiik. You are (more or less) my sunshine, do you hear me? Aku cakap macam tu untuk pujuk kau, boleh? Haha. xD Please please? Aku tak mintak lebih. I just wanted your smile to brighten up my lousy day. :)

Kau kaaan kawan aku yang paling kacak, haha. *Ikhlas sangat dah ni.

kiriman dari jauh.

Assalamualaikum wbt. :)

Sekarang dah tak payah nak sedih lagi (walaupun cant deny it, heh -.-") I bet Farhat pun taknak tengok kawan dia yang sorang ni menangis sampai jadi macam Kasim Selamat. Gila over kau. Furthermore, the decision was made for his best. As he said himself, memang dah impian dia dari kecik lagi nak jejak ke Al Azhar tu dan aku sebagai kawan patut sokong dia bukan hold him back. That is not nice (tetiba).

I pray that you'll be a great successful dentist in future, Paat. InsyaAllah. :)

Sebenarnya nak cakap yang parcel emak dan ayahanda hantar dari Malaysia dah sampai, hihi. The night Farhat ajak aku pergi Farewell Party tu Ustaz Nasir call kata parcel dah sampai apa lagi, melompat la aku. Haha, sabar je la kan. xD

Dapat je parcel tu aku terus inform Farhat parcel aku dah sampai sebab dia janji nak tolong angkatkan. Err, sebab macam sangat mustahil aku nak angkat kotak yang berat dia 20kg tu. Hoho. Sedangkan Farhat yang lelaki tu lepas angkat pun dah urut-urut tangan dia, apatah aku ni yang alahaaai... lepas angkat terus tak bangun-bangun agaknya (exaggerating. :P).

Mostly kandungan kotak aku tu 70% adalah baju baju baju. Absolute yayness! :D Takpayah bazir duit beli baju lagi kat sini hoyeah. Aku dah jadi addicted nak shopping baju pulak kat sini OhIniSangatScary. I never enjoyed shopping for clothes, really. Selalu shopping baju bila nak raya je, haha.

And, of course, makanan perlu ada. Banyak kott sumpah rasa bahagia mentengok makanan yang sebegitu banyak. Die die die. xD Hmph. Juga sangat seronok sebab ada external hard disk, wee. Boleh masuk banyak gambar dan movies! Seronokkkk. Akan ingat sampai bila-bila jerih payah Farhat angkat kotak tu. :') HAHA, over la aku neh. Dah dah, nak pergi study! Haiyaa, amek gambar neh.
Thankyouuu umi dan abah. :) Much love, xoxo

Wednesday, December 23, 2009

bila dia pergi...

Assalamualaikum wbt.

Em. Ada banyak sangat benda nak cerita tapi biar aku pergi satu-satu dulu kang semua benda nak cerita dia jadi serabut. Sekarang pun dah sedia serabut nak tambah jadi lagi serabut daripada serabut? Serius tak sanggup. Okkay beberapa hari ni adalah hari yang macam gila emosi. Haih.

Rasa sedih bila fikir... Hilang seorang kawan yang jadi tempat bergantung adalah sangat perit. Macam separuh nyawa aku pun ikut pergi sekali. Nampak macam hiperbola tapi that's exactly how I feel. Semua gambar mungkin nampak happy dan senyum sana sini, tapi sumpah, hanya Tuhan je yang tahu apa ada dalam hati kami.
Kawan yang aku maksudkan adalah dia ni. Ye, dia. Farhat Zuhairi aka Paat. :) Orang yang aku kenal sejak aku sekolah rendah lagi. Tak ke rasa macam sangat miracle ketentuan Allah..? Dulu kitorang naik bas sama-sama, pergi sekolah sama-sama, satu kelas daripada kitorang darjah empat sampai darjah enam, jiran satu kawasan perumahan lagi tapi lost contact bila dia masuk MRSM.

Tup tup.. Sekarang dua-dua ada kat Egypt ni. Satu universiti lagi walaupun lain course. Bersyukur sangat bila jumpa dia after all these years, masih boleh rapat macam dulu, tak ada awkward, dia siap offer jadi musyrif untuk aku pergi shopping lagi, hihi. ♥

So, kau dah boleh agaklah macam mana aku punya sedih bila dia nak pergi dari Mansoura untuk ke Al Azhar tu. Siapa lagi yang aku boleh gurau sakat lepas ni? :( Malam tadi air mata aku mengalir dalam diam bila fikir dia dah tak ada di Mansoura ni. Ye, fine, Cairo-Mansoura cuma 3 jam tapi takkan sama okay? Never.

Malam tadi student dentistry buat farewell party to those yang akan pergi ke Al Azhar tu dan surprisingly, Farhat insisted gila suruh aku pergi. Mula-mula memang aku tak nak sebab segan cuma kitorang (aku & housemates) je student medic lain semua dentist mesti janggal tapi bila Farhat kata "Please weh, ini untuk aku; kawan lama kau ni." aku dah tak sampai hati...

