Monday, October 26, 2009

cuba cakap baik sikit.

Err, aku menaip entri ni tanpa tujuan untuk menyerang sesiapa secara tepat. Cuma, aku nak berpesan dengan lebih awal. Entri ni mungkin akan rasa pedas bagi sesiapa yang makan bihun cili bersama teh O panas, just like yours truly pagi tadi. HAHAHA. Macam nak terbakar ouh tekak dengan combination yang sedemikian rupa T____T. Tapi sumpah sedap lah tapi. Terima kasih yeee Bella :)

Anyway.

Situasi ini adalah based kepada own experienced bukan sengaja mengada-adakan cerita atau membayangkan kejadian. This is purely based on true story. Okkay kita mula sekarang.

Seorang perempuan, (aku bagi nama dia Nini) baru habis kuliah dan tak makan sejak pagi sedangkan waktu tu dah pukul 12 tengah hari dah patut makan tengah hari dah. Memandangkan dia masih ada kelas selepas tu, maka dia tak balik rumah pergi makan ke apa, tapi setia menunggu kelas seterusnya untuk mula.

Selingan. Kita kalau dah lapar, kadang-kadang mesti akan ekspresasikan kelaparan tu dengan kata-kata macam, "Aduuuh, laparnyaaa" atau "Eshhh. Lapar gila doe" ataupun "Laparlaaaah". Kan? Paling kurang pun mesti engkau membuat muka sepuluh sen mintak dikesiankan oleh orang ramai.

Maka Nini pun pergi kepada dua orang rakan sekuliah dia, (yang ini aku bagi nama diorang Temah and Bedah, padan muka -.-"). *Dialog telah di-modify mengikut penyampaian maklumat dan kekuatan memori (HEHE).

Nini: Eihh, laparlaaah. (Sambil buat muka lapar)
Temah: Nini..., asal kau bagitau kitorang? (Bagi muka pelik)
Bedah: Ha ah la. Asal kau bagitau kitorang? Kitorang bukan tukang masak kau okkay. (Dengan muka serius).
Nini: (Terkebil-kebil)
Bedah: Lagipun... kat dahi kitorang ni ada ke cop datang sini untuk jadi tukang masak kau? (Muka serius lagi sekali)

Daaah, kesian tau kawan aku tu. Niat punya baik nak kongsikan kelaparan dia, tup tup kena seranah. Haih, aku marah lah ni kan >:( Marah tahu, marah ! (Macam over heh tapi aku peduli apa, HAHA). Jangan cakap kawan aku lah, aku sendiri pernah kena kott. Heh.

Itu masa aku pergi Port Said yang banyak dugaan tu lah. Kan dari pagi tak sarapan lepas tu dah lah kat negara orang ni memang cepat je lapar lepas tu masa tu dah lepas zohor maka memang kelaparan berada di tahap kebuluran (!) Serius tak tipu. Memang ramai je yang merengek lapar maka aku pun macam taknak ketinggalan lah kan, HAAHAHA.

Nuha: (Muka sedih siap tarik-tarik bibir lagi. Eh, effect mesti kasi lebih)
Yayas (ini aku sesedap hati bagi jugak): Kenapa ni? Sakit ke?
Nuha: Taaak. Lapaaaar (Aku kan macam DramaQueen HAHA PERASAN, so aku siap pergi mencebik)
Yayas: Eleeeh. Kalau lapar semua orang pun lapar (Buat muka annoying).

I mean like HELLO ! Tak boleh ke cakap baik-baik takpayah lah sampai menyakitkan hati aku tak mahu-mahu. Aku cuma bagitau aku lapar, dah engkau yang tanya. Kalau engkau tak tanya tak ada masa aku nak bagitau. Hah, menyembur je lah aku dalam hati kan. HAHA. Typical Malay girl memang macam ni, tumpang lalu T____T.

Apa lah salahnya kalau aku dengan kawan aku cakap lapar tadi, diorang membalas... .

1. Ha ah. Kita pun lapar jugaak.
2. Sama lahh lapar jugak ni. Apa lah kan.
3. Sangat lapaaaar :( :(

Apa? Susah sangat ke nak bermanis mulut, nak beralas bila bercakap? Cuba cakap baik sikit. Boleh?

