Sunday, November 29, 2009

it has been what?

Today marks the exact date of me being here, in Mansoura for two months. Yeah, it has been ONLY two months since I left Malaysia, my darling country. It might sounds "Eleh-baru-je-rupanya-pergi-Mesir-tu-dah-nak-kecoh" to you, but TWO MONTHS meant a world to me. It ain't easy. Andd yes, I have not cried (...yet!) since I arrived and I would love to make my record straight. Thank you. :)

Oh well, the urge to cry were there. I would be lying if I said no. I am not THAT insensitive (I am more or less full-time emotional, HAHA T____T). There were some moments where the tears almost fell (to unnecessary or reasonable reasons) but I managed to hold myself together from shattered into pieces. *Sighs.

Every time I feel wanted to cry, I would tell myself that I am such a loser IF I did. It worked, to my surprise. Truthfully, I didn't cry due to the fact that if I cry, I might won't stop. Huge possibilities for that to happen anyways. And no, I don't want to take any risks by doing so. Urgh, scary :(

Aku bukan BERLAGAK macam kuat. I am actually trying my best here to be one. :)

Life was treating me good, fortunately. But there were some minor bumps here and there. Waaaay too NORMAL -.-" Haven't been attacked by migraine since I arrived here so I take that as a good sign *Grinning. But perhaps I was being too laid back? Hmph. :( Need to push myself to my limit. And have to that pronto! Haih.

My best friend has arrived from Alexandria an hour ago, thankfully. Can't wait to reunite with her and it has been what? Two months since we last met, kan Cik Bie? HEHE. Two months, TOO LONG. HAHAHA. True that. And ouh, tonight we will be cruising on the Nile ! How awesome is that? :O CANTWAITCANTWAIT. Desperate -.-"

P/s: Sangat tersentuh dengan my housemates yang sudi dermakan katil diorang untuk kawan baik I. Terharu sekali. :') Terima kasih banyak-banyak, rakan.

feeling's autopsy;

Sangat fascinating mentengok student lelaki Malaysia bergotong royong macam ni.

Macam sangat style kalau kita buat autopsy ke atas perasaan sendiri. Atau dalam kata lain, kali neh aku nak membuat analisis terhadap perasaan aku tentang beraya Aidil Adha tanpa keluarga di sisi. Err, salah ayat neh. Sekali lagi sekali lagi. ... tentang beraya Aidil Adha tanpa keluarga KECUALI sepupu di sisi. Hah, ni baru cun ! :)

Pagi raya aku tidur balik lepas subuh dan hanya bangun setengah jam sebelum nak pergi bersolat Hari Raya di Blok B; berimamkan abang-abang PCM (Perubatan Cawangan Mansoura). HAHATABOLEHBLAH. Nasib baik sempat aku nak bermandian dan mensarung baju raya (la sangat padahal pergi kuliah pun baju tuuu jugak) Haih. -.-" Aku orang yang sangat peculiar dengan baju. Baju yang sama tak boleh dipakai dalam minggu yang sama dua kali. Ingat. HAHAHAMBOIAKUNI.

Dengar takbir laungan abang-abang PCM adalah sangat syahdu. Noktah. Aku menahan air mata lah tapi. Segan kot dahlah aku makmum barisan yang paling depan T____T. Tak percaya pergi tanya Husna berapa banyak kali aku cakap aku segan bila abang-abang PCM tu sampai dan duduk depan aku? Alahai. Abang-abang PCM ni pun penyegan jee HAHACOMEL.

Okay sila dengar sini. Di pagi raya tersebut aku bersarapan buah strawberry berlaukkan susu pekat serta coklat Ferrero Rocher. Terbaik, no? HAHA. Aku pun tak tahu bagaimanakah aku boleh macam tu punya kental mentelan makanan macam tu di pagi raya. Err, tapi lepas Zuhur tahu kah aku melantak nasi impit (buatan sendiri, Ehem) berserta Ayam Masak Merah, Daging Lada Hitam dan juga Puding karamel. Itu terbaik gila.

Pada paginya aku mentolong mengupas bawang lepas tu pergi usha lelaki sekaliannya melapah daging. Kupasnya sekejap, ushanya yang lama. HAHAHAHA -.-" Itu yang di atas sana tu antara gambar yang aku berjaya tangkap semasa sesi pelapahan dagingdaging lembu. Bila kaum lelaki pergi bersolat Jumaat kitorang yang perempuan ni pulak sambung melapah ! Serius weh tangan aku berlumuran darah dah memotong dagingdaging yang pure dari badan lembu :O

Kalau nak melihat lebih lanjut apa yang berlaku sepanjang sesi pelapahan, rajin-rajinkan lah jari untuk klik sini. Memang pengalaman la aku mentengok semua ni dalam jarak dekat. Selalu kalau kat Malaysia tu mesti aku dok berdiri belakang pagar je T___T Nak tengok dekat macam semalam? Hah, harapaan. Mesti kena rempuh dengan budak lelaki punya. Heh.

So far, aku tak macam sebak sangat (like I have expected) pun sebab suasana dia meriah dan ramai budak Alexandria datang Mansoura so we were actually catching up and yadda yadda. It was a wonderful day after all. :) Gosh, can't believe I am the one who said this. Teeheehee.

See? I told you budak Alex datang Mansoura. Kalau taak, Syrrul and I would not have met. :') Seronokkk rupanya beraya kat sini. Entah siapa entah yang cakap nak balik Malaysia hari tu lepas tu bila dia bagitau ayahanda dia, ayahanda dia suruh naik kapal tongkang tak pun naik kapal kontena balik Malaysia T____T Err, siapakah? HAHAHHA.

Acara pada pagi semalan lebih meriah la tapi. Dengan persembahan silat, nyanyian semua bagai. Perghh, memang rasa semua orang pun macam keluarga je. :) Yes YOU. You are one of my family here. HIHI. Untuk lebihan gambar, klik sini.

P/s: Mansoura has slowly started to feel like HOME. :) Hari ni my bestfriend; Nabihah datang dari Alexandria OMAIGOD GILA TAK SABAAAAR ! *Screams out loud*

Thursday, November 26, 2009

salam perantau aidil adha;

Created and designed fully by yours truly. :)

Memandangkan untuk Hari Raya Aidil Adha surat khabar Malaysia tak ada membuat Salam Perantau untuk para perantau sekaliannya, maka biarlah I membuat di sini saja (terserlah betapa desperate nya I, HAHA T____T). Andd ye, salam ni dibuat in advance kerna esok dah Hari Raya mesti tak sempat dah nak wish takkan I nak bertafakur depan laptop dan miss all the fun jalanraya dibasahi darah? Oh sama sekali tidak.