Haih. Sengaja je kau kan buat aku rasa serba salah! Gila tak aci, okaay.
Lima student dentist from Mansoura yang dah pindah ke Al Azhar. :'( From left, Tajutheen (spelling, anyone?), Ezad, Paat, Iqbal (si Dewa Musyrif dan dah memang terbukti) and Hariz. Serius walaupun baru first time jumpa most of them, diorang baik sangatsangat! Macam Iqbal tu siap tanya "Korang boleh ke balik bertiga je ni? Nak aku teman tak?" bila aku Syifa Chitah nak mintak diri. Kenapakah begitu baiiiiik? :')
Aiskrim ni sangat nostalgia, hihi. Terima kasih ye Farhat sebab belanja kitorang aiskrim al Baron yang "sikit" punya mahal ni. Oh, tak lupa untuk duit teksi. :)
Kita kawan sampai bila-bila, kan? :) Thankyou sebab sudi tolong aku angkat parcel dari Malaysia yang 20kg tu dari Blok C sampai pintu depan rumah aku. Gila kagum la kau boleh angkat kotak berat macam tu sorangsorang (walaupun aku tau kau pun tak larat actually tapi sebab nak control macho depan aku en, haha). Banyak kali kot aku tengok kau urut tangan kau lepas tu. :( Waaa, rasa bersalah habis.

Dan terima kasih sebab hari tu temankan aku naik tremco balik dari pasar, dan jadi musyrif kitorang masa nak pergi al Baron tu lagi, kau memang terbaik la. Terima kasih sebab prihatin, sebab ambil berat.. Pendek kata for everything! Most of all, thankyou for your friendship. :')

P/s: Dengan izin Allah, kita balik Malaysia waktu summer nanti sama-sama eh. :D Jadi musyrif aku dalam flight pulak, haha. Mansoura akan rindu kau weh, on top of it, aku pun akan rindu kau. *Aku masih sebak lagi.

Tuesday, December 22, 2009

ini untuk emak.

Assalamualaikum wbt. :)

Err, ya. Entri kali ni ditujukan kepada emak yang berada nun jauh di tanah air sana tak macam emak Cuna yang dah pun ada kat sini sejak tempoh hari T__T Sebak di situ. Serius aku emo lagi on the way nak ke cairo hari tu tapi tak payah lah cerita sekarang that is not my point on this particular entry, ini kan untuk emak. Hehe. So mari kita happy sikit.

Hmph.

Tak banyak nak cakap tapi nak tunjukkan buku yang Nua beli haritu mi. Hehehehe. Ada dua je baru beli satu lagi Physiology tak ada stok. Mungkin dalam minggu ni baru sampai. :D *Tapi tau je lah orang arab neh macam mana. "Esok" dia bersamaan tiga hari kita. Hmph. :(
P/s: Parcel dari Malaysia sudah sampai. Weee. Seronokkk. :))

Sunday, December 20, 2009

kesian hati aku.

Baru dapat tahu sesuatu yang mencengkam hati kejap tadi. :( Tak tahu nak cerita macam mana tapi hati aku yang sekeping ni macam dah ditikam sampai tak ada belas kesian lagi dah. Nak kata hati tak sakit, memang sangat menipu. Aku dah sangat sebak kat sini. Meroyan aku menjerit satu rumah tadi memang gila tragis.

Aku fahamlah chemistry memang zero. Real human communications pun ilek tapi limitations homosapiens pun tak ada apa cerita? Bukan sekali dua lah weh aku perhatikan. Aku ingat physiology tu unik tapi you know what? Kau hampakan aku. Interactions kau bukan commensalism tapi parasitic!

Aku tak kisahlah weh kalau kau 'ngap' ikan sungai tapi....
Kenapa?

Kenapa mesti ada illusory interactions dengan dia...? Kenapa dia weh? Dah tak ada orang lain dalam dunia ni lagi dah? Dah elok dengan ikan sungai tu cukuplah. Tu lah, aku dah bayangkan situasi ni dari awal-awal lagi dah. Dan aku dah warning awal-awal apa post-scenario yang mungkin akan berlaku. Jangan kata aku tak bagi warning.

Hati aku sakiiiiiiiiit. :'(

Kalaulah boleh tukar hati baru... Aku nak buang hati yang penuh dengan rasa ni kepada hati yang kosong tanpa rasa. Biar aku feelingless pun tak apa. Tak payah rasa sakit macam ni. Tak payah nak beremosi tak payah nak terasa! Apa semua pun tak paa...

Astarghfirullah hal'azim......... Apa yang aku cakap ni..?

Ya Allah Ya Tuhanku, aku mohon agar Kau kurangkan kesakitan ini dan Kau lupuskanlah segala jenis rasa yang pernah ada jika benar tiada perlu ada rasa antara kami supaya aku mampu tenang... Tenang menghadapi segala ketentuan-Mu. Juga supaya ukhwah yang terbina ini takkan terlerai semata-mata kerana seorang hamba-Mu yang berkiam di ruang rasa ku. Sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Mu ini. Amiiin Ya Rabbal 'Alamin.

:') Aku dah sedikit tenang.

Assalamualaikum wbt & selamat malam.

Saturday, December 19, 2009

silent cry.

