Sunday, November 29, 2009

feeling's autopsy;

Sangat fascinating mentengok student lelaki Malaysia bergotong royong macam ni.

Macam sangat style kalau kita buat autopsy ke atas perasaan sendiri. Atau dalam kata lain, kali neh aku nak membuat analisis terhadap perasaan aku tentang beraya Aidil Adha tanpa keluarga di sisi. Err, salah ayat neh. Sekali lagi sekali lagi. ... tentang beraya Aidil Adha tanpa keluarga KECUALI sepupu di sisi. Hah, ni baru cun ! :)

Pagi raya aku tidur balik lepas subuh dan hanya bangun setengah jam sebelum nak pergi bersolat Hari Raya di Blok B; berimamkan abang-abang PCM (Perubatan Cawangan Mansoura). HAHATABOLEHBLAH. Nasib baik sempat aku nak bermandian dan mensarung baju raya (la sangat padahal pergi kuliah pun baju tuuu jugak) Haih. -.-" Aku orang yang sangat peculiar dengan baju. Baju yang sama tak boleh dipakai dalam minggu yang sama dua kali. Ingat. HAHAHAMBOIAKUNI.

Dengar takbir laungan abang-abang PCM adalah sangat syahdu. Noktah. Aku menahan air mata lah tapi. Segan kot dahlah aku makmum barisan yang paling depan T____T. Tak percaya pergi tanya Husna berapa banyak kali aku cakap aku segan bila abang-abang PCM tu sampai dan duduk depan aku? Alahai. Abang-abang PCM ni pun penyegan jee HAHACOMEL.

Okay sila dengar sini. Di pagi raya tersebut aku bersarapan buah strawberry berlaukkan susu pekat serta coklat Ferrero Rocher. Terbaik, no? HAHA. Aku pun tak tahu bagaimanakah aku boleh macam tu punya kental mentelan makanan macam tu di pagi raya. Err, tapi lepas Zuhur tahu kah aku melantak nasi impit (buatan sendiri, Ehem) berserta Ayam Masak Merah, Daging Lada Hitam dan juga Puding karamel. Itu terbaik gila.

Pada paginya aku mentolong mengupas bawang lepas tu pergi usha lelaki sekaliannya melapah daging. Kupasnya sekejap, ushanya yang lama. HAHAHAHA -.-" Itu yang di atas sana tu antara gambar yang aku berjaya tangkap semasa sesi pelapahan dagingdaging lembu. Bila kaum lelaki pergi bersolat Jumaat kitorang yang perempuan ni pulak sambung melapah ! Serius weh tangan aku berlumuran darah dah memotong dagingdaging yang pure dari badan lembu :O

Kalau nak melihat lebih lanjut apa yang berlaku sepanjang sesi pelapahan, rajin-rajinkan lah jari untuk klik sini. Memang pengalaman la aku mentengok semua ni dalam jarak dekat. Selalu kalau kat Malaysia tu mesti aku dok berdiri belakang pagar je T___T Nak tengok dekat macam semalam? Hah, harapaan. Mesti kena rempuh dengan budak lelaki punya. Heh.

So far, aku tak macam sebak sangat (like I have expected) pun sebab suasana dia meriah dan ramai budak Alexandria datang Mansoura so we were actually catching up and yadda yadda. It was a wonderful day after all. :) Gosh, can't believe I am the one who said this. Teeheehee.

See? I told you budak Alex datang Mansoura. Kalau taak, Syrrul and I would not have met. :') Seronokkk rupanya beraya kat sini. Entah siapa entah yang cakap nak balik Malaysia hari tu lepas tu bila dia bagitau ayahanda dia, ayahanda dia suruh naik kapal tongkang tak pun naik kapal kontena balik Malaysia T____T Err, siapakah? HAHAHHA.

Acara pada pagi semalan lebih meriah la tapi. Dengan persembahan silat, nyanyian semua bagai. Perghh, memang rasa semua orang pun macam keluarga je. :) Yes YOU. You are one of my family here. HIHI. Untuk lebihan gambar, klik sini.

P/s: Mansoura has slowly started to feel like HOME. :) Hari ni my bestfriend; Nabihah datang dari Alexandria OMAIGOD GILA TAK SABAAAAR ! *Screams out loud*

1 comment:

Nurulhana2000 said...

Alhamdulillah, I am grateful that you are adjusting well there...
We are proud of you dear. Keep it up.