Saturday, January 31, 2009

dia si comot kemek pemalas

genre: nostalgia air mata
kali pertama saya tengok dia, saya cakap; "eih, kurusnya dia", (memang buruk sungguh dia ni) tapi dia masih sangat comel. dia, kucing pertama keluarga kami. lebih tepat, kucing izzah, (tapi budak ni bagi kasih sayang cara pelik je, kahkahkah). beli dia masa tahun 2006 kalau tak salah. ouh, nama dia stein. singkatan daripada einstein, (kira stein the second atau the third ke apa tah) tapi dia masih sangat comel. aik. bukan dah cakap tadi? saja.
saya tak pernah pegang kucing. tak pernah. dulu bajet nak jadi gedik, nampak kucing lalu bawah lantai je saya menjerit, (padahal kucing tu sekaki jauhnya -____-"). mengadalah bukan? tapi sejak ada stein, saya dah pandai belai kucing. bukan bela. baca betulbetul. dah pandai garu kepala main tarik ekor acah acah kucing. dan saya juga lebih prihatin tentang kucing yang lalu bawah lantai. serius.

disebabkan keobsesan tahap carik-carik-bunga-love-me-love-me-not pada penciptaan nama, saya selalu panggil stein jadi "star-in" dan kadangkadang "gemowk" dan kadangkadang juga "sayang". ouh, saya sangat sayangkan dia walaupun dia comot dengan line air mata bawah mata orange dia tu. sayang kamu, gemowk!
banyak kali jugak stein ni hilang. jenuhlah kitorang mencari dia. siap buat flyers, paste gmbar, letak words, alamat semua. kayuh basikal keliling tempat kitorang tinggal sebelum pindah dulu, (ingatkan nak buat solat hajat macam aunty ira buat masa ninerr hilang -_____-"). rupanya dia kat rumah orang lain. nasib baik jiran tu bagi dia makan dan tak halau dia.

stein memang sangat malas. even nak bersihkan badan sendiri macam kucing biasa pun malas ya amat. nama pun persian :)

hari ni, 31 haribulan januari 2009. setahun dah berlalu dari tarikh yang bagi memori pahit pada saya. ya, pada tarikh ini tahun lalu, saya kehilangan dia- si comot kemek pemalas. malam 30 haribulan januari, entah kenapa stein terlebih manja dengan saya.

malam tu... saya petik jari je dia ikut mana saya pergi. malam tu... kali terakhir saya tengok dia menapak dengan empat kakinya. malam tu... malam tu... dia bermanja dengan saya.
dan pagi 31 haribulan januari, masa saya sedang bersiapsiap untuk ke sekolah, (tengah breakfast actually) dan abah yang ontheway keluar rumah nak main golf tibatiba menjerit dan beritahu... stein dah mati. gemowk saya dah tak ada. dah tak ada. abah angkat dia dengan tangan dan tunjuk pada kitorang depan pintu. stein kena langgar dengan jiran kitorang.

saya memang anti dengan jiran depan rumah tu. sepuluh tahun tinggal depan rumah satu kawasan satu jalan, nak senyum pun payah! tapi bila kejadian tu berlaku, saya makin makin anti dengan jiran saya tu. kesan darah stein kena seret dengan kereta tu masih terbayang kat mata saya.

dan hari tu, semua adikadik saya tak pergi sekolah. tapi saya pergi. saya pergi walaupun hati ni rasa hiba sangat. jejak kaki ke sekolah, tisu standby kat tangan, meleleh air mata teringatkan stein. sampai dewan sekolah, orang pertama saya cari, zahidah. saya terus peluk dia dan menangis, menangis dan menangis.

ya, sepanjang hari di sekolah saya menangis. gemowk, kakak rindu kamu :')
whatsoever: sedih. tak dinner. buat bintang.

Friday, January 30, 2009

korang couple?

diolah daripada onthescene :)
i think perempuan surely agree dengan bahasa kiasan ni, (as i use it myself, hahaha. -___-") wpun mungkin ada sesetengah yang lebih cool dan tak emo macam tuan punya blog neyh, kahkahkah. jangan risau, saya sedar diri T,T tapi seriously semua bahasa kiasan kat bawah ni majoriti perempuan guna, kan?

FINE
ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, (atau dah malas nak panjangkan cerita, haha). lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan korang kena diam. jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai kerana perkataan itu hanya akan membuat korang berdua bergaduh.

LIMA MINIT

ini sebenarnya setengah jam. sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum korang membawa sampah keluar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAK ADA APA-APA

ini bermakna ada "something" dan korang perlu berjaga-jaga! perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan fikiran korang berputar-putar macam mesin basuh, (kentang putar pun okayh. yummy, haha). selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.


PERGILAH!

(dengan kening terangkat ala ala ziana zain) ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAK ADA APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'.

PERGILAAHH

(dengan kening biasa bajet cun). ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah', (ini seriously bagi saya sangat betul. noktah). korang hanya akan mendapat situasi ini dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAK ADA APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan korang dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.


MENGELUH YANG KUAT

ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan korang adalah seorang yang bodoh ketika itu, dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAK ADA APA-APA'.

MENGELUH YANG PERLAHAN

lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas, (ke mengeluh sopan? -___-") adalah lebih elok jika korang duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.


