Saturday, October 31, 2009

pesanan untuk diri sendiri.

Yours truly. Nik. Husna. :)

Satu. Mulai sekarang tolong tahan diri daripada online dua puluh empat jam satu hari satu malam (Sila yakin ini adalah metaphore semata-mata -.-"). Oh. Tolong jauhi Farmville beliau sangat addictive macam dadah. Ingat Farmville ingat dadah. Kita jauhi dia sekarang. Hah, macam boleh ! *Garu kepala.

Dua. Khamis minggu depan ada FAKE EXAM ye sila mula belajar dari sekarang. Walaupun dia berciri fake dan macam acah-acah saja bunyi dia, dia tetap sebuah exam. Ambil perhatian yang markah fake exam tersebut macam membawak maruah sendiri ke mata Professor :O Overly describe, HEHEH.

Tiga. Kalau buah durian jatuh atas ikan patin, tolong lah ingat yang ikan patin si ikan sungai tak pernah sedap kalau dimakan dengan tempoyak. EWW. (This is an ultimate secret. Sesiapa yang tahu, korang baik diam sekarang. Lagi-lagi kau yeee Chitah ! You have been warned, HAHA).

Empat. Kena cari jalan penuhkan hari Jumaat dengan pelbagai aktiviti supaya tak berkeadaan emo penat woh setiap kali Jumaat pun nak emo. Heh. Mungkin patut pergi kuliah jugak pada hari Jumaat walaupun hari Jumaat Egypt macam public holiday dan pakcik jaga macam tak bagi masuk. Tak apa tak apa, niat itu penting.

Lima. Tadi pergi jumpa Abang Arab kacak lagi baik hati yang bagi cable printer secara percuma tempoh hari untuk beli catridge ink yang dah hampir habis. Sumpah terubat rindu pada beliau :') I know it sounds partially gross and all but I don't give it a damn, HAHA. Err, sila jaga hati jangan bagi dia berbunga sangat walaupun kawan kepada beliau punyalah ramah mempromosikan Abang Arab Kacak 8)

Kawan Arab Kacak = KAK. // Abang Arab Kacak = AAK.

KAK: He (sambil tunjuk Abang Arab Kacak) is a very nice man. A good Egyptian.
Nuha: (Hanya mampu tersengih sambil pandang Abang Arab Kacak).
KAK: He is a good man you know. He is not married. Still single.
AAK: (Dia pergi pukul-pukul kawan dia Oh maaan sangat comel bila dia malu, HAHA).

Okay sekarang dah terbukti Abang Arab Kacak belum berdua. HEHEHE *Gelak nakal :P

Enam. Pengajaran untuk hari ini.
Kalau nak berkahwin dengan lelaki Mesir, sila cari mereka yang berkerja di bidang printer dan perkomputeran.
HAHA.
*Selain daripada boleh speaking in proper english, muka mereka juga ikhlas dan tak ada cop SAYA PENIPU di dahi. Take that.

Fine fine. Saya pergi belajar sekarang. *Pakai cermin mata.

Friday, October 30, 2009

nenek rasa kehilangan.

Baru kejap tadi I membuat direct call dari Egypt ke Malaysia untuk bertanya khabar nenek :'( I sangkakan nenek masih ada di Kajang padahal beliau dah datang ke Shah Alam petang tadi (waktu Malaysia). Berhari-hari, tahu I cuba nak reach nenek with a direct call yang obviously mencekik credit sampai berdarah-darah -.-"

The first time I tried to make the call, operator membebel apa entah dalam Arabic, I tak faham maka I hang up the phone. Second time, mamat Indonesia sesat yang jawab (I was actually thinking suara nenek dah berubah sebab sakit tekak Omaigod apalah I neh HAHA). Both the calls were made by pressing nenek's mobile phone number. Ye, nenek I ada mobile phone sila percaya *Kening kening.

Kali ketiga I call nenek punya telefon rumah memang tak dapat langsung operator kata nombor tak ada dalam perkhidmatan !#@$@#& Entah apa-apa entah tak tahu kenapa tak boleh dapat padahal setiap kali kalau talian bersambung je I separuh menjerit "Neneeeeeek! Nennnneeeeekkk!" tak berhenti sumpah kesian kat diri sendiri T____T.

Tiga kali call tak dapat I dah fed up dah. Terus surrender. Stress okkay.

Alhamdulillah, berbekalkan kredit sebanyak 8.52 Genih, I berjaya membuat direct call ke Malaysia dan bergayut dengan nenek ! :D The call was short due to lack of credit -.-" Bayangkan dengan credit yang banyak (la jugak) macam tu I sempat cakap selama 1 minit 1 saat je sebelum talian terputus. Kelam kabut I pergi cari top up nak call nenek balik woh.

The second call I made after top up-ed was quite long tapi pendek jugak kerna nenek pun faham cucundanya ada di perantauan tak boleh call lama-lama T___T. Tsk.