Assalamualaikum wbt. :)

Sekarang ni aku lagi suka tulis macam sekarang. Er, maksud dia aku tulis apa yang aku nak tulis. Bukanlah maksud dia selama ni aku tulis tu partially sincere ke apa, tak. Cuma rasa lebih best macam sekarang ni. Straight and directly from my mind and heart. I don't hold back on certain things macam konon nak jaga maruah sangat ke apa. Gila seronok macam ni. :D

Ooo yes. Pagi tadi betul, aku dah tertidur masa kuliah Acid Base tu. -.-" Tapi aik... lecture tu tak sampai sejam pun. Menggelabah je aku suruh satu rumah set mind yang konon lecture tu akan berlarutan sampai satu jam lebih. Haiyya. Ni lah aku. Suka sangat make a pre-conclusion. Kena take note supaya boleh improve dalam benda ni. :)

Hmph.

Semalam bukan je "I-always-emo-and-listen-to-sad-songs" day, tapi hari "I-missed-my-family-so-damn-much-and-I-want-to-be-back-home-asap" day. Penaaat tau akuu layan emosi ni dan control dia nak bagi stabil balik. Macam nak putus nyawa (exaggerating). Hampir nak menangis dah depan laptop ni hah bila nampak ayahanda tulis kat Facebook kata nak bawak emak dan satu keluarga pergi Victoria Station. :( Me want the steak too! *Mencebik.

Yes. There was a silent cry from me. Tak lama, tapi cukuplah buat aku rasa kalau aku tak kawal diri aku, boleh tumbang dan rebah jugak aku semalam. -.-" Mana ciri-ciri Iron Lady and Wonder Woman dalam diri aku neh!? Benci lah beremosi macam ni selalu, aku nak belajar pun tak tenang tau. Terlebih hormon estrogen dalam Gastro Intestinal Tract kot aku ni. HAHAHAHAHHAHAH. Hambik kau.

Okaaay nak sambung tengok Harry Potter dulu. ;) Mencakar pada badan Bieyto ni pun sebab rindu nak berblogging. Ceh padahal awal pagi tadi dah blogging dah. Orang dah habis buat objektif la katakan.... (ehemm). Nanti lah bila rasa nak share apa yang aku rasa lagi aku tekan lah butang New Post tu. Hihi.

P/s: Esok nak ke cairo omaiii tak sabarnya! Tak sabar nak keluar dari Mansoura sebenarnya, weee.

matlamat tercapai.

Assalamualaikum wbt & selamat pagi (kepada rakyat Egypt sekaliannya, HAHA).

See how in a GOOD mood i am? Pagi-pagi lagi dah gelak. Hihi. Andd yeah, sekarang in Egypt masih pagi. Thanks to my cousin yang kejutkan pukul 6.30 tadi, I am now ready to rise and shine xD Okaaaay apasal happy sangat neh?

I do not know. -.-"

Maybe I just simply happen to woke at the right side of the bed. Oh well, katil ku cuma boleh bangun dari satu arah je sebab terhimpit dengan dinding. Adoi. What exactly my point by saying this? I do not know. :P

Sekarang nak bagitau kenapa rasa sangat light and almost flying in the air. Err, objektif case 8 yang aku sok sek sok sek tak tau nak buat macam mana semalam tu Alhamdulillah, dah berjaya disiapkan tepat jam 11.26 malam tadi. Terus aku print tak tangguh-tangguh lagi dah. Malas. Maka hari ini aku boleh merehatkan otak setelah dia cramp dan bekerja untuk aku semalam. Hehe. Terima kasih ye otak. Saaaaaayaaaang otaaakk. :*

Serius rasa nak menangis sangat bila dah siap tuuu. :'( Semua beban terasa hilang. Sebab proses hari jumaat semalam adalah sangat menyeksa dan menderitakan. Oh well, aku kan full with random emotions and what not. Can't do anything to change that.

Okaaay I seriously gotta go. Pukul 9 pagi nanti ada kuliah pasal Acid Base Balance by my very own Pbl lecturer; Dr Gamal. *Kalau aku tak online pukul 12 lebih nanti (waktu Egypt), sesiapa tolong cari aku dalam dewan kuliah sebab aku mungkin dah terpengsan ataupun tertidur mendengar kuliah tersebut. Haih. Be positive, Nuha. Come on.

:) Oh Dr Gamal... yang cute, I'll try not to fall asleep. I'LL TRY. *wink.

Bolehlah tengok movie hari ni. xD Hihi. Harry Potter and the Half-Blood Prince. Wuuuu~ tak sabar.

Friday, December 18, 2009

aku cuma ingin menulis.

Assalamualaikum wbt & selamat lah segalanya.

Aku tak harap orang akan baca apa yang aku tulis kali ni because aku tengah stress sebenarnya sebab tu terkeluar ayat power. -.-" Okay dah dah. Jantung sekarang tengah cramp out of the stress-ness. Atau macam lagi best kalau cakap My Heart Had A Brain Freeze. Okay itu tajuk lagu shut up la Nuha. Haih.

Hari ni rasa down sangat tak tahu kenapp.... .
Kejap.......
I think I know why. *sighs.