OKAY LAH

ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan korang yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening YangTerangkat'.

BUAT LAH

satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, (beberapa saat mksudnya), korang akan dilanda masalah yang besar, (break up maybe? woahwoahwoah)


TOLONGLAH

ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. seorang perempuan memberi korang peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah korang lakukan. korang mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati so that korang tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.

TERIMA KASIH

seorang perempuan mengucapkan terima kasih. jangan pengsan. terima dan ucapkan sama-sama.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada korang. ini menunjukkan yang korang telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. berhati-hati untuk tidak bertanya apaapa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAK ADA APA-APA'.


whatsoever: mungkin ke saya begitu baik hati untuk buat tiga entri hari ni? hahaha.

blog lounge #003

first tag from wafiqah :)
tugasan ni serius sangat mencabar keperempuanan saya[?]. harapharap tak goyah dan gugur iman, hahaha. tidak saya sangkasangka post yang ke seratus ini saya buat tag, -_______-" jubli emas tu babe. berkat ketekunan menaip keyboard lappy. standing ovation sikit. kahkahkah.

arahan
;
1. sertakan tiga keping gambar anda yg seksi.
2. seksi tidak bermakna perlu dedah sana sini.
3. kenapa gambar tu seksi.
4. berikan seberapa byk org yg seksi yg ingin ditagged
5. selamat berseksi-seksian.
posto one
status: seksi sopan santun tulus mulus.
alasan: muka toya aiman ;)

posto two
status: seksi seseksi seksinya.
alasan: lirikan mata yang menggoda, kahkahkah. T,T

posto three
status: seksi zaman purba dulu kala.
alasan: berbaju merah itu seksi menggoda lah bukan? -___-"

whatsoever: lebih luahan pada waktu malam. syahdu sikit ya tak.

Thursday, January 29, 2009

memang macam macam

hujan punya lebat petang tadi sampai terbantut nak tengok spaQ. damn. bukan marahkan hujan lebat yang langsung tak serupa seiras seiya sekata dengan gerimis kesukaan saya tu tapi lebih kepada marahkan decoder astro, (eih, apa pulak) marahkan piring astro yang tak dapat tahan titisan deras hujan tu lah, kahkahkah.

hujan je, knock out. gila ah. bayar mahal bulan-bulan untuk tengok skrin televisyen tu hitam dan ada bintik kuning tiap kali hujan. whatthefish. hilang selera nak sumpah seranah marlia anak dara tua tiga suku tu, (ewahh, kau ni perigi. buatnya jadi anak dara tua, meraunglah kau cari timba, hahaha). simpang malaikat 44 lah weyh.

di manakah jodohku...? eh, tibatiba -______-" tolong, jangan hantar email offerkan diri anda. saya tak desperate.

hari ni jugak perasaan asyik tak stabil. malam jumaat jugak lah hati ni nak buat hal, (macam tak ada hari waktu detik saat alam yang lain ke apa tah). nasib baik ada sugar daughter kan kan kan, (ayat bersalah post entri waktu sedih). ikut hati nak je saya seret lappy masuk bilik tapi tak ada line internet pulak nanti, (konon nak buat sesi luahan perasaan one to one. privacy sikit T,T) macam mana nak blogging kan. coverage wireless broadband ni tak cukup luas, jadi saya tak puas. aik. ada kena mengena?

wow. boleh jadi pencipta agung pantun dua kerat neyh, hahaha. minah jenin sungguh.

lepas maghrib tadi boyf my sister came dengan sorang kawan dia. yang itu masih okay tapi tak boleh tahan, belah dan sebagainya time conversation saya dengan nenek tadi. lebih kurang macam ni;

nenek: tuu, ijah punya ada kat luar. nua punya mana..? tak ada? (smbil memandang penuh sangsi dan curiga)
saya: (konon dalam usaha untuk menjadi cucu contoh, saya hanya tersengihsengih seperti baru lepas kena electric shock sekati lagaknya)
nenek: alaa. nua tak payahlah. nanti universiti esok baru cari.
saya: (terkedu tanpa kata)

aiseyhman, tak kan nak cakap... "nenek, cucundamu ini sudah berpunyaa" mahu kena tongkatkick dengan tongkat besi tu. adoi. boyf saya bolehlah dikatakan kecewa, hahaha. apa nak buat fiq. nua tak sempat cakap apaapa. kita slowdown sudahlah ya :)

perasaan hari ni memang terlalu roller coaster. campur aduk, cukup asam garam tepung jagung pewarna, even dah boleh ditebar jadi adunan doh murtabak daging :9 bila dah masuk bab merepek, mungkin ini seruan untuk saya masuk tidur awal, (walaupun dah sepuluh lebih nak dekat pukul sebelas -______-")


whatsoever: jodohku, di manakah kamu...? kena mandi bunga neyh, eceyh.

yang selalu ada di bawah

hari ni hari yang tak berapa selesa sebab berlaku some things kat rumah. sejak semalam lagi tak selesa sebenarnya since one of the maids buat hal tak nak kerja. whatthefish seyh -___-" now dia tengah mogok nak balik tak nak kerja, (padahal tiket ferry dia hari isnin nanti baru ada). sometimes i just dont understandlah these people. ah, abaikaann.

