Tuesday, November 24, 2009

langkah pertama ke Souq.

We were on our way to Souq Ad-dirasat *muka teruja (walaupun tak nampak)*

Ini cerita hari Jumaat yang lepas. Sebenarnya nak cerita kelmarin tapi masa macam tak bagi I tumpang lalu ke apatah -.-" Oh tak tak. I mengisi hari Jumaat dengan menselesaikan objektif kes ke-enam dengan penuh dedikasi, HAHA. Tak berganjak dari depan komputer, you know. Konsentrasi ditumpukan sepenuhnya pada objektif. Ye lah, Ahad dah nak present tak kan aku nak biar kerja bertangguh, ye tak? Heh.

Dengan persediaan presentation yang tiga malam berturut-turut kena keluar malam (very risky ini sumpah taknak buat lagi dah T___T Err, tapi hari yang tengah I tak da keluar, HEHE).

Okkay giliran pergi ke pasar adalah secara berganti berselang antara housemates sekaliannya maka kali ini adalah giliran kitorang menapak ke sana (Err, patut cakap I yang first time pergi ke Souq neh T___T Syifa dah tiga kali, Ehem).

Sebenarnya I masih lagi penat dan sakit kepala kerna baru lepas balik daripada berjimba dengan teman serumah daripada malam semalam sehinggalah petang tadi. Sumpah rasa nak collapse sekarang. Tak kira, depan komputer ni jugak aku nak rebah Ewah. Maka biarlah gambar yang berkata-kata. Caption semestinya ada, anda duduk saja di situ diam-diam dan baca. Easy job, no? :)
Souq Ad-Dirasat neh terletak di Dirasat. Serius tak faham apasal ramai yang cakap macam taubat gilaa tak nak pergi sini. Dia sangatlah berupa pasar. Habis kau nak pasar jadi rupa apa? Hypermarket? Perghh, boleh blah ka tak boleh blah mind set engkau ni heh? *Ayat tersebut tidak bertarget. Kalau rasa-rasa macam berapi hati tu, mintak sorry. Raya Korban dah nak dekat, HEHE. :)
Sesi mempilih kentang yang berkualiti dan bertanyakan harga. Di Mesir ni tak boleh segan nak mintak kurang harga. "Mumkin tahfid shuwaiya?" (Boleh kurangkan sikit? -- Harga I mean) merupakan kata-kata wajibul titkallim ! :D Oyya, orang Egypt ini adalah sangat lemah bila perempuan Malaysia bermain tawar menawar, HAHAHA. Tak sampai lima minit I membuat ayat hilwa (manis), dia dah cakap masyimasyi (okayokay). Weeeee.

Flasback; Teringat dekat Port Said dulu lelaki semua ternganga dengar harga comforter kitorang sebab murah sangat dan menyesal diorang tak tawar harga. HAHAHAHAHHA. Aisehman.

P/s: Surprise birthday party for my housemate menjadi walaupun NOT according to plan... Much better I must say. :) Entri special tentang itu akan menyusul. YouTube adalah sangat lembab! Haihh.

Whatsoever: ily. ♥

6 comments:

fawani said...

kenapa payung-payung dia comel sangat! stripe2 ngan stars! naaakkk pergi situ tangkap gambar dengan payung comel boleh tak? T____T

░♥si lampu neon♥░ said...

payung ;)

Nurulhana2000 said...

kentangnya masih bertanah lagi ek Nua?

nhmnrh said...

fawani

haha. lai lai lai. kita naik tremco together heh. pasti tak nak datang lagi, HAHAHAHA.

nhmnrh said...

neon

haha. yeah, payung. ;)

nhmnrh said...

umi

hee, ha ah mi. masih bertanah. huhu.