Nenek: Lain la kat rumah ni awak tak ada. Sunyi je rumah. (Suara nenek dah sayu T___T)

Nuha: Ohh, ha ah (I am speechless, truthfully).

Nenek: Memang lain bila awak tak ada hah. (Nenek macam dah nak menangis Oh Mannn)

Nuha: Hehe. (Jawapan cucu macam tak memberangsangkan langsung. Mintak sorry, nek -,-")

Nenek: Nanti nak pergi bank ambik pencen dah tak ada orang nak kawankan nenek. Selalu awak yang kawankan nenek.

AWWWW RINDU NENEK :') Although sometimes nenek is being a nenek, I would still love her Nenek tunggu nua balik tahun depan okkay, HEHE. Missing family; especially my mother badly. Ouh I terlupa hari ni hari Jumaat. Padanlah aku emo semacam. Heh.

Thursday, October 29, 2009

mim sod rho.

Mim Sod Rho itu apa? Musibah. Sabar. Redha. Atau macam lebih molek kalau kita sebut dia sebagai Mesir (HAHAHA -,-"). Sepanjang sebulan aku hidup di sini, musibah yang datang memang bukan calang-calang dan kalau engkau jenis yang tak sabar (just like me), kita boleh collapse bersama-sama di sini. HARHARHAR, macam orang tak ada pegangan hidup ke apatah T_____T.

Musibah macam tak ada air tak ada elektrik tu, sekarang aku pandang sipi-sipi je sebab macam dah lali dah. Musibah hampir-hampir kena langgar dan histeria semasa hendak melintas adalah yang paling common sekali aku dah tak heran (ececeh). Tapi semalam adalah musibah yang paling terbesar dalam semua musibah (I do not lie).

Cerita dia macam ni. Semalam kan sampai balik giliran aku dengan Syifa untuk memasak, maka kitorang dah planning sehabis baik nak memasak Ikan Masak Asam Pedas :9 Aku yang tengah elok-elok membasuh beras tiba-tiba SHRRRRRRRUUUUU hujan turun. Dahlah kain kat ampaian tak berangkat habis dah lencun semua tak dapat diselamatkan T____T. Itu satu.

Kalau basah lencun kena dek air hujan je tak apa aku tak kesah sangat tapi taaak. Habis berpasir semua baju macam jatuh ke lumpur lecak ke apatah padahal kena hempap dek hujan jeeee. Ini semua bangunan ni punya pasal siapa suruh kotor sangat (tetiba -.-"). Sudahnya, bertimbun baju untuk dibasuh sebab campur dengan baju hari ni. Weiii, menggelupur aku stress tahu ! :( Hampir-hampir aku bad mood malam tadi.

Ingatkan hujan sekejap je macam selalu tapi rupanya semalam adalah hujan yang paling terror sekali dalam semua hujan sepanjang sebulan aku ada di Mesir ni. Effect dia... Astarghfirullah, macam nak tenggelam satu Mansoura ni ! (exaggerate :P) Err, tak lah. Memang banjir habis semua jalan sampai sekarang pun air masih bertakung lagi kat luar tu ouh lepas tu tiba-tiba tak ada air Syifa yang tengah siang ikan, kau tau macam mana dia punya sengsara? Heh.

Itu belum kira lagi air yang mencurah dari tingkat atas turun ikut tangga masuk dalam rumah. EWWW. Berapa banyak kali kena tolak air keluar pintu pun macam dah tak terkira wei. Semalam memang hari untuk berdukacita tambah lagi dengan internet yang tiba-tiba down langsung tak boleh online.

APAKAH. APAKAH. APAKAH.

Tapi hujan semalam tetap paling indah kerna hujan disertakan dengan AIR BATU wehh sumpah teruja :O HUJAN AIS KORANG HUJAN AISSSSS. Memang histeria satu rumah sarung tuala kat kepala je pergi beranda nak tadah ais yang jatuh dari langit !
Ketulan ais yang kadkutah awii. Nampak kah tak nampak kah?

Hasil menadah ais, HAHA. Nasib baik ais dia tak besar ouh -.-"

Malam tu memandangkan dah tak ada air nak membasuh ikan dan memasak, kitorang decide nak melantak kat restoran Global depan rumah, sekali... dah lah jatuh, dihempap dek tangga pulak ADOII, restoran pulak black out. Damn. Tapi disebabkan dah lapar, kitorang gagahkan untuk redah jugak lautan air hujan yang bertakung kat jalan raya tu untuk pergi makan Bahgat Samir -.-"
Husna and yours truly di Bahgat Samir :) A nice night indeed ! Sayang korang sangaat. Bukan sayang Bahgat Samir heh (tumpang lalu) tapi housemates sekalian, HIHIHI.

