Monday, October 19, 2009

kembali bernafas.

Yaaa, itu yang aku rasa. Selepas seminggu berhempas pulas membuat nota kuliah, menguruskan kes yang mengelirukan, berkejaran ke universiti dengan cara yang paling tragis sekali (I do not lie), hari ni dan hari seterusnya selepas ni aku boleh mentarik nafas sebelum menerima kes yang baru. Fewh.

Aku rasa la kan, ni aku rasa heh, aku.

Walaupun jadual budak program Manchester alias PBL ni tak padat dan banyak pulak lompong dia, aku tetap rasa tenaga macam dah diserap-serap secara total. Sumpah penat gila kott. Lagi-lagi semalam. Pukul 9.45 malam (waktu Mesir) je aku dah landing rehatkan diri. Memang tension lah sebab pagi tadi presentation so memang hell sikit la kan hidup, HAHA.

Engkau tak tahu macam mana punya sawan I semalam ouh T____T Err, sesiapa yang sudah meng-add I di Facebook tu dia tahu lah heh apa yang telah terjadi kepada I. Tsk.

Macam ni. Semalam kelas patutnya ada satu je. Itupun pukul 12.30 tengah hari. Maka I telah membuat sebaik-baik perancangan dengan bangun pada pukul 7.30 pagi dan hanya akan mandi pada pukul 8.30 lah lebih kurang sekali dengan membasuh baju semua.

Masa I nak menjamah makanan tu lah tiba-tiba phone kesayangan berbunyi. I pandang tengok siapa yang call, "Ayus pbl 11 MESIR". Ouh, Ayus yang sama group PBL dengan I. Maka I pun angkatlah secara slow motionnya sambil berfikir, apa agaknya yang Ayus ni nak bincang pasal case Chronic Kidney Disease ni.

Ayus: Nuha! Kenapa kau tak ada kat sini?
Nuha: (Tak sempat nak cakap Hello -.-") Hah? Kat sini tu kat mana?
Ayus: Dekat Universiti laa. Kau kat mana ni?
Nuha: Kat rumah. Ada apa kat U? Aku tak tau apa-apa punnn (suara dah gelabah).
Ayus: Ya Allah. Ada Practical Histology laa. Kau tak salin jadual ke?
Nuha: Salinnnn. Tapi mana ada benda lain selain Student Presentation kan? (gelabah habis)
Ayus: Adaaaa. Semua orang dah berkumpul kat tingkat empat depan dashboard Manchester ni.
Nuha: Ya Allah!!!! Okay-okay aku datang sekarang.

Tau tak macam mana punya kelam-kabutnya I lepas tu? Ulang alik keluar masuk bilik tak buat apa-apa macam orang hilang kemampuan nak berfikir pun ada dah. Macam menggeletar sangat badan kott. Sempat berebut bilik air dengan housemate pulak tu -.-" HARHARHAR. Sangat tak boleh belah kejadian tersebut.

Memandangkan masa tu dah pukul 8.15 pagi dan macam akan kelewatan (ececeh) kalau lama-lama bertapa dalam bilik air nan satu di rumah ni, berbekalkan hati yang tabah dan cekal, I telah pergi ke universiti TANPA MANDI engkau tau (!) Sumpah tak tipuuuu. Memang cekal gila lah hati pergi universiti dengan sebegitu rupa.

Keadaan ni memang normal untuk budak perubatan, tumpang lalu. Aih. Nasihat ayahanda di KLIA tempoh hari memang habis aku jadikan teladan, HAHAHAHHA. Mahu tahukah apa pesanan ayahanda? Ehem ehem.

Kat mesir sana kamu perlu buat tiga benda je. BELAJAR, MAKAN, TIDUR. Kelas jangan ponteng. Student ni kalau tak mandi pun tak ada siapa kesah.


Err, terima kasih ya ayahanda. Nasihat akan dipegang sampai bila-bila. HAHAHA. Ouh, sumpah terharu sekali dengan ayahanda yang hari-hari sanggup tanya anakandanya yang di perantauan ni cukup makan ke tak. Kalau I kata makan tak proper, ayahanda sanggup bank-in duit dalam bank konon nak belanja anakandanya ni makan. Awwww :') Comel sekali.

7 comments:

Nurulhana2000 said...

Nua, you remind me of Mr Bean yg gelabah coz lambat nak g appoinment dentist...macam tu la Nua agaknya menggagau tak tau nak buat yg mana dulu...next time always check the schedule with your group mate the night before..ok sayang.

Anonymous said...

salam nuha..haahaahaa..yes, that is so true..kalo exam kat sini, kak krina tak mandi seminggu!! makan maggi je every night!..serious tak tipu jugak!! been there, done that..

well, u'll get use to it later.gd luck :)

krina

arelynn said...

erkk ...
salah tuh nunu ...
student mmg tak bole ponteng class...
Tp skali dua okek ...hihih
tapi tang tak mandi tuh .. ehem ... kene mandi kay .. fresh kalo gi class ... kalo tak nanti lecturer aja tak masuk .. tapi at least basuh muka n gosok gigi la kalo da tenat sgt ... teeetttt .. hahahah

arelynn said...

erkk ...
Krina .. serious u tak mandi seminggu ?
Aiyokk~~!!!
Hahahaha

nhmnrh said...

umi

hohoho. ha ah laaaah. bila terfikir balik sama pulaaak, hahaha.
lawak awiii :D
sebenarnya jadual yg pagi tu dia baru tempek the day before.
sesuka hati dia jeee nak tambah atau cancel kelas. ceh.

nhmnrh said...

kak krina

wowowowowowowowoooo. tak mandi seminggu? perghhhhhh, tak boleh tahaaan, haha. sangat cool ouh kak krina ! :D

*tabik spring sikit.

nhmnrh said...

kak alin

hahaha, skali skala boleh yeee :P eihh, hari tu mmg nua gosok gigi dgn basuh muka apeeee. hahahaha.