Tuesday, June 30, 2009

cakap tentang hati.

.gambar hiasan.
I can't waste time so give it a moment
I realize, nothing's broken
No need to worry 'bout everything I've done
Live every second like it was my last one
Don't look back at a new direction
I loved you once, needed protection
You're still a part of everything I do
You're on my heart just like a tattoo -tattoo by jordin sparks.
perasaan saya sekarang macam tengah bersimpang-siur. macam traffic light hati rosak ke apa tah. tapi rasanya traffic light lagi bertuah dari hati saya neh sebab kalau rosak ada mechanic nak baiki beliau tapi kalau hati rosak? engkau menjawablah dengan diri sendiri.

T____________T bukan kah hati saya sangat kesian? "ya, kesian engkau, hati". jawab anda semua sekaliannya di dalam hati secara bersama. HAHAHAHAHAHA. kenapa gelak? errk.

hati macam tengah terbolak-balik tanpa arah tuju. sengaja dia bagi diri sendiri gundah gulana tak tentu pasal. ish, hati memang macam ni kah? PEMBOLAK-BALIK FIKIRAN. sebab itu lah kalau setiap kali solat saya selalu doa biar Allah tetapkan sikit banyak hati neh. jangan bagi dia terganjak seiinci ikut suka sendiri -______-"

kembali ke topik utama entry. saya ada sikit takut nak tinggalkan semuanya untuk ke mesir. semuanya, segalanya. itu yang kadang-kadang macam moody tiba-tiba tak bagi salam. tak nak bercakap, tak nak makan (ah, tak ada maknanya tak nak makan. menipu nama dia).

bila time hati tu kuat (kalau ahli karate terhebat di dunia karate pun memang tak terpecahlah hati tersebut. imagine betapa kuatnya hati saya), oh, akan sungguh berkobar mahu ke mesir! kalau boleh dah tak sanggup tunggu september, sekarang jugak saya tempah tiket! -nuha yang baik, yang mahu pergi mesir untuk timba ilmu jadi doktor pakar.

cuba kalau hati tengah lembik (yang tak payah tunggu tiup dek angin pun dah tersemula jadi berterbangan di udara), memang rasa akan menangis sesungai dua bila fikir akan ke mesir untuk ENAM TAHUN weh. SIX YEARS, tsk T________T izinkan saya menangis, excuse me. semacam mahu bermalasan jadi pembantu di rumah sampai akhir usia. -nuha yang tak sihat, yang lemah dan fikirkan diri sendiri.

saya memang tak faham dengan hati. sangat tak faham. malas juga nak faham. buat masa sekarang, saya sedang cuba bermeditasi secara perlahan-lahan untuk kembalikan semangat sendiri. see, sangat baik bukan perancangan ni? arghh. tak puas hati. hati? oh, hati saya middle name dia 'tak pernah puas'. entah apa-apa entah.

mungkin lebih baik kalau tak ada hati. buang hati! buang! hidup ni kalau tak ada hati mesti steady saja memanjang. tak payah nak terasa HATI. kecil HATI. ambil HATI. sakit HATI. see, semua penyakit perasaan yang ada dalam dunia neh semua berkaitan dengan hati, hati, hati. oh, jangan lupa berhati-hati di jalan raya, AHAAHA. (gelak pulak dia)

jadi mari kita pakat buang hati. bukankah sangat menarik?

arhh, orang yang tak sihat mental dan fizikal memang macam ni lah ayat beliau. nasib baik cuma normal flu, kata doktor ab. malek -_____-" nasib baik? abdomen aku sudah separuh cramp bila batuk, engkau tahu. betapa sengsaranya bila demam. tapi masih ada hati nak drive tu!

pasal hal nak pergi mesir ni, nanti lah saya pujuk hati ni biar dia stick sikit. jangan lincah sangat. nanti tak ada hati lain berkenan sama beliau lah bukan? HAR HAR HAR. apa-apa jadi di kemudian hari sila tangkap hati saya. DIA YANG BERSALAH YA.

