Monday, October 12, 2009

Port Said penuh dugaan.

6 oktober 2009 (part I).

Sumpah aku tak exaggerate langsung dalam tajuk kat atas tu. Memang Port Said tu menakutkan (bagi aku la tak tau pulak kalau ada orang yang rasa Port Said tu indah sekali -.-") kerna macam banyak gila dugaan doe aku rasa depressed tiba-tiba. Hmm, ye laah. Aku ni dah biasa ada dalam my-so-called "comfort zone". Heh.

Journey from Mansoura to Port Said took about two hours or so. Lamaaa weh sampai tertidur la sekejap sambil terhentak-hentak kepala aku neh pada tingkap bas >:/ Okkay apasal bunyi dia macam funny padahal sebenarnya aku tengah express kan kejengkelan -.-"

Dan tujuan ke Port Said ni selain daripada nak menjamu mata ke bandar orang adalah untuk membeli pakaian MUSIM SEJUK nanti heh macam baju sejuk dan comforter sebagainya. Teruja jugak aku sebenarnya sebab macam WOH WOH FIRST TIME NAK PAKAI BAJU SEJUK NEH :B Excited gila kaaan? Dari ayat tu je dah boleh tahu, HAHAHA.
This is an absolute-all-time Best Buy (!) Like seriously. You won't believe by how much it costs me. 50genih je weh. Nampak macam mahal eyn sebab bunyi dia LIMA PULUH tapi kalau convert dalam Malaysian Ringgit, tahu kah harga dia cuma RM30? See! See! Murah gilaa I do not bluff. Tapi macam yang I dah membagitau, memang hari pergi ke Port Said ni banyak sangat dugaan T___T.

Dugaan Satu
.

Memandangkan waktu Zuhur di Mesir ni pukul 12 lebih sikit macam tu, (dan rombongan kitorang sampai Port Said pun nak dekat pukul 1 petang), maka kitorang pergi tunaikan solat di masjid berdekatan. Bila dah sampai masjid tu, semua orang tertanya-tanya mana arah kiblat sampai lah datang seorang perempuan berjubah hitam dan berpurdah. Susah sebenarnya nak terangkan dengan perkataan. Kejap aku pergi lukis.
Haa, okkay. Perempuan arab (yang HATI BIRU dalam rajah di atas) pun tiba-tiba datang dan buat isyarat takbir ratul ikhram sambil cakap "Hena hena (sini sini)" sambil tunjuk ke arah anak panah purple tu. Maka kitorang pun balas "Aywah aywah (ya ya)" dan rasa bersyukur sangat sebab beliau baik hati pergi tunjukkan arah kiblat. Macam tahu-tahu je yang kitorang tengah runsing (eceh).

Nak dipendekkan cerita, bila aku dah selesai tunaikan solat jamak qasar, datang pulak lagi satu perempuan arab tegur kitorang kat pintu masuk. Haih. Kejap aku lukis lagi.
Beliau pulak pergi tunjuk arah kiblat yang secara holistiknya bertentangan (!) Rasa pucat lah kejap wajah neh. Bayangkan orang dah ramai guna arah kiblat yang awal tadi semua kena solat balik. Err, paling malang bila diingat balik, mungkin perempuan arab yang pertama tadi sebenarnya TANYA arah kiblat pada kitorang, bukannya BAGITAU. Lagi malang bila perempuan tu dah lesap, tak sempat nak bagitau kiblat dia salah -.-"

Dugaan Dua
.

Disebabkan sarapan ala kadar pada paginya, tengah hari tu memang lapar giddan giddan (sangat sangat) sampai dalam masjid pun aku boleh merengek lapar T___T tsk. Maka senior yang lead kitorang pun tolong pergi cari kedai makan. Biar aku habaq, kedai makan dia NAUZZUBILLAH, aku boleh berwirid panjang laa di tempat kejadian.

Kau imagine sekarang. Dengan meja yang berdebu macam dah setahun tak guna ke apa tah, banyak lalat mengawan dan paling splendid, bila betul-betul atas meja yang kitorang duduk tu, tergantung sarang burung. Maka bila angin bertiup, DZUDZUDZU makanan/pasir/bahan buangan burung tu jatuh atas makanan. Serius macam 'EWWWWW' gila, ranap habis selera I.

Dugaan Tiga.

Yang ini kes hampir kena tipu dengan Pak Arab (!) Masa tu aku nak membeli comforter tapi disebabkan harga dia 250 Genih, aku taknak lah membeli dia, sampai tiba-tiba tukang jual tu bagi kurang jadi 200 Genih. Kitorang mintak kurang lagi jadi 190 Genih dia geleng-geleng tapi akhirnya Pak Arab tu bagi jugak. Memang bersyukur sangat lah.