Pertama kali tidak beraya di Malaysia dengan keluarga, dalam hati ada sebak T___T (tiru ayat Dalam Hati Ada Cinta. Heh). Dengar takbir nanti mesti lagi kawkaw rasa sebak dia *Sniff sniff. Tsk. Tengok. Baru I cakap neh dah ada orang bertakbir dalam Facebook. Sedih sebak semua ada. Suasana Raya Korban di Mesir ni mungkin gegak gempita PUNG PANG (mana kompang, mana?) sana sini... . Tapi hati I tetap tak meriah. Tsk.

Tak apa, ini lah pengorbanan seorang fisabilillah... (ececeh).

SALAM PERANTAU AIDIL ADHA.
27 November 2009.

Oyya, gambar adalah sangat essential. Apalah maknanya Salam Perantau tanpa gambar pemberi salam? Meaningless I would say. HAHA, mempandai je aku neh. Okkay Salam Perantau versi blog bermula sekarang.

Gadis gambar: Nuha Muneerah Abd Hakim.
Lokasi: Mansoura, Egypt.
Jurusan: Tahun Satu Fakulti Perubatan, University Mansoura.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidil Adha ini saya tujukan buat keluarga tercinta yang berada di Selangor, Malaysia; Abah, Umi, Ijah, Anan, Ammar dan sayang-ku; Aiman. Juga buat kedua-dua belah nenek dan moyang, semoga sentiasa sihat dan bergerak dengan lebih cergas hendaknya (ewah).

Tidak lupa juga kepada semua cikgucikgu daripada sekolah rendah; SK Raja Muda Seksyen 4 Shah Alam, sekolah menengah; SMK Seksyen 9 Shah Alam, SM Sains Muar, dan juga cikgu tuisyen sekaliannya. Atas jasa cikgucikgu lah saya ada di mana saya berada sekarang. Terima kasih banyak banyak. :')

Untuk rakan-rakan daripada tadika sampailah rakan-rakan sekarang dan rakan-rakan akan datang, Selamat Berkorban! Marilah kita leburkan dosa dari dalam diri dan mensucikan diri, InsyaAllah. Buat terakhir kali, Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua umat Islam di mana jua anda berada. :) Eid Mubarak.

P/s: Rindu ketupat, kuah kacang, lontong, rendang. Oh. Rindu pada keluarga lebih hebat :'( Nak beraya di Malaysia... sini tak ada sesiapa except my cousins; and of course, rakan-rakan sekaliannya. Hmph.

Whatsoever: Farhat thank you temankan kitorang balik souq tadi. Terharu weh. :) Kalau kau tak ada sampai habis Maghrib pun kitorang tak balik lagi kot. Heh. Lain kali temankan lagi eh, heeeee.

Wednesday, November 25, 2009

i'm on leave;

Sesi ber-window shopping setelah habis kuliah semalam ! Serius banyak baju lawaaa I dah rambang mata -.-" Harga pun cantik sekali, of course. HAHA.

Pertama sekali nak cakap thank you to my new followers. :) Terima kasih sangatsangat ya. Saya sangat terharu di sini *lap air mata*. Okkay dah dah.

HAHA, sekarang I sedang lagi ber-lagho-an di depan komputer. Membuka segala website yang ada like there's no tomorrow (Huh?). Aih, tak adalah sampai macam tu sekali weh. Menghadap komputer ni pun nota tentang Haemophilia daripada kes ke-lima masih berada di tangan. Sumpah I masih sedar yang tinggal kurang daripada dua minggu adalah exam Mid Semester. Oh yesss T______T with tears.

Kenapa macam ada masa nak ber-lagho?

Err, kerna cuti Hari Raya Korban sudah bermula (!) Weee. Dan cuti Raya Korban ni pulak mungkin akan bersambung sekali dengan seminggu study leave which make up almost two weeks of holidays. Memang I patut menari tarian tango sekarang tapi kerna Mid Semester exam bakal menjelma, maka... . (Engkau boleh fikir sendiri maka apa).

Mula-mula cadangnya Raya Korban kali neh mahu disambut bersama saudara-mara (yang tak pernah berjumpa walau sekali kerna mereka asal Brunei dan Singapura) di Cairo. Ramai weh nak travel Cairo I am so jealous :( Apalah malangnya nasib kerna imtihan (exam) dah nak dekat, hajat tersebut sudah pun dibatalkan. Kalau tidaak... agaknya sekarang I dan Syifa sudah terkinja-kinja di depan Pyramid Giza, HAHAHA. Apakah punya impian aku mentulis di sini neh?

Oh oh, my bestfriend, Nabihah, mungkin akan datang ke Mansoura daripada Alexandria untuk beraya ! Ya Allah, sumpah tak sabar kott. Cik Biee, rindu kamu. :') Orang di sini is eagerly waiting for you, tahuu. Dah sampai sini kita pergi dating okay? HIHI.

Oh well. Hopefully I will be able to fullfill this holiday with wonderful things and such. NOT just by onlining 24/7 or studying like a nerd, HEHE. Nile Cruise, anyone? Heeeeee.

Tuesday, November 24, 2009

langkah pertama ke Souq.

We were on our way to Souq Ad-dirasat *muka teruja (walaupun tak nampak)*

Ini cerita hari Jumaat yang lepas. Sebenarnya nak cerita kelmarin tapi masa macam tak bagi I tumpang lalu ke apatah -.-" Oh tak tak. I mengisi hari Jumaat dengan menselesaikan objektif kes ke-enam dengan penuh dedikasi, HAHA. Tak berganjak dari depan komputer, you know. Konsentrasi ditumpukan sepenuhnya pada objektif. Ye lah, Ahad dah nak present tak kan aku nak biar kerja bertangguh, ye tak? Heh.

Dengan persediaan presentation yang tiga malam berturut-turut kena keluar malam (very risky ini sumpah taknak buat lagi dah T___T Err, tapi hari yang tengah I tak da keluar, HEHE).

Okkay giliran pergi ke pasar adalah secara berganti berselang antara housemates sekaliannya maka kali ini adalah giliran kitorang menapak ke sana (Err, patut cakap I yang first time pergi ke Souq neh T___T Syifa dah tiga kali, Ehem).

Sebenarnya I masih lagi penat dan sakit kepala kerna baru lepas balik daripada berjimba dengan teman serumah daripada malam semalam sehinggalah petang tadi. Sumpah rasa nak collapse sekarang. Tak kira, depan komputer ni jugak aku nak rebah Ewah. Maka biarlah gambar yang berkata-kata. Caption semestinya ada, anda duduk saja di situ diam-diam dan baca. Easy job, no? :)
Souq Ad-Dirasat neh terletak di Dirasat. Serius tak faham apasal ramai yang cakap macam taubat gilaa tak nak pergi sini. Dia sangatlah berupa pasar. Habis kau nak pasar jadi rupa apa? Hypermarket? Perghh, boleh blah ka tak boleh blah mind set engkau ni heh? *Ayat tersebut tidak bertarget. Kalau rasa-rasa macam berapi hati tu, mintak sorry. Raya Korban dah nak dekat, HEHE. :)
Sesi mempilih kentang yang berkualiti dan bertanyakan harga. Di Mesir ni tak boleh segan nak mintak kurang harga. "Mumkin tahfid shuwaiya?" (Boleh kurangkan sikit? -- Harga I mean) merupakan kata-kata wajibul titkallim ! :D Oyya, orang Egypt ini adalah sangat lemah bila perempuan Malaysia bermain tawar menawar, HAHAHA. Tak sampai lima minit I membuat ayat hilwa (manis), dia dah cakap masyimasyi (okayokay). Weeeee.