ohoh, umi sudah suruh saya tidur. saya akan naik bilik tapi takkan tidur lagi lah kot. bilik macam tongkang pecah Ya Allah anak dara siapa neh. dahlah esok umi nak tengok bilik lepas tu kalau kemas boleh dapat top up RM30 secara free of charge. wah, sangat heaven bukan? siapa nak bagi top up percuma sekarang neh cuba cakap sikit.

okay, habis. semua boleh bersurai sekarang. cik muda punya gerimis nak kemas bilik beliau T____T

p.s; abaikan 'Baca Entry Sepenuhnya' tersebut :)

whatsoever: tolong doakan sekali supaya hati ni selari dengan kehendak akal boleh kah? sangat terseksa woh macam neh.

hari hari terakhir siri 4.

part: SUKANEKA.
24hb june (pagi)
pagi tu saya semangat habis ah nak bersukan, haha. ceh, menipu anda. semangat tu memang ada tapi lebih macam takut patah riuk badan je -______-" well, I kan selalu freak out every time dengar word 'SUKAN', miahaha.

dan markah untuk tema tutorial diambil, memang gila ah. dah macam semangat rumah sukan sekolah saya tengok. BUT WORSE. hambik, kau. habis dah jadi citrawarna Malaysia (whattheheals?).
tutor satu; si HarimauBiru. boo, tumpang lalu. boleh klik untuk enlarge dan tengok budak lelaki pi color rambut jadi biru -___-"
dengan pesanan, benci gila bapak orang (!)
tutor dua; supposed to be Orange. excuse me, saya tak ada gambar diorang masa sukaneka jadi terpaksa darurat cilok gambar waktu tutorial ;(
tutor tiga; si KucingPutih. (okay, ini kelabu tapi nanti font colour putih tak nampak pulak engkau) suci seh, hee.
tutor empat; RamaMerah. OhMyGod, semangat gila cheers diorang kata tutor empat gempak T_____T
tutor lima tersayang; HitamKuwaiyizAwiAwi ;D memang gila macho ah semua orang pakai hitam macam tengah berkabung funeral je eyn, HAHA.
tutor enam; HijauAlam. err, no comment. syrrul ada nak comment apa apa? ;P neh tutor syrrul.
tutor tujuh; AtletNegaraKuning, HAR HAR HAR.

macam yang saya tulis kat caption, tema tutor lima is hitam bulubulubulu [?] KAH KAH KAH. geli seh sebut bulubulubulu. dan sebagai penambah aksesori, kitorang pergi tambah garisan hitam dua baris kat pipi guna celak.

budak lelaki macam razak, bem, akmal, mut pergi buat misai -___-" apip pulak pergi buat solekan orang emo dengan titisan air mata lagi, haha. nak tengok muka saya yang dah dicelakkan kah? haa, mai sini.
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. err. semacam tidak baik pulak pergi mentertawakan solekan kat muka sendiri T_________T fine, I comel gila doeh! hah, ada sesiapa nak bangkang? sila isi borang ye. ceh, menyampah ah dengan nuha neh.

lokasi tempat ni di court badminton kolej ungku omar. kitorang berkumpul untuk warm up dalam pukul 8 pagi. gila gempak ah warm up tersebut. kalau buat warm up ada kiraan satu, dua, tiga ... lapan (dot dot dot maksud dia sampai) kan?

setiap tutorial akan jerit nombor tutorial diorang, haha. contoh macam tutorial saya, bila sampai kiraan lima je kitorang jerit LIMA!! gila cool perbuatan tersebut tapi bila sampai kiraan lapan je tak ada siapa nak sebut sebab tutor sampai tujuh je -_________-"
dan untuk pagi tu selain warm up kitorang ada MENARI POCHO-POCHO dan CHICKEN DANCE :O childish ya amat tapi first class lah aktiviti pagi tu, hee. explorace dan sukaneka dibuat serentak jadi semua orang macam pecah dua kumpulan. disebabkan saya masuk sukaneka, cerita saya pasal sukaneka saja okek.
ANTARA ACARA YANG TER-LIVE DI DEPAN MATA;
izzati, yours truly, chitah; 5 minutes sebelum acara pertama start :D
acara: telefon buruk. nampak sangat best dan teruja tapi the words were in arabic for heaven sake T_______T ceh, tak ada begitu sengsara. words dia senang jee, haha.
acara: lari berkumpulan sambil ikat kaki. izzat, den, syafiq dengan tarmizi wakil lelaki untuk tutor khamsah :)
acara: masih sama. izzati, ikyn, dayah & inarah wakil untuk perempuan, hee.
haha, ini sumpah lucu T___T eh, kata lucu kenapa menangis? err, wakil tutor kitorang (I mean diorang empat orang) tersungkur tengah jalan OhMyGod, sangat comel boleh pecah rekod, miahaha.

