Thursday, April 30, 2009

selamat sudah semuanya.

memang nak kena budak nuha neh. (hah? awat? dia buat pa?). err. bolehkah matikan sekejap persoalan tersebut. kita ke topik utama! *mood serius tak ada nak buat lawak. simpan semua gelak hari ni untuk bekalan future anak² (ehh)*

emosi memblogging macam air laut. (ceh ceh. bermadah). ada pasang ada surut. (it rhymes, miahaha. eh, tadi kata mahu simpan gelak lah bukan. *ehem ehem*). kadang² semacam terasa tengah standing in the eyes of the world. kadang² macam batu seremban tepi jalan tak ada orang peduli pun ada.

okay. motif?

err. makin hari semangat memblogging macam terluntur² dan termati². sebab tu semacam sengaja lah bukan membagi gerimis makan supper saja setiap hari. padahal tuan dia minum air vitagen je dah dua botol satu hari, (erk).

mulanya ingatkan nak berblogging anggun dengan berbaju kurung tapi macam rimas dan macam panas jadi tukar baju kejap. badan pun masih penat sebab tadi pergi bertunang(!) sekejap.
tengok. ruang tamu dihias cantik dengan kerdipan eh, nyalaan lampu berwarna kuning melatari dinding. demikian memetik kata nuha muneerah yang perasan dirinya seorang interior designer berjaya padahal lepas ni nak pergi egypt study medicine -________-" kahkahkah.

kerusi di tengah bersama kusyen tidak padan warna tersebut merupakan tempat penyarungan cincin oleh bakal emak mertua (kena berlatih sebut neh dengan lebih kerap nampaknya). malangnya, kipas stand di sebelah kanan gambar macam telah mencacatkan view yang lawa tersebut. *pergi kau kipas. beliau telah dihalau T___T*
hantaran dari pihak perempuan untuk pihak lelaki sebanyak tujuh dulang. (lelaki bagi lima jee. ceh, tak aci). saya tidak sempat bermesra dengan hantaran pihak lelaki. maaf ya kekanda. (ces, kekanda konon). panggil uncle sudah, hah hah hah! janganlah dia baca entri ni, mati gua beb.

tak ramai sedara yang datang lah tapi. nenek pun tak datang, aunty ira maybe lupa... sedara kat kajang pun tak datang (kak alin dan kak naddie patut sangat terasa lah bukan? hahaha -___-"), tapi saya bersyukur sangat² yang semuanya selamat.

okaylah. saya mengaku. sedih jugak tak ramai yang datang majlis tunang tadi T______T tsk tsk.
.
.
.
.
ahh, sudahlah kau nuha. goreng ayat macam diri sendiri yang bertunang. hentikanlah lakonan kau neh. err. ya, sorry. I admit, BUKAN saya yang bertunang malam neh, hak hak hak. bagai menunggu kucing bertanduk seribu lah saya bertunang.

habis, siapa yang bertunang...? ini hah :)
kak Laler, anak aunty wok (tak ada kaitan dengan aril, harap maklum). umur baru 20 tahun. kak Laler lah, bukan si tunang. encik bakal suami umur dia 37 tahun (I tell you). kenal si pria pujaan tak sampai setahun. baru dua kali jumpa, si pria dah propose (ohmygod! I know).

diorang kenal pun sebab kak Zuriyah (eldest sister of kak Laler) yang kenalkan diorang. kira kak Zuriyah jadi cupid berjaya lah neh, wohh. majlis akad nikah will be held on 18th december. perghh, umur baru 20 tahun dah kahwin. sumpah I jealous, you.

overall impression tentang majlis tunang kak Laler;
simple tapi manisnya tetap ada. ni kira macam salah satu majlis tunang idaman saya macam tu lah. sederhana saja, dengan keluarga terdekat yang datang :')

pengakuan tak tahu malu;
majlis tunang kak Laler ni macam buat saya tak sabar² nak bertunang tahun depan! *gelak tersipu²*

ini saya cakap secara ikhlas pandangan budak 18 tahun lah okayh. em. ada sesetengah majlis tunang dan majlis akad nikah yang buat saya rasa macam... "ya Allah, aku tak nak kahwinlah kalau macam ni lah majlis tunang / akad nikah aku nanti."

majlis bagaimanakah? err. saya tak selesa mungkin sebab pembawakan emosi yang tak tentu hala atau cuaca yang tiba² panas sangat dan hujan lebat bagai, (tak ada modal pergi salahkan cuaca -___-"). mungkin jugak majlis yang terlalu grand sampai saya pun menggigil nak bersimpuh.

tapi ada jugak majlis tunang dan akad nikah yang buat saya rasa macam eager nak lalui apa yang orang tu tengah lalui (ehem ehem). macam majlis tunang kak Laler tadi. sumpah comel, simple and everything.

betul² buat saya tak sabar nak bertunang wa cakap lu. tadi saya pergi cakap dengan emak yang saya nak pun nak bertunang jugak sambil tersengih nampak gigi gila tak anggun. emak kata, "kalau ada orang yang masuk meminang, bolehlah bertunang..."

err. adakah itu satu GREEN LIGHT? kahkahkah.

whatsoever: mr architect pun orang sarawak jugak :)) *ada kena-mengena kee*

Wednesday, April 29, 2009

saya survive, wok!

KAHKAHKAH. (err. gelak tak bagi salam, tumpang lalu). T_____T
.
.
okay, tajuk apakah neh. siap ada trademark aril. tahulah you kipas-susah-mati si telinga capang terror bershuffler tu kan -_____-" tak baik tau you neh gerimis pergi kutuk aril idaman hati I. I kungfu fighting you baru tau. *bagi jelingan maut sesentimeter dua kepada beliau*

macam biasa. boleh abaikan kewujudan perenggan tersebut. (ceh, kenapa tak pampang kat header entri je kasi amaran jangan baca semua perenggan!) kau bad mood ke apa gerimis tiba² nak teriak². ouh, kau lapar entri eh! sabar, sabar. I'm on my way.

kejap, kejap. ehh, nuha masuk rancangan realiti survivor di NTV7 kah? err. tanya dengan siapa? dengan saya kah? si pemilik kekal gerimis berjantina lelaki macho neh? hak hak hak. kalau masuk yang itu, tak payah tunggu first episod, audition untuk pemilihan pun saya takkan lepas punya, I tell you.

habis. survive apakah? semacam nervous pulak I nak berlipur lara, you. T_______T aik, sedih kenapa neh. kenapa neh. bukan sedih, tapi bangga yang telah ditambah kepekatan terharu dengan diri sendiri. *okay, boleh tikam saya sekarang. hiarghhh. ahhh. mati.*

ahahaha. dengan bangga dan sedikit riak nya saya nak bagitau yang saya survive shopping selama empat jam bersama emak pagi sampai petang tadi. (eh eh)

betul lah. dari sepuluh setengah pagi sampai dua setengah petang sampai tertanggal semua skru penyambung tulang kaki sampai sakit tangan bawa semua plastik sampai merah berbekas jari comel saya ni sampai... okay, kau dah sampai mana? -________-" hahaha. SAMPAIKANLAH SALAM. (ini sumpah tak lawak).

