Wednesday, October 21, 2009

sampai balik giliran.

Di waktu aku menaip ni, jam di Mesir ni baru pukul 1 petang lebih. Kalau di Malaysia (tanah tumpahnya darahku, tsk tsk. Emosi tibatiba) aku pasti mesti dah pukul 7 lebih kerna perbezaan waktu di Mesir dengan Malaysia semasa musim sejuk adalah sebanyak 6 jam. Tolong catat informasi ini sekarang. Sekarang. I malas nak ulang banyak kali dah. Malas.

Kenapa I ada di depan laptop semacam penganggur berhias saja lagaknya? Ehem. I dah pergi kelas seawal jam 7.20 pagi tadi untuk Practical Biochemistry. Suka main tuduh-tuduh tau, HAHAHA :P Memandangkan kelas hanya satu jam dari 8 pagi hingga 9 pagi, I sudah sampai rumah pukul 9.30 pagi tadi. Weeee.

Statement of the day: Sangat bahagia kalau setiap hari pun macam ni kelas sebijik saja satu hari ! :D

Okkay okkay, enough of that. Sebenarnya nak khabarkan yang lebih penting. Tahukah malam ni sampailah giliran I untuk memasak hidangan makan malam? Taaak, I do not lie. Nuha Muneerah Abd Hakim (yang jarang-jarang memasak tapi sekali dia masak memang Umphh! KAHKAHKAH. Exaggerate sikit), akan memasak pada malam ini.

Menu dia? AYAM MASAK KURMA, tumpang lalu banyak sikit I nak menggoncang dapur ni, HEHEHE. Terima kasih secara banyak kali kepada emak terchenta yang sanggup mentepekkan resepi khazanah beliau di blog untuk membolehkan I memasak. Terharu sekali :')

Untuk teman serumah tersayang, biar I pesan awal-awal.

Korang, kita baru first time nak masak Ayam Masak Kurma nih. Makan dah banyak kali lah tapi (HAHA). So, kalau ada ramuan yang terkurang atau terlebih tu, mintak korang telan je lah sampai habis ya. Ouh, pura-pura lah cakap sedap okkay walaupun mungkin rasa dia tak seberapa T___T.

Maka mari lah kita lihat apa hasil masakan I nanti heh, HIHIHI. InsyaAllah I tunjuk rupa hidangan tersebut kalau tak terlupa nak mentangkap gambar. Brrrr. Ketaq seh.

4 comments:

violetless said...

gudluck dear masak tu..sila rasa sebelum hidang takut terlebih,terkurang pape..heheh

Anonymous said...

Salam Nuha, ni auntie Ida lagi. Kalau Nuha nak resepi gi jengah kat blog auntie http://1001resepi.com/(ewah! auntie ni nak promo blog pula). Taklah, bukan nak promo. Banyak lagi resepi website lain kat internet nikan, blog auntie ni salah satu lah. Auntie pun ada cakap ngan Hani kalau tak tau nak masak apa, ikut jelah resepi auntie kat blog tu. guarantee jadi....:)

nhmnrh said...

violetless

heee, thankyouuuuu ! :D hehe, dah rasa daah :))

nhmnrh said...

auntie ida

hehe, terima kasih sangat2 auntie ! :D insyaAllah, bila dah buntu sangat nak masak apa, blog auntie tempat first sekali yg nuha refer :)

thankyou so much yee auntie ;D