Thursday, November 26, 2009

salam perantau aidil adha;

Created and designed fully by yours truly. :)

Memandangkan untuk Hari Raya Aidil Adha surat khabar Malaysia tak ada membuat Salam Perantau untuk para perantau sekaliannya, maka biarlah I membuat di sini saja (terserlah betapa desperate nya I, HAHA T____T). Andd ye, salam ni dibuat in advance kerna esok dah Hari Raya mesti tak sempat dah nak wish takkan I nak bertafakur depan laptop dan miss all the fun jalanraya dibasahi darah? Oh sama sekali tidak.

Pertama kali tidak beraya di Malaysia dengan keluarga, dalam hati ada sebak T___T (tiru ayat Dalam Hati Ada Cinta. Heh). Dengar takbir nanti mesti lagi kawkaw rasa sebak dia *Sniff sniff. Tsk. Tengok. Baru I cakap neh dah ada orang bertakbir dalam Facebook. Sedih sebak semua ada. Suasana Raya Korban di Mesir ni mungkin gegak gempita PUNG PANG (mana kompang, mana?) sana sini... . Tapi hati I tetap tak meriah. Tsk.

Tak apa, ini lah pengorbanan seorang fisabilillah... (ececeh).

SALAM PERANTAU AIDIL ADHA.
27 November 2009.

Oyya, gambar adalah sangat essential. Apalah maknanya Salam Perantau tanpa gambar pemberi salam? Meaningless I would say. HAHA, mempandai je aku neh. Okkay Salam Perantau versi blog bermula sekarang.

Gadis gambar: Nuha Muneerah Abd Hakim.
Lokasi: Mansoura, Egypt.
Jurusan: Tahun Satu Fakulti Perubatan, University Mansoura.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidil Adha ini saya tujukan buat keluarga tercinta yang berada di Selangor, Malaysia; Abah, Umi, Ijah, Anan, Ammar dan sayang-ku; Aiman. Juga buat kedua-dua belah nenek dan moyang, semoga sentiasa sihat dan bergerak dengan lebih cergas hendaknya (ewah).

Tidak lupa juga kepada semua cikgucikgu daripada sekolah rendah; SK Raja Muda Seksyen 4 Shah Alam, sekolah menengah; SMK Seksyen 9 Shah Alam, SM Sains Muar, dan juga cikgu tuisyen sekaliannya. Atas jasa cikgucikgu lah saya ada di mana saya berada sekarang. Terima kasih banyak banyak. :')

Untuk rakan-rakan daripada tadika sampailah rakan-rakan sekarang dan rakan-rakan akan datang, Selamat Berkorban! Marilah kita leburkan dosa dari dalam diri dan mensucikan diri, InsyaAllah. Buat terakhir kali, Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua umat Islam di mana jua anda berada. :) Eid Mubarak.

P/s: Rindu ketupat, kuah kacang, lontong, rendang. Oh. Rindu pada keluarga lebih hebat :'( Nak beraya di Malaysia... sini tak ada sesiapa except my cousins; and of course, rakan-rakan sekaliannya. Hmph.

Whatsoever: Farhat thank you temankan kitorang balik souq tadi. Terharu weh. :) Kalau kau tak ada sampai habis Maghrib pun kitorang tak balik lagi kot. Heh. Lain kali temankan lagi eh, heeeee.

2 comments:

syarifah radiah ibrahim said...

salam eid adha dari bumi malaysia, nuha.
:)

Nurulhana2000 said...

Kan Nua dah rasa pengalaman beraya di tpt orang...di bumi anbiya' pula tu...

You are lucky to have syifa, naim and friends over there... being apart from your family will make us appreciate our family more...

All the best and take care dear...
Raya tahun ni pun we didn't celebrate much, lepas solat raya, abah, ammar n aiman g tolong lapah lembu then solat jumaat. After that g rumah wa and rumah uncle yoy coz nenek kat sana...then balik. Itupun g n balik kajang umi yg drive, abah jadi passenger.