sampai je Jusco Bukit Raja saya macam dah merengek lapar tapi tujuan ke situ untuk bershopping mania lah bukan. kejap, nak ingat balik first sekali pergi mana. oh! pergi renew J-card emak dan ayah di tingkat dua sambil memborong baldi, selimut dan racun serangga[?]. okay, macam tak ada menarik perenggan neh. move on!

turun ke tingkat bawah dan mulalah sesi kerakusan memilih pakaian macam esok dah tak ada pakaian jual kat situ lagi ke apa tah. crazy wa cakap lu. saya lah yang crazy rambang mata. bukan emak. bukan gedung pakaian tersebut. bukan juga salesgirl ditepi kali. (hah?).

baju dan seluar yang patut boleh bawa masuk lima helai je dalam fitting room saya dah angkut sampai lebih sepuluh helai; iaitu sebelas, miahaha. apa motif? saja lah nak khabaq mai kat hang pa semua yang saya macam dah sipi² suka shopping.

bukan selama ni dah memang hantu shopping? eih, nehi nehi, okay. kalau shopping buku engkaulah king hatiku yang anda maksudkan, angguk bak burung belatuk mematuk pokok yang dikhaskan untuk dipatuk (pening dah dengan ayat sendiri) pun saya sanggup. huallaweyh.

manakah barangan yang dishopping-mania kan? ini ni ni, bawah ni :) sila tabahkan mata dan hati. sebarang kecederaan semasa melihat gambar tiada insurans ;P (eceh, pandailah kau nuha).
hanya dua helai t-shirt atau lebih feminin digelar blouse dibelikan oleh emak. (ceh, hanya. sebenarnya mahu lebih kah?) tak adalah. dah bersyukur dah ni. *sumpah ikhlas*
tengok. sampai empat seluar yang emak belikan. T___T terharu. *lap air mata* terima kasih, mi.
ini siapa neh. apasal comel sangat dia pergi main peace² macam tu. ini siapa neh. (soalan diulang dua kali bermaksud sangat serius bertanya).
kasut sukan beserta stokin kekelabuan sebab memang kelabu bukan sebab tak basuh ke apa. nuha kah yang memilih kasut bertapak dan bertulisan pink tersebut? *sangat musykil*
dua paper back percuma(!!) kerana membeli barangan di bawah neh;
DUIT SENDIRI, DUIT SENDIRI. (eh eh, tujuan?)
singgah di momoe untuk mencari beg kuliah. ceh, BEG KULIAH.
beg berwarna gold yang lebih real goldnya daripada gold fish yang berwarna orangy red. dibayar oleh emak dan saya :')

kesimpulan; sekali lagi. saya survive, wok! dengan sangat gembira lagi, hak hak hak. ya, majulah nuha untuk terus shopping. (err. tak mahulah).

whatsoever: sangat teruja nak habiskan buku anime yang saya beli, miahaha.

Tuesday, April 28, 2009

operasi shopping

rasanya tengok tajuk pun dah tau dah saya nak cakap pasal apa. kan? lagi sadis dengan sticky note (konon) entri ni akan kecewakan lelaki sebab saya nak bentang comel² topik bershopping mania pada malam neh, sebelum saya tidur.

mari berteriak sikit. ciri² kegadisan saya sudah muncul secara magis lah, miahaha.

erk. apa sebelum ni berciri tomboy kah? ewah, mulut you gerimis. tak boleh lagi laser, ke. T_______T sedih I. you tu my other half, patut jaga hati I, manjakan I semua. mana boleh cakap orang yang create you (bukan sugar mummy-anak ikan) macam neh. you unfair! *muntah* kahkahkah.

let's cut the crap. tadi mahu cerita tentang operasi bershopping manis eh, mania lah bukan. mind you, semua perempuan suka shopping, saya tak terkecuali. cuma nafsu membeli belah secara rakus tu tak selalu datang. kalau attack pun ala kadar saja.

tapi saya tetap bersyukur. sebab jika tidak, pasti banyak duit emak ayah sudah berlenggang kangkung ke tangan pengusaha pusat membeli belah dan lepas tu bilik akan jadi gudang then...

okay okay. dah nuha, dah. ceh, apasal tiba² keluar dialog anak jati malaysia yang sayangkan negara semua -______-"

betullah tapi. saya tak suka sangat shopping. (adakah kerana tiada wang maka membenci kegiatan yang macam boleh hilangkan stress buat homework cambridge tersebut?) okay, gerimis. cakap. mana you tahu? -____-"

tak adalah, hee. saya sumpah² bagitahu kadang² saya malas pun nak pergi shopping complex kalau tak ada benda nak beli. nak mensedekahkan view kepada mata apatah lagi. heh. *perenggan ni macam boleh abaikan kewujudan beliau*

saya biasanya shopping barang keperluan dan kehendak sendirian berhad je. branded things lagi saya pandang sebelah mata, (nampak sangat menipu). tapi adakah ini bermakna saya low maintainence? KAHKAHKAH. nak bertafakur kejap insafkan diri T_________T
.
.
sebab dah kesuntukan waktu (atau macam short of time), emak kata mungkin akan bershopping barang untuk ke UKM esok. MUNGKIN, jadi tak tentu lagi. destinasi pilihan macam Jaya Jusco Bukit Raja. semacam boleh mencuci mata di situ (eh eh).

so, kejap tadi saya macam pening nak fikir apa benda nak beli tapi I get over that problem macam in the nick of time (cheywah). mana senarai tersebut? kejap. saya bentang mai.
yes, itu dia. kalau tak jelas boleh klik bagi kasi besar, kot. kenapa ada kot? sebab saya pun tak pasti jelas ke tak kalau dah klik tu, hak hak hak -_________-"
*updates; saya baru lepas klik nak tengok jelas ke tidak. Ya Allah, jelas gila sampai satu window dia cover!*

okay, tangan macam dah keluar suara beep beep beeeep macam lampu kat dada ultraman entah apa nama dia tak ingat banyak sangat dah sekarang ultraman. yang pasti tanda dia dah lemah lah tu, nak kena recharge.

kalau jadi shopping, saya khabarkan. kalau tidak, saya buat pintar. bahbai.

trivia; sila kira berapa banyak perkataan 'macam' dalam entri neh. okay, boleh abaikan.

whatsoever: kenapa dia tak call balik...? T_____T wuuu, sedih.

blog lounge #027

disebabkan hari ni saya nak tumpahkan fokus kepada homework cambridge yang berlambak dan merayu² untuk disiapkan, hari ni kita main sep² tiang, nak? nak nak! mana tiang, mana? -______-" mana saya nak cari tiang tepek kat blog ni pun. acah saja lah. (bluekk :P)

saya akan berusaha siapkan lebih daripada separuh homework tu hari ni supaya ada lebih banyak masa untuk you, gerimis. ceh, cepat terharu! okay, pantas. kita tak ada masa!

presenting a rembat tag from alyaa syazana :)

1. Kalau anda jadi orang terkaya di dunia?
; alhamdulillah, bersyukur gila tapi harap tak takbur lah pulak.

2. Kalau anda jadi orang terseksi di dunia?
; akan mula meminta orang ramai mendermakan kain perca pada saya. tak, serius ni.