malam tadi jugak tibatiba dapat title perempuan emo, (saya mahkotakan sendiri, jangan jealous sudaa T,T) sbb saya tengah buat something dan tibatiba whamp! saya tersandar dan tibatiba ada rasa rendah diri, rejected, asyik kena mengalah dan pelbagai lagi perasaan rojak-basi-yang-tak-sedap-ditelan macam naik rollercoaster bumpy ride ke apatah.

tibatiba rasa macamtu. even tipulah kalau korang tak pernah rasa down tibatiba kan? aik. gila banyak tibatiba. teringat kali terakhir menangis secara sadis lagi terseksa di bilik hotel di makkah tiga tahun dulu. sangat down masa tu. rasa nak sentiasa ada depan kaabah mengadu pada-Nya pun ada.

dan tibatiba emo lagi sekarang ni bila tengok sinetron jelita kat tv3. part bayu caring dengan jelita yang sweet sangat menyentuh hati, (tapi geli bila bayangkan nama bayu. teringat bayu boroi jahat tahap tarik-langsir-sampai-koyak kat sinetron anakku bukan anakku, kahkahkah. geli gilaaa). rasa nak biar terburai bersepaisepai je isi perut dia. doi, kejam sungguh -_______-"

semalam, masa teman dan ajar aiman buat latihan, (ini kerja murni lagi ikhlas saya padahal dapat gaji ouh, kahkahkah) jumpa lagu bangau oh bangau. kesian pulak dengan budak sekarang especially aiman yang tak tahu langsung nak nyanyikan lagu tu. so saya pun nyanyikan dulu dan ajak dia ikut nyanyi lepas tu.

out of the blue, teringat lagu yang saya suka nyanyikan untuk kakak-kakak senior kat asrama dulu.

walaupun lagu ni terserlah dan kelihatan sangat kekanakan, perasan tak ada mesej tersembunyi? lagu ni menyindir sikap manusia yang suka menyalahkan orang lain. tanya pokok kenapa dia goyang, dia suruh tanya angin, (padahal kalau dia stiff macam besi je memanjang, tak lah goyang kan? -____-"). peduli kan.

woah woah woah. sangat rindukan zaman kanak-kanak pada dulu kala. waktu saya tak fikirkan apaapa dalam kepala except for fun! fun! fun!, hahaha. fuuuh, lagi best kalau dapat jeritkan funfunfun tu punya nyaring kuat cukup harkat dan dengungnya.


whatsoever: entah kenapa idea untuk blogging datang dengan hebatnya pada waktu malam. tapi bila bangun je lupa. cit.

Wednesday, January 28, 2009

sarkastikus

saya sarkastik. so? :)
ouh, sila jangan salah sangka anggap fikir kira dan seangkatan dengannya. saya tak pergi mana mana sarkas yang ada tikus cuti raya cina kali ni, (eceyh, macam ada je sarkas tikus kat dunia ni kaaan -___-"). even rasanya korang dah boleh agak walaupun title tu dah dimodified secara rakus lagi halus oleh otak saya yang asyik berdenyut dari tadi. ke kepala..?

hari tu terfikir nak buat kek tiramisu lepas ternampak kek tiramissyou yang-tak-jadi-nak-beli sebab mahal kat Bees shah alam mall. bayangkan satu slice je dah rm6.40! bapak mencekik darah seyh. tahulah tak sedap, kahkahkah. even dah bookmark kan dah recipe tiramisu yang cari kat internet hari tu tapi tak terbuat. nanti nantilah bila dah bersemangat balik. hmm.

ini sangat menyedihkan alias pathetic, haha. saya dah tersangat addicted tahap sukakan-buah-strawberry dengan mythbusters kat discovery channel; saluran 551 astro. woah woah woah. tak. saya tak dibayar untuk jadi promoter tak bertauliah malah tak beruang kat sugar daughter saya neyh. adoi. merangkak dari title dah kau.

saya akan jadi tahap nak terjun lombong dari papan luncur kalau...

satu;
camat petang cumerr. camekom. shuka ak kalo shaya shakap shaya nak chumeyl chumeyl macam nih. hikhikhik. chumeyl kan kan kan. peduyi ar owang nak shakap shaya gediwk. hikhikhik.

dua;
eIyH, bEshNyA TuLiS mAcAm NiH.. kEjAp kEcIk, KeJaP bEsAr! hE He hE. mAcAm IkLaN tIbI bELi rUmAh tU kAn.

tiga;
macam ni pun besh jugek. hikhikhik. macam rainbow kan. i lykkkke.

empat;
hari ni tak ada entri. bye.

rusakureaders; sebarang pertanyaan lebih lanjut tentang empat kekalauan saya ini tidak akan dilayan. eceyh. saya diktator loser. there, i said it. lai lai lai. satu loser untuk dilelong di ebay -________-"

whatsoever: sungguh saya nak buka balik buku biology. serius.

Tuesday, January 27, 2009

sepuluh mungkin saya patut

ini entri bergaduh dengan baubau bacang anak tekak :)
  • sapu satu botol emmeltz yokoyoko kat badan saya setiap kali sebelum driving class, (kahkahkah, buatnya berasap lagi kejang badan kau tengah jalan tu kau nak menjawab ke!).
  • buka balik buku biology sebagai persediaan masuk universiti, (eceyh, dulu masa sekolah, nak menyelak sebarang dua mukasurat pun kau dah mengeluh macam kena tanam anak padi empat ekar kat tengah bendang, ada hati nak baca sekarang).
  • start belajar memasak ataupun masuk dapur, (yeahh, its about time lah weyh. kau menikah nanti, nak bagi suami melantak apa! daun? pasir? insaflah sikit).
  • mulakan menulis novel dan sajak balik, (sedar pun kau. kacang lupakan impian untuk menulis sungguh kau yaa).
  • tutup televisyen dan suruh adikadik masuk tidur, (kejam sungguh kau perempuan. adikadik kau tengah tengok tv seyh -___-")
  • kemas bilik saya yang sedikit bersepah di tingkat atas, (sedikit..? kahkahkah. kau mamai ya. dah langgang gila tak serupa bilik dah bilik kau tu :/).
  • minta sos cili mcD banyakbanyak kat kakak counter sebelum mcD diisytiharkan boikot, (hamboi, kempunan sangat nak telan cili apa. tu, tu, kat belakang rumah kau berlonggok pokok cili weyh)
  • memandu dengan lebih tenang ketika di jalan raya, (memang patut pun kalau kau tak nak lesen P yang ada kat hujung jari kau melayanglayang macam belon helium tak ada pemberat T.T)
  • menghadkan diri supaya tak terlalu addicted pada fashion wars di myspace, (apa kes anak dara bersengkangmata depan lappy tengah malam buta. dah obses sangat dah kau ni. tak dapek eden nok nolongnyo jangg).
  • berhenti bergaduh dengan baubau bacang anak tekak, (entah, kau nak tunjuk terror dengan anak tekak. buat habis karan je bergaduh dengan kau. jatuh standard tekak sedunia seyh).
nota; kau annoying sungguh tak makan saman.

whatsoever: dah lulus pre-test jpj and next week dah boleh test jpj. wee.

Monday, January 26, 2009

lembu pak mat tempe

happy chinese new year readers :)

lembu surely ada close cash and contact dengan entri neyh, (dah nama pun tahun lembu weyh. bangga lah bukan lembuan di luar sana itu, hahaha). mesti lembuan di padang ragut makin berkobar nak menggebukan diri untuk hari raya korban tahun ni. perghh, ini yang buat teruja semua urat saraf tulang sendi macam dapat jumpa USB cable balik ke apatah -__-".

ayat predikat belakang lembu tu ayat sengaja bagi publisiti murahan, (bukan murah lagi dah tp free seyh) ala ala propaganda asia untuk orang asia ataupun agi idup agi ngelaban kat pak mat jual tempe bawah pokok semalu tebing bukit panas terik tu, (as if dia wujud je kaann nuha :/).

teringat pulak dialog saiful apek dalam filem kuliah cinta; alaa.. time yusry dengan erra still togethergether menganyam tunang tu. scene dia masa tu tukiman nak bagitau jojo yang faramy accident padahal april fool je. ayat tukiman lebih kurang macam ni; "jo! pak mat! pak mat tempe bawak motor keceperrr. keceperrr." kahkahkah. aiseyman, yang tak boleh tahan aksi apek tu. kalau tak silap tarikh, keceper tu accident lah kot.

ouh, actually semalam pergi taman rimba commanwealth kat rawang. itu yang ada sipisipi tempias kuda kat entri semalam, haha. diamond is the name, riding is his game. woah woah woah. rhymes pula kann. tidak kusangkasangka, ulat bulu menjadi nangka. aik. diamond the horse, please and thank you :) and i ride this go cart look-a-like thingy except yang i ride semalam kena paddle, kahkahkah. tak terkayuh weyh. apalah malang nasib tuan hamba sebegitu rupa, eceyh.
tibatiba jadi macam entri tahun baru kuda pulak -__________-" tak terjumpa gambar lembu dalam hard disk lappy saya, (cit. macam mana nak jumpa kalau kau tak pernah tangkap gambar tu, datuk seri professor doktor tengku raja permaisuri nuha muneerah T,T) kahkahkah. hebatlah bukan panggilan tu? sikit punya tinggi angan nak ada semua pangkat tu depan nama saya.

random fact on blogging; tadi balik dari alamsentral, kompleks dan shahalam mall, terdengar satu mesej suara ganas daripada polis kat hot fm. encikpolis tu cakap, kalau kita difitnah dalam blog orang tertentu atas tiada sebab tertentu, (mknanya kau kira innocent dan baling bom botol kaca atau cat berdarah kat dinding rumah dia, tanam tangkal khurafat ubat pengasih segala ni bukan standard kau) bolehlah lapor kat balaipolis. polis sekarang ada some sort of benda yang boleh detect pemilik blog tersebut dan dorang akan dikenakan tindakan undang undang.

woah woah woah. memang right on time polis malaysia buat macam ni. kalau ya pun benci tahap tak-kiraa-nak-mainan-tu-jugak-kata-si-anak kat someone just sebab kucing dia melabur kat pokok bunga kertas korang, bawa bawalah mengucap. jangan pulak tabur fitnah pasal dia kat blog korang. dari sesi meluahkan perasaan jadi kes belakang pagar besi pulak karang.

whatsoever: tak suka kena paksa buat benda yang tak nak buat. damn. nnti jadi tak ikhlas.

Sunday, January 25, 2009

si dia, klcc & separa kuda

si dia adalah boyf saya :) terima kasih, (tibatiba, seyh -__-"). last night saya ke rumah uncle hadi di setiawangsa utk kenduri doa selamat, (mungkinkah kerana kenaikan pangkat beliau dalam atm? :/) ontheway masuk kuala lumpur, petir berdentum kilat menyabung, belumkan pasti hujan nak turun, terkenang gadis lintas di depan, mataku tak henti memandang, perghh.. hambek kau. lirik joget angan tak sudah pulaa. ewahh! ewahhh! kahkahkah, (entah kenapa dah expert merepek ouh).

tibatiba teringat zaman belajar menari zapin kat sains muar dulu. woah woah woah. cop. masuk kuala lumpur, hujan punya lebat sampai tak nampak 23 meter ke depan, (kira kalau tgh test mata untuk driving tu for sure dah bergelar loser sejati awalawal dah, haha).
sangat lawa lah bukan? the titisan air hujan softly aka gerimis favourite, (dah reda sikit masa ni) i mean. sampai rumah uncle hadi dalam pukul 6 lebih nk dekat pukul 7. kenduri tu lepas maghrib so kitorang yang datang awal ni pun siapsiap lah bersolat. yang rata rata, (tk ada simpang siur. okay, serius kena stop buat ayat konon terlupa-letak-tanda-harga mcam neyh -__-) datang of courselah mat-mat tentera ;P

and masa tengah makan nasi berlaukkan ayam goreng ikan masak kicap :9, (terliur balik dah, T.T) nua dapat message dari my boyf.

three things i wont forget about you;
1. your cuteness
2. black plus red
3. your attitude, (caring, loving)
name i want to call you;
sayang
the word that best describes you;
lovely
i want to be your;
boyf, (glad that i'm your boyf now syg)
what reminds me about you;
1. rain
2. moon
3. chicken rice
4. cendol

thankyou for the lovely message, fiq :) message tu seriously buat nua tersenyum. okay, sudah on the lovey dovey part, (ada yang termuntah tahap terbau-air-loji-kumbahan pulak karang, hahaha). and kitorang pun pakatpakat ajak abah balik bila dah pukul 10 lebih. letih weyh berbaju kurung, (tak ada kena mengena).

cerita keluar tajuk; knapa kalau kau tengah cari something tapi tak jumpa sebab nak cepat, gelojoh tak sabar dan sebagainya, then kau merungut membebel menceceh macam orang tak ada pedoman ke apa tah, (lagi sadis kalau marahkan satu isi rumah yang bertorchlight tak tau apa kau cari) later orang lain jumpa benda tu dan sound kau, "itulahh. cari pakai mulut. mana nak jumpa!" mengapakah?? (saya selalu kena neyh, kahkahkah). masa tu serius muka macam ditampartampar je dengan daging salai panggang. aik.

whatsoever: dah kata separa weyh ;)

cik bie :)

sebelum apaapa, silalah bayangkan lagu sahabat by aizat jadi background muzik entri neyh, (entah kenapa ada permintaan diktator gaya loser terhebat tibatiba -_-"). otak nua dah mamai sebab dah tiga hari tak memblogging neyh. nak balas dendam hari ni, (tunggu jek) ini kali kedua nua gunakan gmbar comel tahap kucing-belai-diri[?] kat sugar daughter ni, (blog saya berjantina perempuan harap maklum). to me, this picture gila perfect picture of both of us.

kenal nabihah secara ala carte, (eh eh, lawak murah taleh belah :/) secara ala kadar masa sekolah rendah walaupun dah sama kelas dengan dia sejak darjah empat since dia baru pindah masa darjah tiga. orang kata dia ni pandai tapi tersangatlah pendiam. kawan rapat dia masa tu syafiqah azhar. (manalah si kecik tu sekarang ya, dah tinggi ke?) perghh, itulah ayat menjemput pelempang ke wajah namanya. kahkahkah.

mula start rapat dgn awak masa form one dengan anis kan biha? disebabkan masa form one saya masih bercirikan masyarakat kuno aka tak reti bersosial sangat, lingkungan kawan cuma dgn ex-skrm je. biha, anis, ayie, syrrul, syazri dan few names yang tak tercapai dek kotak fius memori akal. tapi sbb saya jadi prefect, border line tu brjaya diluaskan smpai saya berjumpa dengan sfwn smpai dia dalam kategori orang-yang-tinggalkan-kesan dalam-hidup saya. woah woah woah. hebatlah bukan?

ingat lagi, kitorang dulu sangat rajin datang pagi untuk stayback. just lepak lepak kat library kantin gajah menyusu semua untuk buat homework. kitorang even hafal subjek agama words by words pagi sebelum exam and boleh sebut balik semua ikut turutan! (perghh.. buat direct lifting dalam est, jangan berangan nak dpt highscore weyh. kahkahkah).

masa form one form two dulu kalau ada latihan rumah sukan belah pagi, (kitorang sesi petang) disebabkan kemalasan kepanasan kebosanan tahap nak lari dari rumah, saya dengan ainul selalu je melantak nasi kat rumah biha, haha. masihkah kau ingat wahai cik bie..? sampai tersedak kita dgn ainul makan nasi sbb abang long awak buat lawak! rindu nak lepak rumah awak ouh. bilikmu yang pinky itu,, (macam bilik kau tak pinky eynn. doi).

eventhough kita sama2 masuk asrama on 2007, (which kita keluar tiga bulan lepas tu, haha. and awak gila tahan duduk sana wpun perasaan nak balik ada jgak) kita sangat terharu sbb setiap kali awak balik dari asrama, tak kira lah cuti longhand shorthand, awak tetap akan message kita bagitau awak ada kat rumah. "assalamualaikum. biha in the house!!" haha. sangat mengharukan okayh :')

recently, yang psal driving tu gila taleh belah weyh. punya bersungguh kita promote metro, even awak dah menapak kat office dia tapi awk choose memandu cekap, T.T (mcm mana nk kenalkan awak dgn abang shah ouh, haha). tak dapatlah awak mempamerkan kecomelan awak depan dia. kahkahkah. apa nak buat, awak dah pilih jalan yang SALAH. tak apa tak apa, anything, just call me je kalau something wrong somewhere :)

whatsoever: to cik bie; nak kahwin jemput ;b kahkahkah.

Thursday, January 22, 2009

belah belah siri 7

okay, nampak sangat otak nuha dah songsang. siri satu sampai enam pun tak ada, apa ada hal kau nak siri tujuh, (peduli apa kau. itu number favourite seyh, -__-"). makluman, belah belah kat title tu bukan shopping spree ala ala mega sale 100% off mknanya free segala benda. itu perkataan bla bla bla bla yang dipanjangkan sikit ejaannya, (orang sibuk nk shortform shorthand apatah lagi, kau nak panjang pulaaak eyn).

tujuan entri ni tak lain tak bukan adalah untuk merepek. merepek? woah woah woah. dasar dah bosan dan tak ada idea best untuk memblogging macam tu lah gayanya.

since tk ada benda menarik nak cerita, (tak ada matlamat entri yang pasti maksudnya T.T) accept for cerita kolam-ikan-yang-nak-ditambah-lanskap-dengan-bumbung-kayu, (apa akan terjadi kepada bakal tapak pelamin kuu, hahaha. sila rujuk sini kalau tak tahu pokok pangkal salasilah kronologi family tree punya cerita) marilah kita merepek, which is i'm not expert in. eceyh. sangat hebatlah bukan bunyinya?

ouh, danial dah pass jabatanpengangkutanjalan punya test, gila jealous. 5 februari tersayang, cepatlah tiba supaya boleh dapat lesen P, (padahal drive pun belum expert lagi seyhh, angan lebihh). perghhh, gila bosan duduk rumah melingkar macam ular dah makan satu ekor lembu tak boleh gerak. kahkahkah. perbandingan yang hyper untuk kebosanan yang ekstrem.

hari ni birthday awi dan sangat tension tak dapat gather dengan diaorang kat secret recipe sacc. padahal sebenarnya dah lama mengidam nak makan cheese cake secret recipe, -__-" apaapa pun, happy birthday awi :) dah lama tak jumpa awak seyh. rinduu.
sengaja tunjuk gambar kek chocolate indulgence neyh. silalah terliur sebagaimana terliurnya saya di kala melayari laman sesawang, (perghh, skemaa) secret recipe. doi doi doi, sadisnya saya mengharapkan kek ini.

untuk menambahkan identiti merepek ke atas entri ini, mengapakah faizal tahir nampak sangat hot waktu nyanyikan lagu sampai syurga itu? woah woah woah. jangan mudah terpedaya dengan rupa, nuha. ingat Allah :) suami orang tu weyh. boleh jadi bapak saudara kau dah tuu. hahaha. katakata merepek untuk hari yang tak berapa nak indah.

woey, bila bulan tiga nak tiba ouh. tak sabar nak dapat result spm sambung belajar dah. nak uliti diri dengan buku ilmiah pen biru pilot G2 0.5 kertas kajang pen kaler maler stabilo. fuhh, rindu gila seyh nak pegang title student ke mahasiswi ke. perghhh.

dah cakap dah entri ni merepek. korang nak baca jugak, apa boleh buat. doadoa kanlah esok lusa tulat mulat saya ada idea yang best untuk dikarang. amin.

whatsoever: faizal tahir sangat hot, wahah. dah cakap tadi, tau. saja cakap lagi.

Wednesday, January 21, 2009

blog lounge #002

semenjak dua tiga menjak ni tiba tiba terfikir nak teruskan buat dua entri dalam satu hari, (konon bajet idea banyak mencurah curah macam paip air bocor atas bukit) ke apa tah. satu entri siang; tak kira lah pagi ke petang dan satu lagi entri malam. tapi kau tu nuha, kalau tk ada idea, terus buat tag, apa cerita? (haha, janganlah malukan diri sendiri weyh. segan neyh -___-") tapi terfikir jugak nak jarang update tp setiap update tu mantaap. woah woah woah.

1. Have you ever been searched by the cops?
; jabatanpengangkutanjalan sudaa :/

2. Do you close your eyes on roller coaster?
; all the time okays,,

3. When's the last time you've been sledding?
; never but i wish anyhow

4. Would you rather sleep with someone else, or alone?
; alone pls

5. Do you believe in ghosts?
; yeahh kalau dah kna sogok dgn cerita hantu sjak kecik,

6. Do you consider yourself creative?
; surprisingly yes :) gila perasan ouh.

7. Do you think O.J. killed his wife?
; who's OJ anyway. PB&J kenallah.

8. Jennifer Aniston or Angelina Jolie?
; jennifer aniston :D

9. Can you honestly say you know ANYTHING about politics?
; well.. i know some things i guess.

10. Do you know how to play poker?
; tidak ouh.

11. Have you ever been awake for 48 hours straight?
; big yes.

12. What's your favorite commercial?
; iklan merdeka dari petronas weyh.

13. Who was your first love?
; hahaha.

14. If you're driving in the middle of the night, and no one is around you, do you run a red light?
; i wud neverr

15. Do you have a secret that no one knows but you?
; yeah. everyone has their own secret kn.

16. Boston Red Sox or New York Yankees?
; both, NOT

17. Have you ever been Ice Skating?
; pathetically no.

18. How often do you remember your dreams?
; oftenly i guess

19. What's the one thing on your mind?
; spm result spm result spm result

20. Do you always wear your seat belt?
; from now on

21. What talent do you wish you had?
; drawing :)

22. Do you like Sushi?
; maybe

23. What do you wear to bed?
; bananas in pyjamas, haha.

24. Do you truly hate anyone?
; you can say so

25. If you could sleep with one famous person, who would it be?
; endak mau

26. Do you know anyone in jail?
; idts

27. What food do you find disgusting?
; idontactuallyknow

28. Have you ever made fun of your friends behind their back?
; icr

29. Have you ever been punched in the face?
; luckily no

30. Do you believe in angels and demons?
; yessarie.

whatsoever: nak buat tiramisu tp tak tau bila :/

Tuesday, January 20, 2009

gadis suka jalan #001

gadis suka jalan itu saya. ya, saya. tak ada blog author lain dah, (asal mesti kena ada ayat murah tahap konon-beli-kat-sale-buy-one-free-one macam neyh sebagai pembuka tutup botol kata segala? T_T) awal awal pagi lagi dalam 6.30 dah bangun, (kalau bangun wktu mcm neyh kat asrama, jangan kata sarapan solat pakai baju, mandi pun belum tentu kau sempat punyaa) utk ikut umi ke universiti malaya.

since umi maybe akan lama kat library UM, i brought my lappy along. boleh update blog kan, (padahal nak main fashion wars, haha). around two hours kat UM. best best. ada wiFi tuuh. gila teruja. terasa macam student universiti pulaaa, sighs :/ tapi part kena jalan kaki ke mana sahaja akibat parking yang terhad ala ala mcshaker mcD limited edition tu, tak boleh tahan okayh. noktah. awat laa aku pi pakai highheels. membunuh sel tapak buku lali kaki betul.

then baru kitorang ke putrajaya utk urusan rasmi umi and ke alamanda, (fahamlah korang bahawa ini tujuan sebenar saya nak ikut, -___-") melebihkan visual mungkin adalah perkara mandatori di blog saya pada masa akan datang, (apa, ingat ni kes gantung tak bertali sampai mati ke). okay, tak ada kaitan. ouh ouh, makan kenny rogers roasters itu asyik, haha.

whatsoever
: mahu segera kembali ke handphone untuk bermesej dengan si dia :)

dear _ _ _ _

akhirnya, (okay,tipu. entri neyh baru nak mula) 20 haribulan tiba dengan begitu lambat. eceyh. sayang, happy monthlyversary :) thankyou for calling me last night to wish our precious date being together. thanks sebab masih ada untuk saya wpun saya banyak je hancurkan hati awak.

tapi awak ttp cakap; "no! i wont ignored you. never! i wont i wont and you will not be ignored" :')

terima kasih, sayang sebab awak sentiasa bagi keyakinan pada saya. and i love that. awak semangat saya. ingat...? awak juga payung saya waktu hujan, (i mean wktu saya in hard times). saya harap akn bnyak lagi monthlyversary yang kita akan smbut together, sayang :)

loveyousomuchsayang,,

whatsoever: macam dah addicted pulak buat dua entri satu hari -.-"

Monday, January 19, 2009

tiba tiba ada kebencian

okay, korang maybe dah boleh agak kebencian ni untuk siapa..., sighs. dah terang lagi berkalimantang kat atas tu. tadi my six hours of driving. four hours more to go sebelum test jabatanpengangkutanjalan on 5th february. goddamnit, badan mesti lengai gila lepas driving T.T

tak kira, tak kira, nak tarik balik apa saya cakap pasal driving kat entry neyh. tapi dua jam tadi jadi empat jam sebab ada faizal skali, (budak ssaas and he did mention dia kawan jwa). kitorang gilir gilir drive dalam litar dulu and later baru pergi road. bukit, parking, three pointer as usual.

