Sunday, September 20, 2009

satu syawal weh.

Baju dan tudung tak ada lah secoklat tu, HAHA.

Pagi-pagi bangun dah excited weh nak raya x) HAHAHA. Tak pernah se-excited ni kot sejak dah makin pandai pilih sendiri corak dan warna kain ela untuk dibuat baju kurung/kebaya. Cheywah. Ni intro macam apa je ni kasi satu dunia tahu seronok sangat nak beraya -.-" Okkay macam yang boleh ditengok tema keluarga kitorang tahun ni ialah COKELAT.

Biar saya bagitau. Orang pakai baju warna coklat (selain hitam dan maroon) adalah sangat HOT. Bukan sebab warna tu menyerap haba secara berleluasa ke apa tapi memang dah warna HOT nak buat macam mana kan. Benda kalau dah HOT dia akan tetap HOT. Err. Patut berhenti taip perkataan HOT sekarang heh sekarang.

Macam biasa lepas solat Aidilfitri mesti singgah ke kubur punya ziarah kubur arwah Nyang (moyang lelaki belah emak) dan arwah atuk (ayah kepada emak) lepas tu pergi singgah Seksyen Tiga beli surat khabar. Okkay yang tu macam tak perlu cerita -.-"
Siblings terchenta x)

Oyya, raya kali ni memang habis berfotomania secara sakan. Mentang-mentang dah beli kamera baru *Ehem. Kalau boleh memang setiap detik dan benda yang berlaku memang nak abadikan sehabis baik T____T Sila bagi chance pada I la okkay. HIHIHI.

Sumpah banyak sangat tetamu yang datang. Senang kata kesemua sedara-mara terdekat memang berduyun habis la datang rumah kerna nenek beraya di rumah I kan memang tak ada boleh avoid that situation AT ALL. Tapi tak apa, me likeyy

Satu benda yang pasti bila saudara mara dah berkumpul mesti banyak cerita lama yang keluar. Lagi-lagi orang yang nak terbang ke Mesir ni hah makin banyak nostalgia yang emak dan ayahanda pergi gali T____T Kalau depan nenek uncle aunty saja I tak ada kisah tapi parents pergi bongkar depan sepupu(s) lelaki sekaliannya (nak pergi mengalirkan air mata sekarang). Lepas tu abang Apis bantai gelak T___T Omaigod, I dah tak ada muka dah, HARHARHAR.
Saudaramara menjamu selera.
Sepupusepapat sebelah emak bergambar ayu di padang golf rumah I.

Overall hari ni boleh tahan penat walaupun sebenarnya tak ada menolong tak keluar berjalan raya (kecuali ke rumah Tok Man) tak mencuci pinggan mangkuk tak ada apa. Tak tau lah penat datang dari mana -.-" Setakat refill kerepek dalam balang pun dah penat macam melampau nama dia, HEHE. Huarghhhh. Saya patut pergi tidur sekarang. Esok nak pergi beraya lagi, weeeeeee. Ouh tak sabarnya (!)

P/s: Semua gambar dari kamera Sony yang baru. THE PICTURES ARE GREAT X) Seriously.

6 comments:

|munira| said...

selamat hari raya nuha!
:))

green said...

jgn makan bnyk2~

nhmnrh said...

munira

selamat hari raya jugaaaak ;D

nhmnrh said...

green

hee, insyaAllah :))

Naddie Anuar said...

Weyh. Mane gambar nenek aii??
hoho~

Enjoy sakan ye. Nx year beraya diperantauan kot?? Pastu beraya kt umah mentua la kot?? wink*wink ;)

nhmnrh said...

kak naddie

haha, gmbar nenek ada tp sajeee tk tepek di sini :P

nx year? no no no. HARUS pulang beraya di tanah air, hehehe.

umah mentua? hahhaa. calonnya aja belum ada kok.