3. Kalau anda perlu terjun dari tingkat ke-100 untuk membuktikan cinta anda?
; ingat neh zaman shakespeare nak "you jump, i jump"? mimpilah weh. entahentah mimpi pun tak sehebat tu.

4. Kalau orang kata blog anda teruk nak mampus!
; saya akan kata, "semoga Allah membalas jasa baik anda :)". aku fancy karma.

5. Kalau keluarga anda yang menentukan teman hidup anda. Kira perkahwinan yang ditetapkan keluarga lah.
; ehem. neh sensitif sikit kot tapi rasanya keluarga saya bagi peluang saya cari sendiri.

6. Kalau tiada lagi hari esok?
; nak banyakkan ibadah sunat dan juga nak minta maaf pada semua orang especially my parents and siblings ;'(

7. Kalau orang yang anda benci berada di depan anda?
; saya bagi jelingan maut sesentimeter dua biar dia terpitam² di situ juga :P

8. Kalau anda berpeluang masuk Fear Factor dan makan benda2 pelik?
; saya sahut. kot. selagi dia tak suruh makan serangga lipas terbang bagai. godd, the idea of it is making me nauseatic.

9. Kalau ibubapa anda tiada pada pagi esoknya?
; saya pilih yang tersirat lah eh. em. mungkin jadi gila agaknya.

10. Kalau anda berjumpa dengan orang artis/selebriti yang paling anda minati?
; kepoh melebihi rombongan cik kiah dan akan mengintai serta mengusha secara gigih.

11. Kalau diberi lesen untuk membunuh, siapa yang akan anda bunuh?
; semua penjenayah dalam dunia neh. tapi itu macam buatkan saya dua kali lima je dengan diorang -______-"

12. Kalau orang kata anda kacak/cantik?
; err.. thanks (beserta kerutan di dahi dan senyuman fake)

13. Kalau anda ada penyakit AIDS pada usia yang muda?
; saya akan tertanya mana datang virus durjana dalam darah saya neh. terbang masuk mata kah.

14. Kalau anda berpeluang menikmati makan malam yang romantik?
; akan mengambil masa selama dua jam untuk bersiap. mana nak pilih baju, make up, accessories lagi. fulamak!

15. Kalau anda terpaksa mengorbankan cinta anda untuk orang lain?
; saya selfish (sarkastik :P) jadi tak mungkin akan terjadi.

16. Kalau anda memenangi anugerah? Dan anugerah apa yang anda inginkan?
; bersyukur sangat tak sangka kawan. saya mahu anugerah penyimpan rahsia terbaik, ewah.

17. Kalau anda berpeluang mengahwini bangsa asing? Bangsa asing mana yang anda inginkan?
; orait lah kot. ada berangan pun, hak hak hak. em. saya order itu lelaki korea lah for sure! (ceh, order).

18. Kalau anda terpaksa berpisah dengan orang tersayang?
; akan consider ke persidangan meja bulat.

19. Kalau ramai yang tidak puas hati dengan anda kerana mereka cemburu dengan anda?
; aku nggak care sama kamu yach! ececeyh.

20.Pendapat tentang org yg tag ni?
; manis orangnya, sesuai buat menantu ya makcik sekalian. emak saya tak terkecuali. eh eh. ops. dia sudah berpunya!

21. Nak tag siapa?
; semua orang yang saya selalu tag. maaf, tak ada masa neh. rushing I tell you.


whatsoever: okay, homework cambridge. I datanglah nehh, ish. ignore Read More please and thank you.

Monday, April 27, 2009

saya.jumpa.jiwa.

dear gerimis,
tolong abaikan apa yang saya bebel semalam, hee. itu cakaran budak 18 tahun yang emosinya bersifat bujang trang tang tang. paling loser pun berstatus bujang lapuk, kot. kahkahkah. sekarang ni emosi sudah berdua lebih baik, ewah.

see, gerimis. I tak cerita kat you kisah happy I je tau. kisah I serabut mamai selekeh serabai semua I share dengan you. sebab apa? sebab I sayang you.

gerimis berkata²; I terharu, T______T *lap air mata*

tahu tak gerimis ni berjantina Lelaki Macho di kad pengenalan beliau? hepp, jangan fikir bukan². mr architect masih di hati, tiada yang lain insyaAllah. cuma.. tu lah. saya dah jumpa jiwa *senyum lebar tapi masih ayu cover gigi* (ceh, benci nuha ah pergi main cover² lagi).
♦♦♦♦♦
menulis tentang jiwa, buat saya teringat tentang tajuk karya kak fynn; jiwa ada di sini, (sila acu mana² berkenaan). dan waktu kak fynn bertanya tentang di mana jiwa seseorang, ada yang menjawab;
pandang cermin atau bukak webcam,
acu jari, tunjuk kat diri,
itu lah jiwa.
tepat sangat, kan. jiwa tu ada depan mata kita. sedar atau sengaja buat pintar je. *diam itu pintar, kata kak noe*
♦♦♦♦♦
dan malam tadi, macam malam sebelum² ni lah, mata mana nak tutup kalau tak jarum jam lepas jam 12 tengah malam. paling awal tidur pun pukul satu. paling lambat pukul lima. dah macam adik-beradik kelawar dan vampire. tak reti nak tidur, hahaha.

tapi malam tadi ada sedikit lain. (lain?)
uh-huh, lain. (lain maksudnya you tidur awal?)
hek eleh, baru cakap dalam perenggan atas. malam tadi macam malam sebelumnya. (ohhh. then?)
ni yang nak cerita macam mana saya jumpa jiwa ni. (hah, hah. apa, apa?)
kejaplah. (okay, okay)

p.s: saya memang suka berdialog dengan diri sendiri, (jangan kutuk saya gila just because I like it). har har har!
♦♦♦♦♦
persoalan: macam mana jumpa jiwa?
hint I: saya lawan kata sifat malas.

panjang² tak ada lebar kisah dia. sila senang diri baris sedia (eh eh, tetiba). here we go now! bunyi dah macam intro roll call shabooya dalam Bring It On! -___-"

selalunya lah kan, kalau mata susah nak pejam tu, saya akan capai apa-apa buku depan katil. malam tadi saya capai orange kiss dan malangnya tak mengantuk jugak lagi, (nak kata minum kopi, saya memang tak lut kopi, miahaha. I fancy mocha and nescafe jee.)