HARI NI HARI JUMAAT KENAPA BOLEH LUPA YEH? Today is my i-always-emo-and-listening-to-sad-songs day. Ergh. Atau mungkin jugak sebenarnya aku jeles dengan kawan-kawan yang dah ramai rancang nak balik Malaysia on this coming winter break! It was an unintentional punya jealousy, i swear. Lagi-lagi bila one of my housemates' family akan datang ke Egypt this Sunday for a week. Jelesssss. :( But I am happy for you guys, of course. Will not kill anyone for that.

Haih.

Tambah dengan case ke 8 minggu ni punyalah horror untuk aku. Pasal lung! I mean, nak start dari mana weh? Apa yang kena tulis? Apa yang perlu apa yang tak? Mencapai piawaian objektif ke tak? Damn. Aku serius tengah serabut dan menggelupur kat sini. T__T Dah lah nak kena siapkan all the objectives before this sunday sebab nak pergi Cairo temankan my housemates tu ambil parents dia (ini kerelaan sendiri yang nak pergi Cairo tiada sebarang paksaan).

Maaaaaaak! Stressnya akuu tapi tetap takkan makan pil caffox tu nanti dah addicted payah -.-" You'll never know, bebeh. Dahlah petang ni turn aku masak nak masak apa nak masak apa? Cadangan? Tak apalah, lambat. :P Dah ada dah idea nak masak apa tapi nak kena korek resepi dulu, hohoho. Wish me Happy Cooking. Pleaaaase?

Dann apsal surrounding aku makin lama makin tak best? I mean, sekarang ni dengar bising sikit je hati aku dah menggelupur. Atas bising, dalam bising, luar bising! I can't cope with this anymore. Kot. Haih. Sekarang tiap-tiap malam sebelum tidur aku jerit nak pindaaaaaaaahh rumaaaaahh! -.-" I NEED A PROPER ENVIRONMENT AND SPACE. Ini nak belajar pun tempat terhad aku dah sangat stress di sini tolonggg.

To my dearly housemates; Syifa, Chitah, Cuna, Belle and darling Penguin, kalau baca ni jangan pandai-pandai terasa aku ketuk karang! Rasa nak move out seriously tak ada kena mengena dengan korang langsung (you guys are the best and I could not ask for anyone else as a matter of fact). Its just that I can't cope with all these noises weh. Rasa nak pergi rumah baba tu salotape kaki badan tangan anak dia. Kalau boleh dengan mulut-mulut orang kat bawah ni aku nak salotape sekali.

Okaaaaay. Dah tak nak cakap banyak objektif dah lambai-lambai suruh fokus balik. Fokus Nuha, FOKUS. :) I can do this and I am going to finish it. InsyaAllah.

P/s: I am currently at my worst. And if you can't accept that, it literally means that you don't deserve me at my best. Faham tak ni? I hope you do. Aku malas nak ulang banyak kali. Heh.

Thursday, December 17, 2009

a dose won't hurt;

This past few days my life has been a lil bit hectic than usual. Oh well, the usual "I-am-occupied-with-lectures-and-study" stuff. There's NO signs of stress and tense, THANK GOD. *rolling eyes. Kalau tak aku mesti dah consume pil Caffox untuk migraine tu satu hari tiga kali Sumpah Tak Nak T_T Nak mentelan pil je dah satu penyeksaan untuk aku. Teringat dulu makan pil kuda (what ever that is) sampai kena potong jadi lapan bahagian baru boleh makan. Tsk.

My presence in the University earlier today was filled with drama. At least aku je lah rasa apa yang jadi tu bersifat drama, HAHA. Didn't realize I could fly until he blown me away. xD Okkay itu sangat exaggerate yeh? But it is true. The smile he puts on his face was a remedy for a life time to everyone who sees it. :D Okkay exaggerate lagi tapi tetap betul. HIHIHI.

Nampak tak sekarang betapa adore nya aku dengan Killer Smile kau? *Sumpah aku harap kau tak baca doe neh buat malu aku nak jumpa kau je kat Univ nanti, HAHA. (Blushing tiba-tiba). Andd thanks for the sweet "HELLO" you gave me when we bumped into each other in front of Kuliyyah Tib tadi. Kan dah cakap, you blown me away. :)

Another guy was being outrageous by the way when he asked to sit besides me during the lecture :O Never occured to me that I would experienced that. Not in THAT kind of way. HAHA. Sumpah lawak bila the so called "Bapak Tiri" marah the guy suruh pergi pindah tempat lelaki. Bayangkanlah... bila dia duduk sebelah aku tu dia macam kena apit dengan perempuan kiri kanan tau. I was in his left side, Hazeirah was in his right side. Manalah bapak tiri Mesir tu tak angin.

INI MESIR, if you haven't noticed. :) But I did appreciate your effort on asking me tons of questions about the cases and what not. Andd for the compliments too. Cuma pandangan-macam-serong-lelaki-lain-pada-I masa you duduk sebelah I (walaupun sekejap) tu you kena tebus baliiiik. Hmph.

