Wednesday, December 23, 2009

bila dia pergi...

Assalamualaikum wbt.

Em. Ada banyak sangat benda nak cerita tapi biar aku pergi satu-satu dulu kang semua benda nak cerita dia jadi serabut. Sekarang pun dah sedia serabut nak tambah jadi lagi serabut daripada serabut? Serius tak sanggup. Okkay beberapa hari ni adalah hari yang macam gila emosi. Haih.

Rasa sedih bila fikir... Hilang seorang kawan yang jadi tempat bergantung adalah sangat perit. Macam separuh nyawa aku pun ikut pergi sekali. Nampak macam hiperbola tapi that's exactly how I feel. Semua gambar mungkin nampak happy dan senyum sana sini, tapi sumpah, hanya Tuhan je yang tahu apa ada dalam hati kami.
Kawan yang aku maksudkan adalah dia ni. Ye, dia. Farhat Zuhairi aka Paat. :) Orang yang aku kenal sejak aku sekolah rendah lagi. Tak ke rasa macam sangat miracle ketentuan Allah..? Dulu kitorang naik bas sama-sama, pergi sekolah sama-sama, satu kelas daripada kitorang darjah empat sampai darjah enam, jiran satu kawasan perumahan lagi tapi lost contact bila dia masuk MRSM.

Tup tup.. Sekarang dua-dua ada kat Egypt ni. Satu universiti lagi walaupun lain course. Bersyukur sangat bila jumpa dia after all these years, masih boleh rapat macam dulu, tak ada awkward, dia siap offer jadi musyrif untuk aku pergi shopping lagi, hihi. ♥

So, kau dah boleh agaklah macam mana aku punya sedih bila dia nak pergi dari Mansoura untuk ke Al Azhar tu. Siapa lagi yang aku boleh gurau sakat lepas ni? :( Malam tadi air mata aku mengalir dalam diam bila fikir dia dah tak ada di Mansoura ni. Ye, fine, Cairo-Mansoura cuma 3 jam tapi takkan sama okay? Never.

Malam tadi student dentistry buat farewell party to those yang akan pergi ke Al Azhar tu dan surprisingly, Farhat insisted gila suruh aku pergi. Mula-mula memang aku tak nak sebab segan cuma kitorang (aku & housemates) je student medic lain semua dentist mesti janggal tapi bila Farhat kata "Please weh, ini untuk aku; kawan lama kau ni." aku dah tak sampai hati...

Haih. Sengaja je kau kan buat aku rasa serba salah! Gila tak aci, okaay.
Lima student dentist from Mansoura yang dah pindah ke Al Azhar. :'( From left, Tajutheen (spelling, anyone?), Ezad, Paat, Iqbal (si Dewa Musyrif dan dah memang terbukti) and Hariz. Serius walaupun baru first time jumpa most of them, diorang baik sangatsangat! Macam Iqbal tu siap tanya "Korang boleh ke balik bertiga je ni? Nak aku teman tak?" bila aku Syifa Chitah nak mintak diri. Kenapakah begitu baiiiiik? :')
Aiskrim ni sangat nostalgia, hihi. Terima kasih ye Farhat sebab belanja kitorang aiskrim al Baron yang "sikit" punya mahal ni. Oh, tak lupa untuk duit teksi. :)
Kita kawan sampai bila-bila, kan? :) Thankyou sebab sudi tolong aku angkat parcel dari Malaysia yang 20kg tu dari Blok C sampai pintu depan rumah aku. Gila kagum la kau boleh angkat kotak berat macam tu sorangsorang (walaupun aku tau kau pun tak larat actually tapi sebab nak control macho depan aku en, haha). Banyak kali kot aku tengok kau urut tangan kau lepas tu. :( Waaa, rasa bersalah habis.

Dan terima kasih sebab hari tu temankan aku naik tremco balik dari pasar, dan jadi musyrif kitorang masa nak pergi al Baron tu lagi, kau memang terbaik la. Terima kasih sebab prihatin, sebab ambil berat.. Pendek kata for everything! Most of all, thankyou for your friendship. :')

P/s: Dengan izin Allah, kita balik Malaysia waktu summer nanti sama-sama eh. :D Jadi musyrif aku dalam flight pulak, haha. Mansoura akan rindu kau weh, on top of it, aku pun akan rindu kau. *Aku masih sebak lagi.

9 comments:

applesakura said...

sooo sweet~ hee

nhmnrh said...

applesakura

thankyou. :')

dila said...

tumpang sedih...
waaa...bestnye ada kawan laki camni..

;)

redbirdfe said...

kang jd benda lain...hik3

nhmnrh said...

dila

terimakasih!
kan kan? Paat memang baik sangat. :')

nhmnrh said...

iqah

haaaaa benda lain apeeee?
iqah nakal ehh :P

Hidayah Baik said...

syifa busuk. wahaha! xD

Nurulhana2000 said...

Berkawan biar seribu Nua..orang buat baik kita balas baik..Umi pun tumpang sedih gak... tapi takpe..friendship remains k..

Farhat Zuhairi bin Kamsani said...

pergh.... x sangke lak en ko tulis psl nieh nuha.. hehe~~
padahal kte bru jmpe blik agak kjap je kot...
tq very much 4 everythin..
huhu~~
k,take care & all da best ye my fwen... (^_^)