dan lepas golek², saya buat keputusan untuk ambil wudhu' dan baca surah yassin. masa tu kalau tak silap jam dah pukul satu setengah pagi lebih sikit (sumpah² I TELL YOU). terfikir jugak nak buat solat iktikharah dan solat hajat dah alang² atas sejadah tu tapi dah nama pun manusia. NIAT CUMA TINGGAL NIAT T______T

ini dah boleh betul² benci diri sendiri sebab tak ada strength macam action kamen dalam shin chan nak lawan nafsu tidur yang tiba² high semacam.

hint II: hikayat 1001 malam

entah kenapa tak tahu hujung pangkal saya mimpi sesuatu yang pinjamkan saya perkataan 'tenang', hee. (ces, tak leh skema lagi.) saya mimpi saya ada di tanah suci Makkah. tempat yang kali pertama dan terakhir pergi masa tahun 2006. (sumpah rindu tapi kalau nak pergi lagi kena tunggu ada suami, hak hak hak).

dan dalam mimpi tu saya kena stalked (i can't remember his name tapi ada amin something ke apa. short-term memory me T__T) dengan sorang lelaki melayu ni. saya asyik lari je dalam satu library ni, pusing sana pusing sini nak get rid of that guy.

sumpah tak tahu kenapa dia stalked saya lah tapi. adakah kerana saya sangat comel...? KAHKAHKAH. gila perasan. tapi masa buat drama bollywood dalam library tu, saya tak takut pun dia kejar. cuma sikit nervous je.

sebab tu macam meragui sikit mimpi ni bagi saya tenang tapi sebab ada dekat Makkah, saya rasa bahagia!! yang buat tambah tenang tu, masa main lari² nyorok² dengan that stalker, saya boleh dalam pencarian cari buku untuk berzikir (I tell you).

habis pak mak arab, om tante indon saya tanya mana section yang jual buku zikir. perghh, sungguh saya fancy diri sendiri dalam mimpi tu!
♦♦♦♦♦
dalam hati je dah tenang tapi telinga ni rasanya nak pecah gegendang dengan budak² yang tak reti nak belajar lepas tu buat bising pulak dalam rumah ni, haih. tak pe lah. siapa pun budak² tu. adik² kau jugak, nuha. layankan saja lah.

whatsoever: dah mula pening fikir senarai benda nak beli untuk ke UKM. (kalau jadi pergi, lah). HAHA.

Sunday, April 26, 2009

mungkin aku patut terus gila 2.

have you read mungkin aku patut terus gila? if no, read it first and come back to this entry ONLY after you finish reading it. then you would understand what am I saying here. sighs. I just can't help myself from writing a sequel of it. heh.

and I guess, nas is right. I quoted her; "just because I'm the eldest, doesn't mean I don't want to be treated spoily once in a while". geez, nas. Isn't it scary that we BOTH publish an entry about this kind of topic in one night? so much of the coincidence.

well, of course. you expressed them in english while I'm in bahasa -_____-"

kalau lah aku mampu...
mampu untuk khabarkan apa yang aku rasakan.
pasti sudah lama aku luahkannya.
pasti aku sudah canang merata.
atau mungkin saja satu dunia sudah heboh memperkatakan tentangnya.
malam ini, aku mahu koyakkan sedikit saja.

tentang satu perasaan yang aku simpan dalam.
jauh di dasar hati kerana aku gentar sesiapa dapat melihatnya.
atau lebih 'bullseye' aku katakan,
aku risau pandangan orang tentang aku.
dan ini hanya sebuah cerita luka.

kadangkadang aku bagaikan anak kecil.
yang minta untuk dibelai, yang minta untuk diberikan perhatian.
dan bila apa yang dihajat tidak tertunai,
aku mula merajuk sepi.
terdiam tanpa kata dan dengan sendiri menarik air muka.
come on, lah. dunia memang begini, kan.
kerana rasa itu sendiri terkadangnya kita tak mampu kawal.

bayangkan orang yang menjadi sebahagian daripada darah daging kau.
orang yang patut kau kasihi luar dan dalamnya.
terima putih dan hitamnya.
malah hijau, kuning, atau merah sekalipun.
tiada putih ATAU hitam.
tiada baik ATAU buruk.
kerana apa?
kerana dia darah daging kau.
ya, patutnya begitu.

kau pernah bencikan seseorang?
kalau ya,
bagaimana agaknya rasa kalau terpaksa mendengar suara orang yang kau benci saban hari?
rasa hati bagaikan dicucuk-cucuk,
rasa mahu tutup segala deria berkaitan telinga.
kan?
tapi kau tidak mampu berbuat apa.
kerana kalau salah kira, kau sendiri yang akan kena.
macam aku katakan tadi,
kerana rasa itu sendiri terkadangnya kita tak mampu kawal.

sungguh, aku masih mahu terus jadi gila.

whatsoever: perit, tapi saya kena tabah. again, ignore the Read More.

blog lounge #026

sambil memanjakan mata mengusha farid kamil dan yusry KRU dalam kuliah cinta, (ceh, macam tak ada bagi chance mata buat kerja lain selain hadap lappy dan muka jejaka kacak malaya, hahaha) nak cakap; faramy ariff, what a nice name, (eh eh, tumpang lalu).

ergh. sumpah benci online depan kotak bersuara (tv lah maksudnya). sebab? kena ada sebab ke benci something, haih. kejap lah. nak tukar port memblog. okay, dah. wireless connection ni hah, pergi buat hal meng-annoyingkan orang dengan diri beliau.

okay, mari pendekkan cerita tak payah konar-konar! saya nak mensedekahkan beberapa award. main passing kotak beracun mahu? eh, dahlah nuha. cepatlah, terhegeh-hegeh menaip T______T woi, mana ada orang kutuk diri sendiri. tetiba pulak dia.
first award neh datang dari Pooh aka pija. terima kasih, tau pooh. lama dah kasi marinate dalam draft sampai entahentah, nak masak buat barbecue pun dah tak rangup lagi T___T nasib baik award free, kahkahkah. tak ada makna dan tak ada kaitan dengan yang pengsan.

saya sedekahkan award ni kepada diri sendiri. terima kasih. (ceh, kurang asam kau nuha!). err. memanglah kurang asam sebab saya wangi lah bukan? -____-" HAR HAR HAR!
second award datang daripada alyaa syazana :) thanks, al. (memandai panggil awak al. tak patut betul budak nuha neh). dukacita dimaklumkan award ini jenis pascabayar, hak hak hak. bukan dengan duit lah tapi dengan arahan, I tell you. hang tunggu sat na.

