Wednesday, December 9, 2009

terapi pasca exam.

Phewh. Dah lama tak guna 'pasca' teringat zaman berbaju putih berkain biru cair dulu perkataan macam neh mesti dapat markah lebih dalam exam, HAHA (tipu tipuuuu). Okkay dari tajuk pun macam dah boleh tahu yang mid sem exam I yang berdurasi selama SATU JAM (yes, one hour ONLY) sudah selesai. Satu jam, satu paper. Bahagia punya mid sem!

Alhamdulillah, kebanyakan soalan macam menepati ramalan perasaan I sendiri. :) Bersyukur sangat tapi of course lah ada soalan yang membuat I terkedu secara lama dan banyak jugak yang dah bulat jawapan ni, I tukar jawapan lain lepas tu bila check sekali lagi tukar balik jawapan asal. Hmph. Normal, no?

Selesai saja mid sem exam yang study sampai tak tidur satu malam tersebut (bragging. :P), I dan housemates terus cabut pergi Sikah untuk membuat guilty pleasure. Err, bershopping lah maksud dia, bershopping! Selalunya terapi jiwa I adalah consuming food tapi kali ni mungkin sebab dalam mood winter maka terapi terarah kepada pembelian baju sejuk hoh.

Thankfully sekarang I dah pandai membodek dan menggoda penjual peniaga di Sikah sekaliannya sampaikan jubah yang sepatutnya harga 75Genih dia boleh turun jadi 70Genih *Kening kening. Err, apa? Tak cukup hebat? Apakata kalau I berjaya membuat muka manis sampaikan baju yang harga dia 65 Genih boleh turun sampai 50 Genih saja? Gila, kan? Tapi dah pun terjadi. Magik, Fairytale, Legend... (okay dah dah takyah tambah lagi).
These are apparently NOT FOR SALE. I belum bercadang nak bukak butik online from Egypt buat masa sekarang. :P

I telah memborong lima pasang baju termasuk sehelai jubah. Err, tiga pembelian yang berbaloi. Lagi dua I terpaksa terbalikkan ibu jari. Hayyoh. Maka sehelai baju mungkin akan dijual kepada rakan serumah. The dress looks awesome on her. :) *Ini bukan bodek supaya awak beli heh, HIHI.
The dress that on sale for 50Genih for my housemate.

Situasi sama setiap kali bila nak balik dari Sikah berlaku lagi semalam. Tak ada teksi nak mengambil kitorang pulang lah apalagi. Aku bakar jugak sekorsekor teksi arab neh xD Memandangkan macam teksi memang sebelah mata pun tak pandang kitorang apatah lagi dua belah mata, kitorang decide untuk berjalan kaki. Nak kata dekat amatlah menipu jawapan I. Sempatlah jugak I menampal wajah lesu dan pucat semasa berjalan T___T.

Akhirnya kitorang sampai jugak rumah manis rumah lepas perjalanan lebih kurang 45 minit tu ada I rasa. Dengan cuaca terik tapi berangin kecang lagi, pergh, memang menipiskan kesabaran I yang memang dah sedia tipis neh. Haihh. Sempat jugaklah melantak di Wilatein mengisi perut yang kosong. Okaylah not bad food dia tapi Bahgat Samir masih menjadi idaman, terima kasih.

Ini kejayaan major nama dia, HAHA. Hari tu ingatkan macam impossible gila nak jalan kaki dari Sikah balik rumah macam OMAIGOD KAU GILA JALAN KAKI DARI SIKAH!? Padahal... Err, memanglah jauh tapi masih boleh diterima dek logik akal. Berterabur jugaklah tulang kaki I ni kan, T____T Dua minggu duduk rumah bercuti tiba-tiba berjalan hampir 10 kilometer memang lah kaw-kaw I kena.

Maka sekarang, Farhat, jangan pandang aku tak ada mata ingat aku tak boleh jalan kaki dari Sikah balik rumah macam nasihat kau? HEHE, dah berjaya pun weh xD *Ya, aku sangat bangga di situ. Phiwwit. Nak buat lagi sekali? Oh tak apalah terima kasih. Tak sanggup. -.-"

1 comment:

Amir Naseem said...

bila shoppaholic mula beraksi..hehe