Saturday, October 31, 2009

pesanan untuk diri sendiri.

Yours truly. Nik. Husna. :)

Satu. Mulai sekarang tolong tahan diri daripada online dua puluh empat jam satu hari satu malam (Sila yakin ini adalah metaphore semata-mata -.-"). Oh. Tolong jauhi Farmville beliau sangat addictive macam dadah. Ingat Farmville ingat dadah. Kita jauhi dia sekarang. Hah, macam boleh ! *Garu kepala.

Dua. Khamis minggu depan ada FAKE EXAM ye sila mula belajar dari sekarang. Walaupun dia berciri fake dan macam acah-acah saja bunyi dia, dia tetap sebuah exam. Ambil perhatian yang markah fake exam tersebut macam membawak maruah sendiri ke mata Professor :O Overly describe, HEHEH.

Tiga. Kalau buah durian jatuh atas ikan patin, tolong lah ingat yang ikan patin si ikan sungai tak pernah sedap kalau dimakan dengan tempoyak. EWW. (This is an ultimate secret. Sesiapa yang tahu, korang baik diam sekarang. Lagi-lagi kau yeee Chitah ! You have been warned, HAHA).

Empat. Kena cari jalan penuhkan hari Jumaat dengan pelbagai aktiviti supaya tak berkeadaan emo penat woh setiap kali Jumaat pun nak emo. Heh. Mungkin patut pergi kuliah jugak pada hari Jumaat walaupun hari Jumaat Egypt macam public holiday dan pakcik jaga macam tak bagi masuk. Tak apa tak apa, niat itu penting.

Lima. Tadi pergi jumpa Abang Arab kacak lagi baik hati yang bagi cable printer secara percuma tempoh hari untuk beli catridge ink yang dah hampir habis. Sumpah terubat rindu pada beliau :') I know it sounds partially gross and all but I don't give it a damn, HAHA. Err, sila jaga hati jangan bagi dia berbunga sangat walaupun kawan kepada beliau punyalah ramah mempromosikan Abang Arab Kacak 8)

Kawan Arab Kacak = KAK. // Abang Arab Kacak = AAK.

KAK: He (sambil tunjuk Abang Arab Kacak) is a very nice man. A good Egyptian.
Nuha: (Hanya mampu tersengih sambil pandang Abang Arab Kacak).
KAK: He is a good man you know. He is not married. Still single.
AAK: (Dia pergi pukul-pukul kawan dia Oh maaan sangat comel bila dia malu, HAHA).

Okay sekarang dah terbukti Abang Arab Kacak belum berdua. HEHEHE *Gelak nakal :P

Enam. Pengajaran untuk hari ini.
Kalau nak berkahwin dengan lelaki Mesir, sila cari mereka yang berkerja di bidang printer dan perkomputeran.
HAHA.
*Selain daripada boleh speaking in proper english, muka mereka juga ikhlas dan tak ada cop SAYA PENIPU di dahi. Take that.

Fine fine. Saya pergi belajar sekarang. *Pakai cermin mata.

8 comments:

fawani said...

wow. paskan sorang lelaki mesir kat i. nak yang muka ala-ala sami yusuf gitu. cewaaahh! XD

FiNa said...

hohohooo...
nuha da dapat jumpe AAK tu, dah sampaikan salam kiter blom?
ha! lupe la tu!
nuha berada di awang-awangan~~~~

Nurulhana2000 said...

Apa no 3 tu Nua? Satu lagi no 6, jgn mudah terpedaya syg..

Naddie Anuar said...

ehehe...
blaja rajin2...
sekian tq ;)

nhmnrh said...

fawani

haha kat sini belambak okkeh. meh datang :P

nhmnrh said...

fina

hhaha, mcm mana blh tau kita lupa nehhh? sorry T____T

nhmnrh said...

umi

rahsia! hehe :P hoho, ala mi... ni saje saje jee.

nhmnrh said...

kak naddie

i will :)) thankyouuuu <3