Anyway. I was shocked when I knew that my long lost friend, Farhat; will be moving to Cairo soon. Awww, sedih laa :( Dah lama tak jumpa kau kot (minus the fact that we are actually neighbours back in Malaysia, HAHA). Tiba-tiba reunite balik kat Mesir ni hah jodoh friendship kita neh macam apa jee. Haih haih. Apa-apa pun aku doakan yang terbaik untuk kau. :') Kau macam dah suffer banyak kat sini and you deserve something better. Dengar tak ni, Farhat?

Monday, December 14, 2009

don't judge book by its cover.

Nampak macam dah sangat cliche dan sangat lapuk tapi aku tetap rasa kata-kata ni masih lagi relevan. Sebab betul. Kau tak boleh dengan sewenangnya menghakimi keperibadian seseorang dalam sekelip mata padahal kau baru jumpa dia sekali, itupun tak bercakap tak bertegur, kau cuma perhatikan, pandangkan gelagat dia dari jauh. Kau rasa itu cukup untuk kau tahu luar dan dalam dia?

Apabila kau pandang dari jauh.

Situasi Satu: *Perempuan A pergi kuliah pakai short sleeve, skirt labuh dan high-heels boot.
Hati kau kata: Gedik gila! Dia tu pakai semua nak bergaya padahal pergi kuliah je kot. Sekarang musim hujan dia pakai macam tu karang musim panas macam manalah agaknya.

Situasi Dua: *Lelaki B selalu bila berjalan mesti perempuan hurung macam lalat.
Hati kau kata: Lelaki macam tu mesti social habis. Tengok lah tu. Mana dia pergi, semua perempuan naik ikut.

Aku bagi dua contoh je malas nak fikir lagi kang makin panjang makin ramai yang terasa ini aku fikir pun berdasarkan daily basis punya cerita takda niat nak attack sesiapa *tarik nafas hembus nafas. Semput buat ayat panjang-panjang neh -.-" Kenapa kita mesti fikir macam tu? Soalan aku tujukan kepada anda semua juga diri sendiri. What's up with our typical thoughts?

I mean, come on, jangan jadi prejudis sangat nilai orang macam tu. Kau dah tidur sebantal, makan sepinggan, minum secawan ke dengan dia sampai kau rasa kau kenal dia sampai macam tu sekali? Cuba kau kenal dia dulu, bercakap dengan dia, bergaul dengan dia. Lepas tu kau ada hak nak cakap apapun tentang dia walaupun tak sepenuhnya. Senang, kan?

Betul, menutup aurat tu tuntutan agama, takda dakwa-dakwi lagi dah tapi pakaian seseorang tak melambangkan keperibadian dia. Benda ni subjektif. Peribadi dia, maksud aku. Kalau hari ni perangai dia macam haram sikit, esok lusa entah-entah angelic. Benda macam ni payah kalau nak analisa sekali harung macam tu.

Dan kadang-kadang lelaki yang kau kata social habis tu lah yang imamkan solat fardhu kau. Memang susah nak percaya kan? Lelaki yang kau anggap jahil tentang hukum hakam agama, lancar habis bila membaca doa siap dengan tajwid dan penghayatan. Payah. Sebab takkanlah dia nak pergi canang merata dia handal agama? Dan engkau pergi buat spekulasi boleh tahan panas tentang diri dia dalam hati kau. Tak adil, kau tahu?

Haih. Payah payah. My bad. And I am truly deeply sorry.

P/s: *This is only PARTIALLY true. Lain-lain adalah rekaan sendirian berhad. Pilihlah pilih part mana yang real, mana yang fake. All the best in choosing! :)

Sunday, December 13, 2009

satu nikmat daripada-Nya.

Picture credited to Google (macam tak biasa pulak).

Keputusan Mid-sem exam dah keluar semalam. Hari Selasa periksa hari Sabtu dah keluar result oh sangat pantas macam tak sempat aku nak bernafas kelegaan je (exaggerate. :P). Sesiapa yang menjadi kawan I di Facebook, (takda niat nak promote Facebook sendiri eh memandangkan aku approve orang yang aku kenal saja, tumpang lalu) dia dah tahu dah I punya result macam mana walaupun not in detail.

Sehari sebelum dapat tahu result memang ada satu syndrome terjadi pada I (macam orang lain jugak aku tahu jangan hidup in self denial, HAHA). Syndrome kupu-kupu dalam perut nama dia. Ini I reka sendiri nama Bahasa Melayu neh siapa berani condemn siaplah dia. Pagi tu macam biasa pergi Universiti untuk PBL session semua dan bila kuliah kedua nak mula baru semua heboh kata result dah keluar. :O

Err, bak kata Hawa, result kitorang tu habis terpampang dan tertebar depan semua orang kerna pentadbiran Universiti pergi tampal dekat dashboard fakulti tu hah. A remarkable experience, I must say. Ye lah, dengan sewenangnya tanpa segan silu orang boleh stalk markah kau berapa, haih haih.