1. insert this badge to inform u have been awarded. (CHECKED)
2. make sure u take the pic and said who it is from. (CHECKED)
3. you should tell 10 facts or hobbies about yourself. (neh yang payah neh)
4. you should choose 4 other bloggers and tell their names in your blog. (bisa diatur)
5. don't forget to tell them that they have been tagged. (oraity)

10 info rawak (dan yang acah saja jadi sila figure out sendiri) tentang pemilik konsesi gerimis selama hayat dikandung badan:
  • bukan penyabar orangnya. tak caya, test tengok.
  • garang teramat sangat, ya Allah. adik singa dalam jelmaan manusia kah ini.
  • boleh hibernasi di depan lappy sayang selama mana mata mampu tahan.
  • suka merepek dan mengolah ayat lepas tu sendiri baca sendiri gelak.
  • pencinta yang setia (eceh. memarket diri tanda muka tak tahu malu).
  • berangan nak join United Nations dan tolong mangsa peperangan pelarian semua.
  • memegang prinsip, "barang awak, barang saya. barang saya, barang saya lah". har har har!
  • kipas-susah-mati sastera.
  • akan ke egypt, insyaAllah lepas raya (kalau tak dapat tawaran IPTA).
  • suka menguji. uji apa tu tak dapatlah den nak khobarkan kek ekau yo.
dengan rasa rendah diri (tau-tau je saya rendah, miahaha) saya nak melemparkan award ni kepada:
; inda. [lamanya awak tak update blog]
; fawani.
; kak alin.
; nasquin.
award ketiga datang daripada kak siti hajar, hee. thank you so much, kak hajar. nak berlenggang dulu sebelum bagitau yang award ni pun tak terlepas daripada security check beliau (terms&conditions applied). berderet instructions, kau. tabahkan hati, okay. hak hak hak.

Terma & Syarat Untuk Penerima Award Ini.

1. letakkan logo award ini di blog anda.
2. anugerahkan award ini kepada 10 Blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra.
3. pastikan anda menyatakan penghargaan ini melalui backlink dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda.
4. informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka.
5. berbagi cinta dan sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini.

okay, mari kita mula! *drumroll please*

10 blog paling berinspirasi dan sangat mesra jiwa, (eh eh) ialah:
; fawani.
; danial.
; nasquin.
; inda.
; kak alin.
; ashikin.
; alyaa.
; anim.
; zoul.
; yom.

perghh. tak ke lenguh tak ada rupa jari dah jari saya neh. biasalah, kalau hati tengah sakit, dia affect semua benda, hahaha. makin cakar makin songsang otak dibuatnya. eh, ini dah ada rupa hipotesis sains upsr -_______-"

dahlah, dahlah. peace, out.

whatsoever: dia kata dia nak repeat spm... i think i should give him moral support, sighs.

Saturday, April 25, 2009

kami memang tak ngam.

siapa kah beliau yang saya tak ngam tu? sudah terang jadi tak perlu nak bersuluh lagi lah kan yang saya tak ngam dengan memasak, har har har!

nuhamuneerah+masakmemasak = disaster. (memang kena kasi kelabu. malu punya pasal -__-")

fahamkah equation kimia tersebut? weh, tak ada lah sampai maksudnya saya masak teruk tak sedap ke apa. mind you, TAK, okay. lagipun yang disaster tu bukan hasil masakan tapi kitchen lah, kitchen! kahkahkah.

saya cuma BELUM ada inisiatif untuk mencemar duli ke dapur secara ikhlas. yes. tu dia alasannya. malas is the key. tapi kalau sekalisekala masak, perghh... tak tersusun dek ayatlah macam mana rupa dan rasa masakan tersebut, miahaha. (kenapa macam ada unsur riak dan hidung tinggi?)

tak lah handal mana cuma dulu masa form two dan form three, kalau pertandingan memasak (elektif ekonomi rumah tangga) group saya tu selalu lah menang tempat pertama. aiseh. mana tak menang kalau masa tu bawak ikan siakap fresh dari kolam penternakan untuk masak lauk ikan siakap tiga rasa? -_____-" kan dah kecur anak tekak tu.

tu lah. saya ni malas je. ceh, anak dara siapa neh, apasal rendah sangat nilai nak masuk meminang beliau?? tak payah susahsusah reka pantun panjat pokok kelapa mandi dalam lumpur pun. (cis, rasa nak karate ayat neh! biar patah riuk tak ada rupa ayat. malu I, you).

T_________T wuuuu. sedih lah neh. apa pakat masuk sampai chapter meminang, isu sensitif weyh. tak nak kahwin, eh kawan dengan nuha ah. (habis tu nak kawan dengan siapa? sayur togeh pahit tu?)

-susah, I tell you. (apa yang susah? masak? senang ah.)
-bukan masak lah you. (habis tu?)
-three. (ada yang tak bergigi nanti neh.)
-hak hak hak. jangan marah, bai. tak lawa. (ish. cepatlah cakap!)
-take a chill pill will you? (grrrrr.)
-fine, fine. I susah kalau tak simpangsiur kan entri neh. straight forward tu sangat plain kau tau. (ohhhhh. faham, faham.)

:) drama sebabak, terima kasih.

err. gerimis, tahu tak atas tu cuma pendahuluan? tahu tak, tahu tak? tak tahu...? saya nak cakap benda lain sebenarnya. hak hak hak. actually, emak dah lama suruh belajar masak supaya tak kebulur kat egypt dan kejadian nak-makan-tapi-tak-reti-masak tak berlaku.

jadi, kat entri ni, saya nak senaraikan makanan yang saya suka makan (ouh, i love you FOOD). jadi, saya tunjuk je senarai ni kat emak nanti, so that saya belajar masak makanan yang saya suka je. (ewah, banyak cantik muka kau).

kalau suami mintak makanan yang tak ter-reti dek kau, macam mana? eleh, dah kahwin nanti automatik boleh tahu memasak okayh. (nampak sangat menipu, jangan percaya beliau -____-").

sudah. let's the senarai begins!

1. fish and chip.
2. kuew tiau goreng.
3. nasi goreng kampung.
4. tomyam.
5. roti jala.
6. sagu.
7. ayam masak lemak.
8. nasi ayam kantonese.
9. rendang daging/ayam.
10. rendang siat.
11. ikan parang masak asam pedas.
12. sup ikan kurau. (ya Allah, apasal rasa dah lama sangat tak makan neh!)
13. ikan siakap tiga rasa.
14. sipu sedut masak lemak. (perghhhh.. tergugat iman I tell you).
15. lalah/kerang masak... err.. tak dapat dipastikan. eheh.
16. ubi rebus dan goreng berlada ikan bilis.
17. sup fishball.

err. perlu berhenti lah bukan. sampai esok pun takkan habis punya. tapi buat masa sekarang yang emergencies kena belajar yang kat atas ni saja kot. (SAJA. hahah. banyaklah saja).

bukan apa, kena mencakar laju-laju sebab kena bersiap untuk lunch date ;) tak kesabaran, gue deh. noodle station, here we come~ (ceh, perangai macam apa jeee).

wahid, isnani, salasa... off.

whatsoever: ergh. I hate sharing him with someone else. damn.