Monday, October 26, 2009

cuba cakap baik sikit.

Err, aku menaip entri ni tanpa tujuan untuk menyerang sesiapa secara tepat. Cuma, aku nak berpesan dengan lebih awal. Entri ni mungkin akan rasa pedas bagi sesiapa yang makan bihun cili bersama teh O panas, just like yours truly pagi tadi. HAHAHA. Macam nak terbakar ouh tekak dengan combination yang sedemikian rupa T____T. Tapi sumpah sedap lah tapi. Terima kasih yeee Bella :)

Anyway.

Situasi ini adalah based kepada own experienced bukan sengaja mengada-adakan cerita atau membayangkan kejadian. This is purely based on true story. Okkay kita mula sekarang.

Seorang perempuan, (aku bagi nama dia Nini) baru habis kuliah dan tak makan sejak pagi sedangkan waktu tu dah pukul 12 tengah hari dah patut makan tengah hari dah. Memandangkan dia masih ada kelas selepas tu, maka dia tak balik rumah pergi makan ke apa, tapi setia menunggu kelas seterusnya untuk mula.

Selingan. Kita kalau dah lapar, kadang-kadang mesti akan ekspresasikan kelaparan tu dengan kata-kata macam, "Aduuuh, laparnyaaa" atau "Eshhh. Lapar gila doe" ataupun "Laparlaaaah". Kan? Paling kurang pun mesti engkau membuat muka sepuluh sen mintak dikesiankan oleh orang ramai.

Maka Nini pun pergi kepada dua orang rakan sekuliah dia, (yang ini aku bagi nama diorang Temah and Bedah, padan muka -.-"). *Dialog telah di-modify mengikut penyampaian maklumat dan kekuatan memori (HEHE).

Nini: Eihh, laparlaaah. (Sambil buat muka lapar)
Temah: Nini..., asal kau bagitau kitorang? (Bagi muka pelik)
Bedah: Ha ah la. Asal kau bagitau kitorang? Kitorang bukan tukang masak kau okkay. (Dengan muka serius).
Nini: (Terkebil-kebil)
Bedah: Lagipun... kat dahi kitorang ni ada ke cop datang sini untuk jadi tukang masak kau? (Muka serius lagi sekali)

Daaah, kesian tau kawan aku tu. Niat punya baik nak kongsikan kelaparan dia, tup tup kena seranah. Haih, aku marah lah ni kan >:( Marah tahu, marah ! (Macam over heh tapi aku peduli apa, HAHA). Jangan cakap kawan aku lah, aku sendiri pernah kena kott. Heh.

Itu masa aku pergi Port Said yang banyak dugaan tu lah. Kan dari pagi tak sarapan lepas tu dah lah kat negara orang ni memang cepat je lapar lepas tu masa tu dah lepas zohor maka memang kelaparan berada di tahap kebuluran (!) Serius tak tipu. Memang ramai je yang merengek lapar maka aku pun macam taknak ketinggalan lah kan, HAAHAHA.

Nuha: (Muka sedih siap tarik-tarik bibir lagi. Eh, effect mesti kasi lebih)
Yayas (ini aku sesedap hati bagi jugak): Kenapa ni? Sakit ke?
Nuha: Taaak. Lapaaaar (Aku kan macam DramaQueen HAHA PERASAN, so aku siap pergi mencebik)
Yayas: Eleeeh. Kalau lapar semua orang pun lapar (Buat muka annoying).

I mean like HELLO ! Tak boleh ke cakap baik-baik takpayah lah sampai menyakitkan hati aku tak mahu-mahu. Aku cuma bagitau aku lapar, dah engkau yang tanya. Kalau engkau tak tanya tak ada masa aku nak bagitau. Hah, menyembur je lah aku dalam hati kan. HAHA. Typical Malay girl memang macam ni, tumpang lalu T____T.

Apa lah salahnya kalau aku dengan kawan aku cakap lapar tadi, diorang membalas... .

1. Ha ah. Kita pun lapar jugaak.
2. Sama lahh lapar jugak ni. Apa lah kan.
3. Sangat lapaaaar :( :(

Apa? Susah sangat ke nak bermanis mulut, nak beralas bila bercakap? Cuba cakap baik sikit. Boleh?

Sunday, October 25, 2009

Tuhan, aku belum bersedia.

Entri ni aku ilhamkan atas apa yang terjadi pada rakan aku, Hani. And girl, this one is for you :') Since the situation she faced was a private matter untuk dicanang merata, I'll just somehow relate it with my own situation *Senyum.

Dulu, aku selalu ingat aku tak cukup kuat untuk pergi belajar medic di Mesir. Aku selalu fikir yang aku akan menangis satu tempayan satu hari (metaphore heh) kerna merindukan keluarga yang jauh di Malaysia sana. Magik. Tanpa sedar, aku dah ada di Mesir ni selama tiga minggu lebih. Dan aku berjaya menahan diri daripada merusuh (metaphore lagi) untuk pulang ke tanah air tercinta.