yang paling penting; WE WERE HAVING FUN FUN!
wakil lari berkumpulan lelaki & perempuan tutorial lima sayang :D
acara: boling kelapa. wakil satu tutor enam orang; tiga lelaki tiga perempuan.
wakil lelaki; ehsan, bem, syafiq.
wakil perempuan; erna, ain, qis.
acara: belon air. satu tutor sepuluh orang, lima lelaki lima perempuan :D
ini tutor empat punya gambar, tumpang lalu.
girls tutor lima! ana wa hasyuni awi, saya rindukan kamu, tsk :')
ada banyak lagi acara sebenarnya macam batu tersungkur, pijak belon paling kontroversi oh *word filtered* punya bapak orang! hate him, people. dahlah pakai baju munawwirin giddan giddan bajet macho ah please sikit. pergi join jadi rainbow lah kalau nak colourful sangat. ih!

saya masuk dua acara je; telefon buruk dengan batu tersungkur. bunyi macam pelik kah? try test ah main batu tersungkur tersebut memang nak bagi orang tersungkur habis ah wa cakap lu. nasib tak patah pinggang I, kalau tak dah rugi RM2000 duit hantaran, HAR HAR HAR!

kitorang siap buat cheers tu, haha. memang gempak ah semua tutorial punya cheers weh. ini cheers tutorial khamsah sayang :)







mungkin tak jelas sangat ataupun pitching kami terlalu merdu, meh saya tulis apa lirik cheers kitorang, miahaha.
ganbatte ganbatte *TORA TORA
ganbatte ganbatte TORA TORA
tutor five... KUWAIYIZ!!
(sepanjang the first two lines, kitorang group hugs & hentak kaki kat simen)

dengan

rumah tepi sawah pakai langsir colour biru,
entu jangan marah tutor lima nombor satu EWAHH.

kah kah kah kah. sungguh comel cheers tersebut. masa sukaneka semua orang nak attack kitorang doeh TAHULAH KITORANG HEBAT, bak kata ainun, HAHA. masa pijak belon tu lah si bapak orang sibuk suruh wakil tutor dia keluarkan wakil kitorang dari gelanggang. sengal je pergi psycho orang!

eventhough kami bertaraf sedikit loser (sikit je) dalam sukaneka, apa yang penting kawan-kawan? KERJASAMA EWAHH. ha ha ha. tak ada terasa sedih pun sebab kami hold on to each other dan kata kunci untuk pagi tu memang FUN FUN FUN je. tak ada benda lain. cuma peristiwa 'bapak orang' tu bagi kitorang hangin sikit lah -___-"

the sukaneka ended at 12.30 pm or so. tapi kitorang tutorial khamsah yang masih 'high' neh pergi main air OhIniSangatSeronok okay. habis botol air yang guna untuk pin boling jadi sasaran, HAHA.