Flasback; Teringat dekat Port Said dulu lelaki semua ternganga dengar harga comforter kitorang sebab murah sangat dan menyesal diorang tak tawar harga. HAHAHAHAHHA. Aisehman.

P/s: Surprise birthday party for my housemate menjadi walaupun NOT according to plan... Much better I must say. :) Entri special tentang itu akan menyusul. YouTube adalah sangat lembab! Haihh.

Whatsoever: ily. ♥

Monday, November 23, 2009

practical session.

Kuliyyah Tib (Fakulti Perubatan) kami. Eceh, kami. :P

Memandangkan pagi tadi aku dan Syifa terlebih rajin (padahal sebenarnya nak MENCUTIKAN diri pada hari Rabu, HAHAHA), kitorang pun pergi kelas praktikal Division A sedangkan kitorang yang Division B ni patut berpraktikal pada hari Rabu pagi. Alahai, tak ada beza pun pergi Division A ke B kerna apa yang dibelajar pun semuanya sama... . Maka biarkanlah aku. Apekaah? -.-"

Oh well. Maksud mencutikan diri bukannya aku ponteng ke apa lah sila jangan salah faham (ini warning). Cuti Hari Raja Korban (nak balik Malaysia boleh...? T___T HAHAMENGADAKAU) akan mula pada hari Khamis kalau aku pergi kelas praktikal pada hari Rabu. Tapi aku dah boleh mula bercuti hari Rabu sekarang ni memandangkan aku dah pergi ke kelas praktikal pagi tadi (weeehooo). See the difference now? Heh.

Doktor praktikal tadi sangat cantik dan hot, HAHA tak boleh blah cakap macam ni tapi serius. Mana engkau nak cari doktor praktikal yang pakai high heel boots knee length (nama dia berterabur kottt tapi like I care only) masa mengajar? Cakaap sikit. First time aku tengok dia aku ternganga okay, HAHA.

Sangat beruntung pergi First Hour (satu batch terbahagi kepada dua division. Satu division dibahagi lagi kepada First Hour dan Second Hour untuk praktikal. Complicated much? :/) yang bermula pada jam 8 pagi kerna majoriti macam pilih pergi second hour yang pukul 9 sebab pukul 8 macam awal sangat kot? Ada sesiapa yang willing to answer? HEHE.

Dahlah ada 12 orang je yang berpraktikal maka kami pun mentangkap gambar la apa lagi kaaan :P
Abaikan lelaki yang 'bajet' dibelakang. I would die instantly if he happens to read my blog T____T

The effect of temperature and pH on a substrate with the help of enzyme Renin as the catalyst. Hambik kau.

Mixture dalam test tube tu serius bau wangi macam gula melaka ke apatah.

Group lain. Okkay tak payah explain. Waaa kejamnya, HAHAHAHA


So far praktikal semuanya best-best belaka ! :D Seronok, seronok. Okkay aku terpaksa berkejaran untuk bersiap sekarang sebab nak pergi menjalankan misi surprise birthday party untuk seorang housemate. Harap berjaya la wei *fingers crossed*.

Sunday, November 22, 2009

and it was finally over;

The sacrifice that I had to make for the presentation was quite huge (and I am not talking about time here) since the discussion session was held during the night, after Isya' precisely, andd I have to walk to the place that we have agreed to have our discussion, alone. Well, I was alone when I walked from block D to block B (not that far tapi dah kata malam jauh ke dekat mesti ada rasa insecure dalam diri jangan deny).

From block B, I walked with Amira to fetch Atiqah at Block C. Only then we walked together for approximately 500 meters to Caesar (a fast food restaurant, by the way. Krib Syukulatah delicious la wei nak makan lagi, HAHAHAHA :9 ). I do not mind to walk alone during the night but the thing is, these egyptians bukan boleh percaya sangat woh. Ada je kang yang kena kacau (like me on the other day. Freaky T____T).

So it is kinda crucial for girls to have their "musyrif" or peneman la kiranya among the guys whenever we (the girls) want to go out at night for safety precautions and all. Ramai orang cakap lelaki Mesir takut dengan lelaki Melayu I do not know why :/ Would kill to know actually but I find it to be a stupid thing to do? HAHAH. Ape aku membebel ni wei? -.-"

Oh well, I came to University at 10.05 this morning for our group pre-presentation discussion and practice. It was basically THREE hours earlier than the time that we are supposed to present. Which was good because we can practice and practice makes perfect yadda yadda yadda.

Me in action ! Phiwwit. Yes, there were NINE of us :/ Semua macam OMAIGOD ramai gilaa, HAHAHA. Padah, padah.

I am in high mode of relieve-ness to say this. The presentation was over, people ! :D Yes, I have presented my part of presentation in front of... . Oh well, few medical lecturers and a quarter of my batch? I didn't mind at all. The fewer the better XD HAHA. I am not that satisfied with my performance since my hand was shaking when I held the mic T_____T. Tak apa, tak apa. First timer. Ini ayat penyedap hati hoh.

Overall, our presentation was a success! :D HappyHappyHappy. Although there is a technical problem with the video that was supposed to be played during the presentation. Oh well, it did not harm us anyway.
My beloved PBL Group 11 Four peoples are missing in action, apparently. I will miss and cherish every laughter and knowledge that we have shared together. Awww :') It's kinda hard to accept the fact that we won't be in the same group in the next semester T____T Tsk. Tak tidur malam aku tau semalam memikirkan takkan sebilik ber-PBL dengan mereka ni lagi. You guys are the best !

Thursday, November 19, 2009

terpaksa dalam rela.

Biar aku selesaikan download gambar Krebs Cycle kejap... . Heh.
Okkaaaay, sudah ! Alhamdulillah, phewh.

Weii, minggu ini aku dah tak boleh melenggang kangkung si paku geylang membuat objektif untuk kes ke-enam T____T (Okay kenapa mesti menangis jawab sekarang? -.-") Ini semua kerna pagi tadi sebelum sempat aku menapak ke Fakulti Perubatan, group-mate aku yang merupakan seorang gadis Egyptian telah mendapatkan aku (Apsal tah pelik ayat neh tapi tak apa kita teruskan).

Aya: This week... our group will present for this week's case.
Me: Okaay (Aku tak dapat tangkap apa dia nak sampaikan sebenarnya)
Aya: This week's presentation is about ATP.
Me: Okaaay (Masih blur)
Aya: So, I want to ask if you want to present it with me? Also with Amira and another guy. Is it okay with you?
Me: Yeah, sure. (Padahal dalam hati MAAAAAAAK! Bergedebak gedebuk jantung aku jatuh. Aku kena present minggu neh!? Ooooomaaaan)

Kalau setakat present depan PBL group macam setiap Isnin tu aku tak ada care sangat tapi iniiii... Presentation depan beberapa Egyptian medical lecturers and half of my batch ! Mana tak berdetak dengan lebih kencang jantung aku kan. Lagi satu, presentation ni pun semacam membawak markah untuk group. Tergagap ke aku nanti... Urgh. Ya, Allah, tak nak bayangkan. Mintak simpang malaikat 44 T___T.

Nak mencari maklumat tak ada hal sangat semua maklumat macam ada di hujung jari saja tinggal klik klik tapi bahagian nak menselesaikan slide "bersama" as in together tu masalah besar. Bila lah pulak aku ada masa senggang untuk diperuntukkan membuat group discussion ni hah. Haiyyoh. Another sacrifice? Yeah, I think so. :)

Err, tahu kah sekarang neh aku tak ada bergantung lagi dah kepada Wikipedia? Bukan nak menjatuhkan maruah engkau sekaliannya yang mencari maklumat dengan Wikipedia lah okay tapi sejak menjadi Medical student neh (ehem), aku dibagi amaran TO NOT RELY ON Wikipedia. Cuba lah guna kalau teringin nak kena dipersoal mana sumber maklumat engkau tu. Heh.

Engkau mesti bertanya kenapa, no? (Aku teka. Siapa nak skip paragraph, sila buat sekarang).

Ini professor aku yang membagitau jadi aku bukan sengaja merekacipta, tumpang lalu. Wikipedia punya input tu tak semuanya tepat. Ye lah, nama pun Wikipedia (ada kena mengena ke?) Err, maksud aku... maklumat dalam Wikipedia tu sesiapa pun boleh mentokok tambah dia. Contoh macam aku sengaja nak dapatkan hits tertinggi ke aku pergi mereka-reka maklumat dalam Wikipedia tu ke. Kira macam tu lah aku bukan faham sangat, HAHA.

Moral of the story; banyakkan pembacaan (tetiba aku eynnn, HAHAHAHHAA)

Monday, November 16, 2009

kebenaran tak selalu cantik.

*Dunia aku dulu dulu Omaigod sangat rindu Zah :'(*

Ini berdasarkan kisah seseorang. Cukuplah engkau tahu aku menulis bagi pihak seseorang tersebut. Oh, kejap. Tak, taak. Aku juga pernah mengalami rasa yang sama. Once upon a time... :) Zaman aku berbaju putih berkain biru cair. HAHA. Very nostalgic liao.

Situasi Satu.

Hari tu tak ingat hari apa tah aku nak berjalan balik dari kuliah kot (kalau tak silap. Kalau silap biarlah silap... I do not care). Aku bertanya satu soalan kepada seorang rakan *You know who you are*. Ini aku bertanya soalan hati ke hati semasa hendak melintas jalan ni. Rock tak aku? HAHAAHARAMJADAH.

Aku: Pernah tak kau terfikir... Kau suka seseorang ni secara sangat. Lepas tu kau perasan yang orang tu pun kadang-kadang bagi respon pada kau. Maksud aku, bila kita jalan berkumpulan ni, dia akan pandang kau. Toleh-toleh belakang untuk tengok kau. Tapi akhirnya kau dapat tahu, dia suka orang lain. Dan selama ni, yang dia jeling-jeling tu kawan kau jugak. Aku ke, dia ke, dia ke, atau si dia. Apa perasaan kau?

Jawapan rakan aku biarlah aku simpan. Oyya, perasaan aku bila kejadian macam ni berlaku pun biarlah aku simpan sekali. Ini rahsia bersama (ececeh). Sekarang aku tanya anda semua. Pernah tak terfikir macam ni? Pernah taaaaak? Ke aku yang selalu-emo-setiap-Jumaat-pasang-lagu-Bogoshipda ni saja yang selalu fikir benda-benda sentimental macam ni? Please don't say yes T___T HAHAHA.

You know what. Soalan aku pada rakan aku tu macam menjadi nyata untuk beliau. Sebab aku macam dapat tengok dengan mata aku sendiri apa yang tengah berlaku sekarang ni. Dan boleh tak kalau aku cakap, aku pun ikut rasa sakit sama? Rasa nak merintih sama? Kalau tak percaya, biar aku bagitau yang dari tadi aku dok menyanyi lagu Hanya Tuhan Yang Tahu by UNIC (pergi Google lirik dia sekarang, aku suruh).

Lagi ultimate bila orang yang terlibat dalam situasi ni, sangatlah angelic dan macam stupid kot nak benci dia sebab seorang lelaki? What the hell la kaan pasal lelaki nak putus friendship -.-" Dah besar semua wei ada akal boleh fikir. Heh.

**Tiba-tiba aku rasa dah hilang interest untuk berskandal dengan si dia with an inverted comma. (HAHA, ayat tak boleh blah).

Situasi Dua.

Yang ini semacam mengaibkan kalau diceritakan secara detail maka biarlah aku bercerita secara dasar-dasar dia saja (like engkau care only, tumpang lalu) bagi mengelakkan timbulnya fitnah di bumi Mansoura terchenta ini. Ewah. Nicely put heh ayat aku, HAHAHA.

Aku tertanya-tanya. Apa agaknya perasaan engkau kalau orang yang engkau suka... engkau puja (okay okay tukar perkataan lain) engkau angaukan siang dan malamnya, engkau kisahkan setiap gerak dan perilakunya melakukan sesuatu yang engkau tak jangka. Maksud aku bukan dia bagi engkau flowers with a card ke apa. Tapi... sesuatu yang memalukan. Macam mana aku nak describe ni heh *Garu kepala.

Okay macam ni. Kata lah ada berlaku satu kes yang tak berapa baik berlaku (ini contoh). Engkau selidik punya selidik untuk tahu kisah sebenar. Tup tup. Orang yang engkau suka terlibat sama. Aku yang tak tertarik pada lelaki tersebut ni pun boleh histeria bila dapat tahu, apatah lagi orang yang berminat pada dia. Perghh, seriously aku tak sangka dia macam tu doe !

Satu soalan. Boleh ke agak-agak kau membenci orang yang kau sayang sepenuh hati bagai nak gila?

**Kebenaran sakit doe. Kalau boleh, ada sesetengah perkara tu aku tak nak tahu kebenaran dia macam mana. Ergh, definitely a nightmare :/

Whatsoever: I.LOVE.YOU, you-know-who. Teeeheeeheee. Dengan pesanan, jangan main serkap jarang wei.

Sunday, November 15, 2009

memecah kesibukan.

Aku sangatlah sibuk sekarang. Tak percaya? Sudah !
Aik? Macam tak sibuk ja. Siapakah yang online Facebook seawal jam 8 pagi (waktu Mesir) tersebut?
Err, aku kah itu? HAHAHAHAHA.

Okkay berdialog dengan blog sendiri si Bieyto ni adalah situasi yang sangat menseorangkan macam dah tak ada sesiapa dah dalam rumah ni untuk diajak berdialog T___T tsk. Hamboi kau, terasa semua housemate aku. HAHA. Kami medical student neh sentiasa bersuka ria (nak percaya suka hati tak nak tak apa) sambil berganding bahu. Waaaa. Together we have fun. Bunyi dia macam bagus. Macam comel. Okay boleh pakai.

Anyway.

Semalam emosi aku macam kapal Titanic yang dah nak karam dok terumbang-ambing. Ceh. Emosi neh menjatuhkan maruah aku saja. Padahal atas sebab yang munasabah jugak tu -.-" Makanan okay, makanan. Aku mana lah boleh hidup tanpa makanan. Makanan hidup aku adalah makan. Bukan macam Syifa. Makanan hidup dia adalah tidur. Err, perlu ke aku tulis perkara tersebut di sini? Macam tak perlu tapi aku perlukan perbandingan supaya statement aku tenggelam sikit, HAHAHAHHA. Mintak sorry, ye sepupu! :P

Tanpa makanan aku boleh bertukar menjadi garang. Muka yang sedia manis menjadi masam. Oii, this is not nice. Jangan dijadikan teladan. Aku tak tipu liao. Pasal makanan saja aku boleh menyinga. Tak percaya? Pergi tanya emak aku yang terchenta sana! Tak percaya lagi? Pergi tengok comment ayahanda aku di Facebook sana! Tengok. Ayahanda pun dah pandai berfacebook dengan anaknya. Phiwwit ! :3

Tahukah perkara yang aku paling look forward sekali dalam hidup adalah masa untuk makan? Sana sini perkataan makan. Ohoi makanan mengapakah engkau sangat sedap? HAHAHAHA. Bercerita pasal makan membuatkan aku terindu-rindu makanan Malaysia. Ololololo. Aku mengidam Big Apple! Ada sesiapa yang baik hati kah mahu pos kan donat-donat ini ni ni?


Omaigod aku mahu terpengsan kerana mengidam sekarang. DIE DIE DIE. Hayyo, kenapa kah aku semacam ada banyak masa untuk dibazirkan menggoogle menu donat Big Apple Malaysia sedangkan berkata sibuk di intro tadi? Aku tak faham. Menggoogle makanan? It is soooo like THIS -.-" wei.

Itu kerna kes ke-lima sudah habis diselesaikan sekejap tadi WOOOHOOO (terasa macam nak membuat tarian hugga hugga sekejap). Aik? Tarian apakah? Err. Mana aku tahu lah. Bunyi dia macam sedap saja, HEHEHE. Sebenarnya aku terasa semacam hendak berjimbaan sepanjang malam di depan komputer. Okay, tipu.

Fuh. Nasib baik esok Student Presentation saja *Senyum lebar sampai telinga. Menipu. Mana lah pernah senyuman boleh sampai ke telinga. Lagipun bukankah macam sangat buruk dan sangat tak cantik senyum sampai telinga? Entah siapa-siapa entah yang membagi metafora sesedap rasa. Ewah. Komen aku macam sangat bagus la pulak kan? HAHAHAHAHAHHA. *Tendang kaki aku laju-laju -.-"

Otak sudah mereng. Tak pernah pernah aku membebel sebanyak ni sekali lepas gian hambik kau. Terpatah-patah lah jari telunjuk engkau men-scroll entry aku pada kali ni. Tahniah kalau engkau berjaya menghabiskan bacaan. Yang tidak berjaya, tak apa. Esok datang lagi. HAHAHAHA. Sah dah. Badan aku dah penat. Tunggu apa lagi. Tidur mareyy.

Friday, November 13, 2009

hidup bukan untuk seorang... .

My darling study station Walaupun sempit tapi tetap bermakna hoh.

Terlebih dulu biar aku mintak sorry kalau cakaran aku kali ni tertusuk ke mana-mana ruang di hati anda anda sekaliannya. Ini apa yang aku rasa maka engkau pun macam tak ada boleh complaint dan bising-bising sangat (macam cool cakap macam neh, HAHAHA). Duduk diam diam saja di situ dan baca. Easy job, no? Heh.

Surat Tunjuk Sebab
.

Kehadapan sesiapa yang terbaca... . I seorang yang emo secara hyper (macam tak perlu nak bagitau lagi dah, semua macam sedia tahu T___T). Bila dicuit sikit, aku dah tersentuh macam engkau nak buli aku seumur hidup sepanjang hayat. Bila ditegur sikit, aku dah tersentap macam engkau nak sergah aku tiap minit tiap saat. Amazing tak aku punya tahap sensitif? *Kening kening. Tak, aku tak bangga pun.

Susah sebenarnya untuk hidup dalam lingkungan orang yang ramai kerna semuanya ada lain-lain perangai. Yang si polan kalau masak selalu sedap tapi pinggan tak berbasuh, yang si polan lagi rajin belajar tapi tak reti memasak, yang si polan lain suka mengemas tak gemar nak mentelaah. Hidup ni penuh dengan macam ragam. Rambut sama hitam. Hati dan diri tetap lain-lain.

Zaman SBP dulu, aku susah nak menerima hakikat yang aku akan hidup dengan orang-orang yang macam ni. Maksud aku, orang yang lain perangai dan peribadinya daripada aku. Orang yang keluar dari norma kamus harian aku.

Susah kan macam ni?

Segalanya harus berkongsi sedangkan aku orangnya jenis yang berkira tentang semua yang ada kaitan dengan aku. Contoh engkau pinjam buku aku dan ter-ronyok kertasnya, dengan percuma aku merungut tentang kau pada rakan yang lainnya (dah kukatakan contohh). Macam apa je perangai macam ni. Sebab tu aku cakap, tak ada apa nak dibanggakan pun. Ini bukan sifat mahmudah nak riak-riak buat apa.

Atas sebab yang sama, aku mem-bad mood kelmarin tanpa ada nafsu nak bertempikan melolong-lolong. Haih. Ingatkan bad mood biasa... . Rupanya ada makna habis dah pagi ni I collapse langsung tak boleh nak ikut pergi pasar -.-" Hah, engkau faham-faham sendiri INIMASALAHWANITAHAHAHA.