Friday, April 24, 2009

blog lounge #025

ceh. apasal manis sangat pergi publish lagi satu entri neh. mahu lepaskan rindu lah tu. bagi chance sikit, har har har! palinglah berhati murah, eh bermurah hati. cis, tak pasalpasal hati saya jadi so cheap!

ini marinated tag about make-up from alyaa :) sorry for keeping it too long in the draft, hee.

okay, mari kita mula sesi menjawab tag neh!

1. Apa produk facial cleanser yang anda guna?
pernah guna; eucerin, clinique, clean&clear, fair&lovely, ponds, clearasil.
tengah guna; oxy.

2. Kenapa anda memilih produk itu?
; kami serasi bersama, hahaha. (oxy maksud saya)

3. Bagaimanakah anda mula2 mengenali produk itu?
; tepuk tangan sikit untuk executive sales marketing beliau.

4. Pernahkah menggunakan produk yang memberi side efect kat kulit? Apakah produk itu?
; clinique. tak tau kenapa tapi kulit macam tak ada perubahan punnn.

5. Make up yangg digunakan?
; biasanya eyeliner jee. eyeshadow kadangkadang, dan vaseline. tak main ah gincu. har har har! (padahal bibir allergic kat lipstick tapi sebab tak nak kalah, eyn -___-")

6. Pendapat tentang pemakaian make up?
; calit sikit je untuk bagi muka nampak live up sikit, supaya tak lah pucat macam mayat hidup. jangan tepek empat kati sudah!

7. Pernah dimake up oleh pro? (kedai kosmetik etc.)
; setakat ni semua sendirian berhad. maknanya tak pernahlah tuh. (masih tak nak kalah)

8. Pernah make up orang?
; okay, yang neh boleh kalah. kahkahkah. heroin surrender dulu.

9. Sukakan set make up macam mana?
; simple, ala kadar. tak payahlah foundation, berus semua tu. menyemak jee. (pendapat sendiri, tumpang lalu, excuse me).

10. Orang yang nak ditag?
; inda.
; kak alin.
; fawani.
; nasquin.

p.s: ignorekan saja Read More itu, yach.

whatsoever: the only way to destroy enemies are by making friends with them. setuju bangat, sih.

tajuk letak nanti.

saja je kan nuha neh letak tajuk macam tu sebab (konon eh, konon) tak ada idea, hak hak hak. tak adalah, memang nak letak nanti (masih mencover). ceyh, benci nuha ah. mukadimah entri lagi dah mengada gedik (apasal gedik je kena pink? -_______-") pergi cover-cover. nak benci ah.

T_____________T sedih I, you.
.
.

saya tetiba terfikir lah sebab lagi dua minggu (mungkin, maybe) akan duduk hostel kolej ibrahim yaakub kat UKM dan KENA MENAPAK SETENGAH BATU DARI KOLEJ KE FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI (ini fakta) selama dua bulan, saya nak cakar apa je yang saya suka kat gerimis neh selagi boleh.

ya lah, unless kalau saya nak lappy neh kena kidnap and LANGSUNG tak ada harapan lagi nak update gerimis ni secara konsisten in future, saya terpaksalah tinggalkan lappy sayang kat rumah kan. tapi tengoklah. (tengok apa?)

ehem. kita tengok dulu first two weeks macam mana. walaupun dia dah bagi daily schedule kat sana nanti, tapi still kena expect the unexpected kan. manalah tahu memang tak ada masa langsung nak buka lappy ke atau worse, internet connection tak ada, hah. tak guna pun bawa, kan.

mungkin jugak tak pergi UKM sebab manalah tahu kalau ada rezeki dapat tawaran IPTA, hee :)

ouh, sekarang ni adikberadik yang tinggal kat rumah cuma saya (kesian, cepat). minus the parents, hoho. izzah pergi family holiday dengan all my cousins (belah emak) kat melaka bandar bersejarah dengan sedara kitorang from singapura. emak tengah struggle untuk final exam, so the rest of us tak boleh ikut.

lagipun tuition cambridge saya esok tak kan nak bagi burn macam tu je sedangkan dah bayar mahal-mahal kan. nehi nehi. jadi terpaksalah duduk melangut sorang diri kat rumah bertemankan ASTRO CERIA, kahkahkah. tak padan dengan dah dewasa betul. gasaklah.

rasa macam ada banyak lagi nak cakar tapi nanti lah. nak tengok Detective Conan (err. jangan kutuk, jangan kutuk). wireless connection rumah ni pun macam selekeh je asyik disconnect. tension, I. har har har!

uno, dos, tres... publish!

whatsoever: the only place success comes before work is in dictionary. faham tak?

Thursday, April 23, 2009

di ruang peribadi #004

CAKARAN I
saya ni macam dah jadi penagih... erk. bukan menagih simpati atau lebih hina, pergi menagih dadah di bawah jambatan tersebut. BUKAN, bukan. mintak simpang malaikat 44. beri percuma 100 kg pun saya tak mau. lainlah beras. ya, lainlah beras! hak hak hak.

confession yang tak payah peduli;
saya chenta nasi...! (kadangkadang je ;P) okay, itu cerita lain. balik ke pangkuan idea yang asal.

saya ketagih dengan internet. aiseh. itu punya ketagih tak payah confess pun makcik tebar daging salai pun boleh tahu. tapi memang betul lah. sekarang ketagih betul dengan blogger.com. kalau boleh setiap lima minit lepas off laptop nak buat entri baru, kalau boleh lahh (sesekali mengacah guna ayat hyperbola macam neh thrill jugak yeh).

rasanya dunia blog neh dah dicampur dadah. fuyoo! tak takut kena ban ke keluar statement macam neh? T________T tsk. sangat addictive lah blogging neh kiranya. kalau flashback zaman hingusan dulu, saya kenal blog tahun 2007 kalau tak silap. itu pun bahasa kemain selekeh serabai. ikut sedap sendiri je.

kenal internet? heh, berzaman sejak darjahdarjah lagi I tell you. (kenapa macam perlu ada sifat riak dalam ayat neh. hmm.). tapi website yang jadi pilihan dulu semestinya barbie.com dan pollypockets.com. ceh, apasal kecik-kecik dah comel sangat bukak website berciri girlie tersebut! @#$%^&*!

tapi rasanya yang paling ekstrem; sejak kenal internet neh, entah berapa dozen email saya create pun saya tak tahu. ada yang berciri anak-anak manja siap dengan lova-lova, yang berciri remaja dengan nama artis Taiwan dan Hollywood tapi yang kekal, email berciri dewasa (eceh) dengan nama sendiri.

