Thursday, October 22, 2009

memasak di perantauan.

Sekarang I sangat tak sabar nak khabarkan keputusan percubaan memasak hidangan "berat" kali pertama malam semalam. I selalu wonder memasak memang lama heh? Hari tu goreng ayam sampai kuning-kuning jari sebab kunyit lepas tu nak tunggu ayam masak ranum adalah sangat lama boleh taaak?

Ehh, jangan kutuk, jangan kutuk. Ini I sengaja membebel padahal tahu je ayam nak masak memang lama cuma I terbosan dan terpenat di dapur menunggu ayam tu masak, HAHAHAHAH. Dasar budak jarang nak masuk dapur lepas tu kalau masuk dapur pun cuma untuk tanya emak ada apa untuk dimakan :P Ini bukan bukak pekung di dada sendiri, tumpang lalu.

PROSES MEMASAK AYAM KURMA.

Resepi emak yang I pergi print (mentang-mentang dah beli printer semua benda aku nak print hoh) lepas tu tampal pada dinding dapur. Maka sekarang sesiapa yang nak memasak ayam kurma dipersilakan menjeling kepada dinding okkay. *Kening kening.

Sebahagian daripada bahan memasak I malas nak tangkap semua. Karang tak memasak pulak aku dok asyik menangkap gambar je. Heh.

Perencah kurma, Bunga Lawang dan Santan versi paket yang didatangkan khas dari Malaysia. Kat sini mana engkau nak cari santan tolong cakap sikit.

Daging ayam 1/2 atau 3/4 ekor I tak pasti sangat, HAHA. Yang penting dia ayam heh, ayam. Sumpah masa nak beli ayam ni dia timbang ayam hidup-hidup lepas tu dia sembelih dan cabut bulu depan mata I seh. LIVE.

Tahu tak rumah I tak ada blender atau lesung? T__T Maka segala proses nak melumatkan bawang putih halia bawang merah adalah purely with knife semata-mata. Thrill ouh, HAHA.

Kentang dan halia. Okkay yang ini macam tak payah explain sangat anda pun dah kenal, HEHE.



Mentumis bunga lawang. First time. HAHAHAHAHA.

Masa ni rumah memang dah semerbak bau kurma ke apa tah sampai menusuk hidung bau harum dia what the interesting smell hoh. Kembang kuncup la jugak hati ni kan membau masakan sendiri, KAHKAHKAH. Tapi ada sikit rasa takut tak jadi :/

Menggoreng telur dadar sebagai side dish (la konon).

Voilla! Err, mintak sorry kerna warna dia tak berapa nak menarik tapi Alhamdulillah, cubaan pertama-- SUCCESS ! :D Terima kasih kepada emak untuk resepi, terima kasih kepada diri sendiri kerna semulajadi berbakat dalam memasak (ehem) dan terr... . Okkay okkay sudah :P Tapi kuah dia macam cair sikit heh sebab I terlebih curah air, HAHAHA. Mintak sorry ya housemate sekalian, HIHI.

14 comments:

Nurulhana2000 said...

Wah, nanti balik Malaysia boleh la kitaorg rasa masakan Nuha. Dari rupanya..for 1st trial Umi bagi 75% markahnya...kira A- la. Alhamdulillah, dah boleh masak dah anak umi...

hudadida said...

hihi..kaler cair cikit..
kurang serbuk kurma kot..
mesti cedap tuh.. =D

Anonymous said...

kurma nampak kurang santan..tp cubaan yg baik..berusaha keras lg :)

krina

ღn0n0iღ said...

Nampaknya Nuha dan pandai masak mengalahkan akak.. HAHAHAHAHHA..
Ni lah bestnya duduk di perantauan kan..nak tak nak kena pandai gak..
tapi
err
akak tak pandai-pandai lagi..

nhmnrh said...

umi

uuuuu, taleh taleh :P balik msia mestilah nak rasa masakan umi balik, HAHAHA. A-? hehehe, thankyouuuu :D

xoxo

nhmnrh said...

hudadida

ha ah. color dia cair :( serbuk kurma cukup rasanya tp tu lah, terlebih curah air, wuwuwu~

nhmnrh said...

kak krina

kurang santan heh? tp mcm dah letak satu paket, huhu. tak pe, i will try again :D thankyou fr the support

nhmnrh said...

kak noi

alaa kak noi, nuha pun baru first time masak ni HEHE. kak noi mesti la lagi terror dari nuha :D heeeeeeee.

Hidayah Baik said...

haha pandai nuha masak :D
kite reti nasik goreng je. haha!

nhmnrh said...

hidayah

alaaa. ni ada resepi bolehlah, haha. awk nanti lg terror dari kita :P

hey huns; said...

nuhaaa your notes shows you're gna be a mumtaz ok ! InsyAllah. seriously jeles. :P

hey huns; said...

ok silap hantar comment at the wrong post. supposed to be the one after this post. haha

nhmnrh said...

hani

haha, its okay :) omaigod, nota tu i buat spontan mcm tu jeeee. thankyou fr the doa btw. Amiiiin ! :D

p/s: jgn jeles. u boleh buat lg better dari i apeee.

Naddie Anuar said...

nuha!! congrats~
like i said before when the going gets tough, the tough gets going. ye la, nak mkn malaysian food tp kedai pon xde, org yg nak masakkan pon xde. so masak sendiri je la. Good2.
Saye pon x penah masak kurma lagi (dasar2 org tak ske masak)

I think kite same2 berbakat memasak la nuha. ehe~ :p first time je trus jadi (or giler selekeh ape2 yg diri sendiri masak sme oke aje).