Wednesday, October 14, 2009

inner strength of mine.

*A lil bit schematic, but what the hail aite.
Dear Kamu.

Pernah rasa tak, kadang-kadang, bila hati sudah tetap mahukan sesuatu, dengan mudah faktor lain memesongkan kehendak hati. Kan? Sumpah aku benci bila keadaan ni terjadi. Kenapa bila kita dah yakin dengan pilihan kita, sesuatu datang dan POOF! (*muzik latar) Dalam sekelip mata, keputusan kita berubah dan hasil dia membagi kesan yang sangat mendalam kepada hidup kita.

Macam aku sekarang.

Cuba kalau dulu aku apply matriks. Cuba kalau dulu aku terima tawaran UPU untuk membuat Asasi Perundangan di UiTM. Cuba kalau dulu aku tak beria nak menjadi doktor. Cuba kalau dulu aku belajar dengan lebih 'effort'. Mesti aku tak sampai di Mesir ni. Cuba... Kalau... Apa lagi? Heh.

Secara jujur, aku pernah je menangis dan menyesal dengan jalan yang aku pilih ni, masa di UKM dulu. Waktu tu, aku tak rasa yang aku boleh hidup berjauhan dengan keluarga, dengan orang-orang yang aku sayang, dengan segala yang aku ada. Apatah lagi nak tinggalkan Malaysia dan menetap di negara orang. Aku tak rasa aku boleh.

Tapi itu dulu ! Itu dulu ... *Senyum simpul.

Dua minggu di bumi Mesir, belum setitik pun aku menangis kerna rindukan keluarga dan adik-adik (bukan nak riak, tumpang lalu). Dan aku sikit pun tak ada menyesal dengan keputusan aku untuk datang ke sini dan menjadi seorang doktor yang berjaya, InsyaAllah. Kerana aku tau, doa emak dan ayahanda mengiringi setiap langkah aku di sini :') Oh, rindu sekali.

Untuk sesiapa yang sedang membaca, aku takkan putus asa walau macam mana hebat pun dugaan yang Allah Taala berikan pada aku sebab aku tahu, ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku dan kenapa aku ditakdirkan untuk menimba ilmu di negara Anbia' ini dan bukan di Malaysia, biarlah menjadi rahsia Dia yang Maha Esa.

Sesungguhnya aku redha :)

P/s: Nak pergi lari (perlu ke lari? -.-") membuat nota subjek Physiology sebagai persedian mula kuliah esok (!) HEHE.

10 comments:

fawani said...

good luck nuha! we knew u can do it! :)

arelynn said...

yes... good~~!!! ini yang akak nak dgr ...

Nurulhana2000 said...

I am really proud of you sayang. Mestilah kan anak umi..mesti ada semangat waja macam umi.. :)

nhmnrh said...

fawani

hihi, thankyou so much, fawani ! :D

nhmnrh said...

kak arelynn

hihi, yayyy~ ! :D

nhmnrh said...

umi

thankyou miii :))
loveyou <3

FiNa said...

nuha.. hye... nuha, awak perlu yakin dgn jalan yg awk pilih...

sory lame tak lawat nuha.. tapi, kite yakin nuha baik2 je kan...

nuha, we know 2 same guys at egypt.. kcik tol dunia ni...

btw, gud luck, chaiyok!

krm slam kat al azim and farhat zuhairi k...miss them so much..

nhmnrh said...

fina

thankyou saaaangat, fina! :D

i'll tell farhat for sure tp tatau bila jumpa sbb lain course, hehe.

dianna said...

good luck. be strong. kalau nak berjaya, mmg perlukan pengorbanan :)

nhmnrh said...

dianna

yeap2 sangat setujuuu.
thankyou sanggaaat ! :D hihi.