CAKARAN II

orang selalu cakap saya matang. bukan saya cakap, orang lain. kalau ikut kepala akal sendiri, saya memang tak rasa saya matang. at least belum lagi, (cis, tak nak kalah tuh!). saya masih kanak-kanak eh, remaja yang gila-gila dan sedikit hyperbebola. sikit je, kahkahkah.

kalau orang lain biasa cakap "see the leg, mehh", saya nak cakap, "read the writing, lohh". hak hak hak. ini ni ni. tulisan yang anda baca neh ada berciri dewasa kah? tak ada, kan. ini namanya tulisan budak tigasukupara normal.

ingat lagi masa tingkatan satu, kak syazni datang tegur saya kat library sekolah (saya stayback dari pagi sampai petang) dan kitorang berbual pasal this one thing entah apa lupa dah. akhir sebelum kak syazni nak balik kelas, dia cakap; "awak ni matang lah. baru form one tapi cara awak bagi pandangan tu matang,".

sumpah saya blur masa tu. dalam fikiran budak tingkatan satu saya, matang tu equals to TUA! har har har. so much of the matang in me to understand the actual meaning, heh. tapi saya tetap sengih lah dekat kak syazni, takkan nak paling muka kot.

sama macam masa form two. saya selalu pau ariff danial, hahaha. samasama pengawas, selalu bertekak. setiap kali saya bergaduh mulut dengan dia, dia jerit, "kau dah MATURE, kau dah MATURE~". sungguh rasa nak lepuk je dia masa tu, miahaha. rasa je, tak buat pun.

kesimpulan dia, saya masih nak kekalkan ciri kanak-kanak riang gembira. jadi dewasa ni susah! haih. tapi lambat laun tetap dewasa jugak, jangan risau. hee :)

*****

okay, saya dah baca balik apa yang saya cakar dalam entri ni sampai jadi ayat-ayat kat atas tu. emmm. satu persoalan. apa motif entri ni sebenarnya??

T_________________________________T

whatsoever: yayy~!! bolehlah berjimba dan berpesta zapin[?] di UKM sebab cousin saya pun dapat tawaran dari globalmedicnetwork jugak :DD

Wednesday, April 22, 2009

jadi rajin itu asyik.

err. patut kata sedang happy kah sekarang? happylah jugak berbanding semalam yang ke-confuse-san fikir pasal future sambil berlagak macam prime minister kepada otak sendiri. eh eh. kalau dengan otak sendiri, prime minister tu suci sangat taraf dia! kita tukar pakai diktator supaya TAK berciri angelic.

okay, kenapa happy sangat neh. em, tadi tengah hari. saya dapat surat from globalmedicnetwork in conjuction of my arabic course this may. map of UKM and itinerary included. as well as the things yang saya kena hangkut pi itu kolej ibrahim yaakub. yang ini nanti later-later okayh.
mood sekejap tadi; palinglah rajin (ya Allah, anak perempuan siapa neh apasal rajin sangat? -__-"). emak sila berbangga ya. hak hak hak, (cis, gelak tak ayu langsung padahal baru lepas puji diri sendiri).

budak malas eh, kurang rajin macam saya neh kalau tibatiba datang mood rajin dia jangan di ignore lah kerajinan tersebut. bahaya. pernah dengar pisang takkan berbuah dua kali? kira mood rajin tu boleh diklasifikasikan bergenre takkan berulang kembali. (kalau berulang pun mungkin selang dua tiga bulan I tell you).

selekeh tak? miahaha.

saya ada DUA sebab je kalau tibatiba rajin nak mengemas bilik sendiri (seluruh kawasan rumah terkecuali, hahaha. kantoi dah);

1. tetamu datang rumah lalu emak ajak ke tingkat atas. (situasi neh sangat serius jadi selalunya saya akan mencicit mendahului tetamu pergi bilik dan mencover-cover bilik yang sedia karam tersebut supaya kembali timbul. ewahh).

2. inisiatif sendiri. (yang neh mulia sikit lah tapi jarang berlaku. kalau nak tunggu dia jugak maknanya semakin hari semakin tak ada rupa bilik T_____T tsk).

3. err.. tadi bukan kata ada dua je? kenapa berpoint sampai tiga? tak ada yang ketiga dah. paksaan emak terchenta tak masuk dalam senarai, malangnya.

okay. straight jangan bengkok-bengkok, bahanbahan yang diperlukan untuk mengemas bilik...
vakum, penyapu sampah, penyodok dan juga plastik sampah. macam mana dengan mop, kain kotor dan sebagainya? terpulang kepada citarasa anda, sekian terima kasih. tapi! tapi tapi, bahan yang paling penting untuk mentidakbalaskan semua bahan yang digambarkan di atas tak lain tak bukan ialah;
saya...! (hep, jangan lah comel sangat pergi fikir saya sebagai bahan untuk kemaskan bilik anda pulak. ya, jangan comel sangat untuk fikir idea tersebut). maksud saya diri sendiri lah bahan penting. ingat boleh pakai magic wand ke suruh depa dok gerak sendiri?

mana bilik yang macam kapal karam hilang nakhoda dia tak tau pergi mana tu? meh saya bawak meh.
perhatikan betulbetul kekaraman bilik saya neh. boleh klik bagi lagi jelas, jangan segan jangan malu. ini before dikemas secara ikhlas berserta peluh lah, har har har!

apa yang terjadi setelah dikemas? meh nak tunjuk proud kat diri sendiri sikit. vakum je sampai tiga empat kali. belum sampai part mengumpul sampah sarap sampai pasu di side table pecah T______T
tadaaa... sah, tak ada kerja. tapi hari neh saya sangat fancy diri sendiri (cis) sebab jadi sangat rajin kemas semua neh, alahai. rasa macam nak selalu ada kat bilik je sekarang neh. bilik berciri feminin dan peaceful tersebut, kahkahkah. jangan lupa pergi lawat www.minahperasan/taksedardiri.com lepas melawat bilik saya. (eh eh)

betul lah. melawat secara VIRTUAL. hahahaha. okay, dah jatuh cinta dengan bilik sendiri T_____T sekarang nak balik ke pangkuan bilik tercinta. one, two, three, Zzzzzzz.

whatsoever: cik bie gagal driving test dengan jpj :'( tak pe, dear. chaiyyok!

sway my soul #002

this is just another song that I listen to. indie band neh mr architect yang kenalkan, (not that I have met them anyway, tapi dia suruh dengar and I kinda like it). a very very very slow song (i tell you) tapi comel dan bermakna. today saya terpaksa post entry yang simple dulu (dalam erti kata lain, entry yang TAK BERKUALITI lah neh).

sebab mood rajin untuk kemas bilik sendiri yang boleh disamakan sebagai kapal karam dah datang (tak boleh ignore mood rajin tersebut. eceyh). kalau ada masa nanti saya akan post satu lagi entry yang saya bagi jaminan berkualiti tapi kalau tak up tp piawaian, tak ada pulangan wang okayh :P
TERNYATA BY ESTRELLA.


