Tuesday, November 10, 2009

I would never. ever.

Aku selalu tak nak naik teksi waktu ada di Malaysia. Bukan sebab aku rasa kalau naik teksi tu macam akan jatuh standard (tak boleh blah fikir macam ni) tapi aku memikirkan keselamatan aku. Ye lah, zaman kanak-kanak aku dihidangkan dengan kes-kes jenayah yang melibatkan pemandu teksi ni. Aku tak nak sebut kes apa, engkau boleh fikir sendiri. You are smart enough :)

Ke... . Aku banyak sangat mentengok drama Gerak Khas? :O Ini semua pengaruh nenek terchenta, HAHAHAHAHAHAHAHHAHAH. Tak leh blah addicted dengan Gerak Khas ouh. Sekarang dah tak dah *Bangga (ceh, tetiba).

Tapi itu dulu. Sekarang di Mesir ni, kalau engkau tak nak naik teksi, hah, menapak la engkau ke sana ke mari. Aku pun tak ada kesah sangat nak menjadi golongan pejalan kaki yang bergaya (ehem) kerna bukan ke macam jauh perjalanan luas pengetahuan sejauh mata memandang? (biar aku bagitau awal-awal yang aku reka pepatah ni). Okkay tak sedap bunyi dia -.-" Walaupun makna dia macam ada ciri-ciri bombastik, HAHA.

Macam tadi. Kitorang (Syifa, Chitah, Husna dan yours truly) pergi ke Sikah kerna nak membeli barangan stok musim sejuk macam glove, mafla, heater dan barangan yang seangkatan dengannya. Memang hell sangat la nasib nak mendapatkan teksi di panas yang terik ni Omaigod (!) Err, ya. Cuaca dah panas balik T___T Gedik je cuaca hari tu nak sejuk. Saja je dia main acah-acah kitorang. Grrr >:( Padahal kalau ikut senior musim sejuk belum ada tanda-tanda nak masuk pun #$@$@&^ HAHA
Winter attire tetap dibeli karang dah masuk musim sejuk betul-betul karang glove dari 4 genih terus jadi 10 genih siapa nak menjadi tukang mentawar dia? Arab ni bukan boleh percaya sangat tadi ada sorang pakcik jual glove 5 genih bila kitorang tak nak beli dia turunkan 4.50 genih tapi kitorang nak ronda dulu sekali bila datang balik dia dah tak nak kurangkan dah -.-" Sangat damn, kan? Heh.
Muka excited pakai glove :O Jakun, jakun. HEHE.

The portable heater !

Masa nak balik dari Sikah tu lagi lah azab, ya Allah. Rasa nak menjerit biar satu Mansoura dengar kott. Satu demi satu teksi kitorang tahan cakap nak pergi Syari' Gihan tak ada satu pun yang nak wei apa teruk sangat ke Syari' Gihan neh? (emo tetiba). Dari satu port ke satu port kitorang menapak untuk dapatkan port terbaik nak mentahan teksi. Sayang seribu kali sayang .... . (Isi sendiri tempat kosong aku malas).

Serius cakaplah banyak kot sumpah seranah yang keluar siap cakap, "Ooooo, engkau berlagak dengan kitorang tak nak amek, kau tunggulah malam nehh. Aku ikat siap bakar teksi kau" HAHAHAHA. Gila emo. Ini belum hari Jumaat lagi neh, HAHAHAHAHAHHAHA. Apeeeekahh? -.-" Nak dekat SATU JAM SETENGAH kitorang menunggu teksi tahu taaaak? Macam nak berantakan dah badan tulang temulang semua T_____T Omaigod what an experience laah. Pergi Sikah always like this. Haih, benci benci.

I would never. Ever. Pergi sikah lagi kecuali perlu wei. Tak sanggup daaah *rolling eyes.

3 comments:

arelynn said...

bykkan bersaba cik nunu chan ...

hey huns; said...

OMG nuhaaa i fhm perasaan youuu. hahaha. I went to sikkah on saturday tp i sorg je perempuan and yg lain guys. We didnt have that much of a cab trouble tp tatau knp lately org Arab mcm pandang pelik je bila nampak perempuan. I felt that way. & sesak kot tempat tu. & IDK why jugak knp sika tetibe bertambah kotor lately. & did u know that if girls tawar-menawar dgn penjual laki they'll give us je ? Haha advantage babyyyy. :D Ok i tatau knp i ckp byk kat sini ignore me. :P

Nurulhana2000 said...

Cabaran sikit je syg, nasib baik pergi ber4.
Gambar blender upload la nua, mi nak tengok.