Semalam..., aku pergi ke majlis ilmu dan solat berjemaah di roof top blok B (yippie) dan aku sedikit tersentuh dengan tazkirah daripada Kak Mira tentang persahabatan. Thank you saaaangat Kak Mira kerna sudi jemput kitorang yang dari Blok D neh untuk sama-sama mendapat keredhaan Allah sedangkan itu aktiviti Blok B makhluk dari blok lain macam tak perlu ada. Terharu lagi sekali. :')

Quoted from Kak Mira... .

1. Sesiapa yang berasa sepi, tersepi, rasa diri kesunyian dan tersunyi... Ingatlah bahawa Allah Taala sentiasa ada bersama kita jadi tak perlulah kita berasa keseorangan (Omaigad sumpah terasa wei T__T).

2. Apa sebenarnya sebab kita untuk berkawan dengan seseorang tu? Sebab dia pandai? So dengan harapan dia boleh ajar kita mana yang tak tahu. Ke sebab dia kaya? Mana lah tahu boleh dapat hadiah hari-hari. Atau... Sebab dia popular? Kita pun boleh lah tumpang famous sekali. Sebab apa sebenarnya?

3. Kawan yang baik adalah kawan yang boleh menegur rakan dia apabila kawan tu membuat kesalahan dan bukan biar je kawan tu hanyut dalam salah silap dia. (Aku hampir termati-mati di tempat kejadian, HAHAHAHA). Apa nak buat ni weh? To criticize or not to criticize her? And THAT is the question ! >:(

NASQUIN IS BEING SUCH A CUTIE FOR MISSING ME x) HAHA, I MISS YOU TOO LA BABE ! :D Didn't get a chance to open up your blog for quite some time but hey, I won't stop reading every entries of yours for the world ! Take that :P Anddd kamu tak hilang daku sebagai blogreader mu. HAHAHAHA.

Thursday, November 12, 2009

bahagia macam tak bertempat.

By all means, please read between the lines *Sengih. Anddd jangan lompat kepada persepsi sendiri yadda yadda (It do you no good). Oyya, I really mean it. Ini serius. Walaupun nampak macam tak -.-" Ada keee?

Well, he is basically not my boyfriend, not even close and will never be one either (I guess, HAHAHAHA Gila kau cakap macam ni!?). Tapi aku pun macam tak ada lah sampai nak mentolak dia keluar daripada hidup aku ke apa. Wei lelaki kacak baik hati rajin pandai macam tu siapa berani tolak memang nak kena siku :'( <--- Untuk apa emoticon ni pun aku tak tau, HA HA HA.

It never occured to me that I will write and post something about him. Never. Selalunya zaman di UKM dulu pandang pandang jeling jeling saja bila berjalan bertentangan arah (dah ada gaya macam zaman SBP dulu dah jarak nak bercakap dengan lelaki sampai dua hasta) Sekarang, jangan kata bercakap, kalau discussion tu duduk bertentangan. Ayyok! Haaaa, apa? Apa? *Kening kening. Mula lah tu. Korang memang.

Malam tadi I bad mood (tetiba tukar topik). Sebab musabab dia, itu lain cerita tapi InsyaAllah, tetap akan dikongsi bersama (acececeh). Sebenarnya nak cakap... . Malam tadi I bad mood (okkay dah tahu dah), maka sekarang biar I bahagia sekejap boleh kah? Hati terasa menggebu walaupun dah tau dah antara kami (tak boleh blah guna kata ganti diri 'kami') takkan ada apa-apa.

To that certain someone (no, not you), jangan jeling I setiap kali kita mempandang each other boleh? Seram tahu taaak. Dah lah engkau punya jelingan tu boleh masuk kategori KILLER. Kalau lah tajam, dah banyak kali aku termati-mati di tempat kejadian wei T___T. Sungguh ni I do not bluff. Boleh je gelak kalau nak.

Dialog Pembawa Symptom Bahagia. (WEIINITALEHBLAHHAHAHHAHA)
*Dialog ditulis dengan harapan orang terbabit tidak membaca :/

Him: Nuha, tarikh hari ni berapa?

Me: 12/11.

Him: Esok ada kelas apa eh?

Me: Er... Esok kan jumaat. Cuti. Mana ada kelas.

Him: Hahaha, cakap je lah tak ada kelas.

Me: (-.-")

Him: Pinjam kejap buku nak tengok objektif.

Me: Nah.

Err. Macam disspointing kah dialog kitorang neh? HARHARHAR, nasib lah. Tak ada pun I kata symptom bahagia tersebut berunsur hangat, kan? Korang memang, nak yang hangat jeee, HAHAHAHA. Mintak sorry. Dialog tersebut semacam berciri bahagia kerna semua soalan tersebut ditujukan kepada aku sedangkan kiri kanan dia ada kawan lelaki dia yang dia boleh tanyakan soalan yang sama.

Sekali lagi aku mintak izin; biar lah aku bahagia sekejap heh? :) HAHA, perlu keee mintak izin? -.-"

Tuesday, November 10, 2009

I would never. ever.

Aku selalu tak nak naik teksi waktu ada di Malaysia. Bukan sebab aku rasa kalau naik teksi tu macam akan jatuh standard (tak boleh blah fikir macam ni) tapi aku memikirkan keselamatan aku. Ye lah, zaman kanak-kanak aku dihidangkan dengan kes-kes jenayah yang melibatkan pemandu teksi ni. Aku tak nak sebut kes apa, engkau boleh fikir sendiri. You are smart enough :)

Ke... . Aku banyak sangat mentengok drama Gerak Khas? :O Ini semua pengaruh nenek terchenta, HAHAHAHAHAHAHAHHAHAH. Tak leh blah addicted dengan Gerak Khas ouh. Sekarang dah tak dah *Bangga (ceh, tetiba).

Tapi itu dulu. Sekarang di Mesir ni, kalau engkau tak nak naik teksi, hah, menapak la engkau ke sana ke mari. Aku pun tak ada kesah sangat nak menjadi golongan pejalan kaki yang bergaya (ehem) kerna bukan ke macam jauh perjalanan luas pengetahuan sejauh mata memandang? (biar aku bagitau awal-awal yang aku reka pepatah ni). Okkay tak sedap bunyi dia -.-" Walaupun makna dia macam ada ciri-ciri bombastik, HAHA.

Macam tadi. Kitorang (Syifa, Chitah, Husna dan yours truly) pergi ke Sikah kerna nak membeli barangan stok musim sejuk macam glove, mafla, heater dan barangan yang seangkatan dengannya. Memang hell sangat la nasib nak mendapatkan teksi di panas yang terik ni Omaigod (!) Err, ya. Cuaca dah panas balik T___T Gedik je cuaca hari tu nak sejuk. Saja je dia main acah-acah kitorang. Grrr >:( Padahal kalau ikut senior musim sejuk belum ada tanda-tanda nak masuk pun #$@$@&^ HAHA
Winter attire tetap dibeli karang dah masuk musim sejuk betul-betul karang glove dari 4 genih terus jadi 10 genih siapa nak menjadi tukang mentawar dia? Arab ni bukan boleh percaya sangat tadi ada sorang pakcik jual glove 5 genih bila kitorang tak nak beli dia turunkan 4.50 genih tapi kitorang nak ronda dulu sekali bila datang balik dia dah tak nak kurangkan dah -.-" Sangat damn, kan? Heh.
Muka excited pakai glove :O Jakun, jakun. HEHE.