All in all, aku bersyukur sangat dengan keputusan mid-sem exam aku ni. :) The-staying-up-late-until-Subuh and all are totally worth it. But of course, seeing other persons result (especially the Egyptians ceh ceh ceh), I could have done better. Tons of apologize to emak and ayahanda for my 'not-that-excellent' result. I should have nailed it, like my dad always said but I didnt. :'( Sighs.

Oh well, there is nothing to be regret of. I shall be burrying my life into lecturers' slide and self-notes more often from now on for the final exam preparation. And I shall not be distracted by FarmVille or FishVille or whatever Ville they have in Facebook, insyaAllah.

Dan ya, kejayaan kali ini hanya salah satu ujian berbentuk nikmat daripada-Nya. :')

Friday, December 11, 2009

a sunshine coming through;

Malam tadi berlaku sesi bermanis kata antara dua sahabat (pergh ayaaat, tapi macam boleh blah jugak). Err, maksud dia malam tadi pertama kali I bermain instant messaging di Facebook dengan cik kawan manis; Nasquin. Aik, hang manis ka? HAHA. Boleh usha blog dia sana kalau teringin. Awal perbualan okay dah tanya pasal benda-benda common lepas tu tiba-tiba boleh masuk bahagian banyak orang arab Mesir ni yang perasan hot pergi mengorat gadis Melayu (like me) pakai NIHAO MAA :O

Come on, what is thaaaat? That was exactly what I told Nasquin last night -.-" Kalau nak mengorat bairlah guna ayat proper sikit INI KAU INGAT AKU DARIPADA CHINA!? Apa putih melepak ke aku neh? *tengok tangan sekejap* Err, tak da putih pun, HAHAHAHHAHAH. Sumpah macam entah apa-apa entah diorang ni tau, haihh.

Andd Nasquin, am glad that you are in a better mood now. :) Go make yourself a Lasagna or Spaghetti Bolognese or whatever that you are craving for. Apakah motifku? Hmph. To feed you till bloated like... err, balloon? HIHIHI. xD Okkay perenggan ni tak ada tujuan dia tak ada isi penting semua tak ada SIAPA SURUH BACA. :P Andd I think I'm the one that have lost you as my blog reader *kening kening.

Anyway.

Pagi tadi bangun boleh tahan awal untuk orang yang tidur lambat. Teheehee. Serius awal lepas Subuh tidur balik bangun dalam pukul 7.15 pagi macam tu sebab dah sampai giliran I pulak pergi pasar memborong barangan rumah. Weeee, I HEART PASAR. :) *konon. HAHHA. Palinglah chenta sama itu pasar -.-" Tapi not bad la pasar dia, murah pun murah kentang satu kilo baru satu genih ! Hebat tak hebat tak?
Dan entah kenapa hari Jumaat jadi bertambah special sekarang Restaurant Global (restoran Melayu, ehem) depan rumah dah buat aneka makanan dah untuk student Malaysia di Mesir sini. Hallamak aih. Makin tergoda lah I macam neh. Ayyok! Sarapan pagi tadi saja I hampir nak menitiskan air mata kebahagiaan keseronokan semua bagai (dasar Emosional bagi peluang sikit, HEHE). Tak tergambar dek kata-kata la weh.

Haaa, nak tahu kenapalah tu kan? :P Don't worry, kalau tak ada sifat enkuiri yang tinggi bukan manusia nama dia *kenyit mata. Macam mana lah kalau tak hampir menangis kalau pagi tadi I bersarapankan ini ni ni...
Roti Canai dan Nasi Lemak. :') Tengok, menangis terharu lagi habis dah meja belajar I neh, HAHAH. Tak boleh blah betul. Walaupun ada jugak flaws sana sini tapi Alhamdulillah, bersyukur sangat yang lepas dua bulan bermastautin di Mesir ni, dapat jugak merasa Malaysian food. :') Haaa, menangis lagi buat apee? -.-"
Hambek wajah I menikmati sarapan dalam rancangan Selamat Pagi MESIR. :) HEHE. Menu malam ini: CHAR KUEW TIAO. Pergh, gila laaah! Dah lama tak pekena kuew tiao doe. *Drools. Kesimpulan dia; inilah nasib anak perantau *tetiba kan aku, tetiba.

Thursday, December 10, 2009

simply irresistable;

JUAN ALFONSO BAPTISTA ♥♥

Picture credit to Google, (of course) since I seem cannot stop myself from google-ing him T___T Err, dah lama tak buat entry tentang "kesukaan saya" macam ni kan, HIHI. Hari ni biar I lepas gian sekejap mentang-mentang baru dapat case pasal HEART. :) I heart heart. HAHA. EKAU GILO?

Beliau sumpah sangat HOT. Err, baik anda jangan pergi Google dia. Jangan, I cakap. Janganlah weh T__T. I cakap ni demi kebaikan kita bersama (ewah). Tak, betul ni. Kalau anda nak Google jugak, terserah. Tapi sila lah mengucap berbanyak kali selepas itu. Bukan anda akan rasa dia saja HOT, tapi dengan anda-anda sekali akan kepanasan di depan komputer anda tu hah. Serius tak tipu.

