Wednesday, December 2, 2009

segalanya untukmu;

I tak sepatutnya pergi online sekarang sedangkan Middle Semester Exam tinggal lagi LIMA HARI. Sumpah rasa nak menangis sekarang T____T (acah aje). Err, sebab tu sekarang kena mentulis selaju kelajuan cahaya supaya dapat bersama file-file kes terchenta yang menimbun sekaliannya secepat yang mungkin. Kenapa blogging jugak? Sebab I dah gian nak mencakar si Bieyto ni hah. Noktah.

Cuti Raya Korban dan Study Leave ni serasanya I dah manfaatkan betul-betul, Alhamdulillah. :) Dalam study I masih pergi berjimba dengan rakan-rakan. Memperbanyakkan explore jalan di Mansoura neh. Kalau tak selalu tu; bangun pagi pergi Universiti, masuk kelas, belajar, habis kelas terus balik rumah. Macam robot dah hoh everyday with the same routine. -.-"

Senang cerita, I bukan jenis yang suka nak keluar maka perasaan tak pernah menggoda ajak pergi keluar malam ke apa. Tak ada. Tiba-tiba sekarang rasa bersyukur dengan didikan emak dan ayahanda yang limitedkan pergerakan I even kalau bagi keluar pun mesti ada curfew. Terima kasih banyak-banyak. Sekarang orang dah tahu dah semua larangan umi dan abah tu untuk kebaikan orang. :')

Anyway.
29 haribulan yang lepas, kawan baik daripada Sekolah Rendah sampai Sekolah Menengah dan sekarang sama-sama ada di Bumi Anbiya' ni (see? Betapa berjodohnya friendship kitorang neh) datang ke Mansoura daripada Alexandria. Okkay rasanya benda ni dah bagitau banyak kali tapi tetap nak bagitau lagi. Heh. Manusia memang macam ni.
Malam 29 haribulan tu kitorang (I dan housemates) membawak kawan baik I; Nabihah dan kawan dia sekali pergi naik Nile Cruise. Err, ini kira kali pertama jugak I ber-cruising dan mungkin kali terakhir :O HAHAHAHA. Payah la nak cerita apa yang berlaku sebenarnya tapi IT WAS A NICE NIGHT INDEED. :) Rasa teruja sangat dapat nikmati bandar Mansoura daripada atas Sungai Nil. Lagi-lagi dengan adanya kawan baik sepanjang hayat kat tepi. HEHE.
I dan Syifa di-candid-kan masa tengah mengintai riak air Sungai Nil di bawah sana -.-" Tambang Nile Cruise neh adalah sangat murah memang kalau mati hidup balik pun takkan percaya punya. DUA GENIH JE WEH. Kalau convert pergi duit Malaysia; RM1.20 :O Ye, sila ternganga sekarang. Gas kat sini pun baru 8 GENIH apatah lagi barangan lain. Perghh, kitorang memang tak berhenti terkejut, HAHA.
Last sekali bila dah lapar malam tu kitorang (I dan housemates, Nabihah dah balik rumah tumpangan dia) pergi melantak di Panda's Restaurant. It was definitely a night to remember. Kan kawan-kawan? ;) Would love to experience the fun again, in some other time, hihi.

Esoknya 30 haribulan lepas balik daripada PCM (Perubatan Cawangan Mansoura) punya jamuan Aidil Adha, I dan Nabihah berjimba lagi sekali tapi kali ni berempat saja tanpa housemates sekaliannya. I, Nabihah, Zanna dan Kak Lina. Daripada Al-Baron, kitorang menapak ke Sikah (yang konon dah taubat dah taknak pergi tu T___T).

Dua hari berjalan bersama Nabihah Mohd Hashim adalah sangat indah, no doubt ! :D Ye lah, kalau kawan baik yang kau kenal rapat sejak dari sekolah rendah sampai pernah melantak kat rumah dia macam rumah tumpangan lagaknya, sanggup naik train TIGA JAM untuk jumpa kau, takkan kau tak gembira, kan? My point, exactly.
On the way balik tu, kitorang singgah kedai yang lebih kurang macam Memory Lane la kiranya. There's this one keychain that caught my eyes dan I terus bagitau Nabihah JOM KITA BELI since it was a friendship keychain and indicates half for me and half for you. Bila kitorang kongsi beli kira macam I beli untuk Nabihah, Nabihah beli untuk I
Close up (!)

Thank you so much, Cik Bie for coming all the way from Alex to Mansoura, just to meet me. :) Love you lots. XOXO.

P/s: Nak gambar lebih pergi usha Facebook I sana. :P

4 comments:

miEz haNeM said...

kim salam kat cik bie ya:)

nhmnrh said...

miez hanem

hehe, insyaAllah, sis. :))

EryTaleb said...

wahh..
sgt best berada di bumi anbiyaa..
sronok tak kat saner?
skarang tgh musim sejuk kan..
amek course aper kat saner?

Hidayah Baik said...

hey nuha cantiklah in red! with the tudung and jacket, cunn! xD