now, let the pictures do the talking, (oh, with lines of captions of course).
tun razak :)
- ouh, thanks gila sebab kau jirus/simbah/tuang air dalam botol tu kat muka aku. selekeh okek! HAHA. habis dah tak cun wajah I, tsk. T______T
muttaqin :)
- cepat cakap thanks sebab kitorang bagi kau berlakon dengan kiina waktu performance dinner :P joking je okeh.
kami :)
- nampakkah si belon biru itu? itu belon mengandungi air okek. jadi lah belon air, ahaha. ada faham? muka semua muka teruja takut basah kena air. T____T
ya, belon tersebut telah pecah, miahaha. BlackRules, weh. no doubt ;)
the guys :)
- eheh. i'll leave the captions to you, gerimis. nah, tempat kosong. isi sendiri.
__________________________________
(tidak lebih 10 patah perkataan)
bem pergi mandikan rambut apip :)
- comel je korang boleh? apip sengal je pergi libas kepala sampai air percik pergi muka orang -___-" pengotor seh.
izzati and razak :)
- memang patut razak kena jirus semacam itu sama izzati, HAHA. you go, girl (!)
.kholaz. finish. siap.
kiina, me, erna :)
- thanks for the memories, korang. OhMyGod, rindu sangat okeh, tsk ;'(

akhirnya lepas tak larat nak tunggu mereka yang lain (air dalam botol juga telah habis dijirus sebenarnya jadi tak ada modal stay situ lagi HAHA), saya dengan chitah jalan berduaan turun bukit dari hostel lelaki untuk makan tengah hari. lapar tahu, I tak sempat breakfast pun T______T bangun terus pergi sukaneka.

dan balik bilik, saya malangnya tak terus tidur tapi capai semua benda alah neh.
plain keychain bentuk LOVE sebanyak dua peket yang equals to 24 keping love keychain untuk 22 orang tutormate perempuan :)
dengan benda colour-colour macam water colour neh. maaflah, I tak tercari kat google pulak apa nama beliau, tumpang lalu. dengan bakat yang tak berapa nak ada, maka terhasillah sesuatu seperti kat bawah neh.
dah kata dah, bakat tak berapa nak ada T____________T

whatsoever: excuse me, tumpang lalu, I nak pergi menangis setempayan dua.

Monday, June 29, 2009

hari hari terakhir siri 3.

part: KEROJAKAN AKTIVITI.
23hb june
as expected, pagi selasa tu rasa mengantuk memang hyper habis ah weh terlayu-layu I waktu kuliah -___-" bukti? alamak, segan ah saya nak tunjuk, buat jatuh air muka je tapi tak apalah. demi gerimis si blog kacak tersayang, I tunjuk jugak lah gambar candid dari inarah neh.

sumpah ini candid punya betul-betul candid. TAK MAIN AH MINTAK ORANG TANGKAP GAMBAR LEPAS TU PURA-PURA PANDANG TEMPAT LAIN KONON CANDID. ceh, padahal yourstruly pun banyak kali je buat. hahahampagas.
nah, hambik. PRANGG, berkecai berderai semua dah maruah I. PRANGG, my dignity has shattered into pieces. T______T tsk tsk. bak kata zaki (zaki kalau baca ni sila teruja HAHA), buat malu je pergi tepek gambar sedemikian rupa :( HER HER HER.

nasib baiklah lepas rehat pukul 10.30 pagi tu, pihak pentadbiran GMN nak buat urusan pilih rumah untuk kat mesir nanti. automatik jadi segar-bugar dah :O iya, betul tak tipu. teruja habis ah nak pilih blok rumah, miahaha.
peta blok kediaman kitorang. boo, tak jelas sebab pergi tangkap dari jauh lepas tu zoom :( tapi kalau nampak yang macam gelap hitam sikit ada tujuh tu, itulah lokasi blok kitorang :D

budak lelaki tengah pilih rumah diorang :O
turn budak perempuan pilih rumah :))
pilihan kitorang antara blok C, D and B. blok E memang tak masuk senarai ah sebab jauh gila nak menapak ke fakulti -_____-" dan oh, lepas berbincang pros and cons every block of houses, kitorang pilih blok D, tingkat 2 :) the best choice ever I must say.

