Tuesday, October 13, 2009

ke dewan kuliah.

Yours truly dan Chitah di dewan Hafez; yang penting bukan hari ni, HAHA.

13 Oktober 2009.

Semalam aku bercadang nak mengikut student Regular yang seramai 3 orang dalam rumah sewa aku ni pergi ke universiti pukul 10.30 pagi tadi. Elok-elok saja dah nak bersiap, tiba-tiba aku mendapat satu mesej daripada Hani (thank you so much, dear. Kalau tak memang I tak tahu langsung) tentang so called 'Introduction Class' di dewan kuliah pada pukul 12 tengah hari.

Maka selepas budi bicara (eceh) semua orang, kitorang yang student PBL (problem-based learning) ni pun tukar plan, keluar rumah pukul 11.10 (tapi end up keluar rumah pukul 11.20 kott, heh) untuk mentengok senarai nama group untuk kuliah. Dahlah ada 20 group lepas tu satu group ada 8 orang lepas tu 20 group dibahagi 2 group dan ada 2 jadual lepas tu tiap-tiap minggu asyik tukar jadual lepas tu... . Err, pening tak pening tak? Mintak sorry, aku sengajaaa. *Jelir lidah. HIHIHI.


Rupanya 'Introduction Class' tersebut adalah talk daripada Dr. El Said tentang macam mana nak membuat PowerPoint presentation secara cemerlang. Brava lah untuk beliau kerna berjaya menyampaikan talk tersebut dalam masa tepat-tepat satu jam. Gila aku kagum okkay (!)

Dan setelah sibuk menyelit antara lautan pelajar Malaysia di dashboard student PBL, Chitah membagitau bahawasanya;

Group PBL: 11
Classes start: Thursday
Mood: HAPPY BANGET (!) *laughingoutloud.

Biar I berlaku jujur di sini heh. Aku berasa sangat gembira kerna kelas tak da bermula esok, HARHARHAR. Kesian ah dengan Chitah dia mula esok >:) (pinjam emoticon nasquin, HEHE). Memandangkan ada sehari lagi cuti sebelum kelas bermula, aku berazam untuk membuat nota tentang lecture lusa iaitu subjek Physiology-- The Nephron.

Woot woot. Taaak Sabaaarnya (!) *Letak muka teruja di sini.

No comments: