Saturday, October 10, 2009

yang kamu patut tahu.

... tentang Mesir, tentang Malaysia buat apa anda semua sudah EXPERT! :)

Sekarang biar I membagitahu sikit-sikit pasal Mesir nih, HEHE.
*from my point of view, tumpang lalu. Kalau ada yang tak setuju, duduk diam-diam di sana.

  • Mesir adalah Bumi Anbia'. Okkay yang ini macam tak payah nak bagitau lagi tapi tak apa, ini point yang penting sekali dalam semua point, HAHA.

  • Mesir ada dua musim; sejuk dan panas. Maka jangan fikir Mesir panas sepanjang tahun ke apa, tak ada. Nehi nehi. Musim sejuk boleh mencapai 8 darjah celcius kau tau. Tapi musim panas memang panas lah weh. Takkan bersalji pulak :P

  • Cuaca di Mesir adalah berangin dan kering. Kalau kena angin dia memang boleh menggigil sekejap. Sekejap je, HARHAR. Nak nak lagi macam sekarang dah nak dekat Musim Sejuk (hoyeahhoyeah) memang kalau engkau tak mandi takkan ada siapa yang perasan sebab tak berbau. Serius tak tipu. I dah try semalam. HAHAHAHAHAHAHA.

  • Tong sampah ada di mana-mana saja. Err, faham kah ini ayat perli? -.-" Sebenarnya nak bagitau yang sampah boleh ditengok kat mana-mana macam tepi jalan, dalam longkang, depan rumah, dalam kedai, semualah semua. Kalau masih tak faham, orang Mesir ni suka buang sampah merata ikut daan dia jeee, tumpang lalu.

  • Trafik dia sentiasa tak nak kalah. Bukan orang main racing atas jalan ke apa tapi diorang ni setiap dua saat pergi mentekan hon bertalu-talu. Dengan pejalan kaki lagi hebat dia tekan hon weh macam nak gugur jantung setiap kali nak lintas jalan dahlah asyik tersalah tengok arah laluan jalan sebab berlawanan dengan Malaysia (!) Splendid sekali. Heh.

  • Sila jangan berangan konon bangun pagi-pagi nak pergi beli barang ke apa. Anda takkan berjaya. Tak guna pun pergi restoran pukul 9 pagi dengan cita-cita nak bersarapan. Sebab apa? Semua kedai dibuka pada pukul 12 tengah hari ya. DUA BELAS. Maka minggu pertama di Mesir ni aku tertanya-tanya satu soalan. Orang Mesir ni tak sarapan ke hah?

  • Perbezaan masa antara Mesir dan Malaysia adalah sebanyak ENAM jam. Maka kalau engkau mentengok aku online pada jam 4, 5 pagi waktu Malaysia, jangan ditanya kenapa I tak tidur lagi heh kerna di Mesir baru pukul 10, 11 malam. HOHOHO. Paling macam lawak adalah bila kitorang kat Mesir sini baru nak tidur dalam pukul 12 malam tu, korang kat Malaysia dah pukul 6 pagi -.-" Hai-Oh.

  • Waktu solat adalah totally berbeza weh. Terkial-kial lah jugak I nak membiasakan diri. Subuh macam ada sekali dua terlajak T___T. Engkau bayangkan Subuh pukul 4.30 pagi (!) Zuhur pukul 11.52 tengah hari, Asar pukul 2.59 petang, Maghrib pukul 5.28 petang dan akhir sekali Isya' pukul 6.46 petang. Biological clock I memang ranap habis dah, HAHA.

  • Orang Mesir kuat menipu. Bukan ayahanda saja kata, I have experienced it myself. Nanti I cerita betapa punya dugaan nak elak dari kena tipu dengan Pak Arab neh. Dia tipu memang kaw-kaw punya serius tak tipu. Hampir menangis kot aku kena paw dengan diorang neh. Rasa nak lari balik Malaysia naik kapal tongkang!

  • Perempuan di Mansoura adalah sangat stylo dressing dia I do not lie. Macam barbie doll sungguh diorang neh. Yang Pak Arab jangan tanya I tak heran dan terpikat sikit pun. Naik takut lagi ada. Nak tahu apa pakaian rasmi diorang? Inner! Yes, inner. Diorang pakai inner, pakai dress seksi the vass, POOF! Lawa gila. Belum tengok cara diorang lilit selendang lagi Ya Allah. Mula-mula memang terkejut jugak sebab macam ingatkan Mesir equals to jubah dengan purdah -.-" Sekali... hambik kau, fancy gila!

  • Akhir sekali. Mesir ni banyak tempat indah-indah view dia tak payah cakap lah kaaan. Setakat ni I baru pergi Port Said dengan Pantai Raksu Bar. Itu nanti I cerita lain kali kerna kejap lagi nak pergi kedai runcit Mahmud untuk beli RAK, TELUR DAN CILI. Weee.

Selesai dah sesi pengenalan tentang Mesir. Harap anda semua terhibur :P Kalau ada nanti I tambah lagi, HIHIHI. Salam :)

8 comments:

ღn0n0iღ said...

Wooooooooooooott...
Kena tipu ngan Pak Arab (doh) --> icon plurk..
Hati2 kat sana tu ek...
Take care tau Nuha..
Nanti update le lagi view yang indah2 tu..ehehehe

Love,
Kak Noi.

nhmnrh said...

kak noi

tau tk pee kak noiii.
mcm apa je pak arab nehh.
haih.
thankyou so much, kak noi.
insyaAllah, nuha jaga diri HEHE. && gmbar pun insyaAllah jugaaak :))

xoxox

aien said...

ee ! tak suke larh . restrn bukak kul 12 jeh ka . ish ! da larh i kuat makan . dorang tu mmg tak serapan kowt .

fawani said...

ahaha.kena tipu ape nuha dgn pak arab?aiyoyoyo kejam sungguh mereka. hue. n nak request something. snap la a few pics minah-minah arab yg stylo itu. mau jadikan fashion icon. ececece >__<

nhmnrh said...

aien

tau tk peee. ada ke patut bukak pukul 12. hawau lah arab neh, HAHAHA.

nhmnrh said...

fawani

pak arab mmg kejam seh :( minah2 arab stylo? hehe. boleh jeee, nnti kita tangkap heh. hihihi.

Hidayah Baik said...

angin kuat and berangin?
mcm kat melbourne la, heatwave haritu panas terik gile.
tapi yg bestnye ramai mat saleh bukak baju HAHAHAHA

kat sane takde pak arab bukak baju? kehkeh. pak arab hot jugak whattt

p/s: PLEASE TEPEK PAK ARAB YANG HENSEM

nhmnrh said...

hidayah

kat sini tak terik, hidayah tp panas je :P

hai-Oh. sini arab mana berani bukak baju meh, HOHOHO.

p/s: akan diconsider ! :D