Tipulah, kalau aku kata aku tak ada homesick langsung. Oh. Mungkin bukan homesick kot tapi lebih kepada family-sick, HAHA. Tak tahu lah kenapa tapi hari malang untuk aku ber-homesick-an jatuh pada hari Jumaat. Setiap jumaat aku mesti terlebih hormon untuk beremosi seorang diri. Macam tak anggun sangat perangai ni T____T.

Remind me why I am here in Egypt again?
HARHARHAR. I was just joking -.-" No need to remind me, I warn you (ececeh).

Salah satu sebab yang kuat kenapa aku takut dan rasa berat untuk ada jauh daripada keluarga adalah kerna aku takut apa yang berlaku pada Hani, berlaku pada aku. Ya, ya, aku tahu. Ajal dan maut tu di tangan Allah tapi sebolehnya aku tak mahu apa-apa terjadi pada keluarga aku pada saat aku tak berada dekat dengan diorang. Serius cakap aku tak bersedia. Belum lagi.

Aku kagum sangat dengan Hani :') She was so tough and all. Kalau I ada kat tempat you, I wouldn't be here by now. At least I dah ada atas flight sehelai sepinggang balik Malaysia. Serius.

Dulu aku selalu bayangkan kalau aku pergi ke Mesir ni dan apa-apa berlaku pada keluarga aku... Apa akan terjadi pada aku? Rebah ke? Pengsan ke? Tak bernyawa ke? Lumpuh ke? Haih. Sampai sekarang aku tak dapat jawapannya sebab aku belum bersedia nak rasa kehilangan.

Contoh macam masa arwah atuk meninggal tahun lepas. Abang Naim tak ada kat Malaysia padahal dia lah cucu sulung arwah atuk, dia lah yang macam cucu paling rapat dengan arwah atuk. Tapi dia tak dapat nak ada dekat dengan arwah atuk masa arwah atuk meninggal. I always wonder apa agaknya perasaan abang Naim masa tu. Apa agaknya reaksi dia bila dia dapat tahu, arwah atuk dah tak ada. Ahhh, I just couldn't imagine.

Tiba-tiba teringat sebelum terbang ke Mesir hari tu, nenek cakap;

"Tahun depan.. entah sempat ke tak Nuha nak jumpa nenek lagi. Kalau ada umur, ada lah.."

T_________________T

Rasa nak pejam mata rapat-rapat dan bila bukak, emak, ayahanda dan semua keluarga ada depan mata :') Ergh. Nak menaip entri ni pun aku perlukan sekuat-kuat emosi. Air mata macam akan turun bila-bila masa. Jadi anak perantau ni buat aku makin emo T___T. Lagi-lagi bila layan lagu Bogoshipda ni. Ya Allah, hai.

Saturday, October 24, 2009

sesi orientasi bersama rumah.

Tahu I macam dah sangat lambat nak tunjuk anda semua macam mana bentuk dan rupa rumah I di Mansoura terchenta (la sangat) neh, HAHAHAHA. Ayat dalam bracket ada makna tuuu :P Err, sila percaya yang I tak berkesempatan nak menangkap gambar bila-bila masa I nak macam zaman di tanah air dulu (Awww, tiba-tiba rindu tanah air T___T).

Atas permintaan ramai, maka sekarang I buat OPEN HOUSE (macam comel je cakap buat open house, HAHA) untuk sesi perkenalan bersama beliau (rumah I la maksud dia heh). Kalau rajin, I akan upload gambar yang selebihnya dalam Facebook, HEHE.

Lorong Syari' Gihan kesayangan (la sangat). Dah tak terkira berapa banyak kali entah lalu jalan ni memang macam dah hafal sangat dah lopak air dan jalan yang tak rata patut berada kat mana. Okkay tipu :P

Bentuk-bentuk rumah di Mansoura. Err, memang begini lah rupa dia tak ada rupa lain, harap maklum.

Satu lagi lorong (masih Syari' Gihan) sebelum tiba di rumah manis rumah ! :D

Dah nak dekat sampai yayy yayyy~! HAHA. Err, nampak kah budak kecik di tepi sebelah kanan?

Tadaaa. Ini blok rumah I. Yang baju tergantung banyak banyak di tingkat satu tu lah rumah I, HEHE. Nampak daif? Then you don't see anything just yet *wink.

Sudah habis mengembara perjalanan ke rumah I? Sekarang, jom masuk rumah ! :D HAHAHA, macam apa je kot cakap macam neh tapi tak apa.

We are housemates ! :D


Ruang tamu take one.

Ruang tamu take two.

