Thursday, October 29, 2009

mim sod rho.

Mim Sod Rho itu apa? Musibah. Sabar. Redha. Atau macam lebih molek kalau kita sebut dia sebagai Mesir (HAHAHA -,-"). Sepanjang sebulan aku hidup di sini, musibah yang datang memang bukan calang-calang dan kalau engkau jenis yang tak sabar (just like me), kita boleh collapse bersama-sama di sini. HARHARHAR, macam orang tak ada pegangan hidup ke apatah T_____T.

Musibah macam tak ada air tak ada elektrik tu, sekarang aku pandang sipi-sipi je sebab macam dah lali dah. Musibah hampir-hampir kena langgar dan histeria semasa hendak melintas adalah yang paling common sekali aku dah tak heran (ececeh). Tapi semalam adalah musibah yang paling terbesar dalam semua musibah (I do not lie).

Cerita dia macam ni. Semalam kan sampai balik giliran aku dengan Syifa untuk memasak, maka kitorang dah planning sehabis baik nak memasak Ikan Masak Asam Pedas :9 Aku yang tengah elok-elok membasuh beras tiba-tiba SHRRRRRRRUUUUU hujan turun. Dahlah kain kat ampaian tak berangkat habis dah lencun semua tak dapat diselamatkan T____T. Itu satu.

Kalau basah lencun kena dek air hujan je tak apa aku tak kesah sangat tapi taaak. Habis berpasir semua baju macam jatuh ke lumpur lecak ke apatah padahal kena hempap dek hujan jeeee. Ini semua bangunan ni punya pasal siapa suruh kotor sangat (tetiba -.-"). Sudahnya, bertimbun baju untuk dibasuh sebab campur dengan baju hari ni. Weiii, menggelupur aku stress tahu ! :( Hampir-hampir aku bad mood malam tadi.

Ingatkan hujan sekejap je macam selalu tapi rupanya semalam adalah hujan yang paling terror sekali dalam semua hujan sepanjang sebulan aku ada di Mesir ni. Effect dia... Astarghfirullah, macam nak tenggelam satu Mansoura ni ! (exaggerate :P) Err, tak lah. Memang banjir habis semua jalan sampai sekarang pun air masih bertakung lagi kat luar tu ouh lepas tu tiba-tiba tak ada air Syifa yang tengah siang ikan, kau tau macam mana dia punya sengsara? Heh.

Itu belum kira lagi air yang mencurah dari tingkat atas turun ikut tangga masuk dalam rumah. EWWW. Berapa banyak kali kena tolak air keluar pintu pun macam dah tak terkira wei. Semalam memang hari untuk berdukacita tambah lagi dengan internet yang tiba-tiba down langsung tak boleh online.

APAKAH. APAKAH. APAKAH.

Tapi hujan semalam tetap paling indah kerna hujan disertakan dengan AIR BATU wehh sumpah teruja :O HUJAN AIS KORANG HUJAN AISSSSS. Memang histeria satu rumah sarung tuala kat kepala je pergi beranda nak tadah ais yang jatuh dari langit !
Ketulan ais yang kadkutah awii. Nampak kah tak nampak kah?

Hasil menadah ais, HAHA. Nasib baik ais dia tak besar ouh -.-"

Malam tu memandangkan dah tak ada air nak membasuh ikan dan memasak, kitorang decide nak melantak kat restoran Global depan rumah, sekali... dah lah jatuh, dihempap dek tangga pulak ADOII, restoran pulak black out. Damn. Tapi disebabkan dah lapar, kitorang gagahkan untuk redah jugak lautan air hujan yang bertakung kat jalan raya tu untuk pergi makan Bahgat Samir -.-"
Husna and yours truly di Bahgat Samir :) A nice night indeed ! Sayang korang sangaat. Bukan sayang Bahgat Samir heh (tumpang lalu) tapi housemates sekalian, HIHIHI.

8 comments:

Fasya said...

ok, definitely salute you for going through all that.
and hujan batu!!
omg omg omg!!
8D
lol, i pulak yang excited -_-"
whats the temperature there?

xoxo

FiNa said...

huhu..

mmg tabah sekali kamu yer..

gud luck!

arelynn said...

nuha nampak sudah kurus ... cukup makankah ?

Nurulhana2000 said...

Dugaaan...semoga Allah beri ganjaran pahala atas kesabaran Nuha dan kawan2. Take care sayang.

nhmnrh said...

fasya

haha, thankyou babe ! :)) sumpah mmg mencabar gila hari tu wohhh.

anddd yesss hujan aisss whippie HEHE.

XOXO

nhmnrh said...

fina

heeeeeee, terima kasiiih ! :D

nhmnrh said...

kak alin

oyya keee nampak kurus :O makan cukup je kat sini. terlebih lagi ada kottt, hehe.

nhmnrh said...

umi

thankyouuu mii &hearts.

loveyou.