Wednesday, September 2, 2009

be careful hati hati.

Sebenarnya saya nak post entri ni dah lama dah. DAH LAMA. Lama sangat dah. Okkay okkay you get it takpayah aku nak ulang banyak kali sungguh aku meng-annoyed orang macam ni -.-"

Em em. Walaupun cerita ni dah tak berapa nak appropriate dengan keadaan sosial semasa (huh?), saya nak kongsikan jugak supaya kita yang perempuan ni always be careful. Terutama anak dara (like me) di sana yang jadikan adrenaline rush sebagai best friends forever anda (just like me, HEHEHE). Ya lah, ya lah, semua like me la kan, HARHARHAR.

Ini cerita mulut ke mulut daripada makcik saya; Aunty Ira. Based on true story Hollywood.

Untuk anak gadis (like me) yang suka atau sebenarnya terpaksa drive seorang diri tak kira lah pagi yang hening, tengah hari panas terik atau malam yang buta, please please please be extra careful. Anything can happen. Macam kawan aunty saya neh. Memang fobia dibuatnya kalau terjadi pada saya. Fobia dia mungkin sampai dah tak sanggup heret handbag merata (HAHAHA -.-").

Cerita dia macam ni. Kawan aunty saya ni tengah drive on the way nak pergi Shah Alam Mall untuk beli barang ke apatah kan di siang hari. Banyak kereta kiri kanan, biasalah di jalan raya. Orang Shah Alam mesti tau macam mana punya hell sesak Seksyen 9 tu. Boleh trauma lalu situ waktu puncak. Macam saya semalam petang T__T Tersadai macam nak histeria kat tengah jalan. Wuwuwu.

Part paling buat saya horrified sampai terbulat biji mata, kawan aunty saya tu diragut masa dia tengah men-drive. Senang kata, masa kereta dia tengah bergerak! Can you imagine?! Kereta tengah bergerak, orang tu sempat lagi nak ragut beg tangan beliau? Perghh. Putus nafas aku dibuatnya. Kalau kereta berhenti boleh la saya faham lagi -.-"

Well, yang ragut beliau tu lelaki naik motosikal of course. Sambil kereta tu bergerak, lelaki tu pecahkan cermin penumpang depan sebelah kiri. Nasib baik lah kawan aunty saya tu teruskan memandu dan tak berhentikan kereta dia. Sambil dia drive tu, sambil beliau tekan hon tanpa henti supaya orang keliling sedar apa yang tengah berlaku. Memang salute la tindakan kawan aunty I tu.

Luckily, handbag beliau pun 'penyagak' tu tak dapat nak sapu. Tapi rasanya kawan aunty saya tu pun ada salah jugak. Pergi letak handbag dekat seat belah kiri memanglah nama dia macam mentempah keranda untuk diri sendiri (metaphore heh, metaphore). Saya rasa kalau kita drive seorang diri, baik letak handbag kat bawah seat kita okkay. Lagi selamat :)

Oh oh, my old primary school friend, Deenie; dah nak fly esok ke Mesir. Pergh, awal gilaaaa. Budak scholar kan, memang la kena pergi awal. Haih. Apa-apa pun, all the best, Deenie (!) InsyaAllah, kalau diizinkan Allah, kita jumpa kat sana, hee.

No comments: