Sunday, December 6, 2009

to someone far.

*Gambar hiasan-- Hari Raya Aidil Adha PCM*

Ini aku dedikasikan kepada seseorang yang susah aku nak gapai balik... Macam kalau aku dapat pegang dia balik pun macam susah orang nak terima apa semua (Okkay tak apa takyah faham -.-"). This is more complicated to me than it sounds to you, sadly.

Weh, aku rindu kau. Bukan diri kau saja tapi segalanya yang ada pada kau yang bagi aku sangatlah tak perfect tapi dalam masa yang sama imperfectly perfect. Sumpah aku rindu. Rasa macam nak pergi cari kau sekarang, gali lubang ceruk benua mana pun aku tak kisah asal aku jumpa kau lepas tu pegang kau dalam hidup aku for eternity! Serius aku cakap ni.... Kau dengar tak? *I know that you will read this somehow.

Aku rindu nak main hide and seek tentang perasaan kau sebab kau suka sangat pendam semua masalah kau konon tak nak susahkan orang lain dan aku yang kena figure out sendiri apa yang kau fikir dan rasa semua. Aku rindukan diri kau yang selalu dulukan orang lain, yang selalu... selalu biarkan hati kau tak terjaga. Aku rasa semua tu sangat manis. Tapi masa tu aku rasa kau macam sangat lemah sebab tak mampu nak luahkan apa yang kau rasa dan relaaa je apa orang buat pada kau.

Lepas tu aku rindu bila kau selalu patuh pada arahan macam setiap peraturan pun kau tak sanggup nak langgar sebab kau jenis orang yang macam tu. You go with the flow dan sangatlah jarang untuk tengok kau defend orang lebih-lebih lagi diri sendiri. Sumpah aku rasa nak ketuk-ketuk je kau tau tak tapi aku tau, itu diri kau yang sebenarnya dan nak tak nak aku kena terima jugak. Kalau kita suka seseorang, kita perlu terima dia seadanya. Kan? Dan itulah prinsip yang aku apply-kan pada kau.

Tapi sekarang kau dah lain.... Nampak berbeza sangat dari kau yang pernah bersama aku dulu. Kadang-kadang aku jadi takut nak tegur kau sebab kau dah jadi sangat unpredictable. Sekejap kau moody, sekejap kau gembira ketawa happy. Apa yang dah jadi pada kau, sayang? Kenapa sampai macam tu sekali perubahan yang berlaku pada diri kau? Aku... aku macam dah tak kenal kau. Kita dah macam orang asing! Aku nak gapai kau, pegang kau, tapi aku tak tau arah mana patut aku bawak kau. Haihh.

Sumpah aku rindu kau sangat weh... :( Sekarang aku cuma boleh berdoa dan berharap yang perubahan kau ni ada kebaikan dia sebab aku tak nak kau hanyut lebih jauh dan lebih dalam. Semuanya sebab kau pernah jadi sebahagian daripada diri aku, hidup aku. You once live within me and I terribly missed that.

P/s: Sesuatu yang orang mungkin takkan faham dan buat spekulasi sendiri dalam hati tapi ini apa yang aku rasa jauh dalam diri aku.

**Updates; dah kata dah. Mesti ada yang salah sangka. Haih. And you know what? I am too tired to explain. "Kau" dalam entri ini adalah seorang perempuan, harap maklum! *Bengang*

With lots of memories and love,