Kepada sesiapa yang mengalami musim WINTER sekarang (like me) bolehlah pergi Google beliau kalau nak 'kepanasan' tersebut. :P Hayyoh apa aku neh mengajak orang mentengok benda-benda macam tu DAH DAH SCRATCH ALL THAT RUBBISH. :/ Mintak sorry banyak-banyak. Otak yang dah kepenatan membuat research memang macam neh, dia perlu bantuan sikit T___T

But hey, I wont take my words on Juan, though. Memang tak berhenti kot Google tambah cari video drama dia di YouTube semua semalam, pergi tanya housemates I semua sana if you don't have a faith in me (ecece). I siap pergi post kat Facebook lagi lepas tu tahukah ayahanda membalas apa?

"Rosak anak aku......"
Tak boleh blah xD

Wednesday, December 9, 2009

terapi pasca exam.

Phewh. Dah lama tak guna 'pasca' teringat zaman berbaju putih berkain biru cair dulu perkataan macam neh mesti dapat markah lebih dalam exam, HAHA (tipu tipuuuu). Okkay dari tajuk pun macam dah boleh tahu yang mid sem exam I yang berdurasi selama SATU JAM (yes, one hour ONLY) sudah selesai. Satu jam, satu paper. Bahagia punya mid sem!

Alhamdulillah, kebanyakan soalan macam menepati ramalan perasaan I sendiri. :) Bersyukur sangat tapi of course lah ada soalan yang membuat I terkedu secara lama dan banyak jugak yang dah bulat jawapan ni, I tukar jawapan lain lepas tu bila check sekali lagi tukar balik jawapan asal. Hmph. Normal, no?

Selesai saja mid sem exam yang study sampai tak tidur satu malam tersebut (bragging. :P), I dan housemates terus cabut pergi Sikah untuk membuat guilty pleasure. Err, bershopping lah maksud dia, bershopping! Selalunya terapi jiwa I adalah consuming food tapi kali ni mungkin sebab dalam mood winter maka terapi terarah kepada pembelian baju sejuk hoh.

Thankfully sekarang I dah pandai membodek dan menggoda penjual peniaga di Sikah sekaliannya sampaikan jubah yang sepatutnya harga 75Genih dia boleh turun jadi 70Genih *Kening kening. Err, apa? Tak cukup hebat? Apakata kalau I berjaya membuat muka manis sampaikan baju yang harga dia 65 Genih boleh turun sampai 50 Genih saja? Gila, kan? Tapi dah pun terjadi. Magik, Fairytale, Legend... (okay dah dah takyah tambah lagi).
These are apparently NOT FOR SALE. I belum bercadang nak bukak butik online from Egypt buat masa sekarang. :P

I telah memborong lima pasang baju termasuk sehelai jubah. Err, tiga pembelian yang berbaloi. Lagi dua I terpaksa terbalikkan ibu jari. Hayyoh. Maka sehelai baju mungkin akan dijual kepada rakan serumah. The dress looks awesome on her. :) *Ini bukan bodek supaya awak beli heh, HIHI.
The dress that on sale for 50Genih for my housemate.

Situasi sama setiap kali bila nak balik dari Sikah berlaku lagi semalam. Tak ada teksi nak mengambil kitorang pulang lah apalagi. Aku bakar jugak sekorsekor teksi arab neh xD Memandangkan macam teksi memang sebelah mata pun tak pandang kitorang apatah lagi dua belah mata, kitorang decide untuk berjalan kaki. Nak kata dekat amatlah menipu jawapan I. Sempatlah jugak I menampal wajah lesu dan pucat semasa berjalan T___T.

Akhirnya kitorang sampai jugak rumah manis rumah lepas perjalanan lebih kurang 45 minit tu ada I rasa. Dengan cuaca terik tapi berangin kecang lagi, pergh, memang menipiskan kesabaran I yang memang dah sedia tipis neh. Haihh. Sempat jugaklah melantak di Wilatein mengisi perut yang kosong. Okaylah not bad food dia tapi Bahgat Samir masih menjadi idaman, terima kasih.

Ini kejayaan major nama dia, HAHA. Hari tu ingatkan macam impossible gila nak jalan kaki dari Sikah balik rumah macam OMAIGOD KAU GILA JALAN KAKI DARI SIKAH!? Padahal... Err, memanglah jauh tapi masih boleh diterima dek logik akal. Berterabur jugaklah tulang kaki I ni kan, T____T Dua minggu duduk rumah bercuti tiba-tiba berjalan hampir 10 kilometer memang lah kaw-kaw I kena.

Maka sekarang, Farhat, jangan pandang aku tak ada mata ingat aku tak boleh jalan kaki dari Sikah balik rumah macam nasihat kau? HEHE, dah berjaya pun weh xD *Ya, aku sangat bangga di situ. Phiwwit. Nak buat lagi sekali? Oh tak apalah terima kasih. Tak sanggup. -.-"

Monday, December 7, 2009

words to mend a heart;

WHAT DOESN'T KILL YOU ONLY WILL MAKE YOU STRONGER.
I'll hold on to that for the time being.
And to that certain someone or whoever you are...