Ini bukan tandas. Bukan, bukan. Ini lorong nak ke tanda, HAHA. Yes, the path looks sooo small but yet I managed to pass through :P

Dapur is very the sempit. HAHA. Gila ular cakap rojak macam neh. Buwwek :P Err, dapur ni kalau ada dua orang je memang orang ketiga dah taleh lalu. Ayyok!

Rak meletak pinggan cawan sekaliannya. Corak pinggan mangkuk I paling heart sekali, HIHI.

Beranda rumah untuk mensidai baju. Jangan tak tahu, banyak insiden dah berlaku ouh sepanjang proses nak mensidai, HAHA. Classified la weh.

Nampak je sempit ni tapi muat je kalau sorang nak lalu :)

Jiran depan blok slanting ke kiri, HAHA.



Ayuh (skema gila guna "ayuh", HAHA -.-") terjah bilik I sekarang heh.

Katil I and my own personal spot, teeheehee. Pedulikan teddy bear yang tertonggeng di belakang, HAHAHA.

Almari baju yang sekarang dah berubah rupa dia sikit due to some complications, HEHE. Mentipu anda :P


Okkay tamat sudah sesi orientasi pada kali ini. Lain kali jumpa lagi. As if.

Friday, October 23, 2009

si hati manis.

Kalau anda yang dah lama mengikuti blog I atau memang sejak duluuuu mengenali I secara mutual, gerenti lah anda dah tahu yang I memang over sensitif terhadap barangan yang berstatus "Kepunyaan Saya". Maksud dia barang tu milik aku la hoh. I memang sensitif. Menyanyi lagu patriotik di depan pintu dewan kuliah sebelum dibenarkan masuk semalam pun dah nak menitis air mata T____T. Okkay yang itu memang over tapi kenyataan.

I serius jarang nak membagi orang meminjam barang I. Ini pun kenyataan. Maka sesiapa yang I membagi pinjam barangan, sila berasa anda orang yang sangat special dan beruntung. Berbahagialah anda (tiba-tiba -.-"). Tak, ini serius.

Anyway, aku bermasalah nak pinjamkan barang pun from previous experience; orang tak pulangkan barang bila dah pinjam. Lepas tu boleh dia buat saaaardin je bila I mintak. Haih, hangin betul lah ! >:(

Ingat lagi tak yang I macam nak sawan kerna kehilangan nota-nota yang telah dibuat secara berdedikasi (ececeh) hari tu? Err, ya. Nota tersebut I dah dapat balik setelah teringat yang I sebenarnya telah membagi pinjam nota tu kepada seorang kawan, HEHE. The part that I lent her the notes was totally a missing picture :/

I telah dapat balik nota tersebut semalam (yippie). Paling men-shocking-kan adalah bila nota tersebut diserahkan bersama sekeping surat. Biar I cakap awal-awal. Kalau setiap orang yang meminjam barang pun buat macam ni, I takkan ada masalah langsung nak pinjamkan barang :) Serius.

Bak kata Hani; ini surat cinta, HAHA.

Shot yang di-sengaja-kan :P

Tak boleh left click, HEHE. Sila intai dari jauh sajaa :P

Sticker(s) hadiah dari beliau. Thankyou sangat ! :D I ♥ it, tahu.

Awwww. Wani awak sangat comel dan manis okkay :') Thankyou saangat. Seriously.


P/s: Egypt teaches me how to deal with people more properly :) And I like that.

Thursday, October 22, 2009

memasak di perantauan.

Sekarang I sangat tak sabar nak khabarkan keputusan percubaan memasak hidangan "berat" kali pertama malam semalam. I selalu wonder memasak memang lama heh? Hari tu goreng ayam sampai kuning-kuning jari sebab kunyit lepas tu nak tunggu ayam masak ranum adalah sangat lama boleh taaak?

Ehh, jangan kutuk, jangan kutuk. Ini I sengaja membebel padahal tahu je ayam nak masak memang lama cuma I terbosan dan terpenat di dapur menunggu ayam tu masak, HAHAHAHAH. Dasar budak jarang nak masuk dapur lepas tu kalau masuk dapur pun cuma untuk tanya emak ada apa untuk dimakan :P Ini bukan bukak pekung di dada sendiri, tumpang lalu.

PROSES MEMASAK AYAM KURMA.

Resepi emak yang I pergi print (mentang-mentang dah beli printer semua benda aku nak print hoh) lepas tu tampal pada dinding dapur. Maka sekarang sesiapa yang nak memasak ayam kurma dipersilakan menjeling kepada dinding okkay. *Kening kening.

Sebahagian daripada bahan memasak I malas nak tangkap semua. Karang tak memasak pulak aku dok asyik menangkap gambar je. Heh.

Perencah kurma, Bunga Lawang dan Santan versi paket yang didatangkan khas dari Malaysia. Kat sini mana engkau nak cari santan tolong cakap sikit.

