Wednesday, November 4, 2009

bercakap tentang dia.

This is simply what I feel inside my heart. For him.

Dia.
Lelaki aku selalu jenguk perilakunya di celah-celah lautan manusia di Kota Mansoura.
Dengan ekor mataku, tentunya *Senyum.
Lelaki yang selalu membiarkan aku tersenyum tersengih tergembira,
katakan apa saja.
Di tiap kali aku berkata dan bercerita tentang dirinya.

Ya, dia. Lelaki yang gemar bersongkok berbaju melayu itu.
Lelaki yang sering aku klasifikasikan tingkahnya sebagai 'comel'.
Yang kemas tutur katanya.
Yang molek peribadi dan akhlaknya.
Lelaki yang sayang akan agamanya *Senyum lagi.

Semalam.
Kalau tidak kerana aku berjalan bersama teman serumah...
Aku hampir-hampir mahu memilih jalan lain untuk pulang dari kuliah.
Hanya kerana dia ada di depan mendahului perjalananku.
Di saat dia berhenti dan berpaling,
Di ketika itu juga aku merasakan langkahku seakan mahu berhenti.
Lucu, kan? *Sengih.

Ah. Aku seharusnya tidak membiarkan angan-angan yang tidak-tidak mengangguku.
Menganggu tugasku, amanahku, tanggungjawabku.
Lagipun... .
Entah-entah aku saja yang berkhayal untuk menegur dan menyapa secara terangan.
Sedangkan dia... .
Walaupun mungkin sudah kenal aku siapa,
Barangkali tidak akan pernah memulakan segalanya.
Sesungguhnya aku Redha *Senyum.

Nuha Muneerah//4 November 2009//12.13 am.

19 comments:

syarifah radiah ibrahim said...

amboih.
siapekah gerangan itu?
huhuhuhu~~

Cik Dila said...

erk...
macammana dengan pak arab kedai printer tuu..?kasih sudah beralih arah ke..?
hehe..moga nuha dipertemukan jodoh dengan dia..amiinnn

nhmnrh said...

kak radiah

biarlah menjadi rahsia hati nuha yeee ;) hehehe. dia pun tak tahu dan mcm lebih baik kalau dia tak tahu kottt :))

nhmnrh said...

cik dila

pak arab tu minat saja2 :P
nice to see but not to fall for. emak dah pesan tanak pak arab, HAHAHA.

ya Allah, apasal baik sangat doakan jodoh kitorang niii...? omaigod, terharu :')

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

secret admire nih.. suke dalam diam eyh?? :)

nhmnrh said...

aisumi

alamak, kantoi dah :O HAHA.
suka tengok dia jeee. sbb dia mcm 'indah'. HAHAHAHAHHAHAHHA.

FiNa said...

oooowh nuha,,,

blaja! blaja!

syarifah radiah ibrahim said...

ahah.
biase lah tu minat2 orang dari jauh. huhu~
tapi jgn excited sangat lah.
susah kott nak minat orang dalam diam. nanti merana sendiri.
(pengalaman ke heh? hahah!!)

Fasya said...

emm lovebug C:
hehe
tak sabar nk dengar sambungan love story ni C;

haha :D

xoxo

hey huns; said...

OMG I WONDER WHO NUHAAA haha. :D :D :D

nhmnrh said...

fina

belaja ttp menjadi keutamaan! NO COMPROMISE :))

nhmnrh said...

kak radiah

yeaaaa, sangat biasa :D
hehe, dah pernah makan diri banyak kali kott bila pendamkan perasaan.
sampai teremo-emo padahal org tu tak tau apa-apa pun -.-"
Macam lawak jeee.

tapi... . rahsia di hati tak siapa yang tahu, HAHA. curi quote aisya sofea :P

nhmnrh said...

fasya

fasyaaaa, sorry to dissapoint you but there's not gonna be any sequels for this love story. well, sort of.

i dengan dia mcm from two different world. macam langit dgn bumi. NOTHING will happened, sadly :)

nhmnrh said...

hani

HANIII YOU BETTER STAY OUT OF THIS, HAHHAHAHA :P

Naddie Anuar said...

so sweet!!!
diri sendiri la plak terasa bess~

Nurulhana2000 said...

Indahnya dia kerana keagungan Penciptanya . Indahnya dia juga perlu diukur dari akhlak dan imannya. Indahnya dia juga perlu dilihat dari hubungannya dengan Allah, RasulNya, ibubapanya dan makhluk sekeliannya...

Keindahan itu dijadikan Allah untuk kita agar kita lebih mensyukuri dan menghargai nikmatNya.

Semoga keindahan tidak mengundang kealpaan atau kekecewaan...

nhmnrh said...

kak naddie

sweet eh? HIHI.

p/s: bukan kak naddie dah penah rasa ke perasaan neh dgn abg faiz? :P hehehehehe.

nhmnrh said...

umi

thankyou so much, mi :))

syifa said...

huhuhuhu...kte serumah mmg ske sangat memendam perasaan...ble org tu ckp ngn pompan lain ke, ape ke, kite yg minat die dalam diam ni yg merana...die tau ape???susah kott jadi perempuan...pantang nmpk laki baik sikit, hensem sikit, terpikat....balik umah angau...tensyen2..adakah lelaki mempunyai perasaan sebegitu juge???