meh I nak brag sikit, tumpang lalu. blok D neh diapit oleh dua blok lain, blok A (blok lelaki) dan blok B (perempuan) lepas tu boleh pulak sekangkang kera depan tu RESTORAN MELAYU :O belakang pulak kedai dobi, tingkat bawah dia rumah staff dan sepuluh minit jalan kaki ke fakulti (!) OhMyGod, gila gorgeous ah blok tersebut, HAHA.
we are housemates! me, my cousin; syifa, chitah, husna and bella. interestingnya pasal housemate saya neh, kitorang semua asal selangor dan umur 18 tahun ;) memang boleh get along habis ah. semua perangai gila-gila je eyn kahkahkah. tapi tak apa, dalam gila-gila tu masih ada batasan dia.

dan petang selasa tu, masa tengah recite bunch of 'amiyyah words, kitorang senyap-senyap ambil gambar ustaz khaled tapi bila dia perasan, on the spot dia ajak kitorang bergambar. YES, IN THE MIDDLE OF SOMEONE RECITING THE WORDS -______-" so much of the spontaneous ustaz khaled, miahaha.
sebahagian lelaki yang datang tutorial petang OhSangatComel mereka neh, HAHA.
dari kiri; tarmizi, izzat, afif, ustaz khaled, den, syafiq.
the girls with ustaz khaled, weehee.
ultimate picture of the year, (CEH CEH PERASAN).

petang tu dalam pukul lima, umi saya datang untuk serahkan barang dinner. apakah barang tersebut? HOHO, segan gila nak sebut. handbag berlabuci liplapliplap dan sandal raya high heels :O dan dalam lima setengah kitorang buat rehearsal sekali lagi, itupun tak complete sebab ramai budak lelaki tak datang, pergi membutakan diri, hampeh.

dan malam tu, full rehearsal siap timing masa dengan AJK Jamuan lagi. it turned out yang kitorang punya performance lebih dua minit dari 9 minit yang dibagi. aiseh, dua minit je. so, kitorang sepakat untuk ignore je tak payah cut apa-apa sebab kitorang lebih kepada NAK FUN WEH. NAK FUN. buat apa nak stress kan diri nak ubah balik semua scene kan?

full rehearsal tu memang the best lah weh sampai the emcee, cat; address kami as the winner-to-be HAHA. even yazid as the ketua AJK Jamuan pun cakap GOOD JOB, woohoo. mantap ah korang tutorial khamsah :D

habis je full rehearsal, kitorang balik ke bilik tutorial kitorang. sangat emo ah keadaan tersebut sebab itu kali terakhir kitorang together dalam bilik yang penuh kenangan tu. disebabkan apip dah bawak gitar, kitorang pun apa lagi. bantai ah menyanyi macam-macam lagu.

lagu raya, check. lagu hannah montana, check. lagu indie, check. lagu tradisional, check. lagu soundtrack superhero, check. lagu sekolah, check.


hardcore habis ah malam tersebut. yang paling tak tahan bila nyanyi enjit-enjit semut, geylang si paku geylang! lagi tak boleh belah bila kitorang dah start nyanyi lagu KELUANG MAN, kahkahkahkahkahkah. sampai uthman ingatkan kitorang dah boring sangat sampai nyanyi keluang man padahal tengah 'high' gila.

tak percaya? nah, dengar neh! click play to listen okek.
suasana hari raya by tutorial khamsah.








keluang man by tutorial khamsah.








love story by tutorial khamsah.







dan neh gambar pada hari tersebut.
apip main gitar untuk iringi kitorang punya kesumbangan nyanyian, HAHAHA. hep, sedap apa. pi dengar balik pi.
sebahagian budak perempuan tutorial kahmsah :)
nak balik lepas rehearsal AghhPenatGilaHabisSuara.
dari kiri; dayah, kak ana, ainun, chitah, kiina, me :D
rehearsal chorus speaking/choir/acoustic/acting ;P

whatsoever: oh, saya demam sekarang T__________________T

Sunday, June 28, 2009

hari hari terakhir siri 2.