i said this to him; err.. before drive ni saya nk bg amaran, saya suka brek mengejut tau. and he gave me an okay word and look. tk sampai seminit, kat ats bukit tu sebelum those tiang penanda, saya dengan proud and prejudicenya, (tau its supposed to be pride tapi whatthefish eh, haha) brek secara mengejut. tahu tidak muka ini sudah tebal bagaikan mask bunga tahi ayam tertempek ke muka sebanyak infiniti lapisan -__-"

thanks to him for being the ice breaker, tak lah rasa membosankan sangat blaja driving tadi. and i finally knew yang dia dulu ex-skrm; 6 aulia lps i asked him myself. so bnyak borak pasal sekolah, kawan kawan and jangan lupa, rayyan teh. i wonder rayyan tersedak atau tak masa ktorang ckp psal dia td, (i'm not that kejam smpai tahap orang-nak-tengok-bola-tapi-orang-lain-tukar-channel-cartoon utk cerita apa kitorang borak pasal rayyan teh tu, haha).

benci bila lalu jalan satu dan tiga. dan satu nostalgia hitam telah tercipta; kereta yg saya pandu tu kena tahan dengan tuantuanjpjberkeretapajero- *JSCVLPAFDSK* . encikjpj tak-berapa-nak-kacak tu mintak i/c abang shah dan lesen L saya. mmg dh nervous gila masa tu. abang shah dapat satu helai kertas putih ni and i thought tu surely saman tp rasa mcm tk buat salah je tadi.

nak tukar lane; signal kanan, check. tengok side mirror kanan, check. perlahankan kelajuan, check. tukar gear, check. apa yang tak kena? tapi abang shah pun tak ada mengeluh kata saya penyebab dapat saman ke apa. confuse, confuse. apaapa pun, jalan dua paling rock :)

dan masa ontheway balik jumpa fatin kamilah and amirah sani. ya, kitorang berpelukan di bahu jalan. dari form one tk jumpa mira tu, (dia a very closefriend of mine masa darjah enam). bagusnya dapat jumpa awak balik! :D:D

whatsoever: updates on the wau;
tadi kitorang main wau lagi. instead of one wau, abah decided naikkan dua wau sekaligus. gila freaky ouh bila pegang tali nylon tuh. pelik tertanya tanya kenapa kerusi kayu tu kat tengah padang golf my house? think no more, i'll tell you why.


this is why. abah ikatkan tali wau kat kerusi tu, haha. takut jugak kalau kerusi tu terbang sekali, (fikiran yang gila taleh belah weyh :/) and abah kata; sesiapa yg dendam dengan ryyan, boleh ikat ryyan kat wau and let the wind blows him away -____-" kesiann ryyan, (the cat i mean. not the real rayyan teh i mentioned earlier).

gila panjang punya whatsoever,,

Sunday, January 18, 2009

bila di udara

bila membaca title di atas, apa yang ada kat fikiran korang? nuha ni nak show off dia naik flight kot (show off whatthefish :/), atau eh-eh, nuha nak jadi pramugari lahh (o_0 you wishh lah weyh) dan apa lagi tah yang ada kat fikiran korang yang tak dapat nak fikir. ya, saya hanya ada kuasa psikik yang boleh baca fikiran sendiri. kau merepek apa weyh malam malam neyh -_-"

abah baru balik dari terengganu petang tadi, (for the election of course, tk mau cakap lebih2 benda sensitif neyh, bahaya). and abah beli tiga buah[?] wau. err.. ya, i'm not sure pasal penjodoh bilangan utk wau :/
wau ni perlu dikuarantinkan dalam bilik nenek supaya empat anak angkat keluarga kitorang; tigger-ryyan-cici-dayang tu tak mencakar sampai rabak wau wau neyh. yeah, they can be overthepagar sometimes tp still adorable. kakak sayang kamu berempat :)

so petang tadi abah ajak main wau, gila teruja weyh, (maafkanlah anak bandar yang pegang title tak-pernah-berjaya-terbangkan-wau-seumur-hidup ini T_T).

all the images kat bwah ni telah diedited by yourstruly kat picasa, haha. nak jugak bagitau eynn. taboleh belah. and ouh, the sky was actually grey instead of blue. eheh. okay, lepas ni tk ada caption since a picture says thousands of words kan, (kalau gmbar darurat saya letak jgak, haha).
gmbar saya tidak ada...

mengertilah korang yang saya brtindak sbagai photographer dan tidak berpeluang layan wau, (padahal dah pegang tali wau tu even utk gulung balik je tp menjerit jerit suruh afnan take over sbb wau tu berat sangat -_-") serius berat weyh. anak bandar, anak bandar, sighs.

ammar cakap; kakak nii, umur dah 18 tahun pun masih takut lagi ke.

ya, ayat tu keluar dari mulut budak umur 10 tahun T_T. saya mmg patut dikasihani. sudah, sudah. kenapalah bukak pekung kat dada sendiri mcm kna open sesame abra kedabra ramponyiseng swartiilaam ke apa tah neyh.

whatsoever: layan anugerahjuaralagu sambil update blog adalah anak bandar sejati ;)