Daging ayam 1/2 atau 3/4 ekor I tak pasti sangat, HAHA. Yang penting dia ayam heh, ayam. Sumpah masa nak beli ayam ni dia timbang ayam hidup-hidup lepas tu dia sembelih dan cabut bulu depan mata I seh. LIVE.

Tahu tak rumah I tak ada blender atau lesung? T__T Maka segala proses nak melumatkan bawang putih halia bawang merah adalah purely with knife semata-mata. Thrill ouh, HAHA.

Kentang dan halia. Okkay yang ini macam tak payah explain sangat anda pun dah kenal, HEHE.



Mentumis bunga lawang. First time. HAHAHAHAHA.

Masa ni rumah memang dah semerbak bau kurma ke apa tah sampai menusuk hidung bau harum dia what the interesting smell hoh. Kembang kuncup la jugak hati ni kan membau masakan sendiri, KAHKAHKAH. Tapi ada sikit rasa takut tak jadi :/

Menggoreng telur dadar sebagai side dish (la konon).

Voilla! Err, mintak sorry kerna warna dia tak berapa nak menarik tapi Alhamdulillah, cubaan pertama-- SUCCESS ! :D Terima kasih kepada emak untuk resepi, terima kasih kepada diri sendiri kerna semulajadi berbakat dalam memasak (ehem) dan terr... . Okkay okkay sudah :P Tapi kuah dia macam cair sikit heh sebab I terlebih curah air, HAHAHA. Mintak sorry ya housemate sekalian, HIHI.

Wednesday, October 21, 2009

sampai balik giliran.

Di waktu aku menaip ni, jam di Mesir ni baru pukul 1 petang lebih. Kalau di Malaysia (tanah tumpahnya darahku, tsk tsk. Emosi tibatiba) aku pasti mesti dah pukul 7 lebih kerna perbezaan waktu di Mesir dengan Malaysia semasa musim sejuk adalah sebanyak 6 jam. Tolong catat informasi ini sekarang. Sekarang. I malas nak ulang banyak kali dah. Malas.

Kenapa I ada di depan laptop semacam penganggur berhias saja lagaknya? Ehem. I dah pergi kelas seawal jam 7.20 pagi tadi untuk Practical Biochemistry. Suka main tuduh-tuduh tau, HAHAHA :P Memandangkan kelas hanya satu jam dari 8 pagi hingga 9 pagi, I sudah sampai rumah pukul 9.30 pagi tadi. Weeee.

Statement of the day: Sangat bahagia kalau setiap hari pun macam ni kelas sebijik saja satu hari ! :D

Okkay okkay, enough of that. Sebenarnya nak khabarkan yang lebih penting. Tahukah malam ni sampailah giliran I untuk memasak hidangan makan malam? Taaak, I do not lie. Nuha Muneerah Abd Hakim (yang jarang-jarang memasak tapi sekali dia masak memang Umphh! KAHKAHKAH. Exaggerate sikit), akan memasak pada malam ini.

Menu dia? AYAM MASAK KURMA, tumpang lalu banyak sikit I nak menggoncang dapur ni, HEHEHE. Terima kasih secara banyak kali kepada emak terchenta yang sanggup mentepekkan resepi khazanah beliau di blog untuk membolehkan I memasak. Terharu sekali :')

Untuk teman serumah tersayang, biar I pesan awal-awal.

Korang, kita baru first time nak masak Ayam Masak Kurma nih. Makan dah banyak kali lah tapi (HAHA). So, kalau ada ramuan yang terkurang atau terlebih tu, mintak korang telan je lah sampai habis ya. Ouh, pura-pura lah cakap sedap okkay walaupun mungkin rasa dia tak seberapa T___T.

Maka mari lah kita lihat apa hasil masakan I nanti heh, HIHIHI. InsyaAllah I tunjuk rupa hidangan tersebut kalau tak terlupa nak mentangkap gambar. Brrrr. Ketaq seh.

Tuesday, October 20, 2009

rasa yang campur campur.

Err. Cerita dia panjang maka kalau engkau nak skip mana-mana perenggan, ikut suka :) Tak tak, bukan warning. Nasihat, HEHE. Okkay first thing first. Saat memorable dan indah awi, HAHA. Tak boleh belah.

Hari ni ada satu kelas je yang berdurasi selama satu jam maka hidup sangat heaven! Ewawawaah. Senanglah macam ni. Kalau kelas pack je hidup jadi hell. Kelas sikit je hidup jadi heaven. >:) Mahahaha. Memandangkan kitorang yang se-housemate ni dah bercadang nak membeli sebijik printer yang 3 in 1-- printer, scanner dan photocopy, maka setelah habis kelas kitorang menapak ke Galak, untuk mensurvey kedai komputer.