Kutukan kau tak membagi kudis pada aku jadi ada aku kesah kau nak kata apa pasal aku? Kutuk lah, fitnah lah, cakap belakang lah sekali pun, aku takkan mati hanya sebab mulut kau. Faham? *Senyuman manis*

Heh.

Sunday, December 6, 2009

to someone far.

*Gambar hiasan-- Hari Raya Aidil Adha PCM*

Ini aku dedikasikan kepada seseorang yang susah aku nak gapai balik... Macam kalau aku dapat pegang dia balik pun macam susah orang nak terima apa semua (Okkay tak apa takyah faham -.-"). This is more complicated to me than it sounds to you, sadly.

Weh, aku rindu kau. Bukan diri kau saja tapi segalanya yang ada pada kau yang bagi aku sangatlah tak perfect tapi dalam masa yang sama imperfectly perfect. Sumpah aku rindu. Rasa macam nak pergi cari kau sekarang, gali lubang ceruk benua mana pun aku tak kisah asal aku jumpa kau lepas tu pegang kau dalam hidup aku for eternity! Serius aku cakap ni.... Kau dengar tak? *I know that you will read this somehow.

Aku rindu nak main hide and seek tentang perasaan kau sebab kau suka sangat pendam semua masalah kau konon tak nak susahkan orang lain dan aku yang kena figure out sendiri apa yang kau fikir dan rasa semua. Aku rindukan diri kau yang selalu dulukan orang lain, yang selalu... selalu biarkan hati kau tak terjaga. Aku rasa semua tu sangat manis. Tapi masa tu aku rasa kau macam sangat lemah sebab tak mampu nak luahkan apa yang kau rasa dan relaaa je apa orang buat pada kau.

Lepas tu aku rindu bila kau selalu patuh pada arahan macam setiap peraturan pun kau tak sanggup nak langgar sebab kau jenis orang yang macam tu. You go with the flow dan sangatlah jarang untuk tengok kau defend orang lebih-lebih lagi diri sendiri. Sumpah aku rasa nak ketuk-ketuk je kau tau tak tapi aku tau, itu diri kau yang sebenarnya dan nak tak nak aku kena terima jugak. Kalau kita suka seseorang, kita perlu terima dia seadanya. Kan? Dan itulah prinsip yang aku apply-kan pada kau.

Tapi sekarang kau dah lain.... Nampak berbeza sangat dari kau yang pernah bersama aku dulu. Kadang-kadang aku jadi takut nak tegur kau sebab kau dah jadi sangat unpredictable. Sekejap kau moody, sekejap kau gembira ketawa happy. Apa yang dah jadi pada kau, sayang? Kenapa sampai macam tu sekali perubahan yang berlaku pada diri kau? Aku... aku macam dah tak kenal kau. Kita dah macam orang asing! Aku nak gapai kau, pegang kau, tapi aku tak tau arah mana patut aku bawak kau. Haihh.

Sumpah aku rindu kau sangat weh... :( Sekarang aku cuma boleh berdoa dan berharap yang perubahan kau ni ada kebaikan dia sebab aku tak nak kau hanyut lebih jauh dan lebih dalam. Semuanya sebab kau pernah jadi sebahagian daripada diri aku, hidup aku. You once live within me and I terribly missed that.

P/s: Sesuatu yang orang mungkin takkan faham dan buat spekulasi sendiri dalam hati tapi ini apa yang aku rasa jauh dalam diri aku.

**Updates; dah kata dah. Mesti ada yang salah sangka. Haih. And you know what? I am too tired to explain. "Kau" dalam entri ini adalah seorang perempuan, harap maklum! *Bengang*

With lots of memories and love,

Saturday, December 5, 2009

pre-exam disorder;

AN ADAPTATION FROM HANI'S BLOG, HEHEH.

I am currently on Case Three; Urine Infection. One more case to go (Case One, Two and Five were already settled, thank God) and then I'll be "SORT OF" ready for the Middle Semester Exam. :) Regarding to the so called Pre-exam Disorder or PeD as my dad put it, I tend to eat lots and lots. I have been consuming food with an extra amount, sadly.

Personal thought; Taaaak. Masalahnya makanan semua bila ditelan dia magically hilang in the nick of time! Tak sampai setengah jam makan nasi dah lapar balik. How? T____T

Oh well, I think this is normal (my dad is on my side, absolute yaay-ness, HAHA) since the temperature here in Egypt is decreasing each and every day :O There was this one particular day that the temperature reached BELOW TEN degrees weh T____T And the forecast stated that it might reached 4 degrees by the end of the month! GILA.

Anyway, I have just spent 13 minutes by calling my little brother; Aiman via Smart Voip just now ! :') Omaigod I seriously missed him so so much ! Haihh. LOVEYOU laaa adiiiik! Apparently using Smart Voip to call Malaysia is much much cheaper than anything else. 1 cent per minute is like..... (perhaps you should fill in the blank yourself xP)

Current Addiction; KRIB SYUKULATAH. :9

Dengan pesanan, SESIAPA YANG DUDUK DI EGYPT TAPI TAK PERGI TRY INI ADALAH SANGAT RUGI ! Like seriously. Why would I lied, anyway?