Disebabkan tak ada duit kecik, aku pun membagi 200 Genih dengan harapan dia pulangkan 10 Genih. Kitorang tunggu punya tunggu, macam-macam dia ajak berborak. Aku dah memang tak sedap hati heh. Berborak sampai dia ajak ambil gambar bagai. Akhirnya bila kitorang tegaskan nak duit baki, dia geleng-geleng.

Olomak aih Arab nii. Aku dah rasa sebak kot memikirkan 10 Genih yang lesap macam tu je, HAHAHA. Emosi betuuul. Akhirnya bila senior lelaki; Atiq, datang dan berkeras dengan dia, dia pulangkan jugak baki aku (!) Heh. Serius cakap la, lepas selesai pulangkan baki tu, aku menangis. Sumpah tak tipu. Rasa homesick tiba-tiba weh. Punyalah hebat penangan dia.

Dugaan Empat.

Yang ini dugaan yang paling besar dalam semua dugaan kot T____T tsk tsk. Dalam perjalanan balik dari Port Said, kitorang kena tahan dengan pihak kastam Mesir. Mahunya tak berdetak dengan lebih kencang jantung aku neh. Habis dia suruh kitorang semua turun dari bas bawak barang masing-masing.

Dipendekkan cerita lagi, kastam tu suruh kitorang bayar 50 Genih untuk satu comforter. Engkau bayangkan. Mesti lah kitorang tak nak bayar. Senior yang ikut; Atiq punya heroic pergi confront Pak Arab tu tanya "Leih?! (kenapa)". Dah bertekak kitorang kat situ. Bila tengok kitorang berkeras tak nak bayar, dia turunkan 20 Genih, lepas tu boleh pulak turunkan jadi 15 Genih. Total semua 300 Genih (!)

Ada ke patut Pak Arab tu kata kalau tak nak bayar, pergi naik bas tapi tinggalkan barang-barang kat situ. Hek eleh arab nii. Ingat kitorang beli comforter tu pakai apa? Pasir ke! Akhirnya sebab tak tahan dengan jerkahan arab(s) tu, Atiq pergi call Ustaz Halim. Nasib baik lah Ustaz Halim ada weh. Kalau taaak, dah sah-sah kena bayar!

Sumpah bila dah selesai semua tu, aku rasa macam nak menangis saangatt I tell you. Jantung macam nak gugur. Memang rasa sebak sangat-sangat sebab hari tu macam banyak gila dugaan kot. Haih.

10 comments:

Nurulhana2000 said...

Itu lah dinamakan kehidupan sayang. Semua pengalaman itu akan menjadi asam garam yg akan lebih mematangkan kita dan menghargai apa yg selama ini kita 'take for granted'. Do take care of yourself. Doa umi dan abah sentiasa mengiringi setiap langkah nuha di sana.

arelynn said...

byk bersabar nuha ...
mmg mcm tuh kalo duk negeri arab ...
dulu akak gi jadik tourist pun diorg pau gile2 makanan + minuman .. nak masuk toilet hotel pun kene byr duet .. bayangkanla .. toilet jotel yang kite duduk .. bengang tak bengang gak la ... nak beli souvenir pun takut kene tipu harge dier yang sebenarnyer tak mahal mana pun .. bwk bersabar ye ... lama2 awk da biase ok Insya Allah ....

eyra said...

sabar je laa sys ye
duk kat tmpt sndri pon mcm2 dugaan kene tempuh
inikn pulak kat tmpt org
byk bersabar ye
setiap yg jadi pasti ada hikmahnye :))

nhmnrh said...

umi

thankyou so much, mi <3
iloveyou :'))

nhmnrh said...

kak arelynn

pak arab ni ah kerja dorang eynn. mengepau jeee T___T tsk.

thankyou sangat, kak alinnn.
really appreciate it :))

nhmnrh said...

eyra

mmg dh bnyak kot bersabar, HAHA.
thankyou ouh ;)

Hidayah Baik said...

kesian gila bila baca. biasalah, first time jauh ngn family (eh yeke? HAHA)

ok gud luck kat mesir. gila best ohhhh - aini syahirah kat sebelah tumpang baca ur bloh haha :)

nhmnrh said...

hidayah

kesian kaaaan? sadis gila kottt, HAHAHA. eihh, ni dh yg kebanyak kali tp lain ;P

btw,, kirim salam kat aini ! :D ckp dgn dia, thankyou fr reading heh, HIHI.

hudadida said...

hehe..sonok bace pengalaman nuha kat tanah arab..
semoga cihat selalu..=]

nhmnrh said...

hudadida

hehe, terima kasih ! :D