(klik play untuk dengar lagu)

Ku lihat dia
Pandangan pertama
Ternyata indah
Senyuman liriknya

Ku ingin dia
Saat pertama
Berjumpa dengannya
Membuat ku gelisah

Waktu berlalu
Hari demi hari
Hatiku dambakannya
Untuk bercinta lagi

Ku lihat dia
Pandangan pertama
Berjumpa dengannya
Membuat ku gelisah

Waktu berlalu
Hari demi hari
Hatiku dambakannya
Untuk bercinta lagi

p.s: ignore sekali lagi Read More itu please and thank you.

whatsoever: cinta pandang pertama itu asyik tapi jarang terjadi. kalau ada pun, tarikan pandang pertama kot. har har har!

Tuesday, April 21, 2009

a bit futuristic. kind of.

prelude.
yesterday, before performing the solah maghrib, my father asked me to bring my two brothers to chop their hair, (har har har!) since my 14th years old brother had been warned by the teachers about his "in-trend" hair despite the fact that he is a prefect at school! (shees. buat malu kakak jeee. eh eh, tak ada kaitan).

so I did. I drove the car (can I claimed it is mine? hahah) to a nearby barber. I managed to make myself to wait in the car (surprisingly with patient) while my brothers get their hair done. (ceh, bajet hairstylist yang potong ah. tak ada maknanyaaa. mamak sudah).

the hot.fm station soundtracked my feeling as I waited (again, PATIENTLY. cececeyh) and I came across this one segment about spiritual light up thing-y. the topic was about WORRYING and the ustaz said that;

1. most people worried about things that they shouldn't be worried about.

2. 35% people often worried about things that were in the past.

3. 12% people worried about things that will happens; the future.

4. 10% people worried about things that will never happens.


I agreed as soon as I heard the ustaz said all the statistics. as for me, I am in for all of the above -____-" no, seriously. I think I oftenly worried about things that I shouldn't be worried about, precisely things that I don't know will happens or not.

contohnya ada ke patut dulu saya pergi risau siapa yang nak ambil saya kat rumah untuk kelas memandu! such a waste of feeling and adrenalin, miahaha T______T tsk.

the main idea;
perkara pokok yang saya nak cakap kat sini, saya tengah risau pasal my future; particularly the place to continue my study in medicine. I know the call is on me, (as hani said just now) tapi that call should have the blessing from my parents.

zah texted me after maghrib today and told me about the result of that UPU application will be out on 1st MAY and the fact that we have to register by 11th may is such a rubbish! I mean, dapat tahu terima tawaran ke tak 1hb, then by 11hb dah nak kena lapor diri...? tak ke serabai orang nak pack barang semua.

but again, maybe it's just a rumor. pray for it at the very least.

what made things worse about me worrying my future was that, my mom told me that if I get the UPU offer, I should go for it. it's rather confusing as now, I had to reconsider about the idea of me doing medicine in abroad university.

damn. I should stop typing this dilemma as my migraine nearly knock me down right now. should I be praying about me not getting the UPU offer so that I can stick to my Egyptian plan? *laughing villainy*

whatsoever: and I thought I have settled my future long time ago.

blog lounge #024

from now onwards, the picture at the top will be posted along with the blog lounge i have completed. so, here's one. neh nama dia tag rembat okayh ;D and ouh, bytheway, HAPPY ACTUAL BIRTHDAY, MY DEAREST BROTHER; 'AMMAR :) may God bless you.

[01] Are you currently in a relationship?

; yes, with the most amazing guy ever exist. for now at least ;P


[02] Have you ever been given a rose?

; uhhuh with the nods.

[03] What is your all-time favorite love story movie?
; that's easy. a walk to remember <3

[04] Are you in love ryte now?
; very much indeed.

[05] Do you believe that everyone has a soulmate?
; depends :)


[06] What's your current problem?
; my future -____-"


[07] Have you ever had your heart broken?

; i would be lying if i say NO so it's a yes.

[08] Your thoughts on online or long distance relationships?

; ergh. i'm in long distance relationship right now since he's in
PLKN. and to me, it sucks.

[09] Have you ever seen a friend as more than a friend?
; yea. once upon a time.


[10] The person you're with right now?
; mohd amir naseem.

[11] I tag:
; kak alin jeee :)

whatsoever: ignore the READ MORE for this entry ONLY.

Monday, April 20, 2009

sway my soul #001

so, this is sort of spontaneous and out of the blue entry, (excuse me, tumpang lalu). it just happens that I'm online for continuously couple of hours already and kind of bored facing the lappy without posting anything, literally.

ouch. it seems quite a while since I have had my entry posted in fully written english. of course, the use of tumpang lalu in the earlier paragraph should be ignored. heh.

I'm more interested in detailing and talking crap (nowadays) in my entry I guess, which makes me eager writing in bahasa. well, what can I say. bahasa was one of my favourite subjects in school once upon a time and it still is (proud of it). at least for now, *chuckles*.

hint; I'm quite good when writing in english, but truthfully, I sucks in communication. har har har!

by the way, the main idea of me posting right now is to share a song that I'm currently mumble with my lips and often sang crazily while driving. (kantoi tak leh cakap apa dah).

as I posted in the previous "whatsoever corner", I can't actually believe nabila huda (the daughter of amy search) could sing so well. however, since her father is a legendary rocker, perhaps that shouldn't be a surprise after all.
X-RAY BY NABILA HUDA.


(click play to hear the song)
Andai kata..
Kau masih meragui cintaku
Buka mata.. pandang dalam mataku

Andai kata
Masih kau curiga kepadaku
Telah ku kata di hati hanya kamu

Ku nyanyikan lagu cinta
Moga kekal terpatri di hati kita
Janji kita berdua

Andai benar
Tak terasa getaran cintaku
Peluk lah aku pasti kau akan tahu

Tak akan mungkin terbuang
Satu perasaan cinta yang makin dalam..
Tak bisakah kau rasa?

Kau X-Ray lah hatiku
Kau lihatlah bibit bibit cinta suciku
Percayalah
Pasti kau akan tahu
Kau X-Ray lah hatiku
Kau lihatlah keping keping laras cintaku
Periksalah
Semua untuk kamu

Percayalah Sayang
Pasti hanya Kamu.

Andai Kata..
Masih kau curiga kepadaku.

Kita nyanyi lagu cinta
Moga kekal terpatri di hati kita
Ku mahu kau percaya

whatsoever: misai pendek tidak percaya, ibarat kuda hampir mati,
kalau adinda tidak percaya, operate lah dada X-ray lah hati.
-abdul wahib, tiga abdul-