Cari punya cari, akhirnya jumpa jugak dengan printer yang sesuai. Memang Best Buy sangat kott sebab 3 in 1 cuma berharga 300 Genih. Engkau bayangkan kalau diconvert duit Malaysia baru RM180 (!) Eeeeee, mana nak cari harga printer 3 in 1 yang murah macam ni kat Malaysia? *Kening kening.

Okay dah sampai part indah yang I sebut dari awal tadi. Teeheehee.

Bila dah selesai bayar, tukang jual tu suruhlah kitorang pergi satu kedai ni untuk try test tengok kelancaran printer yang baru dibeli. Bila masuk kedai tu memang macam tertawan sekejap tengok tuan punya kedai. Omaigod. Macam nak terjatuh hati sebentar. Eh eh boleh pulaaaak.

Serius orang Arab yang dekat tempat test printer tu dahlah tinggi, lepas tu putih tak putih sangat (gelap secara sederhana), kalau senyum memang boleh melting (I tell you), bulu mata melentik lepas tu muka dia macam Adi Putra pelakon tu. Muka dia nampak angelic sangat (Ya Allah), memang bukan muka yang akan menipu orang. Sumpah tak tipu. Paling bonus bila dia fasih bercakap dalam Bahasa Inggeris (understandable la maksud dia).

Depan arab yang I tertawan tu, I bantai cakap dia handsome lah, baik sangat lah, kalau dapat dia untung sangat lah semua (dalam bahasa Melayu lah tapi, HAHAHA) dekat Chitah dan Husna. Rupanya Chitah dengan Husna sekali dah tertawan ouh, KAHKAHKAH. Dia serius baik. Nak tahu macam mana I tahu dia baik? Haaa, baca ni.

Nuha: Excuse me, about the USB cable for the printer, can we use any type of USB or it has it's own type of USB?
Arab kacak lagi baik: Unfortunately, your printer doesn't come with it's USB.
Nuha: I see.
Arab kacak lagi baik: (Sambil pegang dia punya USB) This is mine, but you can take it.
Nuha: Omaigod. Really?
Arab kacak lagi baik: Yes (sambil tersenyum dan tersengih macho).
Nuha: (I dah tersejat di situ, tumpang lalu. HAHAHAHAHAHAHHAHAHAH)

Beberapa minit kemudian.

Nuha: Err, one more thing. If the ink catridge is out of ink, where can we buy the ink?
Arab kacak lagi baik: Emmm (lama ni dia fikir. Omaigod sumpah kacaaaaak) There's another store of our company called bla bla bla bla (I tak faham dia cakap nama kedai tu apa -.-")
Nuha: (Mengkerutkan dahi tanda pening, HARHARHAR)
Arab kacak lagi baik: It's okay. If your printer is out of catridge, just come here. I'll buy it for you.
Nuha: Thank you so much !
Tak ke rasa macam dia baik sangat? Memang sepanjang perjalanan balik tu I memang histeria habislah tak habis-habis memuji 'Abang' Arab tu, HAHAHHAHA. Gataaal ! -.-"

Okay sekarang dah sampai part menyayat hati. Boleh taaak, self-note yang I tulis sendiri secara bertungkus-lumus siap lukis gambar kidney lepas tu warna dengan punya baik boleh hilaaaang?! Sumpah rasa nak tercabut nyawa wehhhh T______T Takkan aku nak tulis balik, lukis balik semuaaa YA ALLAH!!!

Memang duga ... . Err, kejap kejap. Tahu tak I baru lepas menjerit satu rumah sampai nak menangis? Baru teringat yang Wanie pinjam nota I tu untuk salinnnn ! Ya Allah, leganya rasaa weh (!) Andd dah comfirm dengan Hani, nota tu ada pada Wanie, esok dia nak pulangkan :) Omaigod, serius rasa lega sangat *tears of joy.

Sumpah dah membayangkan diri terperap dalam bilik membuat balik nota yang dah dibuat. Ergh, scary! Terima kasih, ya Allah kerna kembalikan ingatan aku tentang apa yang dah berlaku sebenarnya :') Terima kasih sangat-sangat. Rasa nak pergi sujud syukur sekarang.

Monday, October 19, 2009

kembali bernafas.

Yaaa, itu yang aku rasa. Selepas seminggu berhempas pulas membuat nota kuliah, menguruskan kes yang mengelirukan, berkejaran ke universiti dengan cara yang paling tragis sekali (I do not lie), hari ni dan hari seterusnya selepas ni aku boleh mentarik nafas sebelum menerima kes yang baru. Fewh.

Aku rasa la kan, ni aku rasa heh, aku.

Walaupun jadual budak program Manchester alias PBL ni tak padat dan banyak pulak lompong dia, aku tetap rasa tenaga macam dah diserap-serap secara total. Sumpah penat gila kott. Lagi-lagi semalam. Pukul 9.45 malam (waktu Mesir) je aku dah landing rehatkan diri. Memang tension lah sebab pagi tadi presentation so memang hell sikit la kan hidup, HAHA.