part: REHEARSAL LAGI.
22hb june
kuliah berjalan macam biasa dan uniknya hari isnin tu, waktu tutorial petang, kitorang pakat pergi minta permission daripada ustaz khaled untuk buat rehearsal. nasib baik lah ustaz khaled kesayangan tu sporting ya amat siap volunteer nak supervise lagi ;D

tutormate khamsah sekalian, kita semua sayang ustaz khaled kan, kan? *teni haa, teni. lepas tu asyik **muraga'ah muraga'ah gila heaven kehidupan tersebut, HAHAHA. erna dengan ikyn buat je menjadi, ceh. DAHLAH ERNA STUDENT KESAYANGAN OUH T____T

dan special thanks to ainun, rehearsal petang tu berjalan dengan lancar awi awi. ainun conductor terbaik ah, salute sikit, hee. pergerakan pun dah kuwaiz giddan giddan walaupun baru berlatih sekejap.

malam tu entah kenapa kafe KIY tutup dahlah lapar gila macam nak gastrik pun ada. dah kesian habis ah kat saya dengan syifa kena menapak turun bukit untuk makan kat kafe KUO. sampai-sampai, tahu tak nak order makanan tu kitorang nombor berapa? 81 weh. macam nak teriak time tu jugak, haih.

oh, malam tu jugak, sebab semalam tutor lain dah ambil bilik biasa kitorang, kitorang insist nak balik bilik tu. memang dah sipi-sipi nak jadi perang mulut dah weh dengan dayah yang angin. comel je dayah angin siap report kat nodi, hee. cayalah, dayah.

dahlah kitorang malam tu nak buat exchange gift. takkanlah nak buat kat dataran, kan? hm. tutorial yang satu lagi tu pun berkeras nak guna bilik kitorang tu untuk rehearsal diorang, aduhai. siap kata dah reserved dari last week. tanya sikit korang reserve pada siapa? >:( joking lah yee.
kitorang pergi jugak dataran semalam sambil merungut-rungut -____-" dalam pada tu, sempat lagi berfoto mania, HAHA.

entah macam mana, tiba-tiba uthman (si rais) datang dan bagitahu tutorial yang satu lagi tu (nama terpaksa dirahsiakan) bagi laluan kat kitorang lepas berdiplomasi. wahah, terharu sangat :') thanks, korang.

akhirnya dapat jugak kitorang exchange gift kat tempat yang selesa dan paling penting, ber-aircond, har har har. alamak, saya tak tangkap lah gambar hadiah yang saya beli untuk qistina T_____T careless gila ouh (!).

saya beli benda yang simple je. cushion lembut bentuk bunga warna purple. comel sangat boleh buat jadi bantal peluk tidur malam, kahkahkah.
ikhlas dari hati untuk si gadis lincah mizan qistina :D

I punya hadiah mana? eh, mestilah ada. saya dapat hadiah dari kak faizdzrin yang cun habis tu, hee.
kak faizd yang tak suka orang panggil dia 'kakak' hoho. sorry ye kak faizd tapi we cant help it from calling you 'kakak' ;(
hadiah saya diberi dalam kotak ini OhSangatComel okek. serius terharu T_______T
hadiah sebenar (!) OhMyGod, sangat tersentuh dan menyentuh perasaan dapat photo frame begini punya cun secun orang yang beri beliau kepada saya ouh.
lepas main tukar-tukar hadiah sambil apip pergi petik gitar, kitorang mula start rehearsal pukul 10 malam. rehearsal baik punya awi awi thanks to ainun again :)

oh, boleh click play untuk tengok perangai kitorang beberapa saat sebelum rehearsal. ye ye oh je kitorang, kan HAHA.

dan malam tu, uthman pergi bagitahu ada beberapa masalah dalam persembahan kitorang sebab tiba-tiba ustaz ahmad siraji yang warganeraga thailand lahir mekah yang I told about in previous entry pergi buat rules untuk kitorang -______-"
ustaz ahmad siraji
tutorial lima dengan ustaz ahmad weh, haha.
beberapa changes terpaksa kitorang buat, tambah dengan pelakon utama yang tak jadi nak berlakon, aduhai. banyak lah masalah sampaikan malam tu saya tidur pukul 2.30 pagi weh T_______T sah-sah lah tak bangun esok pagi OhIniSangatScary!

*teni = ulang @ again
**muraga'ah = revision

whatsoever: hati macam disiat-siat je boleh tak? miahaha.