The portable heater !

Masa nak balik dari Sikah tu lagi lah azab, ya Allah. Rasa nak menjerit biar satu Mansoura dengar kott. Satu demi satu teksi kitorang tahan cakap nak pergi Syari' Gihan tak ada satu pun yang nak wei apa teruk sangat ke Syari' Gihan neh? (emo tetiba). Dari satu port ke satu port kitorang menapak untuk dapatkan port terbaik nak mentahan teksi. Sayang seribu kali sayang .... . (Isi sendiri tempat kosong aku malas).

Serius cakaplah banyak kot sumpah seranah yang keluar siap cakap, "Ooooo, engkau berlagak dengan kitorang tak nak amek, kau tunggulah malam nehh. Aku ikat siap bakar teksi kau" HAHAHAHA. Gila emo. Ini belum hari Jumaat lagi neh, HAHAHAHAHAHHAHA. Apeeeekahh? -.-" Nak dekat SATU JAM SETENGAH kitorang menunggu teksi tahu taaaak? Macam nak berantakan dah badan tulang temulang semua T_____T Omaigod what an experience laah. Pergi Sikah always like this. Haih, benci benci.

I would never. Ever. Pergi sikah lagi kecuali perlu wei. Tak sanggup daaah *rolling eyes.

Monday, November 9, 2009

perutusan dari Mansoura.

Dear Bieyto (dah lama tak sebut ni RINDU, haha).

Err, dah berapa hari tak mencakar engkau ni hah? *Garu kepala. Tak kesah lah heh kerna aku bukan sengaja tak nak mencakar tapi masa yang ada memang aku peruntukkan sehabisnya untuk mensempurnakan kes untuk minggu keempat dan kes tersebut telah selamat di present pagi tadi WEEHUU.

Habis je kelas PBL tadi memang beban macam diangkat dari bahu :O I knoww right. It was THAT bad. Minggu ni walaupun objektif kes macam sikit tapi pecahan objektif dia macam sakit lah jugak nak menyiapkannya T___T. No no, I tak mintak dikesiankan. Cukuplah engkau cakap I pity you. HAHAHA. Boleh gelak kalau teringin.

Beberapa hari ni macam banyak benda yang berlaku dan banyak benda nak dicakapkan tapi tak tercakap. Ini perkara biasa. Kontroversi tentang kami student Malaysia di Mesir ni dan macam-macam lagi I do not want to elaborate further on this. Tak pasal-pasal engkau ni Bieyto, dari blog peribadi terus jadi blog kontroversi. Pergh, tak rela I. Sumpah tak rela. Kita dah setahun lebih bersama (ececeh).

Oh oh. Printer yang dibeli daripada syarikat Abang Arab Kacak akan dijual bila-bila masa dari sekarang. Tak sanggup aku nak membuat pelaburan yang tak berapa nak berbaloi. Memang pengajaran habis la ni. Maka, selamat tinggal AAK. Mungkin aku tidak akan rindu pada beliau (diulangi, MUNGKIN). Andd tadi sudah mensurvey printer baru. Harga lebih kurang sama, jenama HP ! :D Ink pun senang nak cari memang berlambak so I hope there will be no more problem regarding that. Again.

Updates;
Tadi lepas PBL sebelum Medical Term ada sesuatu telah terjadi. Kuch Kuch Hota Hei. HIHIHI. Oh, semestinya berkaitan dengan si dia ! :)

Kalau dah suka, cakap je lah. HAHAHAHAHAHAHAH. Kan senang kalau hidup ni boleh senang macam tu. Haih.

Friday, November 6, 2009

manis ke mengada ke.

Sumpah terharu dengan respon anda anda anda semua dalam entri pen-secret admire-an I terhadap lelaki misteri comel (with inverted comma) tersebut :') Terima kasih sangat-sangat. Terharu wei T___T. Kerana dirimu begitu berharga (tetiba eyn dia, tetiba). Moving on.

Okkay sekarang kita berada dalam high speed mode. Err, kerna aku sebenarnya sedang mencuri masa menaip blog sedangkan nota kuliah Dr. Adel Bondok tentang Fertilization (woohoo :P) belum lagi berusik T___T Nak menghabiskan nota DNA pun macam separuh tenaga jari jemari aku diragutnya. Huh huh (sesak nafas).

Ada sesiapa ingat tentang si hati manis ini? Ada tak ada tak? (Gila annoying tanya macam ni -.-" tapi sebab I yang tanya, dia jadi tak apa, HAHAHAHA) Okkay kalau dah ingat duduk diam diam di situ. Di tempat anda maksud aku. Ada sesuatu yang aku nak katakan.

Apa persepsi anda semua kalau... .

Ada seorang lelaki (aku bagi nama dia Ahmad Muhamad) ni dah berpunya. Dah ada girlfriend la kiranya ni. Teman wanita dia tu (aku bagi nama dia Dahlia) dah lah cun, baik hati pulak tu. Complete package la gamaknya. Satu hari, rakan sekelas Ahmad Muhamad ni pinjam thumbdrive (atau flash drive atau pendrive ikut suka lah kau nak sebut apa I do not care) daripada dia untuk ambil maklumat. Dan orang tu perempuan (aku bagi nama dia Aira). Tak kesah lah kan.

Bila si Aira ni nak pulangkan thumbdrive Ahmad Muhamad ni tadi, dia pun menulis surat penghargaan macam apa yang Wani lakukan pada I dalam entri tempoh hari dengan niat yang baik (aku teka). Surat Aira tu berbunyi macam ni.

Assalamualaikum, Muhamad.

Aira rasa berbesar hati sangat you sudi pinjamkan I thumbdrive tu. Most people would just ignore me sebab diorang takut I hilangkan thumbdrive diorang and what nots. Tapi you lend it to me without hesitation and I really appreciate that.

Thank you so much ! I doakan you sentiasa berjaya dalam apa jugak yang you buat dalam hidup you :)

Sincerely, Aira.

Engkau rasa lah kan, tindakan Aira ni manis ke mengada? Ye lah, dahlah surat tu ditujukan untuk lelaki (kalau macam yang Wani bagi pada aku tu ya lah manis. Kan Wani, kan?). Itu satu hal. Lelaki yang dah berpunya pulak tu!

Sekarang pilih.
MANIS atau MENGADA?

biarawak dua.