Engkau tak tahu macam mana punya sawan I semalam ouh T____T Err, sesiapa yang sudah meng-add I di Facebook tu dia tahu lah heh apa yang telah terjadi kepada I. Tsk.

Macam ni. Semalam kelas patutnya ada satu je. Itupun pukul 12.30 tengah hari. Maka I telah membuat sebaik-baik perancangan dengan bangun pada pukul 7.30 pagi dan hanya akan mandi pada pukul 8.30 lah lebih kurang sekali dengan membasuh baju semua.

Masa I nak menjamah makanan tu lah tiba-tiba phone kesayangan berbunyi. I pandang tengok siapa yang call, "Ayus pbl 11 MESIR". Ouh, Ayus yang sama group PBL dengan I. Maka I pun angkatlah secara slow motionnya sambil berfikir, apa agaknya yang Ayus ni nak bincang pasal case Chronic Kidney Disease ni.

Ayus: Nuha! Kenapa kau tak ada kat sini?
Nuha: (Tak sempat nak cakap Hello -.-") Hah? Kat sini tu kat mana?
Ayus: Dekat Universiti laa. Kau kat mana ni?
Nuha: Kat rumah. Ada apa kat U? Aku tak tau apa-apa punnn (suara dah gelabah).
Ayus: Ya Allah. Ada Practical Histology laa. Kau tak salin jadual ke?
Nuha: Salinnnn. Tapi mana ada benda lain selain Student Presentation kan? (gelabah habis)
Ayus: Adaaaa. Semua orang dah berkumpul kat tingkat empat depan dashboard Manchester ni.
Nuha: Ya Allah!!!! Okay-okay aku datang sekarang.

Tau tak macam mana punya kelam-kabutnya I lepas tu? Ulang alik keluar masuk bilik tak buat apa-apa macam orang hilang kemampuan nak berfikir pun ada dah. Macam menggeletar sangat badan kott. Sempat berebut bilik air dengan housemate pulak tu -.-" HARHARHAR. Sangat tak boleh belah kejadian tersebut.

Memandangkan masa tu dah pukul 8.15 pagi dan macam akan kelewatan (ececeh) kalau lama-lama bertapa dalam bilik air nan satu di rumah ni, berbekalkan hati yang tabah dan cekal, I telah pergi ke universiti TANPA MANDI engkau tau (!) Sumpah tak tipuuuu. Memang cekal gila lah hati pergi universiti dengan sebegitu rupa.

Keadaan ni memang normal untuk budak perubatan, tumpang lalu. Aih. Nasihat ayahanda di KLIA tempoh hari memang habis aku jadikan teladan, HAHAHAHHA. Mahu tahukah apa pesanan ayahanda? Ehem ehem.

Kat mesir sana kamu perlu buat tiga benda je. BELAJAR, MAKAN, TIDUR. Kelas jangan ponteng. Student ni kalau tak mandi pun tak ada siapa kesah.


Err, terima kasih ya ayahanda. Nasihat akan dipegang sampai bila-bila. HAHAHA. Ouh, sumpah terharu sekali dengan ayahanda yang hari-hari sanggup tanya anakandanya yang di perantauan ni cukup makan ke tak. Kalau I kata makan tak proper, ayahanda sanggup bank-in duit dalam bank konon nak belanja anakandanya ni makan. Awwww :') Comel sekali.

Friday, October 16, 2009

something.

I am currently busy-ing myself with lecture notes. Sort of. Oh well, I just wanted to say this;

I MISSED MY FAMILY SO MUCH ! :'(

*I am THIS close to cry when I typed this. Need to Skype pronto? :/

Thursday, October 15, 2009

first class.

All the heart-beating-fast-than-usual disorder and nervousness that I had through out last night and early this morning for my first class as a university student was a TOTAL waste. There was nothing to be scared of -.-" Andd I was being a pathetic girl by feeling so T___T. What a wasteful way to deliver excess emotions heh.

My PBL group was filled with awesome people (you guys knew who you are) and I got an awesome tutor like seriously. Andd by awesome, I meant that he (my tutor), can speak understandable English despite of his fluency. Thank you, ya Allah ! :D Please take note that NOT ALL lecturers here in Egypt, can speak English that can be understand by Malaysian students. I knowww, rightt. *Sighs.

Anyway, Physiology lectures on Nephron was great as well. Since I have been spending my time doing notes on kidney and bla bla bla yesterday, I already have an idea on what the lecturer was going to say. Anddd, since I have recorded the lectures today with my digital voice recorder, by far, I don't think I have a problem. At least not for now, HEHE.

In conclusion (essay, much? :P), my day was GREAT GREAT GREAT. I love it And my life as a medical student have just started, baby. Wish me all the best ! :D

P/s: I'm off to compile and touch up my Physiology notes. Weee.