16 comments:

mEiZ SHA said...

lempang je bg muke yg jawap tu wak..
geram plak dgr bahase dorang tuh!!

arelynn said...

Untuk Entri ari nih :
Haahaha .. yerp2 .. sgt bersetuju ... apala sgt kalo kite kesiankan kat org yang lapa nih ... kan dpt jugak pahala ... Ermm .. dun like also that type of friend yang takde perasaan langsung ..

Untuk Entri smalam :
Actually Nuha .. akak pun berperasaan mcm awak jugak dulu .. itupun akak masuk UIA jer pun .. mase mula2 masuk tuh sek terkenangkan nenek akak yang sekarang saket tuh jer pasal dulu akak tido ngan dier ... dulu everynite asek call mak tanyer sapela yang temankan nenek tido malam nih ... well ... almost thou the sem akak call .. tapi later .. i used to it .. so ... Insya Allah ..takde paper ...

Fasya said...

haha totally agreed!
:D
my omma said that politeness is decaying from teenagers and youth these days.
-_-"

i'm scared for our next generation -_-"

LOL

xoxo :)

FiNa said...

aah.. sian kamoo.. lapar erk?

walaupon myb dorang verry2 hell in bad mood, tapi mulut kne jaga gak kan.. kan3!


btw, nak cookies? hehehehee

Nurulhana2000 said...

Hati dan perangai orang memang tak sama sayang...so, tgk la dgn siapa kita berkawan dan dgn siapa kita bercakap....bersyukurlah kerana Allah mengurniakan perasaan..(budak2 tu kurang perasaan empathy nye tu --IQ mungkin high tapi EQ low) dan akal kerana kita dpt bezakan apa yg baik dan apa yg tidak...syukurlah nuha dpt housemates yg punya perasaan..

nhmnrh said...

meiz sha

kalau terdaya, dah lama nak tolong lempangkan muka dia. HAHA.

Thankyou fr the support, hehe.

nhmnrh said...

kak arelynn

wooo. panjang komen :P tau tk peee diorang ni mcm tak de hati perut ke apatah -.-" sangatsangat tak suka dieeee.

heee. ada jugak eh rasa? hihi. alhamdulillah, skrg nuha dah okay sikit :))

Anonymous said...

yes, i have to agree with your mum.. biasa la tu nuha, bile org tu IQ tinggi EQ rendah (this is a fact). tak gune klo IQ tinggi common sense takde. hidup bukan smua gune math and buku! so abaikan.. kak krina mmg tak ske gak kawan2 camtu..atleast depan2 die btaw awak kan. ader yg dpn2 baik je, nuha.blakang wah, mcm2 cakap..pesanan k krina: jgn fikir sgt aper org ckp.remember, kite tak boleyh tutup pun mulut org.so biar la die nak ckp ape. yg penting, awak jgn fikir sgt k :)

dugaan tuhan..telan je smua ni..tuhan lebih faham, so serah kan pada Nya utk menilai..

krina

cinta lea ixora said...

xleh blah oo ade membe cmtu.. kalo aku la.. sure dh trase...
bapak ganas jwpn2 dan respon2 org len tu...
huhu

nhmnrh said...

fasya

tau tk peeee. ntah pape dorang eyn, haha.

nhmnrh said...

fina

masa tu memang damn lapar laaa :(

p/s: cookies apa heh?

nhmnrh said...

umi

betuuuul :D thankyou mi <3

nhmnrh said...

kak krina

thankyou :))

nhmnrh said...

lea ixora

boleh tahan jugaklah terasa diaaa, haha. tp ape nk buat eynnn.

dianna said...

hee tak berperi kemanusiaan langsung mereka tuh kan? adoii. tak sangka ade jugak org yg mcm tu dlm dunia ni.

tp kan i rase, dieorg pun lapa jugak.
tu sbb xdpt kontrol jiwa tuh. hehe

nhmnrh said...

dianna

tau tk peee sis :( tu la pasal tk sgka ada org mcm diorang ni wujud eynn, haha.

hahaha, tu lah. nua pun rasa dia lapar. haih.