Oh. Semalam tidur lambat dah nak dekat pukul satu pagi (waktu Mesir, heh) dan kalau dikira waktu Malaysia itu dah macam pukul 7 pagi ke apatah I do not care sangat. Baru kejap tadi aku bangun terlajak solat Subuh (damn T___T) dan sekarang dah tak boleh tidur balik dah. Ayyok! -.-"

Oh. MOCK exam yang sepatutnya semalam ditunda pergi hari Isnin ! Tak tahu sama ada nak "yayy-ness" ataupun berdukalara. Rasa macam nak gembira sebab boleh baca case-case dengan lebih mendalam dan fahamkan (semalam konon lepas Subuh nak berjaga baca buku sekali hambik kau! Tertidur jugak aku akhirnya sambil terduduk :O Macam tak patut berlaku tapi dia berlaku. Heh). Tapi rasa nak bersedih dan menyumpah jugak kerna aku tak nak stuck dalam butterflies-in-the-stomach feeling lagi dah. Cepat habis sudaaah.

Oh. Aku rasa aku macam dah banyak sangat main. I just want to cut it off. Mulai hari ini, tak nak tangguh buat nota, tak nak malas muragaah (revise) apa yang dibelajar dan PALING PENTING, cepat-cepat selesaikan objektif case. Boleh tak lena aku tidur satu malam engkau tahu memikirkan case yang macam dapat hari Khamis lepas tu kena selesaikan sebelum hari Isnin. Perghhh. Tapi aku macam survive di situ, HAHAHA.

Oh. Rasa macam nak biar je durian tenggelam dengan labu-labunya (macam tak ada kaitan tapi macam sedap didengar -.-"). Biar lah apa nak jadi pun jadilah. Now is not exactly the right time to involve with such situation. Such BIG with capitals B, I and G situations.

FOCUS NUHA, FOCUS ! *Semangat.

Oh. Baik aku offline sekarang dan pergi belajar. Selamat tengah hari, Malaysia (sini masih lagi pagi trang tang tang ye).

Wednesday, November 4, 2009

bercakap tentang dia.

This is simply what I feel inside my heart. For him.

Dia.
Lelaki aku selalu jenguk perilakunya di celah-celah lautan manusia di Kota Mansoura.
Dengan ekor mataku, tentunya *Senyum.
Lelaki yang selalu membiarkan aku tersenyum tersengih tergembira,
katakan apa saja.
Di tiap kali aku berkata dan bercerita tentang dirinya.

Ya, dia. Lelaki yang gemar bersongkok berbaju melayu itu.
Lelaki yang sering aku klasifikasikan tingkahnya sebagai 'comel'.
Yang kemas tutur katanya.
Yang molek peribadi dan akhlaknya.
Lelaki yang sayang akan agamanya *Senyum lagi.

Semalam.
Kalau tidak kerana aku berjalan bersama teman serumah...
Aku hampir-hampir mahu memilih jalan lain untuk pulang dari kuliah.
Hanya kerana dia ada di depan mendahului perjalananku.
Di saat dia berhenti dan berpaling,
Di ketika itu juga aku merasakan langkahku seakan mahu berhenti.
Lucu, kan? *Sengih.

Ah. Aku seharusnya tidak membiarkan angan-angan yang tidak-tidak mengangguku.
Menganggu tugasku, amanahku, tanggungjawabku.
Lagipun... .
Entah-entah aku saja yang berkhayal untuk menegur dan menyapa secara terangan.
Sedangkan dia... .
Walaupun mungkin sudah kenal aku siapa,
Barangkali tidak akan pernah memulakan segalanya.
Sesungguhnya aku Redha *Senyum.

Nuha Muneerah//4 November 2009//12.13 am.

berlibur selepas kuliah.

Aku ambil iktibar kejadian kelmarin kerna tak mahu pisang berbuah dua kali. Sekali je cukup aku dah tak sanggup nak pertaruhkan maruah sendiri. Maka pagi semalam aku pakai seluar dah tak pakai baju kurung kecuali hari yang ada kelas PBL memang I wajibkan diri sendiri pakai baju kurung NO COMPROMISE.

First impression from professor macam penting dan sebab tu imej kena jaga. Heh. Okkay macam tak penting sangat membebel pasal ni -.-"
Semalam kelas Medical Term cuma satu jam maka macam tak kesah sangat kalau ber-jeans dan selekeh selekeh sikit (which I would never let myself to do so HAHA). Kes aku tak mandi terus pergi kuliah cuma berlaku sekali saja jangan tease I banyak kali. Sekeh karang (aku ugut neh).
Kami teruja berbaju sejuk :O Semalam aku ada rasa sikit janggal la kan menjadi kaum minoriti yang terlibat dalam pemakaian baju sejuk neh. Tapi hari ni... . Dah jadi macam fashion show winter coat dah kott, HAHA. Gila cool ! :D Semua stok nak menayang baju sejuk masing masing (ye, aku terkecuali, HAHAHAHAHHAHAH).

Dan lepas kuliah kitorang bercadang nak me-refill ink printer yang dah habis (sangat cepat, I know -.-"). Sayang sekali setiap kedai yang pergi tuan kedai mesti geleng geleng cakap tak boleh WTHeck. Dah berhari-hari kott merantau dari satu jalan ke jalan lain. Satu kedai ke satu kedai tapi semuanya nak buat harapan macam terhancur-hancur. Damn.

Akhirnya jumpa satu kedai yang membagi harapan tapi dia kata "Bukrah" yang bermaksud ESOK. Tapi engkau tahu kah orang Arab ni punya esok macam mana? Kadang-kadang boleh up to TIGA HARI (I do not lie). Maka kitorang cuma boleh berdoa yang bukrah dia betul-betul bukrah -.-"

Since macam dah tengah hari dan agak kelaparan, we decided to have our lunch at Pizza King ! Happy vibes coming through :D
Chitah. Nik. Yours truly.
Kami lima sekawan (siapa cakap the Egyptian is included aku temper; bukan tampar tapi TEMPER dia sekarang) minus Syifa yang jadi photographer. Thanks, cousin :)
Hadap muka tuan punya blog ni sekali lagi, HAHA. Yeah yeah, an indeed TORTURE *Wink wink :D Ber-camwhoring sebenarnya untuk menghilangkan geram penungguan makanan yang sangat lama -.-" Kesian Cuna dengan Nik :( Oh well, they eventually got their lunch after all. After almost ONE hour. After being rounded off :P
Sensation of Bitza Firakh. Atau nama melayu dia Pizza Ayam. HAHAHAHA, nak jugaaak.

So far, my life in Egypt was great except for my house is getting more chilly as time goes by :/ Sejuuuuk wei. Twenty four seven kott berstokin dan bersweater. Andd yet, ini baru pre-winter. Hambik kau.

P/s: Seronok jumpa kawan lama dekat Facebook! Yeah, Nuzul Imran. It's you ;D Macam lawak je ingat cerita sekolah rendah kita dulu, HAHAHAHA. Tak boleh belah.