Friday, November 6, 2009

manis ke mengada ke.

Sumpah terharu dengan respon anda anda anda semua dalam entri pen-secret admire-an I terhadap lelaki misteri comel (with inverted comma) tersebut :') Terima kasih sangat-sangat. Terharu wei T___T. Kerana dirimu begitu berharga (tetiba eyn dia, tetiba). Moving on.

Okkay sekarang kita berada dalam high speed mode. Err, kerna aku sebenarnya sedang mencuri masa menaip blog sedangkan nota kuliah Dr. Adel Bondok tentang Fertilization (woohoo :P) belum lagi berusik T___T Nak menghabiskan nota DNA pun macam separuh tenaga jari jemari aku diragutnya. Huh huh (sesak nafas).

Ada sesiapa ingat tentang si hati manis ini? Ada tak ada tak? (Gila annoying tanya macam ni -.-" tapi sebab I yang tanya, dia jadi tak apa, HAHAHAHA) Okkay kalau dah ingat duduk diam diam di situ. Di tempat anda maksud aku. Ada sesuatu yang aku nak katakan.

Apa persepsi anda semua kalau... .

Ada seorang lelaki (aku bagi nama dia Ahmad Muhamad) ni dah berpunya. Dah ada girlfriend la kiranya ni. Teman wanita dia tu (aku bagi nama dia Dahlia) dah lah cun, baik hati pulak tu. Complete package la gamaknya. Satu hari, rakan sekelas Ahmad Muhamad ni pinjam thumbdrive (atau flash drive atau pendrive ikut suka lah kau nak sebut apa I do not care) daripada dia untuk ambil maklumat. Dan orang tu perempuan (aku bagi nama dia Aira). Tak kesah lah kan.

Bila si Aira ni nak pulangkan thumbdrive Ahmad Muhamad ni tadi, dia pun menulis surat penghargaan macam apa yang Wani lakukan pada I dalam entri tempoh hari dengan niat yang baik (aku teka). Surat Aira tu berbunyi macam ni.

Assalamualaikum, Muhamad.

Aira rasa berbesar hati sangat you sudi pinjamkan I thumbdrive tu. Most people would just ignore me sebab diorang takut I hilangkan thumbdrive diorang and what nots. Tapi you lend it to me without hesitation and I really appreciate that.

Thank you so much ! I doakan you sentiasa berjaya dalam apa jugak yang you buat dalam hidup you :)

Sincerely, Aira.

Engkau rasa lah kan, tindakan Aira ni manis ke mengada? Ye lah, dahlah surat tu ditujukan untuk lelaki (kalau macam yang Wani bagi pada aku tu ya lah manis. Kan Wani, kan?). Itu satu hal. Lelaki yang dah berpunya pulak tu!

Sekarang pilih.
MANIS atau MENGADA?

20 comments:

violetless said...

i think its mengada..its enough said thank you to that guy..if i were his gf surely la akan jeles..

arelynn said...

hohoh ...
Kalo diorg mmg kawan rapat b4 laki tuh couple ngan dahlia tuh .. akak okek je.. tapi kalo da bg note lepas diorg da couple n mmg tak rapat pun .. tuh ader unsur mengorat dan gatal sket ... ye lah ... org da bg pinjam say thanks je la .. mcm kawan2 laki akak sume manede la bagi note ... kire pompuan tuh saje nak meninggalkan kesan2 dier kat laki tuh .. nyibuk je ...

FiNa said...

er..... ckap je sudeyyyhh.. mengada kot.. huhuhu

ღn0n0iღ said...

Hmmm.. tak fikir pun tu mengada.. Bukannya surat nak mengorat pon..surat nak ucap thanks je. For me, tu bukan mengada. EHEHEHEHE.

Kalau Kak Noi jadi gf pada lelaki tu, Kak Noi akan jadi bangga instead of jealous "Wahh, bf aku ni baik, pemurah" .. Takkan le nak jeles hanya sebab sepucuk surat yang menyatakan ucapan terima kasih?

Just my pendapat =P

~ a for ana ~ said...

depends, tp pd ana, mebi juz tulih tq jek pon da ok!

*zafiRah*.ilias said...

if the guy is hot, means ngade je tuh!
but if he's not, she wont give the appriciatn lttr or not even mntk pnjm the pndrve pon!!hahah

Nurulhana2000 said...

manis atau mengada? Jawapannya..mengada.

fawani said...

mengada tapi manis. boleh? :P

Anonymous said...

I found this site using [url=http://google.com]google.com[/url] And i want to thank you for your work. You have done really very good site. Great work, great site! Thank you!

Sorry for offtopic

eyna said...

Oh i rasa biasa je :) Tp depends on that girl lah. Kalau dia mmg jenis yg gedik, confirm lah sengaja mengada. Kalau dia mmg type innocent tuu yg baik baik jee, it's sweet :D And takde kena mengena langsung pun dgn that Dahlia haha. Depends lah Aira tu mcm mana :)

nhmnrh said...

violetless

tapi niat dia baik........ hahaha

nhmnrh said...

kak arelynn

alamaaak... aira tu tapenah borak pun dgn muhamad & dahlia tuuu :(

nhmnrh said...

fina

thanks fr the opinion :))

nhmnrh said...

kak noi

ha ahh kan kak noiii THAT is not mengada. even tak ada pun ayat menggoda pacar orang dlm surat tu -.-" emo tetiba.

nhmnrh said...

ana

hehe, ha ah kan. thanks btw :))

nhmnrh said...

zafirah

yesss the guy is so damn hot bebeyh. HAHAHA.

nhmnrh said...

umi

alaaa kenapa? :((

nhmnrh said...

fawani

hhaha,, boleh sangatttt :D :D sep sikittt.

nhmnrh said...

anonymous

thank you very much!!!

nhmnrh said...

eyna

sangat setujuuu ! :D ur pendapat bernas gila boleh taaaak? suka suka!