Monday, December 14, 2009

don't judge book by its cover.

Nampak macam dah sangat cliche dan sangat lapuk tapi aku tetap rasa kata-kata ni masih lagi relevan. Sebab betul. Kau tak boleh dengan sewenangnya menghakimi keperibadian seseorang dalam sekelip mata padahal kau baru jumpa dia sekali, itupun tak bercakap tak bertegur, kau cuma perhatikan, pandangkan gelagat dia dari jauh. Kau rasa itu cukup untuk kau tahu luar dan dalam dia?

Apabila kau pandang dari jauh.

Situasi Satu: *Perempuan A pergi kuliah pakai short sleeve, skirt labuh dan high-heels boot.
Hati kau kata: Gedik gila! Dia tu pakai semua nak bergaya padahal pergi kuliah je kot. Sekarang musim hujan dia pakai macam tu karang musim panas macam manalah agaknya.

Situasi Dua: *Lelaki B selalu bila berjalan mesti perempuan hurung macam lalat.
Hati kau kata: Lelaki macam tu mesti social habis. Tengok lah tu. Mana dia pergi, semua perempuan naik ikut.

Aku bagi dua contoh je malas nak fikir lagi kang makin panjang makin ramai yang terasa ini aku fikir pun berdasarkan daily basis punya cerita takda niat nak attack sesiapa *tarik nafas hembus nafas. Semput buat ayat panjang-panjang neh -.-" Kenapa kita mesti fikir macam tu? Soalan aku tujukan kepada anda semua juga diri sendiri. What's up with our typical thoughts?

I mean, come on, jangan jadi prejudis sangat nilai orang macam tu. Kau dah tidur sebantal, makan sepinggan, minum secawan ke dengan dia sampai kau rasa kau kenal dia sampai macam tu sekali? Cuba kau kenal dia dulu, bercakap dengan dia, bergaul dengan dia. Lepas tu kau ada hak nak cakap apapun tentang dia walaupun tak sepenuhnya. Senang, kan?

Betul, menutup aurat tu tuntutan agama, takda dakwa-dakwi lagi dah tapi pakaian seseorang tak melambangkan keperibadian dia. Benda ni subjektif. Peribadi dia, maksud aku. Kalau hari ni perangai dia macam haram sikit, esok lusa entah-entah angelic. Benda macam ni payah kalau nak analisa sekali harung macam tu.

Dan kadang-kadang lelaki yang kau kata social habis tu lah yang imamkan solat fardhu kau. Memang susah nak percaya kan? Lelaki yang kau anggap jahil tentang hukum hakam agama, lancar habis bila membaca doa siap dengan tajwid dan penghayatan. Payah. Sebab takkanlah dia nak pergi canang merata dia handal agama? Dan engkau pergi buat spekulasi boleh tahan panas tentang diri dia dalam hati kau. Tak adil, kau tahu?

Haih. Payah payah. My bad. And I am truly deeply sorry.

P/s: *This is only PARTIALLY true. Lain-lain adalah rekaan sendirian berhad. Pilihlah pilih part mana yang real, mana yang fake. All the best in choosing! :)

5 comments:

violetless said...

its true..tak semestinya jugak orang yang bertudung labuh pangainya angelic..tul tak??

nhmnrh said...

violetless

betul. tp setakat ni yang nuha kenal, bertudung labuh ni perangai dia semua alhamdulillah. :) seindah tudung yang dia sarungkan. hihi.

redbirdfe said...

erk.
terasa ah.

perenggan mula2 tuh. xD

sbb iqah x tegur pun nuha.
iqah jenis x reti nak berkwn. sbb tu kut. xD

nhmnrh said...

iqah

alamak iqah jangan terasa yeee. tak ditujukan pada iqah ini nuha tulis secara general,hehe. :)

nsqn said...

lol mcm picture comment i kat fb :P

true story ye adik adik ; saya pernah ke musollah di sunway *zaman dulu ada tak tau lah sekarang sebab tak jumpa hehe dan semua pandang senget kat saya maybe sebab saya pakai baju ketat dan tak bertudung . mampus lah saya solat je . time saya keluar , ada seorang ni pakai skirt pendek segala masuk nak solat . HAMBEK KAU .


eh eh tiba tiba saya saya ni kenapa skema doh haha